BAB 2
Matahari mula memancar sinarnya di ufuk timur, awal-awal lagi
Adriana sudah bangun. Maklumlah hari pertama kuliah bermula, semangat
awal semester. Selepas menunaikan solat subuh dia bersiap-siap ingin
ke kelas. Hari ini kelasnya bermula jam 8.10 pagi. Sudah menjadi
kebiasaan baginya untuk pergi ke kelas bersama Iman. Dia akan
menunggu Iman di hadapan blok kediaman sahabatnya itu.
Setibanya di kelas, mereka memilih kerusi yang di hadapan, memang
mereka gemar duduk di barisan hadapan. Senang untuk memberi tumpuan
ketika pensyarah sedang mengajar dan mudah bagi mereka untuk
menanyakan soalan-soalan yang mereka kurang faham. Meskipun mereka
digelar oleh teman-teman sebagai pelajar nerd,tetapi mereka
sama sekali tidak menghiraukan kata-kata yang kadangkala agak sinis
itu. Peduli apa kata orang, mulut manusia, bukan kita boleh tutup
kan? Yang penting niat dan matlamat mereka datang di sini.
“Weh, kau agak-agak kan siapa pensyarah baru organic chemistry
kita sem ni? Janganla dapat lec yang garang.” soal Iman memecah
kebisuan antara mereka.
“Entahla weh, hopefully dapat lec yang baik, senang nak dibawa
berbincang nanti lagipun aku minat sangat dengan chemistry ni” ujar
Adriana sambil membelek-belek buku organic chemistry yang elok terletak di atas meja.
Adriana dan Iman sama-sama bercita untuk mengambil Degree in
Pharmacy setelah mereka tamat diploma nanti. Sekarang mereka sudah
berada di tahun akhir pengajian mereka. Harapan menggunung dari
keluarga membuatkan dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh
tambahan pula dia merupakan anak tunggal di dalam keluarga, segala
harapan dan impian disandarkan kepadanya.
Bunyi pintu terbuka dari luar bilik kuliah mematikan lamunan
Adriana. Sudah tentu pensyarah mereka sudah sampai, dengan semangat
dan azam baru dia mahu cemerlang dalam subjek chemistry. Chemistry
merupakan salah satu subjek yang penting untuk dia menyambung
peringkat ijazah nanti.
“Assalamualaikum and good morning guys, saya pensyarah organic
chemistry awak semua, my name is Faris Ar Rayyan and just call me Mr.
Faris. Hari ini kita tak belajar just saya akan terangkan secara
rough tentang organic chemistry” terang Faris kepada
pelajar-pelajarnya.
Pelajar-pelajar di kelasnya tidak la terlalu ramai, cuma 25 orang
sahaja. Di universiti sememangnya jumlah pelajar di dalam sesebuah
kelas tidak lah terlau ramai untuk memudahkan pensyarah memberi
tumpuan yang lebih kepada pelajar.
“Weh, handsome jugak kan pensyarah ni, muda la pulak tu, mesti
baru grad ni. Baru semangat nak belajar chemistry” bisik Iman
kepada Adriana sambil tersenyum. Matanya masih fokus memandang pensyarah muda itu.
“Ish kau ni, gatai naa” ujar Adriana perlahan. Hai Iman, baru
hari pertama kuliah kau dah pasang niat lain. Tapi memang handsome
pensyarah barunya itu. Dengan berkemeja biru gelap membuatkan kulit
putihnya menyerlah. 'Cehh, Adriana kau pun da berjangkit dengan
penyakit gatal si Iman ni' hatinya berkata sambil tersenyum.
“Ermm class, any question? Haa, awak yang tudung pink ni, do you
have any question? Dari tadi dok senyum sorang-sorang?” soal Faris
kepada Adriana kerana dari tadi dilihatnya gadis itu tersenyum.
“Erk, sir..... do you have phone number? In case if we have any
problem, we can contact you” ujar Adriana yang pada mulanya
tergagap-gagap. 'fuhhh, nasib baik tak kantoi tadi' nasib baik
otaknya bijak membalas pertayaan pensyarahnya itu, hehe.
“Ok class this is my number, 0193873569. if u have any problem, you can
message me, don't call ok?” ujarnya sambil menulis nombor
telefonnya di whiteboard.
“Any question? If you don't have any question, class dismiss”
ujarnya.
Pelajar-pelajar mula keluar dari bilik kuliah, selalunya jika
semester baru bermula, mereka akan tamat kuliah lebih awal kerana
pensyarah masih belum mengajar dan mereka hanya diberi taklimat
ringkas mengenai sesuatu subjek tersebut.
“Eh, kenapa kau senyum sorang-sorang tadi? Sampaikan Mr. Faris pun
perasan. Haaa, ada pape yang aku tak tahu ea? Amboi, tadi nasihatkan
aku jangan gatal, lebih kuah dari nasi nampak” soal Iman apabila
mereka keluar dari bilik kuliah.
“Erk, mana ade pape la. Pandai-pandai jer kau ni. Aku tetiba
teringatkan kucing aku masok longkang hari tu, hehe” bohong
Adriana, malas dia mahu melayan kerenah si Iman ni.
“Jangan bohong, berdosa taw” ujar Iman kerana dia pasti temannya
berbohong.
“Eh, mana kau tahu aku bohong?” soal Adriana mahu membela
dirinya.
“Kau mana ade bela kucing, kau kan geli dengan kucing. Nampak
bebenor nipunya Adriana Qistina” bidas Iman, masakan dia tidak tahu
Adriana geli kucing, mereka sama-sama tinggal di asrama dahulu. Jika
ada kucing dewan makan yang datang ketika mereka sedang menjamu
selera, cepat-cepat Adriana memanjat kerusi.
“Hahaha, terkantoi di situ” ujar Adriana sambil ketawa mahu
menutup rasa malunya.
Petang itu, setelah tiba di rumah Faris naik dan menuju ke biliknya
untuk menunaikan solat asar. Usai solat asar, dia membaca al
ma'thurat. Sudah menjadi kebiasaannya untuk membaca al ma'thurat
selepas solat subuh dan asar. Banyak kelebihan yang diperoleh apabila
membaca zikir dan amalan Rasulullah itu antaranya ialah melindungi
diri kita dari perkara yang buruk.
“Assalamualaikum along, camne kerja tadi? Best tak?” soal
Faathirah apabila melihat abangnya duduk sofa ruang tamu rumah
mereka. Barangkali abangnya baru lepas solat, lihat saja kain pelikat
yang tersarung di tubuhnya dan kopiah yang terletak elok di kepala
abangnya itu.
“Waalaikumsalam Irah, kerja? Ok laa sebab along tak start mengajar
lagi. Baru explain secara rough jer pasal subjek yang along kena ajar
nanti kat budak-budak” ujar Faris kepada adik bongsunya itu.
Adiknya yang bongsu itu memang rapat dengannya dan dilihat gadis yang
akan mengambil SPM itu mengangguk-ganggukan kepalanya tanda faham
dengan jawapan yang diberinya.
“Nanti bila dapat gaji boleh la along belanja Ira kan?” soal
gadis itu sambil tersengih
“Banyak la kamu, along nak belanja girlfriend along dulu,
kecik-kecik dah pandai mintak orang belanja dia” balas Faris
“Girlfriend?? bagitaw umi nanti” ujar Faathirah geram, adik
sendiri tak nak belanja, tapi girlfriend nak belanja. Tidak adil
namanya.
“Bagitaw la kat umi, tak takut pun and umi pun da kenal siapa
girlfriend along” ujar Faris berani.
“Erk, siapa girlfriend along?” tanya Irah ingin tahu.
“Betul nak tahu siape girlfriend along? Umilah 'girlfriend' along.
Dunia and akhirat. Werk... 1-0, hahaha” katanya sambil tertawa
sambil melihat muka adiknya yang kemerahan, pasti sedang marah.
Cepat-cepat dia berlari keluar dari rumah sebelum adiknya itu
'smackdown' dia. Sudah masak dengan perangai adiknya yang sorang itu.
Manja tapi garang, dan Faathirah jugalah yang selalu menceriakan
keluarga mereka dengan keletahnya yang nakal. Adiknya Furqan tinggal
jauh dari abi dan uminya kerana sedang menuntut di universiti. Furqan
Al Hakim sedang mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia di UiTM Pulau
Pinang.
adriana qistina and faris ar rayyan
No comments:
Post a Comment