Saturday 8 September 2012

Suami Ekspress 32



BAB 32


Malam itu usai sahaja sampai di rumah Adriana mula menyusun strategi untuk meraikan ulangtahun kelahiran suaminya malam itu. Otaknya ligat memikirkan cara yang terbaik bagi meraikan hari lahir insan yang sangat istimewa dalam hidupnya. Semasa di dalam kereta lagi puas dia memujuk suaminya agar malam nanti mereka sama-sama bermalam di rumah peninggalan arwah mama dan papanya. Faris mulanya agak keberatan tetapi setelah dipujuknya dengan kata-kata lembut akhirnya Faris bersetuju mengikut kehendaknya. Ya, dia punya agendanya sendiri malam nanti.

Malam itu dia tidak ikut serta Faris berjemaah, dia hanya solat bersendirian di rumah. Mudahlah bagi dia mempersiapkan apa yang patut pada malam itu. Habis dapur arwah mamanya berselerak angkara dia yang selama ini jarang masuk ke dapur memengang sudip untuk memasak khas untuk suaminya. Nasib baiklah dapur arwah mamanya tidak terbalik ataupun terbakar angkara dia. Huhu..  Malam itu dia memasak makanan yang baru dibelajarnya dari Iman iaitu spaghetti dan udang masak sambal.  Err pelikkan masak spaghetti dengan udang masak sambal?? Arghhh dia main bantai sahaja memasak. Baru nak menunjukkan skills memasak. Ini baru dia masak spaghetti belum lagi dia masak rendang. Alamatnya boleh terbalik dapur mama kalau dia masak rendang malam ni. Huhu…

Selesai sahaja ber’perang’ dengan kuali dan sudip, Adriana menunaikan kewajipannya dahulu iaitu menunaikan solat Isyak. Usai sahaja mengadap PenciptaNya, Adriana mempersiapkan diri pula. Malam itu dia berhias cantik sekali. Dia bersolek nipis dan memakai pakaian yang cantik. Khas untuk suaminya bukan untuk lelaki ajnabi lain.

Dari dalam rumah, dia mendengar tombol pintu dipulas perlahan dari luar, kemudian lantas dia menghayun langkah menuju ke arah pintu, disemburnya sedikit minyak wangi. Dia menyambut Faris dengan senyuman yang paling manis. Khas untuk pemilik cinta selepas Allah dan Rasulullah.

Faris terpengun  saat Adriana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Argghhhh cantik sungguh bidadarinya malam itu. Hatinya tersenyum puas melihat isteri solehah yang selama ini dijaga rapi hanya berhias untuk dirinya bukan untuk orang lain. Alhamdulillah..

            “Abang, jom makan” ajak Adriana sambil menarik lembut tangan suaminya menuju ke meja makan.

Faris terpengun sekali lagi apabila melihat keadaan dapur yang dihias dalam suasana yang romantis. Hanya tiga batang lilin merah yang menerangi dapur. Candle light dinner!!

            “Sayangggg, malam ni ada apa ya?” soal Faris hairan.

Adriana hanya tersenyum, ditariknya perlahan tangan suaminya untuk duduk di meja makan. Dia mula ingin melayan suaminya di meja makan. Tiba-tiba sebuah kucupan hinggap di pipinya.

            “Sayang cantik malam ni, macam bidadari.. subhanallah” ucap Faris.

Adriana hanya tersenyum manja. Memang dia malu, tetapi untuk suaminya dia sanggup mengetepikan rasa malunya. Arghhh, untuk apa disimpannya rasa malu tidak bertempat itu. Dia hanya berhias untuk suaminya bukan untuk orang lain.  Hanya untuk Faris..

            “Abang, tu air Riana” tegur Adriana apabila dilihatnya Faris selamba menenguk air di gelasnya.

            “Abang tahu..” balas Faris selamba. Diletakkannya bibir ditempat  isterinya minum sebentar tadi.

            “Sayang tahu Rasulullah minum segelas dengan isteri baginda. Baginda meletakkan bibirnya sama dengan tempat isterinya meletakkan bibir di bekas tu. Macam yang abang buat tadi. Romantik kan baginda?” sambung Faris lagi. Dia tersenyum melihat bidadarinya malam itu.

            “Tahu, apa lagi sunnah baginda yang kita tak amalkan dalam rumahtangga kita?” tanya Adriana.

            “Lumba lari…” balas Faris perlahan.

            “Hah, kalau macam tu esok kita lumba lari yaa?” cadang Adriana, dikenyitnya mata kepada Faris.

Faris hanya tergelak kecil melihat telatah manja dan nakal dari Adriana.

Selesai sahaja makan malam romantis mereka, Faris meringankan tulang untuk sama-sama membantu Adriana di dapur. Dia tanpa segan silu menyinsing lengan baju melayunya untuk membantu Adriana membasuh pinggan di dapur. Walaupun puas dilarang Adriana tetapi dia selamba membantu isterinya membilas pinggan mangkuk.

            “Abang….” Adriana berbicara lembut sambil menarik tangan suaminya meniti anak tangga satu persatu menuju ke kamar mereka setelah mereka menyelesaikan tugasan di dapur.

Faris terkasima melihat telatah Adriana malam itu, hatinya berdebar melihat kecantikan Adriana yang luar biasa malam itu. Jantung berdetak laju, dia bagaikan kekurangan oksigen apabila berdepan dengan isterinya saat ini. Hatinya berselawat dan beristighfar panjang. Moga Allah menenangkan hatinya saat ini.

            “Abang, happy birthdayyyyy” ujar Adriana, dihulurkan hadiah kepada Faris. sempat pula dihadiahkan sebuah ciuman di pipi suaminya.

Faris menepuk dahi perlahan. Memang dia lupa hari ini hari lahirnya. Memang sudah dididik sejak kecil oleh ummi dan abinya, jarang sekali hari lahirnya disambut. Hanya kenduri kesyukuran itupun ketika hari lahirnya dalam bulan Islam sahaja.

            “Thanks sayang, boleh abang bukak hadiah ni?” tanya Faris perlahan.

Adriana hanya menganggukan kepala tanda mengizinkan permintaan Faris. dia tersenyum melihat wajah teruja dan wajah gembira suaminya semasa menerima hadiah itu.

Faris mula membuka kotak hadiah tersebut perlahan-lahan. Terdapat sebuah buku di dalam kotak tersebut.

            “Abang, esok kita ke Cameron Highlands ya? Honeymoon..” ujar Adriana. Hanya Cameron Highlands sahaja yang sempat dia menempah hotel, lagi pula cutinya tidak panjang mahu ke tempat lain.

            “Honeymoon??” tanya Faris nakal.

            “Ha’ah, Riana belanja” jawab Adriana.

            “Ok, ni yang abang sayang Riana lebih. Riana, boleh abang baca kad ni?” pinta Faris sambil memengang kad kecil yang berwarna ungu di tangan.

            “Boleh..”

Hati Faris tersentuh membaca bait-bait yang terlakar di kad tersebut. Tanpa sedar, air matanya mula bertakung di bibir mata.

            “Thanks Riana, abang hanya mencari agama dalam diri Riana untuk sama-sama kita menuju cinta Ilahi. Kayu ukuran pakah lagi yang diajar Islam selain memilih seseorang itu kerana agamanya?? Cukuplah agama yang ada dalam diri Riana. Abang tidak mencari kesempurnaan dalam diri Riana kerana tiada insan yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan itu hanya milik Dia, sayang…” perlahan Faris mengucup tangan Adriana. Ada air hangat yang mengalir dari mata itu.

Adriana terkejut apabila ada air hangat yang mengalir keluar dari mata suaminya. Lembutnya hati Faris, hanya disebabkan kad yang ditulisnya Faris mengalirkan air mata?? Dia tidak mahu Faris tenggelam dengan emosi, niatnya mahu mengembirakan Faris pada malam itu.

            “Abang….” panggil Adriana perlahan, disapunya air mata yang mengalir perlahan. Ya Allah, lembutnya hati Faris.

            “Abang, tak comellah menangis. Hero Riana ni kan kuat” pujuk Adriana. Dipeluknya kejap belakang suaminya. Cuba menenangkan emosi Faris.

Faris menarik nafas, mencari semula kekuatan. Dia pun tidak tahu mengapa malam ini dia terlampau beremosi.  Dia beristighfar mengusir emosi yang tidak tenang.

            “Sayang…” lembut Faris memanggil.

            “Ya abang..” sahut Adriana pula. Dieratkan pelukan di pinggang suaminya.

            “Sayang nak dengar cerita tak?” tanya Faris.

            “Nak, cerita apa ya?” soal Adriana tidak sabar.

            “Kisah malam pertama puteri Rasulullah dan Saidina Ali” terang Faris.

Gulp!! Malam pertama?? Jantung Adriana berdengup laju..

            “Ermm, boleh juga” jawab Adriana perlahan, sedangkan dalam hati hanya Allah yang mengerti. Dia meleraikan pelukan, bersedia mahu mendengar cerita dari suaminya. Sungguh Faris penuh ilmu agama walaupun Faris bukan seorang ustaz!! Alhamdulillah…

Faris mula menceritakan malam pertama Saidatina Fatimah bersama Saidina Ali. Bagaimana bijaknya Saidatina Fatimah menguji cinta suaminya pada malam pertama mereka.

Pada malam pertama mereka, berkata Saidatina Fatimah Az Zahra, “Wahai suamiku Ali, dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada Allah kerana ayahanda memilihkan dinda suami yang tampan, soleh, cerdas, dan baik sepertimu”

Kata Saidina Ali, “Kanda pun begitu wahai Fatimahku sayang. Kanda sangat bersyukur kepada Allah akhirnya cinta kanda kepada adinda yang selama ini dipendam telah menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini”

Fatimah pun berkata lagi dengan lembut, “Wahai suamiku, bolehkah dinda berkata jujur denganmu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi kelanjutan rumah tangga kita”

Kata Ali, “Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan, kanda mendengarnya”

Fatimah pun berkata, “Wahai Ali, maafkan dinda. Tahukan kanda bahawa sesungguhnya sebelum bernikah dengan kanda. Dinda telah lama mengangumi dan memendam rasa kepada seorang pemuda. Dinda juga tahu bahawa itu juga telah memendam rasa cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku, maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai Allah”

            Saidina Ali berasa bahagia mendengar kata-kata Saidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun, Saidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin dengannya, ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun dia merelakan perasaannya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu Rasulullah SAW.

            Kemudia Saidatina Fatimah berkata lagi, “Wahai suamiku sayang, maafkan adinda. Dinda tidak bermaksud untuk menyakitimu. Demi Allah dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kanda adalah pemilik cintaku”

            Saidina Ali menjawab, “Fatimah, dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda berjuang memendam rasa cinta demi ikatan cinta bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah dinda saat ini kanda juga bersedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesumgguhnya kanda tidak  mahu orang yang kanda dicintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun dinda pasti mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh.

            Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Saidina Ali. Lalu Saidina Ali berkata lagi, “Wahai Fatimah, kanda sudah menikahimu tetapi kanda tidak sedikit pun belum menyentuhmu. Dinda masih suci, kanda rela menceraikan adinda mala mini agar dinda dapat berkahwin dengan pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum itu, bolehkah kanda tahu siapa pemuda yang dinda cinta itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi dari dirimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu”

Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia telah berkata, “Wahai Ali, demi Allah dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana Allah. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?”

            Ali mula menjadi keliru, lalu dia berkata dengan selembut mungkin, “Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan telah mencintai seorang pemuda tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda itu telah berkahwin”

            Lalu Fatimah berkata, “Kanda ingin tahu siapa pemuda itu? Baiklah sekarang dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang berada di sisi dinda. Dinda sangat mencintainya dan tekaan dinda memang benar, dia juga saat mencintai dinda. Pemuda itu bernama Ali bin Abi Thalib”

            “Nakal kan Saidatina Fatimah, bijak sungguh dia menguji cinta Saidina Ali” sambung Faris.

Adriana hanya tersenyum, membenarkan kata-kata suaminya. Tidak hairanlah selepas itu Saidatina Fatimah dan Saidina Ali mengharungi lautan rumah tangga yang sangat bahagia walaupun kadang kala dilanda ombak dugaan.

Adriana merebahkan kepalanya di bahu Faris, tangan kananya megusap lembut tangan suaminya. Faris menarik tangan Adriana menuju ke katil. Diusapnya perlahan ubun-ubun Adriana, sempat dititipkan doa kebaikan ke atasnya:

            “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dan kebaikan ke atasnya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada kejahatannya dan kejahatan ke atasnya”

Dititipkan lagi doa:

            “Dengan nama Allah, Yaa Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka seandainya ditakdirkan dari hubungan itu seorang anak, anak itu tidak akan diganggu syaitan selama-lamanya

Akhirnya, malam itu mereka melewati malam yang sangat indah.  Malam yang membawa rahsianya yang tersendiri dan malam itu lebih indah dari malam-malam yang mereka lalui sebelum ini. Telah lengkaplah separuh dari agama mereka seperti yang terdapat dalam sepotong hadis yang bermaksud:

            “Apabila seorang hamba Allah berkahwin, maka telah sempurna separuh daripada agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang berbaki"


5 comments:

  1. alhamdulillah..semoga hubungan mereka meramaikan umat nabi muhammad yang bertaqwa..sukenye cerite ni...

    ReplyDelete
  2. syukran.... akhirnya lengkap ... sabar faris terbayar :) sweet ...

    ReplyDelete
  3. salam Kak Nisa !

    sweet sgt cerita ni ! :D nak lagi ! tp x pe . aina sabarkan hati ini dulu sbb aina tau akk nk imtihan (correct me if aina salah) . so , good luck . buat yg terbaik tau . insyaallah akk boleh ! (:

    ReplyDelete
  4. Suka thanx nisa kerana sudi berkongsi ilmu banyak crita kisah baginda yang akak dapt baca crita SE ni.. TQVM :-)

    ReplyDelete