BAB 37
Pagi itu sebelum bertolak pulang ke Melaka, Adriana dan
Faris sama-sama singgah sebentar di ladang strawberi. Sememangnya ladang
strawberi menjadi tumpuan utama pelancong jika sampai di Cameron Highlands.
Tidak sah jika tidak melawat ladang strawberi, maklumlah buah strawberi jarang
sekali dapat dibeli jika bukan hanya di tanah tinggi seperti Cameron Highlands
ni.
Laju langkah Adriana menuju ke pintu masuk ladang
tersebut, matanya geram melihat buah strawberi yang sudah masak berwarna
kemerahan itu. Tanpa sedar dia melangkah jauh meninggalkan Faris dibelakang.
“Ehem, ehem laju nampak Puan Adriana ni” dehem Faris.
Pelik melihat telatah Adriana yang teruja semacam.
Adriana berpaling ke belakang, senyum ‘comel’ dihadiahkan
untuk Faris. Dia pun tidak mengerti dengan perangainya sendiri sejak
kebelakangan ini. Apa yang penting dia geram sangat melihat buah strawberi yang
masih fresh di pokok.
‘Aaarrggghhh kalau dapat makan buah strawberi cicah
coklat best jugak ni!!’ gulp!! Adriana telan air liur sendiri. Eh, mengidam ke
apa ni?? Huhu..
“Sampai hati sayang tak tunggu abang kan? Hanya kerana
buah strawberi suami dilupakan. Tak patut betul” Faris sudah tarik muka masam. Merajuk
manja dengan isteri tersayang.
“Alolo my hero ni, tak macho betul merajuk. Tapi jangan
risau abang nampak comel hari ni” pujuk Adriana, dia memaut lengan Faris. Siapa
tak sayang suami oiiii.. hehe..
“Yeke abang comel?” Faris tersenyum sambil mengangkat
keningnya nakal. Tak jadi merajuk lama-lama dengan Adriana, ada saja telatah
isterinya yang membuat rajuknya hilang begitu saja. Sungguh Adriana bijak
mengambil hatinya.
“Iyaa… mestilah suami Riana ni comel.. Abang lagi comel
dari pak cik yang berdiri kat pintu masuk tadi. Haha..” Adriana tertawa kecil,
sesekali menyakat Faris best jugak.
“Sayang!!!” Faris mencubit pipi Adriana lama. Geram
apabila disamakan dengan pak cik, apa tua sangat ke dia ni? Kalau dibandingkan
dengan Imam Muda Asyraf ke Syabab Musafir Kasih ke takpe juga. Eh?? Haha..
Adriana mencubit pipi Faris pula. Apa dia ingat dia
sorang je boleh buat? Sekarang sama-sama main cubit pipi. Faris cubit pipi
Adriana, Adriana cubit pipi Faris balik. Hah, baru adil kan? Eh, kira adil ke
kalau macam ni?
“Sayang, baik lepaskan pipi abang, kalau tak abang…”
sengaja Faris mengantung ayatnya di situ, matanya dikenyit nakal.
“Abang… abang nak buat apa?” soal Adriana sedikit kalut,
terus terlepas tanganya dari mencubit Faris. Biarlah dia mengalah, Faris ni
bukan boleh percaya sangat. Selalu overacting..
“Hahaha…” gelak Faris, dilepaskan tanganya di pipi
Adriana. Kasihan melihat pipi yang sudah mula kemerahan itu. Adriana memang
begitu, cepat saja wajahnya yang putih itu bertukar kemerahan. Cantik, putih
kemerahan wajah isterinya lebih-lebih lagi jika Adriana sedang malu.
Adriana melangkah laju meninggalkan Faris, segan tambah
merajuk dengan perangai nakal Faris.
“Nak tinggalkan abang lagi ke?” pantas Faris menghayun
langkah menyaingi langkah Adriana. Dipeluknya kemas pingang isterinya itu.
Adriana buat tak tahu apabila tangan Faris sudah selamat
memaut pingangnya. Dibiarkan saja tingkah suaminya. Matanya ralit memerhati
buah strawberi. Dipetiknya buah strawberi lalu selamba dia memakan buah strawberi
tersebut.
“Sayangggg, buah ni tak basuh lagi kan? Tak elok makan
berdiri tau sayang” lembut Faris menasihati Adriana.
“Heee..” Adriana tayang wajah tak bersalah. Sungguh Faris
memang menjaga tingkah sebagai seorang muslim, sering saja sunnah Rasulullah
dihidupkan dalam kehidupan rumah tangga mereka. Faris selalu mengajaknya
mengamalkan sunnah yang kian terasing kini. Antara yang sering diamalkan Faris
adalah mendahulukan bahagian anggota
kanan. Teringat Adriana pada sepotong hadis yang diriwayatkan dari
Saidatina Aisyah yang bermaksud:
“Rasulullah menyukai iaitu mendahulukan sebelah kanan
bagi semua urusan baginda; ketika bersuci (berwuduk), ketika menyisir rambut
dan ketika memakai sepatu”
“Sayang kita pergi Cameron ni dah dua kali kita pergi
ladang ni, tak bosan ke?” tanya Faris pelik. Adriana dilihatnya sangat teruja
apabila mereka mengunjungi lagi ladang ini sedangkan baru semalam mereka datang
ke ladang strawberi.
Adriana tersenyum. Dia pun hairan tapi nak buat macam
mana memang sejak dari kecil dia suka makan buah strawberi, tambah-tambah kalau
cicah coklat. Warna buah strawberi yang kemerahan itu saja sudah membuatkan dia
tergoda. Eh, eh.. buah strawberi pun ada bakat mengoda kan??
“Semalam lain abang, hari ni lain…”
“Apa yang lainnya, sama je abang tengok” Faris
mengerutkan dahinya. Pelik juga melayan kerenah Puan Adriana Qistina ni. Ada
saja telatahnya… memang pelik..
“Semalam kita pergi hari Sabtu, hari ni kita pergi hari
Ahad. Kan lain tu? Tak sama kan? Haha..” Adriana sudah membuka langkah seribu.
Lama jugak dia tak marathon ni, sesekali marathon dalam ladang strawberi ni
romantik jugak kan? Ala-ala filem Bollywood.. hehe..
Faris mengejar Adriana dari belakang, amboi semakin nakal
nampaknya Puan Adriana ni, belajar dari siapa agaknya ya? Dia membuka langkah
panjang mengejar Adriana di hadapan, laju juga Adriana berlari. Tapi takkan dia
mahu menyerah kalah, dulu dia raja pecut sekolah ok!! Tapi setakat raja pecut
peringkat sekolah jelah, sampai peringkat negeri hancus..
Adriana sudah tercungap-cungap. Laluan yang sempit
membuatkan dia sukar untuk berlari lebih laju, ada yang mati pokok strawberi ni
nanti, hehe.. Lariannya terhenti apabila tubuhnya dipeluk dari belakang,
mendengar saja nafas yang sedikit tidak teratur itu dia sudah tahu si empunya
badan yang sedang memeluknya dari belakang. Cepat jugak Faris berlari kan?? Eh,
haruslah Faris lagi berlari laju dari dirinya sebab Faris kan hero dia. Mana da
hero lari lambat kan?
“Hari ni kita amalkan sunnah nabi, main kejar-kejar”
bisik Faris perlahan. diciumnya perlahan pipi Adriana dari belakang.
“Tapi abang tak kasi sayang menang pun? Sedangkan
Rasulullah selalu mengalah dengan Saidatina Aisyah” ujar Adriana masam.
“Next time I will make sure that you are the winner, ok?”
pujuk Faris, dipeluknya kejap tubuh kecil itu. Rasa tenang apabila memeluk
isterinya, memeluk yang halal. Rasa seperti hanya mereka sahaja yang berada di
ladang strawberi ini. Eh, ladang strawberi?? Cepat-cepat Faris merungkaikan
pelukannya. Segan jika kemesraan mereka ditatap umum, mujurlah tiada siapa yang
melihat adegan romantis mereka sebentar tadi.
“Abang.. jom lepak dekat kerusi tu” tunjuk Adriana ke
arah bangku yang berwarna putih, mahu melepaskan lelah sebentar. Lelah ketika
berlari dan lelah ketika dipeluk Faris sebentar tadi. Mujurlah Faris berada di
belakangnya, jika tidak sudah semestinya suaminya itu melihat wajah yang
kemerahan akibat malu dipeluk sebentar tadi.
Mereka berpimpin tangan menuju ke bangku tersebut.
Alhamdulillah, bahagianya cinta apabila sudah halal. Bahagianya menikmati cinta
yang terpelihara sebelum bernikah. Itulah yang hanya mampu dirasakan bagi
mereka yang berpuasa syahwat sebelum bernikah. Ibarat orang yang berpuasa
apabila berbuka, menikmati hidangan dengan teruja setelah seharian berpuasa
makan dan minum.
“Sayang, apa formula yang berkesan
untuk mendidik anak-anak zaman sekarang ya?” Faris memulakan perbualan. Mahu
mendengar dan meraikan pendapat isterinya.
“Didik mereka dengan acuan Al Quran
dan As sunnah.. jika diizinkan Allah untuk punya zuriat nanti, Riana akan suruh
anak-anak kita menghafal surah apabila mereka berhajatkan sesuatu. Jika sudah
lancar hafalan mereka, barulah permintaan mereka dipenuhi. Insya-Allah Riana
nak didik mereka dengan cara Islam” ujar Adriana semangat. Dia mengenggam erat
tangan Faris melahirkan kesungguhannya untuk mendidik mujahid dan mujahidah
mereka nanti.
“Alhamdulillah, bertuahnya anak-anak
abang dapat ummi yang pintar macam Riana.. Sangat bagus ideanya sayang” ujar
Faris terus menerus meraikan pendapat Adriana.
Adriana tersenyum, pandai sungguh
Faris meraikan pendapatnya sedangkan dia tahu Faris sudah semestinya mempunyai
formula mendidik anak yang lagi hebat dari dia.
“Formula abang bagaimana? Agaknya
apa cara yang paling bagus untuk mendidik ulama’ kita nanti?” tanya Adriana.
Dia memandang wajah Faris yang kelihatan merenung jauh itu.
“Jika umminya sudah menerapkan
ajaran Al Quran dalam diri mujahid dan mujahidah kita dan menjadikan syarat
untuk memenuhi permintaan mereka dengan hafalan surah-surah. Abinya pula mahu
menerapkan As sunnah dalam kehidupan mereka. Jika diizinkan Allah kita ada
zuriat, abang mahu mengajar mereka sukan-sukan kegemaran Rasulullah. Abang nak
ajar mereka berenang, menunggang kuda dan memanah” Faris mula mencipta angan
sendiri.
“Nanti, Riana nak sebarkan kasih
sayang yang sungguh-sungguh dalam rumah kita. Biar mereka merasa cinta yang
halal dalam rumah sendiri. Kita akan curi tumpuan ulama’ kita dan takkan
biarkan mereka leka dengan media-media yang melalaikan” balas Adriana.
“Great idea sayang. Kita akan
lekakan mereka dengan cinta yang halal di dalam rumah sendiri sehingga mereka
lupa mencari cinta yang haram di luar sana. Kita didik mereka sejak kecil lagi
dengan permainan dan kuiz yang menguji minda mereka. Kita latih mereka dengan
kuiz matematik dan sirah-sirah nabi dan jauhkan mereka dari cerita-cerita
kartun yang kadangkala boleh melalaikan minda mereka” Faris sudah semakin
bersemangat melontarkan ideanya.
Adriana dan Faris masing-masing
sudah memasang impian untuk memiliki zuriat. Moga impian mereka menjadi nyata.
Moga Ilahi memberi peluang untuk mereka menjadi ummi dan abi yang terbaik untuk
ulama’-ulama’ mereka. Ulama’ yang bakal mengangkat tinggi maruah Islam,
insya-Allah.
“Abang, pernah bercinta sebelum
kahwin dengan Riana?” soal Adriana ingin tahu. Mustahil lelaki sebijak dan
sekacak Faris tidak pernah diminati mana-mana wanita. Adriana tahu Faris
terkenal dengan sikap kepimpinan di university, mustahil tiada wanita yang
tidak jatuh cinta dengan Faris. dia sendiri pernah melihat secara tidak sengaja
apabila dia terjumpa fail peribadi Faris di dalam bilik mereka dahulu. Pelbagai
sijil penghargaan yang diberi pihak university kepada Faris. Apabila melihat
fail tersebut barulah dia mengetahui bahawa Faris pernah menjadi Yang Dipertuan
Agong Majlis Perwakilan Pelajar ketika suaminya menuntut dahulu. Dalam diam dia
memiliki seorang suami yang mempunyai sikap kepimpinan yang tidak boleh
disangkal lagi. Faris memang super-duper hebat, Alhamdulillah..
“Bercinta? Bercinta dengan buku saja
Riana.. Bagi abang first thing first. Abang nak cari ilmu dulu, nak banggakan
ummi dan abi dulu. Abang percaya jodoh tu akan datang tepat pada masanya. Abang
berusaha cari jodoh abang dengan cara abang yang tersendiri”
“Cara tersendiri? Maksud abang?”
soal Adriana.
“Iya, dengan cara tersendiri, dengan
cara high class..”
“High class??” soal Adriana semakin
pelik, susah benar otaknya mahu memproses maklumat.
“Ha’ah, abang perbaiki diri dahulu.
sibukkan diri dengan majlis-majlis ilmu. Nak jadi ketua keluarga bukan mudah
Adriana, sebaik saja akad nikah selesai tanggungjawab menjaga Riana terletak di
bahu abang. Sebab tu sebelum kahwin abang kena persiapkan diri dengan ilmu
dahulu. Kena rajin pergi majlis agama, solat berjemaah, join usrah dan
sebagainya. Asas pembinaan baitul muslim itu sendiri kena kukuh barulah lahir
keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah dalam rumah tangga”
“Macam mana abang kawal diri dari
cinta murahan sebelum nikah?” soal Adriana, dia semakin suka mendengar fikrah
suaminya.
“Abang bermujahadah dalam melawan
nafsu sendiri, abang tak beri peluang untuk lorong-lorong zina. Meskipun nampak
kecil kesilapan kita dalam menjaga pergaulan, contohnya seperti kita mesej
kosong dengan lawan sejantina kita atau lebih tepat lagi mesej tanpa tujuan
tetapi sebenarnya kesilapan yang kita anggap kecil itulah punca kepada zina.
Bukankah Allah sudah berfirman jangan mendekati zina? Dan abang tahu fitnah
wanita itu sangat hebat, abang sungguh-sungguh bermujahadah melawan nafsu
sendiri sebab abang yakin lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan
abang mahu ada kenangan cinta yang terpelihara sebelum bernikah. Abang tahu
cinta tu lebih indah selepas nikah, cinta pada yang halal. Buat apa pun dapat
pahala walaupun rindukan isteri sendiri. Pemurah kan Allah” ujar Faris sambil
mengucup perlahan tangan Adriana.
Adriana terpegun mendengar fikrah
suaminya, subhanallah.. Sungguh teliti Faris menjaga ikhtilatnya, pantaskah dia
bersama suami sesoleh Faris? Benarlah perbuatan yang dianggap remeh itu kadang
kala membuka pintu zina. Sungguh, syaitan punya cara yang licik untuk manarik
anak Adam menuju ke neraka. Allahu robbi..
Aku Hanya Wanita Biasa..
Aku hanya wanita biasa,
Yang bukan kaya hartanya,
Tapi akan kuserah jiwa yang kaya dengan cinta,
Tapi akan kuserah jiwa yang kaya dengan cinta,
Kepada suami sesoleh si dia..
Aku hanya wanita biasa,
Tidak lepas dari dosa,
Yang ada salah silapnya,
Tapi aku mahu menjadi bidadari buat si dia..
Aku hanya wanita biasa,
Yang bercita menjadi isteri solehah,
Yang ingin sentiasa menjadi penyejuk mata,
Selalu mendamaikan buat si dia..
Aku hanya wanita biasa,
Yang selalu meminjam kekuatan dariNya,
Yang ingin hangat menyalurkan cinta,
Khas untuk si dia..
Aku hanya wanita biasa,
Bukan yang menawan parasnya,
Tapi aku bercita mahu ke syurga,
Berpimpin tangan bersama si dia..
Adriana Qistina Nazri
p/s: kalau rajin tinggalkan komen, baru semangat sikit nak menaip, kalau tak lemau je nisa nak menaip, huhu.. entry kali ni rasanya mcm banyak yang merapu sbb da lame tak menaip..
Bnyk ilmu ug dapayt dipelajari.klu bc novel ni...dr tak atu jd tau...thnk,.nisa......
ReplyDeletewlaupn dh prnh dengr dn pelajri tp sulit nk ikuti...kdg2 terbabs jgk......kdg2 diri ini lupe,sering mncri kenikmtn semta2...thks Nisa ksi peringatn..
ReplyDeleteara
bnyk ilmu yg diperolehi...trima kasih ats peringatan...semoga Cinta Selepas Nikah jg mnjadi milikku...aammiinnn...
ReplyDeletesaadiah : welcome awop :D thanks bce SE n sudi tgglkn komen :) bru smngat sikit na mnaip n3 baru ;)
ReplyDeleteara: sama2 ingatkan :) nisa ingatkan dri nisa jugak sbnrnya :) thanks awop :D
ryana: sama2 awop, insya-Allah, cnta ba'da nikah :D thanks awop :D
Yang Dipertuan Agong Majlis Perwakilan Pelajar?
ReplyDeletehaha..
you better be careful with what u are writing..
thanks tegur nisa :) haha jap gi marah pulak YDA, aiyoo akibat taip mlm2, patutnya yang dipertuan pelajar ataupun YDP
Delete