Monday, 11 June 2012

Suami Ekspress 24


BAB 24

Pagi itu usai sahaja kelas biologi, Adriana terus bersiap-siap mahu pulang ke kolej kediaman. Sebentar sahaja lagi Faris akan mengambilnya. Malam ini, keluarga mentuanya mengadakan kenduri tahlil untuk arwah mama dan papanya. Dalam asyik dia mengatur langkah, langkahnya diekori seseorang.

            “Awak, tunggu sekejap” pinta suara di belakangnya.

Tanpa menoleh kebelakang dia sudah tahu si empunya diri. Aqil ni nak apa lagi? Hishh, mamat ni dah takde kerja lain ke?

            “Nak apa? Saya nak cepat ni, sorri” Adriana menoleh juga ke belakang. Takut si empunya diri terasa hati pula nanti.

            “Sekejap je awak. Awak free kan besok? Jom pergi jalan, ajak Iman sekali” balas Aqil, tidak mahu berputus asa mengejar cinta gadis itu.

            “Saya ada hal besok, sorri” ucap Adriana, kakinya masih meneruskan langkah. Mahu mengejar masa, masanya kian suntuk.

            “Alaa awak, bukan selalu pun. Jomlah keluar, release tension sikit. Janganlah asyik study je” pujuk Aqil tidak mahu mengalah.

            “Saya ada hal, awak ajaklah orang lain” balas Adriana geram. Tak paham bahasa betul mamat ni!! Nak cakap bahasa apa lagi eh? Cakap bahasa perancis nanti baru tahu..

            “Saya taknak ajak orang lain, jomlah awakk” kali ini suara Aqil sudah merayu.

            “Saya kata tak nak, tak nak lahh. Kenapa tak nak ajak orang lain? Sama je kan, awak nak keluar untuk release tension. Takde beza saya dengan orang lain” Adriana sudah geram, mengada betul mamat ni. Orang taknak tu dahlah. Memaksa orang betul!!

            “Ada bezanya Riana.. Sebab tulah saya ajak awak” jawab Aqil, memang ada bezanya jika dia keluar dengan Adriana dan gadis lain. Adriana gadis yang dicintainya.

            “Apa bezanya?” soal Adriana, kakinya melangkah lebih laju lagi. Mahu melarikan diri dengan mamat tak faham bahasa ni!!

            “Awak gadis yang saya cinta..” luah Aqil berani.

Mati terus langkah Adriana. Mamat ni biar betul? Kau salah orang lah weh, aku dah ada suami.. Belum sempat Adriana meneruskan langkah, langkahnya mati lagi. Kali ini lebih hebat tekanan yang dirasakan berbanding ketika Aqil meluahkan perasaannya sebentar tadi. Ya Allah, dugaan apakah ini??

Wajah Faris yang masam menakutka Adriana, sudah pasti suaminya mendengar apa yang diluahkan Aqil. Mahu gugur jantungnya melihat wajah kelat Faris. Bibirnya juga kelu mahu menegur, air liur di kerongkong seakan tersekat.

            “Assalamualaikum sir” tegur Aqil.

Faris cuba mengukir senyuman, tawar dirasakan senyumannya saat itu. Sakit hatinya mendengar perkataan cinta yang baru diluahkan pelajarnya terhadap isterinya sendiri. Pedih, geram, marah bercampar baur perasaannya saat ini.

            “Waalaikumsalam” Faris membalas juga salam yang dihulurkan sedangkan dalam hati hanya Allah yang tahu perasaannya saat ini.

            “Saya mintak diri dulu, ada hal” jawab Faris, masih cuba mengukir senyuman. Langkah kaki diatur ke arah parkir kereta pensyarah.

Adriana mula melangkah laju meninggalkan Aqil jauh ke belakang, sakit hatinya dengan Aqil bagaikan gunung berapi yang bila-bila masa sahaja akan memuntahkan laharnya.

Di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang mereka ke Melaka, Faris lebih suka mendiamkan diri. Adriana bagaikan resah di tempat duduk sendiri, mencari jalan penyelesaian masalah yang baru timbul. Moga Illahi tunjukkan jalan untuk perbaiki hubungan yang baru terjalin kini.

Hanya radio mengisi kesunyian antara mereka. Adriana runsing melihat perubahan drastik Faris, mana pernah suaminya sedingin ini. Bohonglah kalau hatinya tidak terasa dengan perubahan sikap suaminya, tetapi disabarkan hati, memang patut Faris bersikap sedemikian. Hati suami mana yang tidak sakit mendengar kalimah cinta lelaki lain terhadap isterinya sendiri? Sudahlah cinta antara mereka baru saja berputik. Dia hanya membiarkan marah Faris redha sedikit dahulu, akan dicari jalan penyelesaian apabila marah suaminya mula reda nanti, moga Allah permudahkan jalannya..

Faris hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka, lidahnya seolah-olah kelu untuk berbicara. Biarpun hatinya marah dan geram, namun dia tidak mahu membabi buta marahkan Adriana. Dia harus lebih rasional mengawal amarahnya. Teringat pesan abinya semasa memberikan tazkirah buat keluarganya. Orang yang paling kuat dan gagah bukanlah mereka yang mampu mengangkat sepuluh tan minyak tetapi mereka yang mampu mangawal amarah dalam diri mereka, mengawal menahan nafsu sendiri.

Hampir satu jam lebih perjalanan mereka, akhirnya mereka tiba juga di Melaka. Faris hanya melangkah masuk ke rumah tanpa menghiraukan Adriana. Dia harus mencari ruang sendiri, mencari ketenangan sebelum amarahnya dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.

Adriana terkial-kial mahu mengeluarkan beg di seat belakang kereta. Matanya memandang sayu langkah Faris. Sungguh hatinya tersentuh dengan sikap dingin suaminya. Tak pernah Faris sedingin ini, kali pertama semenjak mereka dinikahkan. Sayunya hati diperlakukan begitu, seperti dia tidak wujud di mata suaminya. Mana pergi sikap Faris yang penyabar, yang memahami, yang sentiasa tersenyum? Ya Allah dia rasa berdosa, berdosa dengan suami sendiri.

Diangkatnya juga beg-begnya memasuki rumah. Jujur hatinya terasa sedih saat ini, seperti Faris seakan mencipta jurang antara mereka. Akan difikirkan jalan terbaik untuk memujuk hati suaminya. Melihat sekitar rumah yang sudah tersiap sedia untuk kenduri malam ini, hatinya bertambah sayu. Malam ini kenduri tahlil arwah mama dan papanya. Rindu pada orang tuanya menghimpit lagi, runtun pilu hatinya saat ini. Kalaulah mama dan papa masih ada.. Namun dia tidak boleh menyalahkan takdir Illahi, mungkin ada hikmah yang tersendiri. Mungkin Allah ingin menguji dia dan Faris, mungkin Illahi mahu mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam menjaga maruah diri. Sesungguhnya hanya Illahi yang Maha Mengetahui… Hanya Illahi tempat mengadunya saat ini kerana dia sudah tidak punya mama dan papa sebagai tempat mengadu. Takde lagi pangkuan mama dan bahu papa yang mampu disandarkan saat dia punya masalah yang menguji iman di dalam diri.

Petang itu, Adriana membantu umminya menyiapkan lauk untuk kenduri malam ini. Faris awal-awal lagi sudah keluar ke halaman rumah, menyiapkan apa yang patut di luar rumah. Dia dan Faathirah menolong Hajjah Mardhiyah memasak untuk kenduri malam ini.

            “Riana kalau penat, pergilah rehat dulu. Penat sangat muka kamu ni” nasihat Hajjah Mardhiyah, lesu sangat wajah menantunya tika ini.

            “Eh, takdelah ummi. Riana ok je” Adriana tersenyum menutup wajah lesu.

‘Otak dan hati Riana yang penat ummi. Anak ummi marahkan Riana’ kata-kata itu hanya mampu terluah di hati.

“Kamu pergi berehat, biar ummi dengan Irah yang buat kerja ni. Lagi sikit saja yang tinggal. Dah nak asar ni, ajak Faris Jemaah sekali” arah Hajjah Mardhiyah risau.

            “Haah Kak Riana pergi rehat jelah. Irah boleh tolong ummi” sokong Faathirah pula.

Adriana tersenyum, dia mengalah. Kakinya melangkah ke bilik di tingkat atas. Kira-kira dua minit sahaja lagi sebelum masuk waktu solat asar. Lantas dia mengambil wuduk, membentangkan sejadah untuk dia dan Faris. Moga Faris masih sudi menjadi ‘imam’ untuk dirinya.

Azan asar sudah kedengaran dari masjid berhampiran, Faris melangkah masuk ke dalam bilik, ingin menunaikan tuntutan Illahi. Langkah kakinya mati di hadapan pintu, kaku melihat Adriana yang khusyuk membaca Al Quran. Sejuk hatinya saat ini, terbang segala amarahnya. Dilihatnya Adriana turut membentangkan sejadah untuknya.

Lantas langkahnya diatur ke bilik air, mahu mengambil wuduk. Moga wuduk ini mampu melenyapkan amarahnya selama-lamanya. Dia mengimamkan solat asar mereka, tangannya mula mengangkat takbir memulakan solat. Moga solat ini menyucikan dirinya dan Adriana dari anasir-anasir jahat di luar sana. Aamiin…

Adriana menghulurkan tangan usai sahaja bacaan doa dari Faris. Sungguh hatinya sayu dan tersentuh mendengar doa yang tulus dari bibir suaminya. Berdoa agar rumahtangga mereka sentiasa dalam redha Allah, dijauhkan dari anasir-anasir jahat.

Faris menyambut huluran tangan Adriana. Hatinya lebih tenang kini, terasa lebih lapang. Terbang segala amarahnya diganti pula dengan perasaan tenang melihat wajah suci Adriana yang bertelekung itu. Benarlah kata orang, solat jemaah antara suami isteri itu mampu mengeratkan hubungan. Sungguh ajaran islam itu tidak sia-sia, banyak manfaat dan kelebihannya apabila menjadikan islam itu sebagai Ad Din iaitu cara hidup kita. Dikucupnya perlahan ubun-ubun isterinya.

Air mata Adriana sudah membasahi pipi, sedih dan tersentuh dengan perlakuan suaminya. Masih sudi menerima dirinya.

            “Ab.. abang, Riana mintak maaf. Riana tak mahu jadi isteri derhaka. Riana nak kejar redha suami, nak kejar redha Allah” ucap Adriana dengan linangan air mata.

            “Syhh.. Jangan cakap macam tu sayang. Riana tetap isteri solehah abang. Abang mintak maaf ya?” pujuk Faris, hatinya menangis melihat air mata dari isterinya. Adriana menangis kerana dia!! Ya Allah, jangan Kau biarkan isteriku menangis kerana khilafku sendiri.

Adriana tersentuh mendengar perkataan isteri solehah yang terkeluar dari bibir suaminya. Ya Allah, mulia sungguh peribadi Faris, masih memanggilnya isteri solehah meskipun dia tidak layak dengan panggilan itu. Semakin laju air matanya mendengar bicara suaminya.

            “Syyhhh, jangan nangis sayang. Insha Allah abang akan lebih matang lagi selepas ni ya? Kan kita nak bercinta secara high class, nak mencari redha Illahi, nak meraih syurga Illahi” pujuk Faris lagi, ditariknya Adriana ke dalam pelukan. Ingin mengurangkan kesedihan gadis itu, dia tidak mahu menjadi suami yang gagal membimbing isteri menuju syurga Illahi. Bukan cinta namanya jika kita melemparkan pasangan kita ke neraka, cinta adalah sama-sama membawa pasangan kita mencari redha Illahi, meraih syurga Illahi..

Petang asar itu mereka sama-sama berteleku di atas sejadah. Memuhasabah kembali hubungan mereka, menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Moga redha Illahi kekal bersama mereka, aamiin…

p/s : without edit 


6 comments:

  1. hmmm..baiknye suami riana tu..seb baik x marah lama2.. cepat sambung ea cik writer, hari2 tggu next entry.. (aisya)

    ReplyDelete
  2. akak o akak . . hehe ,

    akak , nice story . best betul la dapat hubby mcm Faris . membimbing isteri menuju Jannatul Firdausi . so sweet la . (:

    akak , nak sambungannya lagi . ngee ~ best sgt2 sampai x sggup nak tggu lame2 . hehe , (:

    akak , congrats ! (: oh lupa , sy ada ambil ayat yg sy fikir best utk share dengan kwn2 . x pe kan kak ? tq ! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thanks aina :D
      takpe2, klu rase nak share bnde2 baik, silakan ukhti =) moga ade mnfaat bersama, insha Allah :D

      Delete
  3. sme2 mraih cinta high class meraih redha Illahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awk :D mncari redha Allah utk meraih syurgaNYA.. insha Allah :D thanks sis!!

      Delete