BAB 41
Hari
terakhir Adriana menduduki peperiksaan semesternya sebelum dia menamatkan
pengajian diplomanya di universiti. Hari ini Adriana tampil ringkas dengan
jubbah bercorak bunga-buga merah jambu. Tudung labuh yang berwarna pink senada
dengan warna bunga-bunga kecil di jubahnya dipadankan. Ringkas dan menutup aurat!! Adriana
tersenyum puas menatap wajahnya di cermin.
Dibeleknya
pula tubuh di hadapan cermin panjang itu, meneliti kalau-kalau ada perbezaan
pada tubuhnya itu. Sejak akhir-akhir ini selera makannya bertambah, dia sendiri
hairan dengan tabiat barunya itu. Mungkin disebabkan stress exam atau stress
dengan sikap Aqil yang tidak faham bahasa??
Teringat kembali
saat dia mempelawa Kak Tasha iaitu teman sebiliknya untuk makancoklat cadbury
pada malam tadi. Dengan selambanya dia menghulurkan coklat Cadbury yang besar
kepada Kak Tasha. Dia pun hairan dengan sikapnya sejak akhir-akhir ni, kerap
benar menjamah coklat walaupun pada malam hari. Kak Tasha merangkap teman
seusrahnya itu memandang pelik ke arahnya.
“Akak, nak
coklat?” pelawa Adriana selamba.
“Hah? Thanks,
akak dah kenyang. Kan baru lepas makan tadi” Kak Tasha menolak pelawaannya
lembut.
Adriana
melemparkan senyuman sambil tangannya lincah memasukkan coklat ke dalam mulut.
Ha’ah kenapa agaknya seleranya seperti lain macam saja? Padahal dia baru usai
makan bersama Kak Tasha sebentar tadi. Arggghhh, akalnya malas mahu memikirkan
soalan seremeh itu, dia seboleh mungkin berfikiran positif, mungkin stress exam
agaknya.
“Lately, Riana
kuat makan eh?” tegur Kak Tasha jujur.
Bukk!! Bagai
dihempap buah kelapa dirasakan dirinya saat ini. Rupanya Kak Tasha juga perasan
dengan perubahan dirinya. Aduh, malunya!! Jujurnya Kak Tasha ni, straight
forward tegur, takde belok-belok!!
Adriana
tersengih bagai kerang busuk, terbantut sebentar seleranya mendengar teguran
Kak Tasha.
“Yeke?
Stress exam kot. Riana nampak gemuk ke kak?” soal Adriana. Gusar juga jika
berat badannya naik mendadak nanti.
“Gemuk??
Taklah cuma pipi tu makin tembam” balas Kak Tasha sambil ketawa. Walaupun
begitu Adriana masih nampak cantik malah bertambah comel lagi.
Pipi
tembam?? Adriana pantas mengambil cermin kecil di meja study, dibeleknya wajah
di cermin. Betul ke nampak tembam?? Habislah dia kena usik dengan Faris nanti.
Huhu..
“Habislah,
cuti semester nanti kena diet ni!!” azam Adriana bersungguh-sungguh.. Hai,
coklat selamat tinggal!!
“Diet??
Haha.. Riana, Riana..” Kak Tasha mengeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macamlah
Adriana ni.
Adriana
kembali mengambil coklat, selamba wajahnya memakan coklat yang hampir tinggal
separuh itu, padahal sebentar tadi bersungguh-sungguh hendak diet.
“Kata
tadi nak diet??” soal Kak Tasha pelik.
“Diet
masa cuti semester nanti bukannya sekarang” Adriana membalas selamba. Mana
boleh tahan tengok coklat depan mata. Ish, ishh rugi kalau tak makan.
Adriana
tersentak dari lamunan apabila telefon bimbit bergetar di atas meja study.
Diambilnya gajet yang berwarna merah-hitam itu. Tersenyum sendiri apabila
membaca nama si pemilik yang sedang menghubunginya kini. Faris!! hatinya
berdetak laju, bibirnya mengukir senyum sendiri. Ohh indahnya cinta selepas
nikah!!
“Assalamu’alaikum
abang sayang..” dia terlebih dahulu memberi salam buat suami tercinta.
“Wa’alaikumsalam
cik sayang tembam” Faris mula menyakat.
Tembam??
Adriana terkedu sendiri. Faris tahu ke pipi dia sudah tembam?? Faris ada pasang
CCTV ke apa ni? Macam tahu-tahu saja..
“Tembam??
Sampainya hati dia” balas Adriana pura-pura merajuk. Tak salah rasanya nak
bermanja dengan suami sendiri kan?
“Alolo,
merajuk ya sayang abang ni? Riana akan tetap nampak cantik di mata abang
sebabnya akhlak dan agama Riana cantik di mata abang. Abang terima baik dan
buruknya diri Riana. Abang cintakan Riana bukan sebab fizikal Riana tapi sebab
agama yang ada pada Riana. Ingat sayang lenyapnya cinta itu bersama sebab cinta
itu sendiri. Jika kita cintakan seseorang itu kerana rupanya, cinta itu akan
lenyap apabila wajah dimamah usia, jika cinta itu kerana harta kekayaan nescaya
cinta itu akan pergi bersama hilangnya harta tetapi jika kita cintakan
seseorang itu kerana Ilahi, percayalah cinta itu takkan pernah hilang kerana
Ilahi sentiasa di sisi” dalam diam Faris melontarkan nasihat penuh berhikmah.
Dituturnya lembut nasihat itu kepada isteri tersayang.
“Alhamdulillah,
bertuahnya Riana apabila memiliki suami soleh seperti abang” Adriana terus
memuji dan meraikan suaminya. Tidak mahu terlepas peluang memperoleh pahala
apabila terus meraikan suaminya.
“Abang
lagi, lagi dan lagiii beruntung dapat isteri solehah seperti Riana.
Alhamdulillah, baiknyaa Allah” tutur Faris tidak mahu mengalah. Dia teringat
sepotong hadis yang mengangkat tinggi maruah wanita solehah.
“Dunia
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” hadis riwayat
Muslim.
Teringat
lagi Faris pada bait-bait sebuah lagu nasyid:
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli ,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.
“Alhamdulillah,
hari ni last paper Riana, jangan lupa titipkan doa untuk Riana ya abang? Doakan
Riana dalam setiap sujud abang” pinta Adriana.
“Insya-Allah
sayang. Abang sentiasa doakan Riana dunia dan akhirat. Dah packing barang? Dua
tiga hari nanti kita balik Mersing” Faris mula merancang untuk balik ke
Mersing. Dia juga rindukan tok ummi dan tok abahnya. Kerap kali dia termimpikan
tok abahnya kebelakangan ini.
“Jazakallah
ya zauji. Alhamdulillah, dah habis packing barang. Tinggal tunggu abang datang
ambil je” balas Adriana.
“Good,
jawab last paper ni betul-betul.. jangan asyik ingat abang je. Good luck sayang
and I know you can do well” Faris tidak lupa menitipkan semangat buat Adriana
tapi dalam diam sempat lagi dia menyakat isterinya.
Ingat
Faris?? Gulp!! Adriana sudah termalu sendiri. Memanglah dia tengah angau dengan
Faris tapi insya-Allah takdelah sampai dua puluh empat jam dia asyik
teringatkan suaminya itu. Insya-Allah dia akan bijak menguruskan emosinya
nanti. Sudah pasti dia mahu lakukan yang terbaik dalam examnya nanti kerana dia
mahu lulus dengan cemerlang seterusnya mengambil bidang pharmacy apabila Ijazah
nanti.
“Insya-Allah,
abang jumpa petang nanti ya? Assalamu’alaikum” balas Adriana. Jam di tangan
sudah pukul lapan pagi, hari ini kertasnya bermula jam sembilan pagi.
“Ok,
sayang Riana fillah. Wa’alaikumsalam”
“Sayang
abang fillah aidhon” balas Adriana sebelum menamatkan perbualan mereka. Sudah
menjadi rutin wajib bagi Faris untuk menghubunginya sebelum dia menjawab exam.
Suaminya itu akan terus menitipkan semangat untuknya menjawab peperiksaan.
Selepas sahaja
dia tamat menjawab kertas organic chemistry petang nanti dia akan pulang ke
Melaka. Tak sabar rasanya mahu menghabiskan masa cuti semesternya nanti bersama
cik abang sayang. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Sudah merancang satu
persatu agenda untuk menghabiskan masa bersama Faris nanti.
Tamat sudah peperiksaan Adriana
tengah hari itu menandakan tamatlah juga diplomanya sepanjang enam semester di
university. Insya-Allah.. petang nanti Faris akan menjemputnya pulang, tidak
sabar rasanya mahu berjumpa dengan Faris. sudah setebal kamus dewan dirasakan
rindunya kepada suami sendiri.
Adriana
tersenyum sendiri, bahagianya rasa bila sudah tamat menjawab exam. Lega rasa
hatinya saat itu. Rasa macam nak senyum sorang-sorang sepanjang hari, hehe..
“Riana,
happynya aku tengok!!” Iman memeluk bahu Adriana erat.
Adriana
memandang Iman pelik, dia rasa Iman yang terlebih happy ni. Peluk bahu orang
macam tak nak lepas!!
“Aku
rasa kau yang lagi overexcited ni. Haha..” Adriana sudah angkat kening dua tiga
kali. Sengaja mahu mengusik Iman.
“Alhamdulillah,
rasa lega sangat-sangat. Tak sangka kita dah enam semester dekat sini. Rasa
macam baru semalam je orientasi kat sini. Tup-tup dah habis diploma” luah Iman,
mindanya mula mengingat kembali saat mula-mula mereka menuntut di sini. Sekejapnya
masa berlalu.
“Alhamdulillah,
ha’ah.. sekejapnya masa berlalu. Dulu masuk sini, mama dan papa aku yang
hantar. Tapi sekarang dorang dah takde” Adriana mengiakan, dalam diam ada rindu
yang bertandang untuk arwah kedua orang tuanya.
Benarlah
kata pepatah Arab, masa itu umpama pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia yang
akan memotong kita. Natijahnya masa itu harus diurus sebaik mungkin. Adriana memuhasabah
kembali dirinya, antara nikmat yang selalu dia terlepas pandang adalah nikmat
masa sihat, masa muda dan masa lapang. Allahurobbi..
Teringat
kembali nasihat suaminya suatu ketika dahulu, kata Faris:
“Hati
ini umpama gelas-gelas kosong. Jika tidak diisi dengan molekul-molekul air
pasti akan diisi dengan udara kosong. Begitu jugalah hati, jika tidak diisi
dengan ilmu yang bermanfaat sudah tentu akan diisi dengan benda-benda kosong,
benda-benda yang tidak bermanfaat. Dan masa muda adalah masa yang terbaik untuk
mencari ilmu”
“Sabarlah
Riana, ada hikmah yang tersembunyi. Memang benar kau kehilangan orang tua. Tetapi
Allah tidak akan mengujimu dengan sia-sia. Insya-Allah ujian ini akan
mengangkat dirimu di sisi Allah. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi
perancanganNya kan?” Iman terus menerus melontarkan semangat. Sentiasa menitipkan
semangat agar dia bersangka baik dengan Allah. Indahnya mempunyai sahabat yang
sentiasa berfikiran positif.
“Jazakillah
Iman. Moga Allah sentiasa membalas kebaikanmu sahabat. Cuti semester nanti
mesti aku rindu kau” Adriana mengenggam erat tangan Iman. Moga ukhuwah ini
sampai ke syurga. Moga ukhuwah ini menjadi saksi di hadapan Ilahi kelak.
“I
will miss you too. Jangan sedih-sedih. Hari ni kan kau nak jumpa cik abang
sayang. Chill k?” Iman terus menghiburkan Adriana, tidak mahu Adriana terus
tenggelam dengan kesedihan.
Adriana
menghadiahkan Iman senyuman. Pasti nanti dia akan rindu dengan tarbiyah dan
nasihat Iman. Indahnya ukhuwah kerana Ilahi. Bertemu tak jemu, berpisah tak
gelisah.
“Kau
balik bila?” Adriana mula mengalih topik, tidak mahu kesedihan terus menghimpap
diri.
Mengapa
harus bersedih hati? Lumrah kehidupan, sentiasa diuji, ayuh bangkit mencari
kekuatan diri. Bukankah Allah sentiasa di sisi??
“Insya-Allah
pagi esok. Kau??”
Belum
sempat Adriana menjawab, Aqil terlebih dahulu datang menyapa. Kenapalah Aqil
selalu menyampuk perbualan mereka?? tidak tahu adabkah lelaki itu??
“Hai
Riana. Hai Iman… Assalamu’alaikum” Aqil menyapa ceria.
“Wa’alaikumsalam”
jawab Adriana dan Iman serentak. Dia cuba bersangka baik dengan Aqil. Mungkin lelaki
itu mahu mengucapkan salam perpisahan.
“Balik
bila??” Aqil menyoal.
“Esok!!”
“Petang
ni!!”
Adriana
dan Iman menjawab serentak. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Ishh, excited
bebenor nak balik ke kampung halaman masing-masing.
“Ohhh,
I see” balas Aqil tersenyum.
Adriana
sudah menjeling jam di tangan. Hanya tinggal beberapa jam sebelum Adriana
dijemput oleh Faris. tidak sabarnya mahu berjumpa dengan kekasih hati.
“Riana,
I want to tell you something…” Aqil sudah menyampaikan hasrat. Tidak mahu
terlepas melamar si mawar agama.
“Silakan..”
Adriana masih meraikan Aqil. Diberi peluang kepada lelaki itu. Cuba berfikiran
positif, lagi pula hari ini hari terakhir sebelum mereka pulang ke kampung
masing-masing nanti dan sudah tentu dia akan berjumpa lagi dengan Aqil.
“Saya
nak melamar awak cuti nanti. Saya cintakan awak kerana agama awak” Aqil
bersungguh-sungguh meluahkan. Dan dia merasakan ini masa yang sesuai untuk dia
berterus terang.
“Tapi….”
Adriana terkedu, semudah itu Aqil meluahkan perasaan kepada dia?? Kenapa dia??
Tidak Iman??? Dugaan apakah ini Ya Rabbi?
“Saya
betul-betul cintakan awak Riana. Saya sungguh-sungguh nak awak jadi sayap kiri
perjuangan saya dan saya yakin awak mampu untuk jadi isteri yang membahagiakan
saya” Aqil terus menerus meluahkan harapan, Adriana jadi terkedu sendiri
melihat kesungguhan pemuda di hadapannya. Sayang sekali, pemuda itu meluahkan
perasaan kepada isteri orang.
Adriana
ingin menjawab, tetapi tangannya disiku Iman.
“Kenapa??”
soal Adriana.
“Tuuu..”
Iman memuncungkan mulutnya.
Adriana
memandang ke arah yang Iman yang ditunjukkan Iman sebentar tadi. Allah, rasa
nak gugur jantungnya saat itu!! Faris!!! Dugaan apakah ini???
akak nisa , nak lagi nak lagi . hee
ReplyDeletesuke suke .
berdebar la pula...huu
ReplyDeletemsti Faris dngr Aqif nk melmr Adriana...
ReplyDeletehope Faris xtrs melenting..
rase Adriana pregnant la...
ara
rasanye faris bkn jenis yg mrh2 kot....hehe
ReplyDeleteanymous: hehe :)
ReplyDeleteryanna: :)
anymous: ;)
hudapis: (^^)
thanks :D maaf ats sebarang kekurangan,
asalam,
ReplyDeleteplzzzz...
buatkn susunan bab d tepi blog, biar sng cari bab2 tertentu
wa'alaikumsalam.. :) maaf ya awk blog nisa ni memang serabut.. huhu, act nisa tak reti nak buat susunan tu, huhu.. boleh ajar tak? heee
ReplyDelete