Aku hanya wanita biasa,
Tidak kaya dan tidaklah
sempurna,
Yang penuh dengan lopak
kekurangan,
Yang tidak terlepas
melakukan kesilapan.
Aku hanya wanita biasa,
Tapi punya cita yang luar
biasa,
Aku mahu berdakwah buat
ummah,
Agar aku dan mereka terus
ke syurga-Nya.
Aku hanya wanita biasa,
Yang halus bicaranya,
Yang kadang-kala lemah
jiwanya,
Yang kadang-kala tersasar
langkahnya,
Yang kadang-kala rapuh
pendiriannya.
Aku hanya wanita biasa,
Tidak sehebat ummul
mukminin,
Tidak setabah puteri
Rasulullah,
Tidak secerdik Humaira' ,
Namun aku mengulam impian
yang luar biasa,
Aku mahu mati syahid di
jalan-Nya.
Aku hanya wanita biasa,
Yang terkadang terlepas
amarahnya,
Yang terkadang terlepas
santunnya,
Yang kadang-kala lemah
dengan dunia.
Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Bimbinglah aku menjadi
wanita yang luar biasa di pandangan-Mu,
Jadikanlah aku wanita
yang sentiasa mengutamakan Allah dan Rasul,
Yang sentiasa menjadikan
al-Quran dan sunnah panduanku.
Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Pandanglah aku dengan
rahmat-Mu,
Peluklah aku dengan
maghfirah-Mu,
Didiklah aku dengan
kasih-Mu.
Sabda Rasulullah “Dunia
hanyalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
Izinkanlah aku merasa
'kemanisan' menjadi wanita solehah, berasa terpelihara menjadi
muslimah.
No comments:
Post a Comment