BAB 2
Malam itu, Humaira ke Pusat Islam di
kolejnya. Sengaja dia mencari ruang dan peluang untuk mendekatkan
diri dengan rumah Allah tersebut. Dia akui dia bukanlah gadis yang
baik tapi dia mahu berusaha menjadi gadis yang baik. Kadangkala dia
cemburu melihat wajah tenang sahabatnya Syuhada. Dia juga mahu
menjadi gadis muslimah seperti Syuhada.
Humaira melangkah laju menuju ke Pusat
Islam yang terletak tidak jauh dari blok kediamannya. Dia hanya
mengenakan jubah hitam dan disarungkan terus tudung ekspressnya.
Senang dan simple. Malam ini ada majlis ilmu di Pusat Islam dan dia
tidak mahu melepaskan peluang untuk ke majlis ilmu tersebut. Kata
orang majlis ilmu itu sama seperti taman syurga. Majlis ilmu itu
dihadiri ribuan malaikat yang akan turut mendoakan orang yang berada
di dalam majlis tersebut.
“Assalamu'alaikum Humaira” tegur
Liyana usai sahaja dia melipat telekung.
“Wa'alaikumsalam kak. Akak sihat”
tanya Humaira lantas ditariknya tubuh Liyana dalam dakapannya.
Liyana, gadis yang tua setahun darinya. Dia mengenali Liyana melalui
sahabatnya Syuhada.
Selain Syuhada, Liyana jugalah yang
sering menasihatinya ke arah kebaikan. Dia sedar dia bukanlah gadis
yang baik, dia punya sejarah hitamnya yang tersendiri. Latar belakang
keluarganya juga bukanlah dari mereka yang terlalu sempurna agamanya.
Dia sudah tidak punya ayah yang akan menjadi ketua keluarga. Dia
hanya mempunyai seorang ibu yang tabah melalui liku-liku kehidupan
membesarkan dua orang puteri dan seorang putera.
“Alhamdulillah, akak sihat. Awak?”
tanya Liyana prihatin, persis seorang kakak kandung. Dia mengusap
perlahan kepala Humaira. Sungguh kasih sayangnya tumpah kepada gadis
itu. Gadis yang punya semangat untuk berubah.
“Alhamdulillah, Humaira sihat kak”
Humaira menghadiahkan senyuman. Dia memandang lama wajah lembut di
hadapannya itu. Alangkah indahnya jika dia mampu menjadi gadis sebaik
Liyana. Dia hanya insan yang penuh dengan lumpur dosa, layakkah dia
mendapat pengampunan dan rahmat Allah?
“Akak, layak ke Humaira dapat
keampunan Allah? Layak ke kak?” dalam sendu soalan itu yang terluah
dari bibirnya.
Liyana hanya memandang wajah Humaira
yang mula bergenang dengan air mata. Sungguh, dia jatuh sayang dengan
gadis itu. Walaupun latar belakang hidupnya yang kurang pendidikan
agama namun gadis itu tidak berputus asa untuk berubah. Liyana sedar
gadis seperti Humaira seharusnya didekati bukannya untuk dikeji.
Semua orang berhak berubah.
“Humaira sayang. Keampunan Allah tu
tersangatlah luas. Semua orang layak untuk mendapat keampunannya.
Humaira ingat surah al-Zumar ayat 53?” soal Liyana tangannya
mengenggam erat tangan Humaira.
“Wahai
hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang" laju bicara Humaira membaca
terjemahan surah itu. Surah yang selalu dititipkan Syuhada saat dia
berasa dirinya sudah berputus asa mengharap keampunan Allah.
“Pandai
adik akak ni, sekarang jangan sedih-sedih. Allah tu Maha Pengampun”
Liyana mengusap perlahan belakang Humaira.
“Haiii
kenapa sedih-sedih ni?” muncul pula Syuhada dari belakang.
“Hah,
takde apa-apalah” Humaira mengesat air mata yang mula mengalir.
Beruntungnya dia punya sahabat seperti Syuhada dan Liyana.
“Betul
ni? Dah, jom dengar kuliah. Hari ni penceramah best tau” ceria nada
Syuhada, sangat bersemangat gadis yang seorang ni.
“Siapa
penceramahnya?” tanya Liyana ingin tahu. Melihat wajah ceria
Syuhada, dia yakin penceramah mereka malam itu bukan calang-calang
orang.
“Ustaz
Asyraf” balas Syuhada, matanya dikenyit nakal.
Humaira
dan Liyana hanya menggeleng kepala. Syuhada, Syuhada... Boleh tahan
gatal jugak ya kau ni?
“Amboi,
suami orang tu” balas Humaira.
“Alaaa
kau ni, aku minat cara penyampaian Ustaz Asyraf tu je, bukan
orangnya. Jangan risau ok” ujar Syuhada.
“Eh,
jomlah ke ceramah tu, nanti terlewat pulak” Liyana mengajak Syuhada
dan Humaira. Ceramah tersebut akan diadakan di khemah yang terletak
di luar Pusat Islam. Mereka bertiga melangkah seiringan menuju ke
khemah yang terletak di luar Pusat Islam.
“Alhamdulillah,
ramainya anak muda yang dahagakan majlis ilmu” tutur Liyana sebaik
sahaja dia melangkah ke arah khemah tersebut. Sungguh ramai mahasiswa
yang menghadiri majlis ilmu tersebut.
“Alhamdulillah
kak” balas Humaira dan Syuhada serentak.
Usai
ceramah malam itu, Wafiq segera masuk semula ke dalam Pusat Islam.
Dia tertinggal al-Quran kecilnya di dalam Pusat Islam. Dia melangkah
laju ke bahagian solat lelaki. Dalam dia mengatur langkah dia
terperasankan gadis yang berjubah hitam itu. Gadis yang sedang
menunduk menulis sesuatu di buku yang seakan diari itu.
“Macam
kenal..” desis hatinya.
Seakan-akan
ada kuasa yang menyebabkan Humaira menggangkat wajahnya memandang
hadapan. Dia melihat seorang lelaki yang sedang berjalan memasuki
Pusat Islam. Memang sengaja dia duduk menulis diarinya itu di luar
Pusat Islam, sengaja dia mencari ketenangan berbumbungkan langit
malam. Sangkanya semua orang sudang pulang, rupa-rupanya ada lagi
yang masih mengunjungi Pusat Islam.
Wafiq
hanya meneruskan langkahnya sambil mindanya mula berkerja keras
memikirkan gerangan gadis di luar tadi. Sungguh dia seakan mengenali
gadis itu. Dia melangkah laju ke arah rak yang menyimpan kitab-kitab
lalu dia mengambil al-Qurannya yang masih terletak elok di atas rak
tersebut.
Setelah
mengambil bingkisan cinta Ilahi itu, dia mula menapak keluar dari
Pusat Islam itu. Dilihatnya gadis tadi masih dalam posisi yang sama,
ralit menulis sesuatu di buku.
Humaira
pantas menggangkat kembali wajahnya apabila terasa dirinya seakan
diperhati.
“Errr
kau?” tanya Humaira. Dia kenal pemuda di hadapannya itu. Pemuda
yang sengaja menaikkan kemarahannya di cafe.
“Malang
betul nasib aku, kenapa aku asyik jumpa kau je? Kau skodeng aku eh?”
serkap Wafiq, ya mindanya mula merencana siapa gadis itu. Gadis yang
melanggarnya tempoh hari.
“Skodeng
kau? Buang masa je..” Humaira sudah mencebik. Banyak lagilah kerja
yang berfaedah yang boleh dia buat dari skodeng mamat perasan ni.
“Huh..
kau perempuan yang tak tahu mintak maaf tu kan? Kau jugak yang simbah
air dekat aku kan?” Wafiq sudah tayang wajah begangnya.
Wafiq
memerhati Humaira, malam ni nampak lain pula gadis di hadapannya itu.
Nampak lebih sopan, arggghhhhhhhh nampak saja sopan tapi perangai
hampeh!!
“Ha'ah,
memang aku. Kenapa??” soal Humaira berani. Memang dia sudah berazam
untuk berubah tapi bila berhadapan dengan pemuda di hadapannya ini
serta merta amarahnya datang kembali. Memang pemuda di hadapannya
itu mencabar kesabarannya.
“Kau
belum kenal siapa aku lagi. Kau jangan menyesal nanti...” ugut
Wafiq.
“Tak
ingin aku nak kenal mamat macam kau ni. Menyakitkan hati” balas
Humaira selamba. Apa dia fikir, dia bagus sangat nak ugut-ugut orang?
Pergi jalanlahhh..
“Aku
pun tak ingin nak kenal perempuan macam kau, perempuan tak tahu
adab!!” balas Wafiq geram. Rasa kau boleh dilambung minah ni, dah
lama dah dia lambung.
“Baguslah,
so apa masalahnya?” tanya Humaira berani.
Wafiq
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha'ah eh, so apa masalahnya eh?
“Err..”
“Kau
ni memang ada masalah eh? Masalah yang kau tu perasan bagus, syok
sendiri kot” sinis bicara Humaira. Hah, puas dapat membalas
kata-kata Wafiq. Huh, orang macam Wafiq ni tak guna kalau kita layan
baik-baik, nanti pijak kepala !!
“Kau
memang melampau!!” wajah Wafiq sudah kemerahan menahan marah. Dia
menunduk lalu mengambil batu kecil di atas tanah.
“Ni
'special' untuk kau..” Wafiq sudah membaling batu kecil itu tepat
ke arah Humaira.
Humaira
mahu mengelak namun sudah terlambat. Ciss, suka hati mamat ni je nak
baling orang dengan batu. Apa dia fikir aku ni kulit buaya ke apa?
Sakit tahu...
Wafiq
sudah tergelak, hah padan muka. Dia sudah tersenyum puas, puas
melihat wajah berkerut Humaira.
Humaira
menarik nafas menahan amarah, memang nak kena mamat ni tau. Lantas
diambilnya diari tebal itu lalu dihayun langkahnya ke arah Wafiq.
Buukkkk...
diketuk kepala Wafiq dengan buku tebal tersebut. Hah, baru adil kan?
Humaira sudah tersenyum mengejek.
Wafiq
menggosok kepalanya menahan sakit. Tak guna perempuan ni, diari dia
dahlah tebal, mahu bengong kepala diketuk dengan diari tersebut.
“Sakitlah
comot!!” ujar Faris geram.
Mata
Humaira sudah membulat, apa dia panggil aku comot??
Bukkkk..
sekali lagi diari tersebut mendarat di atas kepala Wafiq, kali ini
lagi kuat diketuknya kepala Wafiq. Humaira melangkah laju
meninggalkan Wafiq yang masih terpinga-pinga.
“Cisss,
terkena lagi aku ni” Wafiq mengeluh perlahan sambil memerhatikan
langkah Humaira yang sudah jauh meninggalkan dirinya. Kenapa dia
asyik kalah dengan gadis seperti Humaira? Tapi dia bernekad mahu
membalas dendam terhadap gadis itu. Dia yakin itu !!
Humaira
tersenyum puas sepanjang jalan pulang ke kolej kediaman. Puas rasa
hatinya dapat mengajar lelaki seperti Wafiq, lelaki yang perasan
dirinya bagus! Urghhh, pergi jalanlah dengan perangai perasan bagus
dia tu.. Apa dia ingat dia tu bagus sangat ke nak cakap orang kurang
adab? Dia pun sama jelah..
Humaira
mendaki anak tangga perlahan-lahan menuju ke biliknya. Senyuman masih
lagi singgah di bibir, kelakar pula rasanya melihat riak terkejut
Wafiq, beNgong sekejap rasanya Wafiq kena ketuk dengan diari tebal
miliknya, hehe.. haishhh hilang terus macho mamat tu, emm tapi Wafiq
tu dikira macho ke? Emm..
Humaira
membuka perlahan pintu biliknya dan Nadhira. Bimbang pula jika
menganggu teman sebiliknya itu. Tapi sungguh dirinya gembira bukan
kepalang malam itu. Gembira dapat membalas dendam untuk mamat yang
poyo tu !! Yeahhhh.. hehe..
“Assalamu'alaikum”
sapanya selepas meletakkan beg dan diari di atas katil. Punggung
dilabuhkan di atas katil. Terasa nikmatnya dapatnya 'landing' di atas
katil ni. Dia mula berkira-kira mahu baring, takt dapat tidur baring
kejap pun jadilah.
“Wa'alaikumsalam.
Nampak happy je, baru jumpa putera kayangan ke?” soal Nadhira,
pelik melihat wajah ceria Humaira malam itu.
Terus
tegak tubuh Humaira yang baru sahaja ingin landing di atas katil. Air
liur ditelan kesat. Jumpa putera kayangan? Wafiq putera kayangan??
Memang takklaaaahhh !! Mati hidup balik pun mamat tu takkan pernah
jadi putera kayangan. Huh!
“Putera
kayangan apanya, mamat poyo adalah” dingin sedikit bicara Humaira,
geram pula apabila teringatkan Wafiq. Haishh tak pernah dia ada musuh
dekat universiti ni, tiba-tiba mamat tu masuk dalam list pulak.
“Mamat
poyo mana pulak ni. Humaira, humaira.. jangan benci sangat, nanti
lain yang jadi” sempat pula Nadhira mengusik Humaira.
Gulp,
astaghfirullah. Tak pasal-pasal kumpul dosa kering, dahlah kenal
mamat tu tak sangat. Yang dia tahu mamat poyo tu ambil engineering,
yang lain pasal mamat tu tak pula dia tahu.
“Aku
cuba tak benci dia, tapi perangai dia annoying gila kot” Humaira
meluahkan kesal. Ya, perangai Wafiq memang annoying, macam perangai
budak-budak, nama je ambil engineering. Haish dah berapa bakul
sampahlah yang dia dah kutuk Wafiq.
“Annoying?”
tanya Nadhira ingin tahu.
“Ha'ah,
padahal kitaorang tak kenal sangat pun. Tapi cara dia tak puas hati
dengan aku macam aku ni dah bunuh kucing dia je” luah Humaira
kesal. Dia bukanlah jenis yang suka bergaduh dengan orang, tapi
dengan Wafiq ni ada saja yang nak digaduhkannya.
“Kau
bunuh kucing dia??” soal Nadhira lurus.
Humaira
menepuk dahinya perlahan, tercetus juga tawanya. Haishhlah Nadhira ni
pun lurus sangat. Dia bagi perumpamaan je kot.
“Haishh
kau ni, bunuh kucing tu perumpamaan jelah” ujar Humaira.
Nadhira
sudah tayang wajah comelnya. Hehe.. memang kadang-kadang dia ni lurus
orangnya.
“Dahlah
aku nak pergi toilet ni, malas fikir pasal mamat tu lagi” sambung
Humaira, dia mahu membersihkan diri sebelum tidur. Dari dia dok pot
pet pot pet pasal Wafiq, baik dia buat kerja lain. Ada jugak
faedahnya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete