IRDINA masih lagi berselubung di dalam selimut.
Sudah seminggu sejak peristiwa dia diragut hari itu. Dan sekarang dia masih
lagi enak berselimut di atas katil. Rasa malas untuk mencari kerja sejak
peristiwa itu. Rasa fobia pun ada!
“Irdina, bangun. Haih bilalah kamu
ni nak berubah Suri Irdina oii.” Bebel Puan Suraya sambil selamba dia menolak
pintu bilik anaknya itu.
Selimut yang masih menyelimuti
anaknya itu ditarik, peha anaknya itu ditepuk kuat. Kepala digelengnya beberapa
kali. Geram rasa melihat telatah anak yang seorang itu. Sudahlah Irdina itu
saja harta dunia akhiratnya, begini pula perangainya!
“Dina, bangun!” Naik seoktaf suara
Puan Suraya.
“Em..” Hanya itu yang keluar dari
bibir Irdina, matanya masih terpejam rapat. Bagai digam!
“Ya Allah budak ni, macam manalah
rezeki nak masuk Dina oii. Kamu bangun je dah pukul berapa dah. Dah pukul
sepuluh pagi! Pening kepala ibu dengan perangai kamu ni.” Puan Suraya membebel
lagi.
Kali ini langkah diatur ke arah bilik air. Budak ni,
kalau cakap je memang tak makan saman! Kena sekali dengan tindakan. Gayung bilik
air diisi dengan air. Haa, siaplah budak ni!
Gedebush! Dan serentak dengan itu...
“Apaaaaa niiii ibuuuu.” Irdina menjerit. Lantas dia
bangkit bangun.
“Hah, bangun pun! Dah pergi mandi. Ibu banyak kerja lagi
kat bawah tu.” Puan Suraya angkat punggung. Puas rasa hatinya melihat wajah
mencuka Irdina. Dah, itu saja caranya untuk kejut anak daranya yang seorang
ini.
Kaki diatur semula ke bilik air dan diletakkan semula
gayung ditempat asalnya. Sempat dijengah wajah Irdina yang masih masam mencuka
dan dalam hati Puan Suraya ada tawa yang disimpan melihat wajah masam itu.
“Haa, jangan nak sambung semula tidur. Pergi mandi sana!”
“Nak tidur apanya ibu. Baju dah basah ni ha.” Makin
panjang muncung anak gadis itu.
Puan Suraya hanya tersenyum sebelum beredar ke tingkat
bawah. Teringat yang baju di dalam bakul masih belum disidai.
Irdina tersenyum melihat burung yang berpasangan yang
hinggap di pohon di laman rumah. Indahnya kalau dia juga punya pasangan. Ahhh,
berangan lagi! Bangun pun dah nak tengah hari! Lantas kepala diketuk beberapa
kali.
‘Haih Suri Irdina, bila hang nak berubah ni oii!!!’
monolog hatinya memarahi diri sendiri.
Suri Irdina nama yang dipilih oleh ibu. Pasti ibu mahu
dia jadi seindah namanya kan? Suri ringkasan nama yang diambil dari Permaisuri.
Pasti ibunya mahu dia menjadi permaisuri buat ibunya. Yang selalu menenangkan,
yang selalu menggembirakan. Irdina, maksudnya kehormatan kami. Sesuaikah nama
itu dengan dirinya? Hati Irdina rasa sayu sendiri. Adakah ibunya sedih
mempunyai anak seperti dia?
Lantas nafas ditarik panjang dan dihembus perlahan. Dia
melangkah menuju ke bilik air. Mahu menyiapkan diri. Entah dia sendiri tak
pasti, kenapalah susah sangat dia nak bangun pagi!
Usai bersiap ala kadar, Irdina turun ke tingkat bawah
mencari sosok tubuh si ibu. Dia menjenguk dapur. Kosong. Lantas dilarikan
kakinya menuju ke ruang hadapan rumah.
Ibunya itu seorang pegawai senior di bahagian jualan di
sebuah syarikat perumahan. Dalam usia yang kian menginjak lima puluh tahun,
Irdina kagum dengan ibunya. Seorang wanita yang mampu berdikari di atas kaki
sendiri. Seorang wanita yang sangat berdikari. Alahai memang beza sungguh
perangai dia dan ibunya. Dalam hati dia kesal, mengapalah dia tak mewarisi
sikap di ibu?
Ruang hadapan rumah juga kosong. Lantas kaki diatur ke
laman rumah. Pasti ibunya di situ. Pintu gelongsor itu dibuka luas, pandangan
matanya ditebarkan ke seluruh kawasan halaman rumah. Masih lagi mencari sosok
tubuh si ibu. Dan dari jauh lagi dia sudah nampak sosok tubuh ibunya yang
sedang menjemur pakaian.
“Ibu..” Kakinya mula menyarung selipar dan dia mula
menghampiri buaian kecil yang terletak di laman itu. Laman itu dihias cantik
oleh ibunya. Pelbagai bunga ditanam. Di laman itu juga terdapat air terjun
kecil dan sebuah gazebo. Sungguh ibunya wanita yang serba boleh.
“Em, dah sarapan belum?” soal ibunya prihatin. Manalah
dia tak manja sebegini, langsung tak berdikari. Kerana memang hakikatnya dia
sudah dimanjakan sejak dari kecil! Ya dia seorang puteri ibunya. Permaisuri
bagi ibunya.
“Em belum, nak sarapan dengan ibu.” Balas Irdina manja.
“Yelah, tunggu ibu sidai baju ni kejap. Nanti kita
sarapan sama. Ni bila nak cari kerja?” Soal Puan Suraya. Bukan dia tak mampu
menyara Irdina. Lebih dari mampu, tapi dia mahu Irdina berdikari. Silapnya juga
selama ini terlalu memanjakan anak itu. segala kemahuan anak itu sedaya upaya
akan dipenuhi.
“Nantilah ibu, Dina nak rehat dulu. Rasa fobia pun tak
habis lagi. Tapi nanti kalau Dina dapat kerja, ibu rehat je kat rumah ok? Ibu
tak payah kerja dah.” Luah Irdina, ya dia mahu ibunya berehat pula selepas ini.
Biar dia saja yang mencari rezeki. Tapi nak diikutkan, hidup mereka taklah
sesukar mana. Ibunya itu agak senang juga. Berbekalkan gaji seorang pegawai,
lebih dari cukup buat mereka berdua.
“Ok, ibu pun dah rasa nak berehat.” Puan Suraya mengiakan
sahaja rancangan Si Irdina. Entah bila si anak gadis dapat kerja pun tak
tahulah.
Puan Suraya mencongak di dalam kepala, tapi dia sudah
punya simpanan untuk anak itu. Simpanan KWSP nya pun lebih dari cukup untuk
mereka berdua. Tapi itulah, dia mahu anak itu berdikari. Berdiri di atas kaki
sendiri.
“Hah, dah jom masuk. Kita breakfast.” Ajak Puan
Suraya, di tangannya terdapat bakul kosong yang sudah disidai bajunya.
“Jom bu.” Irdina bingkas bangun dari buaian dan tangan
ibunya dipeluk erat. Ya, dia memang manja.
“So, bila plan nak cari kerjanya?” Soalan maut
Puan Suraya mematikan langkah Irdina. Tangan yang erat memeluk tangan ibunya
dilepaskan.
‘Haih spoil lah soalan ibu.’ Bisik hati kecilnya.
“Hah, dah. Tak payah nak tarik muncung tu. Takpe ibu
faham, slow-slow cari kerja. Yang penting kena rajin. Bukan malas. Ni
pun bangun dah tengah hari.” Haa, kan bom atom dah meletup!
“Yelah ibu..” Irdina mengalah. Haruslah dia mengalah,
kalau tak mahunya sepanjang hari ini ibunya membebel! Huhu.
Puan Suraya hanya tersenyum. Anak yang seorang ini saja
harta dunia yang dia ada. Harta dunia yang paling mahal. Hendak dimarah lebih,
kadang dia sendiri rasa tak sampai hati!
“Hari ni ibu buat mee goreng je.” Balas Puan Suraya.
“Mesti sedap ni.” Ujar Irdina. Tudung saji dibuka dan dia
mencapai pinggan yang telah tersedia. Dicedok mee goreng tersebut ke dalam dua
pinggan. Satu untuk ibunya dan satu lagi untuknya.
“Eh mestilah sedap. Ibu yang masak kan.” Usik Puan
Suraya.
Irdina hanya tertawa kecil. Nampaknya ibu memang tak nak
kalah! Air di dalam teko dituang masuk ke dalam cawan. Air teh o panas itu
memang kegemaran ibunya. Simple bukan?
Sambil makan mereka berborak. Ibunya akan masuk ke kerja
pada pukul 11 pagi nanti. Pergi jam 11 pagi dan pulang pada pukul 7 malam. Agak
lain bukan dengan pekerja biasa? Ibunya sebagai pegawai senior, kebanyakan
tugas ibunya adalah dengan memantau pekerja bawahan. Sebab itu jadual kerja
ibunya berbeza dengan orang lain.
Selesai makan, tugas Irdina mula untuk membasuh pinggan
dan mengemas meja. Sambil membasuh dia menyanyi kecil. Orang kata, kenyang
perut suka hati kan? Hah, memang sahih lah kata-kata orang tu!
Sementara Puan Suraya masih lagi di meja makan, dia
menyemak handphone nya, meneliti kalau-kalau ada tugasan penting untuk
hari ini. Tapi belum semput dibuka planner di telefon bimbitnya, ada
nombor baru yang masuk.
Diangkatnya panggilan tersebut, risau jika dari bos
atasannya.
“Assalamualaikum.” Salam diberi oleh si pemanggil.
“Waalaikumsalam.” Jawab Puan Suraya.
“Saya Faiz. Doktor Faiz. Mak cik sihat?” Si pemanggil
sudah memperkenalkan diri.
“Ohh Faiz, alhamdulillah mak cik sihat. Kenapa ya Faiz?”
Tanya Puan Suraya ingin tahu. Pelik pula anak itu menelefonnya.
“Em mak cik, sebenarnya saya ada hal nak bagitahu mak
cik. Boleh saya jumpa mak cik?” Anak muda itu meminta izin.
“Err boleh, boleh. Nanti datanglah rumah mak cik. Mak cik
send location nanti.” Dalam hati, Puan Suraya tertanya sendiri. Hal apa
yang dibincangkan pemuda itu? Bukan semuanya telah selesai?
“Ok mak cik. Kalau boleh hujung minggu ni saya datang ya
mak cik.” Ujar Faiz.
“Oh boleh datanglah, insya-Allah mak cik ada kat rumah
hujung minggu ni.”
“Ok mak cik, terima kasih ya. Faiz minta diri dulu.
Assalamualaikum.” Ujar Faiz meminta diri. Hatinya sedikit lega sekarang. Lepas
satu langkah.
“Er, ok waalaikumsalam.” Rasa ingin tahu Puan Suraya
masih lagi menguasai diri. Entah apa sebab, tiba-tiba saja anak itu muncul.
Ahh. Tapi Puan Suraya cuba juga tak berfikiran yang bukan-bukan.
Sedang Faiz di hujung sana sudah mempamer senyuman yang
bahagia. Dia harus berani untuk memulakan langkah. Dan selepas istikharahnya
hatinya agak tenang dan lapang. Orang kata, kalau nakkan si anak gadis, dia
sendiri kena berani.
Kata Jabir bin Abdullah,
“Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam
semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran,
sabdanya,
‘Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk
melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian
bacalah doa ini...”
~Hadis Sahih Riwayat Bukhari~
P/S: Maaf ada yang perubahan sedikit pada cerita ni, tak sempat edit kat blog. Just sempat edit kat word je.
No comments:
Post a Comment