BAB
30
Iman termenung di tepi
jendela. Memikirkan tentang diri sendiri, apabila melihat kebahagiaan Adriana
dan Faris, dia turut merasakan kebahagiaan yang dirasai sahabatnya itu. Sungguh
hebat perancangan Ilahi, Dia ambil orang tua Adriana dan digantikan pula dengan
menghadiahkan Adriana suami sebaik Faris.
Melihat kebahagiaan rumah
tangga Adriana menyebabkan dia turut merasa ingin mendirikan baitul muslim
juga. Cinta itu fitrah bagi manusia, ingin dicinta dan mencintai. Harapannya
agar dia dikurniakan Ilahi si ‘dia’ yang soleh. Tapi Iman tahu bahawa
mensolehahkan diri itu perkara pertama dan mencari yang soleh itu perkara
kedua. Dia yakin dengan janji Allah dalam surah An Nur ayat 26. Biasanya jodoh
yang diaturkan Allah adalah sekufu. Biarlah dia memujahadah memperbaiki diri
dahulu.
Dia hanya mahu cinta high class di pandangan Ilahi, cinta yang halal di mata
Ilahi. Jika mahu cinta yang high class sesama manusia haruslah bina cinta yang
high class bersama Ilahi terlebih dahulu, serahkan cinta itu kepada Pemilik cinta itu sendiri.
Kata orang cinta itu
lebih manis selepas nikah iaitu pada cara dan jalan yang halal. Dan dia hanya
akan serahkan cintanya pada yang berhak memiliki iaitu buat insan yang bergelar
suami, insha Allah. Moga saat itu tiba nanti.
Sedang asyik dia ralit melayan fikiran,
telefonnya bordering minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di
atas kati, meneliti sejenak siapa gerangan si pemanggil.
“Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.
“Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.
“Wa’alaikumsalam
akak, ibu sihat. Akak macam mana, sihat tak anak ibu ni? Study ok?” tanya Puan
Jannah kepada anak sulungnya.
“Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.
“Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.
“Semua
alhamdulillah sihat je kat sini. Ibu pun rindu dengan anak manja ibu ni. Kalau
kakak rindu baliklah kampong. Ada orang yang dah bertanyakan kakak kat sini”
jawab Puan Jannah berkias.
“Tanya
kakak?? Kenapa bu? Siapa orangnya? Kawan lama kakak ke?” tanya Iman
bertalu-talu.
“Amboi
banyaknya soalan dia. Bukan kawan kakak, orang tu berkenan dengan akak. Nak
dijadikannya menantu, isteri untuk anaknya” tersenyum Puan Jannah melihat
gelagat anak sulungnya, sedar tak sedar sudah dewasa anak yang dulu dibuai dan
didodoikan ketika tidur. Sudah menjadi bunga dan sudah dirisik orang.
“Orangnya
macam mana ibu? Pendapat ibu tentang orangnya bagaimana?” soal Iman berdebar.
“Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.
“Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?
“Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.
“Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?
“Pergaulannya
ibu tak pasti, nanti akak risik sendiri dan ibu akan suruh Izzul risik
akhlaknya bagaimana” cadang Puan Jannah. Izzul Hafiz iaitu anak keduanya akan disuruh
merisik akhlak pemuda yang menyunting puterinya. Biarlah jika mahu diserahkan
anak gadisnya pada syabab acuan Islam.
“Bagus
cadangan ibu tu. Nanti ibu suruh Izzul jadi ‘spy’ ya?” tergelak kecil Iman
apabila membayangkan yang adiknya menjadi ‘spy’ merisik akhlak pemuda tersebut.
“Insha
Allah, nanti ibu suruh adik kamu tu. Ok lah ibu ada kerja ni, nanti kita
sembang lagi ya” pinta Puan Jannah meminta diri, lega hasrat orang sudah
disampaikan kepada anak gadisnya.
“Ok
bu, assalamu’alaikum. Kirim salam dekat semua ya” jawab Iman
“Insha
Allah, wa’alaikumsalam” sahut Puan Jannah dihujung talian.
**
Usai sahaja kelas Material Science petang
itu, Adriana dan Iman melangkah menuju ke café untuk membasahkan tekak.
Seharian jadual kelas mereka penuh dengan kelas syarahan hari ini, otak sudah
naik tepu mahu menerima dan menganalisis ilmu yang diterima, tetapi harus
dikuatkan semangat mereka. Study for Ad Deen!! Itulah yang selalu dipesan oleh
arwah papa Adriana, Encik Nazri ketika Adriana lelah mentelaah ilmu. Dan
nasihat itu akan menjadi semangat untuknya terus berjuang di medan ilmu. Sampai
bila ekonomi umat Islam harus dimonopoli oleh bangsa asing??
“Penat
sangat hari ni weh” adu Iman dengan muka yang kepenatan.
Adriana hanya tersenyum nipis, memang tak
dinafikan apa yang diperkatakan sahabatnya itu.
“Ha’ah,
tapi rasa seronok kan? Dapat ilmu baru” ujar Adriana berfikiran positif.
Iman hanya mengangguk perlahan kepalanya.
Kakinya melangkah ke arah meja yang terletak di hujung café. Tekaknya minta diisi
air, haus sangat!!
Adriana termenung melihat burung yang
bertebangan, memang kawasan universitinya banyak burung. Dah macam taman burung
pun ada.. huhu.. melihat sang burung
yang bertebangan di awan biru, hatinya menjadi tenang seolah-olah dia turut
merentas awan biru bersama sang burung. Terbang segala masalahnya. Subhanallah,
indah sungguh awan biru ciptaan Ilahi.
“Riana,
nak minum air apa?” tanya Iman memecah khayalannya.
Adriana memandang Iman, kemudian dialihkan
pandangannya pada gadis yang mengambil pesanan. Dihadiahkan pula senyumannya
kepada gadis itu.
“Tembikai
ais satu” pintanya tersenyum.
Gadis yang mengambil pesanan itu berlalu
pergi. Adriana hanya memerhatikan langkah gadis yang memakai baju bewarna pink
berlengan pendek itu. Hatinya sedih melihat anak-anak gadis yang semakin jauh
dari syariat Ilahi, batas aurat yang digariskan Islam seolah dipandang remeh
oleh gadis kini.
‘Sedarlah
wahai mawar agama, yang tertutup itu lebih indah’ hatinya bermonolog sayu.
Tapi cepat pula hatinya beristighfar
panjang. Dia harus bersangka baik dengan orang lain.
‘Mungkin
dia tidak tahu dan melalkukan dosa dalam kejahilan’ bisik hatinya positif.
Iman menyentuh tangan Adriana perlahan,
jauh sahabatnya itu termenung. Adriana yang dahulu dikenalinya sudah jauh
berubah. Semakin matang fikiran dan tindakannya, mungkin pengalaman yang
mendewasakan sahabatnya itu.
“Riana,
kau ok tak? Jauh termenung” tegur Iman.
Adriana tersentak, haishhh memang termenung
dah masuk dalam list hobi terbaru dia. Huhu.. tapi dia bukan termenung kosong
sebaliknya dia lebih banyak berfikir kini. Matanya memerhati gadis tadi membawa
minuman yang dipesan mereka.
“Aku
ok. Ermm, minggu depan birthday Mr. Faris” ujar Adriana selepas gadis yang
membawa pesanan mereka berlalu dari meja mereka.
“Seriously??”
soal Iman terperanjat.
“Seriuslah..”
ujar Adriana tergelak kecil. Tergelak melihat gelagat Iman, over acting betul
Cik Iman Farhana ni.
“Eh,
hehe.. dah decide nak kaci apa tak dekat cik ‘abang’ tu” Iman tayang wajah
selamba pula, pandai gadis itu memainkan mimik mukanya, boleh jadi aktress gitu..
“Tulah,
aku pun tak terfikir lagi nak kasi apa lagi ni. Kau tahu tak orang lelaki suka
apa? Kau kan ramai adik lelaki” tanya Adriana.
“Orang
lelaki? Hahaha.. Riana.. Riana” gelak Iman.
Adriana mengerutkan dahinya, eh apa yang
kelakarnya eh? Huhu..
“Yelah,
nak kasi tie ke, t-shirt ke, cap ke.. salah ke aku cakap tadi?” balas Adriana
pula.
“Ohhhh”
jawab Iman
“Iman…
cuba kau serius sikit” marah Adriana geram. Dicubitnya tangan gadis itu.
“Ouchhh,
sakitlah.. ok aku serius ni. Mr. Faris suka apa? Macam jam ke, kasut ke, buku
ke…” cadang Iman mula serius. Tak sanggup nak kena cubit dengan Adriana lagi,
sakitnya boleh tahan woooo…
“Hah,
aku dah tahu nak kasi apa!! Thanks Iman” ucap Adriana girang.
“Eh,
kau nak kasi apa?? Sharelah” desak Iman.
Adriana tergelak kecil, dibisiknya sesuatu
ke telinga Iman.
“Hahaha,
good idea” puji Iman.
cer teka hadiah apa yang Riana nak kasi kat Faris?? :D
aik...pendeknyer...hehehe...jgn lupe update yek?
ReplyDeletebiler nk update erk???x sbr,,,,huhuhu
ReplyDeleteakak Nisa ! pendeknya entri ni ! ): tp kan .. sangat BEST ! (: nak lagi tau ! (:
ReplyDelete