BAB
15 ( Bab 15 & 14 nisa ada rearrage :) )
Relakanlah
perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Iringailah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi
Penuh
semangat Wafiq menyanyikan lagu Hanzalah nyanyian kumpulan Rabbani
itu. Ada mesej yang tersirat yang ingin disampaikan melalui lagu itu.
Dia memandang Humaira yang sedang merenungnya. Terperanjat mungkin
mendengar suaranya yang bersemangat menyanyikan lagu pada malam
pertama mereka. Hehe.
“Best
tak suara abang?” soal Wafiq, sengaja mengusik Humaira.
Humaira
tertunduk malu. Pelik pun ada. Tak percaya lagilah ada. Wafiq
menyanyikan lagu pada malam pertama mereka. Haishh kalau qasidah lagi
best.
“Tak
best ke?” soal Wafiq lagi apabila Humaira masih belum memberi
jawapan kepada soalannya tadi.
“Err,
best..” jawab Humaira lambat. Kalau dia kata tak best nanti, kecik
hati pulak kan? Hehe. Tapi sedap jugaklah suara Wafiq. Haha. Ikhlas
ke tak jawapan ni ek?
“Macam
tak ikhlas je..” ujar Wafiq sedikit merajuk. Huh, penat je dia
semangat menyanyi. Tinggal tak pakai mikrofon je lagi.
Humaira
tersengih, melihat wajah kelat Wafiq rasa nak ketawa pun ada. Haishh,
tak cool langsung.
“Err,
best sangat suara abang tadi. Sampai Maira terpaku, terpukau gitu”
usik Humaira. Dia tersenyum. Hah, nasib Wafiqlah dapat isteri yang
dalam malu-malunya kuat menyakat juga.
“Yelah
tu” ujar Wafiq. Sisa merajuk masih ada lagi ni.
“Maira
serius ni. Tajuk apa eh lagu tadi?” ucap Humaira
bersungguh-sungguh. Nak mengambil hati sang suami.
“Lagu
Hanzalah” jawab Wafiq. Dia mula mengukir senyum. Tak jadi nak
merajuk lama-lama. Nanti dia yang rugi.
“Hanzalah??”
soal Humaira inginkan kepastian.
“Ha'ah,
pernah dengar kisah Hanzalah tak?” tanya Wafiq. Ada kisah yang
ingin dikongsi. Halaqah ringkas pada malam pertama.
“Hanzalah?
Macam pernah dengar.” Kata Humaira. Terasa cetek sungguh ilmunya.
Astaghfirullah.
“Hanzalah
ni sahabat Rasulullah, merangkap jurutulis baginda. Nak dengar kisah
beliau tak?” Wafiq mula memancing minat Humaira untuk mendengar
ceritanya.
“Nak,
nak” Humaira bagai anak kecil yang bersemangat apabila mendapat
ais-krim dan gula-gula. Siapa yang tak teruja, halaqah pertama
bersama suami.
“Hanzalah
ialah sahabat nabi yang dinikahkan ketika peperangan Uhud berlaku.
Oleh sebab baru bernikah, beliau dikecualikan baginda dari menyertai
peperangan Uhud” Wafiq memulakan cerita.
Humaira
terangguk-angguk tanda mengerti.
“Lepas
tu?” tanya Humaira lagi.
“Pada
malam pertama beliau, beliau terjaga dari tidurnya setelah mendengar
seruan jihad yang agak kuat. Maira rasa beliau pergi tak menyahut
seruan perang tu atau teruskan tidur bersama isteri yang baru
dinikahi?” duga Wafiq, sengaja menyoal Humaira agar halaqah mereka
mempunyai two ways communication, bukan dia sahaja yang berbicara.
Humaira
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mencari jawapan.
“Maira
rasa beliau menyahut seruan jihad tu” jawab Humaira sedikit yakin.
Berdasarkan apa yang diketahuinya sahabat-sahabat baginda dahulu
mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi. Demi agama, mereka
sanggup mengorbankan nyawa dan harta. Beza dengan kita sekarang,
Allah..
“Pandai
isteri abang ni. Lepas ni abang bagi gula-gula” sakat Wafiq.
“Tanpa
membuang masa, Hanzalah bersiap dan terus menuju ke medan perang.
Ternyata tentera Islam mendapat tentangan yang sangat hebat dalam
peperangan itu. Tentera Islam ramai yang syahid dalam peperangan Uhud
termasuklah Hanzalah” sambung Wafiq.
Dia
menarik nafas seketika. Mencari riak Humaira. Jelas ada perubahan
pada raut wajah isterinya. Ada raut sedih pada wajah isterinya itu.
“Tapi
ada peristiwa pelik yang berlaku menunjukkan kekuasaan Allah” ujar
Wafiq.
“Masya-Allah,
subhanallah” bibir Humaira mula bertasbih.
“Jenazah
Hanzalah dimandikan malaikat. Ketika dijumpainya jenazahnya, jenazah
tersebut masih basah seolah-olah baru selesai dimandikan dan
Rasulullah berkata 'Aku
nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah
dengan air awan di dalam dulang perak' hebat kekuasaan Allah kepada
insan yang terpilih” cerita Wafiq.
“Masya-Allah,
sungguh mulia Hanzalah di sisi Allah. Kesudahan hidup yang sangat
baik, syahid untuk agama. Bidadari menantimu di syurga” bibir
Humaira mengagumi insan yang bernama Hanzalah.
“Betul,
semangat jihad yang tinggi untuk agama. Kalau nak dibanding beliau
dengan abang, bagai langit dengan bumi. Astaghfirullah” ujar Wafiq.
“Walau
iman kita tak sehebat Hanzalah yang berjuang untuk mati syahid tapi
sekurang-kurangnya kita mampu berubah ke arah yang lebih baik kan
abang? Hijrah” Humaira memberi motivasi.
“Insya-Allah,
moga-moga semangat jihad Hanzalah meresapi dalam jiwa kita” balas
Wafiq.
Humaira
tersenyum. Kagum dengan kisah sahabat Rasulullah. Duhai Hanzalah,
berbahagialah dirimu di firdausi, syurga paling tertinggi untuk
syuhada' Islam.
"Bagi
orang yang mati syahid ada enam keistimewaan iaitu diampuni
dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, melihat
tempatnya di dalam syurga, dilindungi dari azab kubur, terjamin
keamanannya dari malapetaka besar, merasakan kemanisan iman,
dikahwinkan dengan bidadari, dan diperkenankan memberikan syafa’at
bagi 70 orang kerabatnya" -Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu
Majah, dan Ahmad-
Masya-Allah
beruntungnya mereka yang mati syahid di jalan Allah. Wafiq memandang
Humaira, mampukah dirinya menjadi seperti Hanzalah. Meninggalkan si
isteri demi agama? Mampukah dia melebihkan cintanya kepada agama
melebihi cintanya pada manusia dan harta?
“Abang?”
panggil Humaira lembut. Menyentak lamunan yang baru bertamu.
Wafiq
tersenyum. Ya, kehidupan rumah tangganya baru bermula. Mampukan
dikemudikan rumah tangga yang akan menjadi platformnya untuk
menggapai redha Pencipta?
Wafiq
menarik perlahan tangan Humaira, mengucupnya perlahan. Ya, moga
inilah platformnya untuk terus tembus ke syurga!
Humaira
tertunduk malu. Tahu apa yang tersirat di hati suami.
Lampu
tidur ditutup, Wafiq menarik tangan Humaira ke katil. Ya, dengan
lafaz bismillah kumula langkah ini.
“Dengan
menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan
jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”
Tulus doa yang terlafaz, memohon agar hubungan yang baru dibina
mendapat redha-Nya dan dijauhi dari syaitan laknatullah.
Malam
itu lebih indah dari seribu malam, membawa kisah yang tersendiri.
Membawa kenangan yang tersendiri buat Wafiq dan Humaira. Jika lahir
anak dari perkahwinan ini, biarlah lahir ulama yang dinanti.
Pagi
itu solat subuh pertama Wafiq dan Humaira, keheningan pagi
menambahkan rasa kehambaan pada Sang Pencipta. Hamba yang lemah ini
sujud pada-Mu Ya Rabb. Sia-sialah pagi seseorang itu andai solat
subuh kau pinggiri. Kata seorang pakar motivasi, orang yang tidak
solat subuh mempunyai penyakit iaitu short-term lost memory. Bukankah
solat itu tanda pengabdian seorang hamba?
Kata
seorang ustaz, orang yang tidak solat ialah orang yang angkuh,
menganggap dirinya terlalu sempurna tanpa mengharapkan pertolongan
dari Allah. Merasa dirinya berkuasa, tidak perlukan Tuhan dalam
hidupnya. Solatlah, solat tanda seorang hamba.
Usai
solat subuh mereka, Humaira melipat telekung. Dia bercadang mahu
membantu ibunya menyediakan sarapan. Sedang dia tercari-cari cermin
matanya, kepalanya diusap dari belakang. Terperanjat jangan cakaplah,
rasa macam nak lompat pagar je pagi-pagi ni.
“Maira,
cari apa?” soal Wafiq, dia memandang Humaira yang mencari sesuatu
itu. Nampak kelam kabut.
“Spec
Maira, abang ada nampak tak?” jawab Humaira. Dia dan spec memang
tak boleh dipisahkan. Alamatnya terlanggar pintulah kalau dia tak
pakai spec nanti, huhu.
Wafiq
tersengih, dia nampak spec Humaira di atas meja tepi katil. Kalau
sesekali nak 'buli' isteri boleh tak? Haha. Jahat tak dia ni?
“Err,
tak perasan pulak. Maira letak kat mana?” soal Wafiq pura-pura
tidak tahu.
Humaira
masih lagi mencari, tadi rasa letak dalam bilik je, ke tertinggal
dekat toilet eh?
Wafiq
ikut sibuk mencari, perlahan-lahan dia menghampiri meja kecil di tepi
katil. Pantas tanggannya menyorokkan cermin mata Humaira ke dalam
poket baju melayunya.
“Kejap,
Maira cari dalam toilet. Takut tertinggal” jawab Humaira, kakinya
mula melangkah laju menuju ke toilet.
“Maira..”
cepat-cepat Wafiq menyaingi langkah si isteri. Sekejap mata saja dia
sudah berada di hadapan Humaira. Isterinya itu kecil saja orangnya,
rendah sedikit dari paras bahunya.
“Ni
ke spec Humaira?” tanya Wafiq. Diangkat tinggi spec tersebut.
Sengaja mahu 'membuli' cik isteri pagi-pagi ni. Jahat tak?
“Ha'ah.”
jerit Humaira, semangat jumpa 'teman setia'nya itu.
“Kalau
sampai, ambillah” sakat Wafiq. Sengaja dijongketkan kakinya.
Humaira
mendengus. Geram. Ohh mentang-mentanglah dia ketot, takpe-takpe.
“Mana
Maira sampai” jawab Humaira. Kalau dia lompat pun belum tentu dia
dapat ambil. Nampak tak betapa rendahnya dia?
“Tak
try tak tahu. Hah, kalau nak ambillah sendiri” makin giat Wafiq
menyakat.
Wajah
Humaira berubah masam. Mindanya mula mencerna idea. Dia tersenyum
sinis. Ehem, ini Humairalah. Jiwa kental, hehe.
Dijongketkan
kakinya setinggi yang boleh, dicium pipi Wafiq. Hah, terkejut sungguh
riak Wafiq. Tangan yang diangkat tinggi tadi melurut jatuh.
Humaira
pantas mengambil cermin matanya. Nak tergelak pun ada apabila melihat
riak terkejut Wafiq. Haha.
Wafiq
terpinga. Terperanjat jangan cakaplah. Amboi berani nampaknya Puan
Humaira ni. Sedang mindanya mula berfungsi, dia terpandang senyuman
sinis Humaira.
“Alhamdulillah,
Maira dah dapat” jawab Humaira, spec di tangan dipakai semula.
“Err”
ujar Wafiq, dia kehilangan kata-kata.
Ohh,
main licik nampak.
“Maira
keluar dulu” ujar Humaira selamba. Nak sangat buli dia kan? Haha.
Kakinya melangkah laju keluar dari bilik.
“Morning
bu” sapanya sebaik tiba di dapur.
“Assalamualaikum”
hah, kan dah kena perli.
“Hehe,
waalaikumsalam” jawab Humaira tersengih. Dilihatnya rumah kayu itu
masih sunyi, mesti penghuninya menyambung kembali tidur ataupun masih
lagi di bilik. Maklumlah penat kenduri walimahnya masih terasa.
“Masak
apa ni ibu?” tanya Humaira apabila dilihatnya Puan Hanis sedang
mengupas bawang.
“Ibu
ingat nak masak mee goreng basah pagi ni, letak udang sikit, sotong
sikit” cadang Puan Hanis.
“Sedapnyaaaa..”
jawab Humaira teruja. Kecur terus air liur.
“Hah,
kamu tolong buatkan air. Nak letak madu pun boleh” jawab Puan
Hanis. Memang dia gemarkan madu.
“Habbatus
Sauda' ada lagi kan ibu?” soal Humaira, dia mula mencari di dalam
rak. Sememangnya dia selalu mengamalkan makanan sunnah nabi. Orang
kata, dalam sunnah ada kejayaan. Dan amalkanlah sunnah walaupun
sekecil-kecil amalan. Tambahan pula, habbatus sauda' mampu menjadi
penawar pelbagai jenis penyakit dengan izin-Nya.
Diriwayatkan
dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam (maut)” -HR Bukhari-
Usai
menyediakan air, Humaira membantu pula ibunya menyiapkan bahan-bahan
memasak. Sambil-sambil memasak, dia mengalunkan mathurat. Terasa
bahagia, terasa tenang. Ibunya juga turut sama-sama mengalun mathurat
pagi.
“Macam
mana jadi isteri?” soal ibunya sebaik sahaja mereka selesai
memasak. Tika itu, Humaira sedang menyusun pinggan.
“Alhamdulillah,
rasa lebih tenang.” jawab Humaira. Di ruang hadapan, sudah mula
riuh rendah. Jam di dinding pula sudah menunjukkan jam tujuh pagi.
“Seorang
isteri tu mudah jalannya menuju ke syurga, taat pada perintah Allah,
taat pada suami, syurgalah ganjarannya” Puan Hanis menitipkan
nasihat.
“Mohon
doanya bu, Mia tak kuat tanpa redha ibu” Humaira tersenyum nipis.
Dihayunkan langkah menuju bonda tersayang lantas dipeluknya tubuh
yang kian dimamah usia.
“Insya-Allah,
ibu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu” tulus
jawapan yang keluar dari mulut Puan Hanis. Ibu mana yang sanggup
mendoakan yang buruk-buruk untuk anaknya?
“Terima
kasih ibu, Mia nak naik atas kejap. Kejap lagi Mia turun balik ya bu”
pinta Humaira sopan. Air sudah disediakan, bahan-bahan juga sudah
disediakan tinggal ibunya hendak memasak mee saja.
“Okay
sayang” jawab Puan Hanis sambil tersenyum, matanya mengekori
langkah Humaira yang semakin menjauh.
Humaira
mula merenung ke luar tingkap. Jam baru menunjukkan tujuh pagi. Usai
menolong ibunya menyediakan sarapan pagi, dia naik kembali ke tingkat
atas. Mencari ruang sendiri di kamarnya. Bilik sederhana besar yang
tersimpan pelbagai memori silam. Humaira menebarkan pandangannya ke
seluruh bilik dan kakinya laju melangkah ke arah katil. Wafiq pula
awal-awal lagi sudah keluar bersama Haikal, ada saja aktivitinya
bersama Haikal.
Dia
mula membuka laci kecil di tepi katil, laju tangannya mencapai diari
yang sudah berhabuk itu. Dilap perlahan diari yang mencoret kenangan
silamnya. Dia memang gemar menulis diari. Pada helaian kertas itulah
dia meluahkan isi hatinya, coretan jiwanya.
Dia
mula membuka perlahan diari yang sudah kekuningan kertasnya itu.
Sudah hampir enam tahun diari itu tapi mujurlah masih tersimpan kemas
di dalam laci. Dia mula membaca diari tersebut, mengimbau kembali
kenangan lalu.
27
Jun 2007
Hari
ini aku berkenalan dengan si dia. Dia yang aku cinta dalam diam
menghulurkan salam perkenalan. Gembiranya hati, hanya Dia yang tahu.
Humaira
tersenyum membaca bait-bait memori lalu. Kenangan cinta pertama
semasa di sekolah. Mindanya mula mengimbau kenangan lalu. Cepatnya
masa berlalu. Dia meneruskan lagi bacaannya.
15
Julai 2007
Hari
pertama kami jumpa. Aku bawa sekali Amira untuk temankan aku berjumpa
dengan S. Aku jadi tersipu malu bila dia memandangku. Ohh memang
jantungku berdetak laju!
Humaira
tersenyum kelat. Mengimbau kembali kenangan enam tahun lalu. S,
itulah gelaran untuk teman lelakinya. Lelaki pertama yang berjaya
menawan hatinya. Dia masih ingat lagi kali pertama mereka bertemu.
Puas dipujuknya Amira iaitu teman karibnya untuk menemani dia dan
Syafiq.
Syafiq,
seorang pelajar yang terkenal di sekolahnya dahulu. Mana mungkin dia
mampu untuk menolak salam perkenalan dari lelaki sehebat Syafiq.
Malah dia rasa berbangga kerana menjadi pilihan Syafiq. Ohh, jahilnya
dirinya yang dulu.
Humaira
menyelak muka surat seterusnya. Bermulalah memori antara dia dan
Syafiq.
19
Ogos 2007
S
beri aku teddy bear. Siap dengan kad yang comel. Bijak saja dia
mengambil hatiku. S, saya cintakan awak !
Tiba
saja bait-bait itu, air mata Humaira mula bertakung. Sedih
mengingatkan kesilapan lalu. Mudahnya dia menyerahkan hati pada si
lelaki. Dia masih ingat saat Syafiq menghulurkan teddy bear sebagai
hadiah. Tika itu, hatinya melonjak riang. Ahh betapa jahilnya Humaira
yang dulu.
Pantas
dia mengesat air mata yang mula bertakung. Dia menutup kembali diari
lama itu. Tidak mahu kesilapan lalu mengekori dirinya lagi. Belum
sempat dia meletakkan kembali diari tersebut, pintu biliknya terkuak
dari luar.
“Maira,
jom breakfast” ajak Wafiq. Terjengul wajah yang bersih itu di
sebalik pintu.
“Hahh?”
soal Humaira kurang jelas.
“Breakfast,
jomm” ajak Wafiq lagi.
“Ohh,
err. Okay.” Jawab Humaira, laju dia meletakkan kembali diari
tersebut ke dalam laci.
Humaira
bingkas bangun menyaingi langkah Wafiq di muka pintu. Dalam mindanya,
dia mula berfikir sudi lagikah Wafiq menerima dirinya jika lelaki itu
tahu tentang masa silamnya? Allah..
No comments:
Post a Comment