BAB 16
Sudah
seminggu walimah pernikahan mereka, hari ini Wafiq dan Humaira
berpindah ke rumah baru. Rumah kecil yang disewa. Cukuplah untuk
mereka berdua. Kata Wafiq dia ingin membina rumah tangganya sendiri,
dia ingin berdikari.
“Maira,
abang mintak maaf sebab tak mampu nak sediakan rumah yang mewah untuk
Maira” kata Wafiq semasa mereka mula menjejakan kaki di pintu masuk
rumah tersebut.
Humaira
memerhatikan rumah sewa mereka, rumah kecil yang menempatkan dua
bilik tidur. Cukuplah untuk mereka berdua. Dia bukanlah jenis yang
suka meminta-minta.
“Takpe
bang, bagi Maira cukuplah apa yang kita ada sekarang. Maira tahu kita
sama-sama baru bertatih mencari rezeki sendiri.” Ujar Humaira.
Wafiq
tersenyum, bertuahnya punya isteri yang memahami. Isteri yang
sama-sama ada saat susah. Kata orang, pasangan yang ada ketika kita
berada di saat susah lebih setia kerana dia juga turut merasa
pahitnya kesusahan. Betul atau tidak, waallahu'alam..
“Tapi
abang akan berusaha perbaiki hidup kita. Insya-Allah,” jawab Wafiq
bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu dirinya malas berusaha untuk
mengubah nasib mereka sekeluarga. Dia teringat firman Allah yang
bermaksud:
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka
“Insya-Allah,
terima kasih abang” balas Humaira, dia mula menanggalkan tudung di
kepala. Selepas ini, agenda lain pula menanti. Yeaahhh,
mengemas rumah berjemaah. Hehe..
“Maira,
nanti kita pergi bercuti nak? Maira nak pergi mana? Insya-Allah abang
bawak kecuali...” ayat Wafiq tergantung di situ. Diangkat keningnya
nakal.
'Hah saja
nak buat suspenlah tu' desis hati Humaira.
“Kecuali??”
Humaira kerut dahi, inginkan jawapan semestinya.
“Kecuali
ke bulan, matahari dan bintang. Haha” tawa Wafiq sudah
terhambur. Suka melihat wajah Humaira yang polos.
“Ceittt”
itu saja yang terluah dari bibir Humaira. Ingatkan apalah tadi.
Ohh lupa
nak bagitahu, sepanjang tempoh pernikahan mereka ni memang tak
dinafikan dia dan Wafiq sering bergaduh. Tapi gaduh-gaduh manja
jelah. Gaduh macam anjing dengan kucing tu belum lagi. Hehe..
“Maira
nak pergi mana?” tanya Wafiq lagi. Kali ini lebih serius nadanya.
“Emm,
Maira nak pergi pulau boleh?” selamba jawapan Humaira.
“Pulau?
Pulau Pinang ke?” soal Wafiq lurus.
Humaira
sudah tergelak kecil, haishh jujur sangat Wafiq ni. Apa dia ingat
hanya ada Pulau Pinang je ke? Habis tu Pulau Tioman, Pulau Langkawi,
Pulau Redang nak campak mana? Hehe..
“Kalau
tak memberatkan abang, Maira nak pergi Pulau Langkawi. Boleh?” ujar
Humaira. Seboleh mungkin dia tidak mahu membebankan Wafiq dengan
permintaannya. Dia tahu Wafiq baru mengumpul duit sendiri.
“Insya-Allah
boleh je, nanti abang uruskan honeymoon kita” jawab Wafiq,
sengaja ditekankan perkataan honeymoon. Riak mukanya sudah
berubah nakal. Sengaja mahu menyakat isteri sendiri.
“Thanks
abang” jawab Humaira girang. Dijengketkan sedikit kakinya menyaingi
tinggi Wafiq lantas dikucupnya pipi Wafiq.
“Welcome”
balas Wafiq tersengih. Gembira menerima 'hadiah' dari Humaira.
Petang itu
barulah mereka selesai mengemas rumah baru mereka, Humaira hanya
tinggal menyusun baju-baju di dalam beg untuk dipindahkan ke dalam
almari. Selepas itu, bolehlah dia melepak di atas katih. Hehe..
'Oh katil,
wait for me yaaa.. haha' hatinya bermonolog nakal.
Sedang dia
mengeluarkan baju-baju tersebut, tangannya terpegang sesuatu yang
keras di dalam beg. Humaira mengerut dahi. Benda apa ni eh? Takkan
baju keras? Huhu..
“Diari?”
bisiknya perlahan.
Dahinya
mula berkerut, sejak bila dia letak diari yang selama ni dalam laci
ke dalam begnya?
“Ni
diari yang enam tahun lepas..” bicaranya lagi, perlahan. Pelik
apabila diari yang selama ni tersimpan elok dalam laci di tepi katil
dalam bilik di kampungnya boleh terlompat masuk dalam beg pakaiannya.
Tak pelik ke tu?
“Hah,
kenapa dahi tu berkerut? Dah berkedut dah abang tengok” sarkastik
soalan dari Wafiq yang tiba-tiba muncul.
Humaira
berpaling mencari wajah Wafiq. Hah, mulalah tu nak mengusik dia.
Kalau berkedut pun isteri awak jugak. Huhu..
“Maira
peliklahhh..” ujar Humaira, memang pelik sungguh ni. Takkan diari
ni pandai berjalan kot. Sangat mustahil ok!
“Pelik
kenapa?” sampuk Wafiq. Amboii memang pelik sungguh muka Puan Damia
Humaira ni.
“Ni,
macam mana boleh ada dalam beg baju Maira?” soal Humaira, diangkat
diari dan ditunjukkan kepada Wafiq.
Wafiq
tersengih, kerja siapa lagikan kalau bukan kerja dia?
“Abang
yang letak” jawab Wafiq selamba. Takde langsung riak bersalah.
Humaira
sudah membulatkan mata. 'Biar betul laki aku ni?'
“Kenapa
abang letak dalam beg Maira?” tanya Humaira ingin tahu.
Hatinya
sudah berdebar, agak-agak Wafiq baca tak apa yang terkandung dalam
diarinya? Rasa hatinya sudah bercampur. Antara rasa sedih dan rasa
marah.
“Sajaa”
balas Wafiq selamba. Dia pun tak mengerti laju saja tanggannya
mencapai diari tersebut dan memasukannya ke dalam beg Humaira. Pada
asalnya dia ingin membuka laci kecil itu untuk mengambil barangnya
tapi apabila terpandangkan diari itu lain pula yang dicapainya.
Akibat disergah Humaira ketika di kampung tempoh hari, laju saja
tangannya mencampak diari tersebut ke dalam beg tanpa sempat membuka
diari tersebut.
“Saje?
Abang sukahati je ambil hak privacy Maira. ” Dah naik nada suara
Humaira. Rasa geram pun ada ni.
Wafiq
sudah terkedu melihat riak wajah Humaira yang mula kemerahan tanda
marah. Hah, rasanya Humaira yang mula-mula dia kenal dulu dah
kembali.
“Abang
mintak maaf.” hanya itu yang terluah. Dia akui itu kesilapannya
menceroboh hak privacy orang lain walaupun isteri sendiri.
“Abang
dah baca buku ni?” soal Humaira gugup.
“Tak..”
ringkas jawapan Wafiq.
Humaira
menarik nafas lega. Tapi sampai bila dia mampu menyorok kisah
silamnya. Hari ini mungkin diari ini yang terbongkar, esok lusa?
Humaira
meneruskan kembali kerjanya. Melihat riak Humaira yang diam seribu
bahasa membuatkan Wafiq rasa bersalah.
“Maira,
abang tunggu kat luar” ujar Wafiq dan dia terus melangkah ke luar
bilik. Mindanya mula merencana agenda untuk memujuk Humaira.
Humaira
hanya mengangguk. Mood ceria tiba-tiba menjauh pergi. Terasa dengan
sikap Wafiq yang selamba mencuri hak privacy orang lain.
Usai
sahaja dia mengemaskan pakaiannya dan Wafiq, Humaira bangkit duduk di
atas katil. Akalnya merencana tindakannya terhadap Wafiq sebentar
tadi. Wajarkah tindakannya tadi? Tapi sungguh dia terasa dengan sikap
Wafiq yang sewenangnya menyentuh barang dia.
“Maira..”
panggil Wafiq perlahan.
Wafiq
melangkah ke arah pintu bilik. Elok sahaja dia melihat Humaira yang
sedang termenung itu. Apa agaknya yang difikirkan Humaira. Allah,
baru seminggu nikah, ujian sudah datang bersinggah? Tapi ujian inilah
yang akan mendekatkan dia dengan Penciptanya sendiri. Ujian
yang akan mematangkan dia dan Humaira. Kembara rumah tangga mana yang
tidak dilanda ujian?
“Maira,
abang nak mintak maaf ni. Abang tahu salah abang” ujar Wafiq tulus.
Humaira
memandang wajah Wafiq. Tak sampai hati pulak nak marah lama-lama.
Alahaii naifnya muka bila mintak maaf.
“Janji
jangan buat lagi?” tanya Humaira.
“Promise..”
balas Wafiq. Tangan diangkat laju seperti mengangkat sumpah. Hah, ni
betul-betul serius ni.
“Tapi
Maira rasa macam nak denda abanglah. Boleh?” Humaira sudah tayang
riak nakalnya.
“Denda??
Denda apa??” soal Wafiq ingin tahu. Amboii siap denda bagai ni.
“Teman
Maira tengok tv” Humaira sudah tersengih bagai kerang busuk.
Wafiq
menepuk dahinya perlahan, lah ingatkan nak denda apa tadi.
“Tv?
Cerita apa?” tanya Wafiq lagi.
Ala
setakat teman tengok tv, apa ada hal kan? Hehe..
“Petang-petang
macam ni ada rancangan memasak kan?” jawab Humaira selamba.
Wafiq
angkat kening. Rancangan memasak? Hah, memang ke lautlah gayanya
nanti. Haha.
“Err,
rancangan memasak? Maira nak abang temankan tengok ke?” ujar Wafiq
ragu-ragu.
'Biar betul
bini aku ni'
“Alaaa,
temankan Maira eh?” pujuk Humaira lagi. Sesekali kenakan Wafiq pun
best jugak kan?
Wafiq garu
kepalanya yang tak gatal. Em, rancangan memasak pun rancangan
memasaklah. Isteri punya pasal, layankan ajelah. Ye tak?
Mereka
sama-sama melangkah ke ruang tamu, ruang tamu yang hanya menempatkan
set sofa dan televisyen. Hanya itu yang termampu disediakan Wafiq
buat masa sekarang. Cukup memadailah buat mereka berdua, lagi pula
jika dia sudah mula praktikal dan Humaira sudah mula kuliah minggu
hadapan, pasti rumah mereka kembali sunyi.
Humaira
menjeling jam di dinding, ada lagi lima belas minit. Mindanya mula
merangka apa yang harus dia dan Wafiq manfaatkan lima belas minit
yang terluang ini. Sesi ta'aruf mungkin.
“Abang,
Maira ada soalan untuk abang” Humaira memulakan perbualan.
“Soalan?
Soalan apa?” tanya Wafiq ingin tahu.
Humaira
membetulkan letak duduknya. Jujur sudah lama dirinya tertanya-tanya
tentang soalan ini. Kerap kali soalan ini berada di mindanya namun
tak pula terluah melalui bicaranya.
“Macam
mana abang boleh suka Maira? Sedangkan kita dulu bukannya kenal
sangat,” tulus soalan itu yang ditanya. Mana mungkin hatinya tidak
sangsi, dia dan Wafiq bukanlah teman rapat dahulu. Lagi pula awal
perkenalan mereka bukanlah suatu peristiwa yang indah. Masing-masing
bagai anjing dengan kucing jika bertemu.
Terus
tegak tubuh Wafiq. Rasa tak mampu dia berterus terang menjawab soalan
Humaira. Mana mungkin dia jujur memberitahu asbab dia
menyintai Humaira. Hanya kerana dia membaca diari wanita itu dan dia
terus jatuh cinta dengan Humaira?
“Err,
its hard to explain. But..” bicaranya tergantung di situ,
mencari ruang untuk menyusun ayat seterusnya.
“But??”
Humaira sudah angkat kening, menanti bicara seterusnya dari bibir si
suami.
Wafiq
menarik nafas dalam. Masa belum sesuai untuk dia berterus terang.
Sedangkan tercampak diari Humaira ke dalam beg pakaian pun, Humaira
sudah merajuk inikan pula jika dia berterus terang.
“Abang
jatuh cinta dengan Humaira sebab diri Humaira sendiri. Humaira tak
hipokrit bila berhadapan dengan orang lain. Humaira tetap Humaira”
balas Wafiq.
Humaira
tersenyum, mana mungkin dia mampu bersikap hipokrit ketika marah?
Bukankah kali pertama bertemu dengan Wafiq mereka sudah mulakan
perang dingin?
“Lagi?”
soal Humaira nakal. Saja ingin menyakat sang suami. Tips untuk
perbahurui hubungan mungkin. Hehe..
“Lagi?
Bila abang tengok wajah Humaira, abang rasa tenang. Dan yang paling
abang suka sikap tegas Humaira” sambung Wafiq, bibirnya sudah
mengukir senyuman.
Humaira
angkat kening. Wohoaaa. Kelas gituu jawapan Encik Suami.
'Err, tapi
bilanya aku tegas?' hatinya tertanya-tanya.
“Tegas??”
soal Humaira pelik.
“Haha,
ingat tak bila Maira simbah abang dengan air and ketuk kepala abang
dengan buku?”
“Haha..
mestilah ingat” tawa Humaira terhambur jua. Mana mungkin dia lupa,
selamba dia je ketuk kepala anak orang dengan buku. Tebal pulak tu
buku tu.
“Adoi,
waktu memang abang bengang dengan Maira tau. Tapi Allah izin abang
jatuh cinta dengan Maira jugak akhirnya” luah Wafiq.
“Haha,
Maira pun tak sangka Maira seberani tu” ujar Humaira.
“Nak
tahu lagi sebab apa abang jatuh cinta dengan Maira?” pancing Wafiq.
“Hah,
lagi, lagi, lagi dan lagi....” tanya Humaira bagai anak kecil.
Sesekali bermanja apa salahnya tak?
“Sebab
sikap pemalu Maira, dalam tegas ada rasa malunya” jujur jawapan
Wafiq. Dia masih ingat bagaimana pemalunya Humaira ketika dia
berkunjung ke rumah gadis itu dahulu.
Wafiq
merenung wajah Humaira dalam-dalam. Rasa macam best je kalau tengok
riak Humaira yang tersipu malu tu kan? Hehe..
Wajah
Humaira sudah berbahang. Segan pun ada dengan jawapan Wafiq kali ni.
Lagi pula renungan Wafiq tu dah semacam.
“Err,
abang dah nak startlahh.” Humaira mengalih topik perbualan.
Lebih baik selamatkan diri dulu.
Wafiq
tergelak kecil. Pandai saja Cik Isteri tukar topik kan?
Masing-masing
mula mendiamkan diri. Humaira sudah tayang wajah khusyuknya. Siap ada
kertas untuk mencatit bahan-bahan. Wafiq di sebelah sudah menguap dua
tiga kali. Hah, nak teman isteri sangatlah katakan. Huhu..
Dua,
tiga minit berlalu. Mata Wafiq mampu bertahan. Tapi bila sampai ke
minit yang kesepuluh, rasanya mata ni dah nak kena tongkat dengan
batang mancis.
“Maira,
abang tumpang riba jap” Wafiq sudah mencari posisi terbaik untuk
landing.
Humaira
yang sedang khusyuk, hanya mengangguk kepala. Mana tak khusyuk, orang
tu masak resepi ketam masak cili berempah dan udang masak mentega.
Ok, telan air liur laju-laju. Haha.
“Abang,
sedapnya lauk ni. Maira nak trylah” luah Humaira teruja.
Wajahnya masih tetap memandang televisyen.
Humaira
kerut dahi, no response dari Encik Suami. Lantas dia memandang
wajah Wafiq yang berbaring elok di ribanya.
“Lahh,
tidur rupanyaaa” Humaira tersengih. Comel pulak tengok Wafiq yang
sedang lena. Hah, bertambah comel dengan janggut sejemput dia tu.
Muka innocent habis.
Humaira
memang gemarkan lelaki yang berjanggut. Perhiasan lelaki bukan dengan
memakai rantai atau emas tapi dengan menyimpan janggut. Bukankah
menyimpan janggut itu sunnah? Humaira teringat sebuah hadis yang
bermaksud:
“Hendaklah
kamu membezakan diri daripada kaum musyrik,pendekkan misai yang
meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat”
-HR
Muslim.
Tangan
Humaira sudah mula bertindak nakal. Dia mengusap perlahan rambut
lebat Wafiq. Sungguhlah rasa cinta ini semakin membara buat dia yang
halal. Memandang wajah Wafiq membuatkan dia semakin tenang. Wajah
Wafiq ketika tidur polos persis anak kecil.
Wafiq
tersedar apabila rambutnya diusap. Ohh dia tertidur rupanya. Nasib
baik tak sempat mimpi tadi.
“Lena
tidur?” Humaira sudah melemparkan senyuman.
“Emm,”
hanya itu yang terluah. Mamai.
“Sedap
kan 'bantal' abang?” Humaira mengusik lagi. Makin seronok melihat
telatah Wafiq yang baru tersedar.
“Bantal?”
suaranya sedikit kaget. Wafiq memandang 'bantal' yang dimaksudkan
Humaira. Ohh riba isteri sendiri rupanya. Patutlah lagi cepat lena
tadi. Hehe..
Wafiq
bingkas bangun. Tangannya menutup mulut yang masih meguap. Wahhh,
mengantuknya. Macam baru balik dari camping.
“Abang
nak air panas?” soal Humaira, belum sempat Wafiq membalas dia sudah
bangun menuju ke dapur. Bagi minum air panas, biar segar sikit mata
suaminya. Lagi pula tak elok tidur lepas asar ni.
“Maira,
nak buat air apa?” dalam mamai Wafiq mengekori langkah Humaira.
“Air
nescafe, boleh?” jawab Humaira, tangannya laju mencapai mug.
“Boleh
je” Wafiq sudah melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan.
Matanya memerhati tingkah Humaira.
Siap
membancuh air, Humaira meletakkan dua mug nescafe di atas meja. Satu
untuk Wafiq dan satu lagi untuk dia.
Dengan
basmallah,
Wafiq menghirup perlahan air nescafe. Rasa segar menghirup air tangan
isteri sendiri.
“Maira,
apa tak mampu menjanjikan yang mewah-mewah untuk Maira. Tapi abang
akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk Maira” luah Wafiq
jujur.
Kadangkala
dia takut Humaira tak mampu untuk membahagiakan Humaira. Dia masih
lagi bertatih mencari rezeki.
“Abang,
bahagia itu bukan terletaknya pada kemewahan. Tapi terletak pada
besarnya jiwa memandang nikmat Tuhan” bicara Humaira.
Wafiq
tersenyum.
“Pandainya
Humaira. Abang bukan lelaki soleh dan syabab
yang sempurna agamanya tapi abang akan berusaha ke arah tu. Berusaha
menjanjikan cinta kita berpaksikan cinta kepada Pencipta”
Humaira
menghadiahkan senyuman. Dia bukanlah wanita yang sempurna yang
menginginkan lelaki yang sempurna. Cukupla dia mempunyai suami yang
berusaha bersamanya menuju cinta Ilahi dan dia masih ingat lagi
antara bait puisi Wafiq ketika hari pertama pernikahan mereka.
Dia
yang aku cinta,
Sudikah
kau menjadi sayap perjuangan,
Buat
suami yang tak culas dengan kesilapan,
Yang
sentiasa inginkan perubahan,
Sebelum
kembali bertemu Tuhan.
No comments:
Post a Comment