Saturday, 16 June 2012

Suami Ekspress 26


BAB 26

Pagi-pagi lagi Adriana sudah bangun, dilihatnya Faris yang lena tidur di sebelah. Wajah Faris ditatapnya lama, wajah yang tenang sama ada ketika jaga mahupun dalam lena. Dia suka wajah tenang milik suaminya. Pantaskah dia untuk lelaki sebaik Faris? Dia hanya wanita biasa tapi dia juga ingin menjadi wanita yang dirindui syurga, yang meninggikan darjat dan kehormatannya, yang merindui detik pertemuan bersama penciptanya. Mampukah dia?Dia hamba yang penuh dengan dosa.

Lantas dikerlingnya jam disebelah katil, tepat 4.30 pagi. Dia bangun perlahan-lahan dari katil, tidak mahu menggangu lena suaminya, dia tahu Faris penat menguruskan kenduri tahlil untuk arwah mama dan papanya semalam. Diatur langkah ke bilik air, mahu melakukan solat sunat.

Dalam keheningan pagi itu, Adriana bertafakur di atas tikar sejadah. Memuhasabah dan menghitung dosa sendiri, Alhamdulillah dia sempat melakukan solat sunat taubat, solat sunat hajat. Sempat juga dititipkan doa buat arwah mama dan papanya di sana, moga mereka tergolong di kalangan orang yang mendapat keampunan dan rahmat di sisi Allah, moga syurga Illahi menanti mereka di sana. Aamiin..

Adriana melihat jam di dinding, baru jam 5.15 pagi. Diambilnya pula Al Quran di atas rak, disedekah Al Fatihah dan surah yasin buat orang tuanya. Moga dia menjadi anak solehah yang mampu menarik orang tuanya menuju syurga Illahi.

Faris terjaga dari lena apabila terdengar sayup-sayup suara mengalun kalam Allah. Dicubanya membuka mata perlahan-lahan dan dikerlingnya di sebelah  Adriana sudah tiada di sisi. Dia bangun juga dari katil dalam keadaan mamai dan  kantuk masih bersisa. Langkah kaki dihayun ke bilik air mahu membersihkan diri untuk menghadap Illahi.

Faris keluar dari bilik air, kedengaran suara Adriana yang tersekat-sekat membaca Al Quran. Faris tahu isterinya sedang menangis, dibiarkan sahaja Adriana mencari ruang sendiri. Lantas dicapainya Al Quran di atas rak, ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu solat subuh.

Usai sahaja solat jemaah subuh mereka, Adriana hanya termenung di balkoni bilik menghadap ke arah jalanraya. Sengaja dia mengambil angin pagi di situ, menghirup udara segar. Tiba-tiba telefonnya bergetar di atas meja, diambilnya gajet tersebut. Ada mesej baru dari nombor yang tak dikenali, unknown number!!

Dibelek-beleknya lagi telefon bimbit, cuba mengenalpasti nombor tersebut. Dibukanya pula mesej dari si empunya diri.

-Assalamualaikum, dh solat subuh?-

Siapa pula yang menghantar kepadanya mesej sebegini pagi-pagi ini? Takkanlah Iman, otaknya mula merencana mesej tersebut. Ditenungnya lagi nombor tersebut.

            ‘Eh, ni bukan Aqil ke?’ soal Adriana sendiri.

            “Isteri solehah abang buat apa ni?” tegur Faris dari belakang.

            “Err, takde buat apa-apa” balas Adriana sedikit gugup. Telefon bimbit di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

            “Jom pergi jogging nak? My tummy dah buncit sikitlah” ajak Faris, tangannya mengusap perlahan perutnya.

Adriana hanya tergelak kecil. Dipandangnya Faris dari atas ke bawah, mana ada buncit maa. Aiyaa, Faris, Faris…

            “Jogging? Boleh juga, kesian kat suami soleh Riana ni. Perut dia dah buncit ya?” usik Adriana, tangannya mula mengusap perut suaminya.

            “Ishh, apa ni? Gelilah.. tapi suatu hari nanti abang akan pastikan abang yang akan usap perut Riana, usap perut isteri solehah abang yang akan mengandungkan anak abang” Faris sudah mula tersenyum sendiri, moga saat itu tiba nanti.

Adriana sudah menggigit bibir sendiri, malu jangan cakaplah. Panas mukanya saat ini, moga harapan suaminya akan tercapai suatu hari nanti, insha Allah.. Dia juga teringin mahu punya anak sendiri, pengikat kasih antara dia dan Faris. Tapi biarlah masa itu datang sendiri, moga Allah memberi peluang kepadanya untuk merasa pengalaman hidup sebagai seorang ummi, insha Allah..

            “Abang, pergilah siap. Kata nak jogging tadi” Adriana mula menukar topik.

            “Owhh, okey” balas Faris ringkas.

Pagi itu mereka menghabiskan masa mereka dengan berjogging di Stadium Hang Jebat kira-kira hanya lima belas minit perjalanan dari rumah mereka. Awal-awal lagi Faris sudah melarang Faathirah yang mahu mengikut mereka berjogging pagi itu. Teringat panjangnya muncung gadis itu apabila permintaan tidak dihiraukan.

            “Along dengan Kak Riana nak pergi jogging eh? Irah nak ikut” ujar Faathirah teruja apabila dilihatnya abang dan kakak iparnya yang sudah bersiap dengan pakaian sukan.

            “Tak boleh ikut, along nak date dengan Kak Riana” bantah Faris tegas.

            “Alaaa, bolehlah Irah tak kacau along dengan Kak Riana date” pujuk Faathirah lagi. Dia bukannya mahu mengacau abang dan kakak iparnya, tapi dia mahu berjogging saja. Huuhuuu..

            “Tak boleh, along nak berta’aruf dengan isteri along ni. Lain kali kita pergi ya” ujar Faris perlahan, kasihan pula melihat wajah adiknya. Hari ini sememangnya dia mahu meluangkan masa bersama Adriana.

            “Along tak habis lagi ke nak berta’aruf dengan kakak ipar Irah ni…” Faathirah sudah mula merajuk, sampainya hati along!! Huuuhuu..

Faris mula rasa serba salah, kasihan melihat wajah sedih adiknya. Tetapi dia sudah mempunyai perancangannya sendiri. Dia mahu mengenali Adriana dengan lebih rapat, lagi pula dia tidak punya banyak masa untuk memahami isterinya sendiri. Adriana tinggal di kolej, masa-masa seperti inilah dia digunakan dengan sebaiknya untuk mengenali isterinya dengan lebih rapat.

            “Irahh, nanti along bawak Irah jalan ya? Along belanja makan sekali, but not this time okey? Pleaseee..” pujuk Faris lagi, mengharap pengertian adiknya.

Faathirah sudah mula terpujuk dengan kata-kata abangnya. Kasihan pula melihat wajah penuh mengharap abang sulungnya itu. Ya, mungkin dia harus memberi ruang untuk abang dan kakak iparnya.

            “Oklah, tapi janji tau nanti belanja Irah” Faathirah sudah mula tersenyum, memang abangnya pandai memujuk, untunglah Kak Riana..

Faris sudah menarik nafas lega, mujurlah Faathirah memahami. Dipandangnya Adriana di sisi, isterinya hanya tersenyum. Ya, dia memang sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri!! Moga rasa cinta ini kekal hingga ke syurga Firdausi, moga redha Illahi mengiringi perkahwinan ini. Aamiin…

Faris dan Adriana sama melakukan warm up, bersedia untuk berjogging. Rasa segar apabila menghirup udara pada pagi ini. Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Illahi. Tidak ramai orang yang berjogging pada pagi itu, pagi Jumaat. Hari ini Faris mengambil cuti, mahu menghabiskan masa bersama isterinya. Adriana pula tiada kelas hari ini, kelas makmalnya batal.

Faris dan Adriana sudah mula berlari-lari anak. Hilang segala masalah yang timbul, benarlah kata orang bersukan mampu menghilangkan tekanan. Bersukan merupakan terapi untuk menghilangkan masalah. Rasulullah juga sebagai bersukan, antara sukan kesukaan Rasulullah ialah memanah, berenang dan menunggang kuda.

Setelah satu jam mereka berjongging, Faris mula melabuhkan punggung. Dilihatnya Adriana sibuk melakukan cool down. Cepatnya masa berlalu sudah tiga bulan usia perkahwinan mereka, masih banyak rancau dan dugaan rumahtangga yang harus ditempuhi mereka. Kadangkala Faris takut untuk menempuhi alam rumahtangga, rumahtangga mana yang tidak dilanda badai? Mungkin Allah ingin menguji tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita harus mengurus masalah itu sendiri.

Adriana mula melabuhkan punggungnya di sisi Faris. Melepaskan lelah seketika, ditenungnya wajah Faris di sisi, wajah yang tenang mata memandang. Kulit yang cerah, kening mata yang lebat, hidung yang sedikit mancung dan bibir yang merah. Tidak dinafikan Faris memang kacak mirip wajah ummi yang manis. Bibirnya mengukir senyuman, handsome jugak eh suami aku aka Mr. Faris ni, hehe..

            “Dah habis dah tenung muka abang? Handsome tak?” usik Faris nakal. Ralit sangat isteri merenung mukanya sebentar tadi.

Wajah Adriana sudah panas, malu wehh.. Huhuhu… Dikalihnya pandangan ke arah lain, malu apabila tertangkap sedang merenung suami sendiri!! Kan dah kantoi Adriana Qistina, aiyoyo…

            “Eh, perasan pulak dia ni” hanya itu yang mampu diucapkan, malu masih menebal. Dah tebal sepuluh inchi dah malu ni weh..

            “Takpe, abang tahu abang handsome kan? Haha..” gelak Faris kuat, kelakar melihat wajah malu isterinya. Comel apabila pipi gadis itu sudah kemerahan menahan malu.

            “Aiyoo, susahlah orang yang suka perasan ni” ujar Adriana lagi, tapi Faris memang handsome!!

            “Apa perasaan Riana kahwin dengan abang? Bahagia ke sedih? Abang tak mampu nak bagi Riana harta abang, abang tak kaya harta” soal Faris, memang dia tidak kaya dengan harta. Dia hanya seorang pensyarah, dia juga tidak berasal dari keluarga berada, bapanya juga merupakan seorang pendidik. Dia dan Adriana berbeza, Adriana berasal dari keluarga berharta juga, bapa Adriana juga merupakan seorang jurutera. Dia takut dia tidak mampu membahagiakan Adriana.

            “Mestilah Riana bahagia, ada suami soleh macam abang, keluarga yang memahami. Riana ada abi, ummi, Irah dan Furqan.. Kaya harta tu tak menjamin bahagia abang, yang penting kaya iman, kaya  akhlak” Adriana mula menarik tangan suaminya, tidak mahu Faris terus berasa rendah diri. Untuk apa lagi yang membahagiakan seorang isteri selain mempunyai suami yang mampu membimbing isteri dan anak-anak menuju syurga Illahi. Dia tidak memerlukan harta dunia, yang dia mahu adalah mempunyai suami yang sempurna iman dan ilmunya.

            “Betul ni?” Faris seakan tidak percaya apa yang baru sahaja diluahkan isterinya. Adriana Nampak matang berbanding usianya, mungkin kehilangan orang tua kala usia muda menjadikan Adriana lebih matang.

            “Betul abang, Riana yang takut abang tak bahagia dengan Riana” Adriana jujur meluahkan kerisauan di hati. Memang dirasakan dirinya tidak pantas bersama lelaki sebaik Faris.

            “Abang bahagia sayang, bahagia sangat-sangat…Riana pernah dengar hadis riwayat Muslim, dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Abang bahagia ada isteri solehah seperti Riana ni” Faris tersenyum memandang isterinya. Dicubit perlahan pipi gadis itu.

Adriana terharu mendengar luahan suaminya, moga dia mampu menjadi isteri solehah seperti apa yang diharapkan suaminya. Aamiin….

            “Firman Allah dalam surah An Nur ayat 26 yang bermaksud wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik” terang Faris lagi diselitkan pula terjemahan Al Quran dari surah An Nur.

            “Thanks abang, insha Allah Riana akan jadi isteri yang solehah untuk suami yang soleh seperti abang. Moga kita pantas beriiringan menuju syurga Illahi”

            “Aamiin.. Semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga. Bukankah anak yang soleh dan solehah itu merupakan aset ibu bapa ke syurga juga” Faris tersenyum memandang Adriana, moga mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah nanti.

Adriana hanya tersenyum mendengar harapan dari suaminya. Ya, moga Illahi memberi mereka kesempatan dan peluang untuk menjadi ibu bapa yang mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Memperkembangkan ummah yang mampu memberi sumbangan kepada agama, insha Allah.

7 comments:

  1. Mujahidah Islam16 June 2012 at 08:54

    bestttttttt nya.hihi

    ReplyDelete
  2. best nye sejuk je hati bila baca suami idaman tu....

    ReplyDelete
  3. sy pn nk jdi wanita yg soleha spy dpt suami yg soleh gak..lelaki yg baik utk wanita yg baik

    ReplyDelete
  4. suami soleh , isteri solehah . idaman semua insan . (:

    syaza

    ReplyDelete
  5. kak Nisa ! ! (:
    bestnya ! <3
    nak lagi ? hehe , :D

    #suami soleh . bestnya kalau dapat pasangan seorang suami yang soleh kan ? (:

    ReplyDelete
  6. nak lagi, bestlah cerita ni, teruskan usaha anda ^^

    ReplyDelete
  7. mmng best....menitis air mate bace cite...:)

    ReplyDelete