BAB 13
Sepanjang perjalanan pulang
ke kampung Faris di Mersing, Johor Adriana hanya diam seribu bahasa.
Dia ralit memerhatikan kawasan kampung di sekelilingnya. Faris pula
lebih selesa memilih jalan luar dari lebuhraya, sengaja ingin mencuci
mata melihat suasana kampung. Hanya suara radio yang memecah
kesunyian antara mereka. Tiba-tiba lagu buatmu ibu kedengaran
berkumandang dari corong radio.
Ibu
bergenang air mataku
terbayang
wajahmu yang redup sayu
kudusnya
kasih yang engkau hamparkan
bagaikan
laut yang tak berketepian
biarpun
kepahitan yang telah engkau rasakan
tak
pula kau merasa jemu
mengasuh
dan mendidik kami semua anakmu
dari
kecil hingga dewasa
Air
mata Adriana kembali bergenang di kelopak mata, tak sanggup rasanya
hendak mendengar lagu itu. Lagu yang menggamit rindu terhadap
mamanya. 'Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku ini' desis hatinya
perlahan.
Faris
yang terperasankan riak wajah muram Adriana, terus menutup radio.
Biarlah kesunyian melanda di dalam kereta miliknya. Jelas
dipenglihatannya gadis itu mengesat air mata yang mula mengalir.
“Riana nak singgah mana-mana tak? Nak makan mee bandung Muar?”
soal Faris cuba mengusir kesedihan gadis itu.
“Hah?
Kenapa abang lapar ke?”
` “Taklah,
tapi kebetulan dah sampai Muar ni, elok jugak kita merasa mee bandung
kat sini. Riana pernah makan tak mee bandung Muar? Sedap tau”
spontan Faris telan liur.
“Riana
ok je. Kesian kat abang dah penat memandu, takpe lah kita singgah
makan” jawab Adriana simpati. Elok juga mereka singgah makan, dapat
juga dia mengambil angin laut di Sungai Muar, menghilangkan seketika
rasa sedih yang mula bertamu.
“Ok”
Faris mula memakirkan keretanya di hadapan sebuah gerai. Terasa angin
laut yang mendamaikan.
Mereka
mula melangkah masuk ke gerai makana. Mee bandung sememangnya
merupakan makanan yang terkenal di Muar. Siapa yang singgah ke Muar
pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati mee bandung ini.
Mereka mula memilih meja yang menghadap ke laut.
Suasana
mula sepi antara mereka. Masing-masing makan dengan berselera sekali.
Petang-petang macam ni, ditambah pula angin laut.. Perghh, tak ingat
orang kat sekeliling dah ni.
“Sedap
tak?” soal Faris setelah habis sepinggan mee bandung dimakannya.
“Haah,
sedap.. Abang selalu makan kat sini ke?” Adriana mula menyedut air
sirap di hadapannya.
“Kalau
abang dengan umi dan abi balik kampung, kami singgahlah makan kat
sini. Eh, Adriana ada tisu tak?” mata Faris meliar mencari tisu,
kalau-kalau ada tisu di meja berhampirannya. Hampa, tisu diletakkan
di meja kaunter di hadapan.
“Ada, kejap Adriana ambik dalam beg ni” jawab Adriana sambil melongkar beg
tangannya. Dihulurkan tisu kepada Faris.
Faris
menyambut tisu yang dihulurkan, lantas diambilnya sehelai. “Ish,
sayang abang ni.. Dah besar pun makan comot lagi” Faris mengesat
sisa mee bandung yang tertinggal di hujung bibir isterinya.
Sayang??
Adriana telan liur kesat. Rasa macam nak pengsan pun ada, argghhh
Faris panggil dia sayang? Wajahnya mula kemerahan, malu, segan.. Rasa
macam nak menyorok bawah meja makan ni pun ada. Yang membuatkan dia
bertambah malu apabila Faris tanpa segan silu mengesat sisa mee
bandung di mulutnya sebentar tadi. Malu, malu, malu...
“Eh,
Riana memang selalu makan comot” ujarnya menutup malu. Tiba-tiba
dia terperasankan sesuatu di hujung bibir lelaki itu. Lantas
tangannya mengambil tisu di tangan Faris.
“Eh,
abang pun makan comotlah. Haha” Adriana tergelak kecil. Takdelah
dia rasa malu sangat. Seri 1-1 sama.
“Hah?
Yeke?? Abang.. abang memang selalu makan comot jugak” gugup Faris,
dia pulak yang malu sekarang ni. Tulah sedap sangat mee bandung
makcik ni masak.
“Hehe,
samalah kita. Abang, tok umi dan tok abah garang tak?” soal
Adriana.
“Kenapa?
Riana takut eh? Don't worrylah, dorang sporting je. Kalau Riana nak
tahu dorang lagi sporting dari abi dan umi” jelas Faris. Tok umi
dan tok abahnya memang sporting sangat, boleh dibawak bergurau. Tok
uminya yang rajin melatah dan tok abahnya yang rajin bercerita. Rasa
seronok sangat mengusik tok umi dan tok abahnya.
“Alhamdulillah,
eh jomlah kita gerak sekarang. Nanti sampai lewat pulak” ajak
Adriana. Takut pula jika mereka tiba di kampung apabila malam
menjelma.
Setelah
hampir sejam setengah perjalanan mereka, akhirnya mereka tiba juga di
Mersing. Jam di dashbord kereta menunjukkan tepat 7 malam. Faris
menjeling Adriana di kerusi sebelah, lena gadis itu tidur, rasa tak
sampai hati hendak dikejutkannya.
“Riana,
bangun.. Kita dah sampai ni” kejut Faris perlahan, tangannya mula
menepuk-nepuk perlahan paha isterinya.
Adriana
menguap kecil, matanya memerhatikan kawasan sekeliling. Siang hampir
sampai ke penghujungnya. “Dah sampai eh?” soal Adriana masih lagi
mengantuk. Faris yang memandu, dia yang lebih-lebih penatnya.
Haishh..
“Haah,
dah jomlah keluar. Dah nak maghrib ni” ujar Faris sambil mematikan
enjin kereta.
Adriana
hanya mengikut jejak Faris. Kelihatan seorang wanita melepasi usia
separuh abad menanti mereka di hadapan pintu, tersenyum menyambut
kedatangan mereka.
“Assalamualaikum,
tok mi. rindunya Faris dengan tok mi ni” ujar Faris sambil memeluk
wanita tua itu.
“Waalaikumsalam,
tok mi pun rindu cucu tok mi ni” dibalas pelukan cucunya
seketika.“Ni Adriana kan? Cantiknya cucu tok mi ni, hari tu masa
akad nikah lain. Ni lagi cantik” Hajjah Zubaidah memeluk pula
Adriana setelah merungkaikan pelukan Faris, habis diciumnya wajah
Adriana. Memang cantik isteri cucunya itu, lagi cantik tanpa disolek.
“Tok
mi sihat?” soal Adriana sopan. Segan pula apabila wanita di
hadapannya mencium wajahnya. Tak sangka tok umi Faris cepat mesra
dengan orang.
“Alhamdulillah,
sihat cara orang tualah. Eh, jom masuk dalam. Apalah tok mi ni, cucu
datang dari jauh-jauh diajaknya berbual depan pintu saja” rungut
Hajjah Zubaidah sendirian, ditariknya tangan Adriana masuk ke dalam
rumah. Faris pula hanya mengangkat beg pakaian mereka. Tersenyum
mendengar celoteh tok uminya.
“Eh,
tok abah mana tok mi?” soal Faris, matanya meliar mencari kelibat
tok abahnya, Haji Mansor.
“Tok
abah kamu dah ke masjd. Cadangnya nak solat saja di rumah tapi ada
kenduri pulak di masjid tu. Tak manis pulak kalau tak pergi” jelas
Hajjah Zubaidah. Suaminya memang selalu jemaah di masjid tambahan
pula suaminya merupakan imam dan merangkap pengerusi masjid di
kampung mereka.
“Ohhh,
rindu pulak Faris dengan tok abah” jawab Faris lebih kepada dirinya
sendiri.
“Kejap
lagi tok abah kamu baliklah tu, dah kamu pergi mandi dulu ni. Dah nak
malam ni, nanti kita makan sama-sama. Tok abah kamu kata dia pergi ke
masjid sekejap saja hari ni, tak sabar nak jumpa cucu kesayangan”
ucap Hajjah Zubaidah.
“Orait
tok mi” balas Faris sambil mengenyitkan matanya, sempat pula
ditariknya tangan Adriana menuju ke bilik mereka. Tak banyak cakap
lagi Adriana dengan tok uminya, barangkali dalam proses menyesuaikan
diri.
Usai
sahaja membersihkan diri dan solat maghrib, Adriana dan Faris
menolong Hajjah Zubaidah menghidangkan makanan. Kata Hajjah Zubaidah
sebentar lagi suaminya akan pulang. Mahu makan malam bersama mereka.
Makanan
malam mereka benar-benar membuka selera. Sayur kangkung masak
belacan, siput sedut masak lemak cili api dan ikan kering. Memang
sedap masakan kampung yang dimasak tok uminya.
Adriana
menyusun pinggan lauk di atas tikar mengkuang, jarang dia makan di
atas tikar. Selalunya dia hanya makan di meja makan. Inilah yang
membezakan adat orang kampung dan bandar. Rasa seronok pula apabila
sekali-sekala merasai suasana kampung.
Kedengaran
enjin motor di luar rumah. “Hah tu pun tok abah kamu dah balik”
ujar Hajjah Zubaidah sambil menyambut suaminya di muka pintu.
Adriana
hanya melihat dari ekor matanya. Walaupun sudah lama berumahtangga
tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri tidak diabaikan oleh
Hajjah Zubaidah, lihat sahajalah masih tersenyum menyambut kepulangan
suami walaupun sudah berpuluh-pulah tahun mendirikan rumahtangga. Tak
pernah jemu melayan suami. Dalam diam dia kagum dengan Hajjah
Zubaidah. Tidak hairanlah kalau Faris mendapat didikan agama yang
sempurna kerana dibesarkan dalam latar belakang keluarga yang
mementingkan agama.
“Hah,
Adriana makanlah siput sedut tu. Sedap tau tok umi kamu ni masak,
kalah masterchef” pelawa Haji Mansor. Dilihatnya Adriana hanya
makan sayur kangkung dan ikan kering sahaja. Tak pula gadis itu
menyentuh sipu sedut lemak cili api yang disediakan isterinya.
“Err..
ok” jawab Adriana ringkas. Teragak-agak dia mengambil siput masak lemak
cili api di hadapannya. Bukannya dia tak sudi nak jamah lauk tersebut
tapi dia tak tahu macam mana nak makan siput!! Dijelingnya Faris di
sebelah, mak aiii khusyuknya mamat ni makan. Tak pandang kiri kanan
dah, macam tak makan setahun.
Bibelek-beleknya
siput di tangan. Cuba memerhatikan cara Faris, Hajjah Zubaidah dan
Haji Mansor makan. Dicubanya perlahan sambil mata tak lepas
memerhatikan gelagat Faris menyedut siput. Surpp, surppp, surrppp..
disedutnya lagi sekali siput tersebut. Alamak, taknak keluarlah pulak siput
ni.
“Riana,
pandai makan siput tak?” Hajjah Zubaidah menyoal.
Adriana
angkat muka memandang wajah Hajjah Zubaidah, dipandangnya pula wajah
Haji Mansor dan akhir sekali singgah di wajah Faris di sebelah..
Haishhh, semua sedang memerhatikan dia menyedut siput yang degil tak
mahu keluar nih!! Apa teruk sangat ke cara dia menyedut siput sampai
semua orang berhenti makan dan pandang wajahnya?? Hmmm..
“Hah??
Errrr..” kaku dia nak jawab soalan Hajjah Zubaidah.
“Riana,
sedut siput dekat bahagian ni, Riana salah tu, sedut macam ni”
tunjuk Faris, siap dia buat demo lagi macam mana nak sedut siput
depan Adriana. Haji Mansor dan Hajjah Zubaidah hanya tersenyum kecil
memerhatikan gelagat Adriana dan Faris. Manalah nak tahu yang Adriana
ni tak pernah makan siput.
Adriana
mengikut cara Faris menyedut siput, surrpppp... Akhirnya berjaya
jugak siput tersebut masuk ke mulutnya..
“Hah..
Pandai pun cucu tok mi ni makan siput. Faris, esok kamu ajaklah
isteri kamu ni jalan-jalan kat sini” ujar Hajjah Zubaidah,
tersenyum melihat telatah Adriana, naif sungguh gadis itu.
“Jalan-jalan
tok mi? Ehh, mestilah Faris akan ajak Adriana jalan-jalan esok,
hehe.. Adriana, pagi esok teman abang pergi pantai. Kita tengok
matahari terbit, cantik tau” ajak Faris tersenyum.
Hahhhh....
Tengok matahari terbit?? Alamak, sweetlah pulak 'Mr. Faris' ni...
alahai xtw plak mkn sput sdut 2 sme la ngn sy,sy pn x pnh mkn spt sdut..kot2 nti klo dpt suami yg mmg mkn mmg sy pn sme la cm adriana nie..heheehehhe..sweet plak nk bw g pntai tgk mthari trbit..
ReplyDeletesurppp.. hehe.. thanks awk :D
DeleteCwettnyer,,,,:)
ReplyDelete