BAB 23
Humaira
termenung melayani lamunan sendiri. Jauh jiwanya melayang kali ini. Sedikit
tersentap dan kecil hati dengan tingkah Wafiq hari ini, melayani dirinya persis
dirinya tak wujud di depan lelaki itu. Humaira mengeluh berat. Separuh dari
hatinya mahu bersangka baik dengan Wafiq manakala separuh lagi hatinya
menyangka buruk pula.
Lama dia
termenung memikirkan sikap Wafiq hari ini. Pagi subuh mereka berlalu tanpa
solat berjemaah seperti biasa. Itu Humaira boleh sabar lagi, tapi bila Wafiq
langsung tak menjamah sarapan yang disediakan, hatinya mula terasa. Dan tika
tangan dihulur untuk bersalaman seperti kebiasaan mereka tetapi Wafiq pula hanya
menyambut kaku huluran tangannya hatinya bertambah-tambah terseksa! Wafiq seperti
tak punya perasaan! Tiada rasa hangat dan kucupan di dahi seperti selalu.
Humaira
mengeluh berat lagi, kalau bagi wanita lain perubahan suami itu tak memberi
kesan kepada mood mereka tapi tidak bagi Humaira. Sungguh dia terasa hati,
masih terbayang di fikirannya saat Wafiq hanya memandang sepi makanan yang
telah disediakan pagi tadi. Menjamah sedikit pun tidak sudi! Rasa hati ditahan
saja ketika itu dan apabila Wafiq bersikap dingin lagi dengannya saat
bersalaman pagi tadi, hatinya tersentap maha hebat! Ketiika enjin kereta Wafiq
menderu pergi meninggalkannya, laju air mata yang mengalir. Pagi ini dalam
sejarah, suara Wafiq tidak kedengaran.
Belum
sempat Humaira mengeluh lagi, Liyana sudah datang menyapa. Diusapnya lembut
tangan Humaira.
“Dari tadi
akak perhati, banyaknya mengeluh. Do you want to share something with me?.”
Liyana menyoal prihatin. Wajah muram Humaira dipandang lama.
Humaira
mengangkat wajah. Sedikit kaget dirinya saat itu.
“Err akak,
bila sampai?” soalan dibalas soalan.
“Almost
three minutes ago.” Liyana menjawab selamba.
Three
minutes ago? Ohhmaii lama tu! Humaira ketuk dahi laju. Apesal dia
tak perasan pun kehadiran Liyana? Erk, mana nak perasan kalau otak dah melayang
jauh! Huhu..
“Ketuk
kepala pulak dah. Haha.” Liyana tertawa. Macam-macam gelagat junior yang sorang
ni!
“Err akak
tanya apa eh tadi? Maira tak dengar.” Humaira membalas selamba.
Liyana
tersenyum. Humaira, Humaira.. Jauhnya awak mengelamun. Agak-agak dah sampai ke
bulan tak? Ke dah sampai ke Pluto?
“Akak
tanya kenapa mengeluh? Nak share something dengan akak tak?” Liyana
ulang soalan yang sama. Kali ini nadanya lebih tersusun, lebih lembut.
Humaira
hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan. Aib rumah tangga harus
disimpan. Harus dijaga maruahnya dan Wafiq. Hidup ni tak semua benda kita boleh
berkongsi dengan orang lain, hidup ni harus punya privacy tersendiri.
Liyana
tersenyum mengerti.
“Don’t
worry sis, Maira okay!” ujar Humaira. Dia harus kuat, ini baru
sedikit ujian untuknya. Humaira tersenyum.
Liyana
menepuk perlahan bahu Humaira, mengalirkan sedikit kekuatan. Walaupun Humaira
cuba menyembunyikan kesedihannya namun Liyana mengerti dan nampak wajah mendung
Humaira. Lagi pula bukan sehari dua dia mengenali Humaira! Sudah dua tahun dia
mengenali gadis yang semakin matang menutur bicaranya itu.
“Sahabat sayang,
ingat janji Allah. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan dan Allah
sentiasa bersama orang yang sabar.” Liyana menasihat lembut. Liyana, nama yang
selembut orangnya. Bicaranya sentiasa tersusun dan penuh berhikmah.
Humaira
tersenyum dalam duka. Air matanya sudah di tubir mata. Beruntungnya punya
sahabat yang saling menguatkan ketika sahabatnya yang lain lemah.
“Terima
kasih kak. Akak sentiasa ada bila Maira perlukan seseorang.” Humaira menahan
sebak.
“Ucapkanlah
alhamdulillah, akak hanya manusia biasa. Allah jugalah sandaran Humaira, akak
hanya perantaraan dari-Nya saja.” Liyana membalas, tangannya mengenggam erat
tangan Humaira.
“Alhamdulillah.”
Ujar Humaira perlahan.
Liyana
menarik Humaira rapat kepadanya, diusap lembut bahu Humaira.
“Maira
sayang, sandarkan segala harapan kita pada-Nya. Dia yang Maha Berkuasa.
Mintalah pada Dia, Dia suka hamba-Nya yang meminta dengan rasa rendah diri.
Walaupun Allah tahu apa yang kita mahu, tapi teruskan juga meminta kerana itu
tanda seorang hamba!”
Humaira
tersenyum. Kagum dengan naqibah usrahnya. Berbahagianya andai dirinya mempunyai
semangat mujahadah seperti Liyana. Gadis yang nampak lembut luarannya tapi
dalamannya sangat kuat. Semangat mujahadahnya menyubur dalam diri. Jangan disangka
wanita itu lemah, sirah telah membuktikan manusia pertama yang syahid ialah
Sumayyah! Jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian itu tak mampu
mengenggar dunia!
“Syukran
kak. Alhamdulillah punya sahabat yang banyak mentarbiyah diri.”
“Petang
nanti, jom join bulatan gembira kita. Akak rindukan Humaira.” Liyana
mengajak.
Bulatan
gembira atau usrah. Humaira sudah tersenyum. Lamanya dia tak berkesempatan
menyertai mereka selepas dia berumah tangga. Allah, Allah, Allah.. Lalainya aku
dengan dunia-Mu.
“Maira,
akak nak ajak Maira jadi guru ganti masa cuti sem nanti. Nak try apply
tak?” tanya Liyana. Diangkat kening dua, tiga kali. Sengaja menyakat Humaira.
Humaira
sudah teruja. Macam best je!
“Nak,
nak..” semangat Humaira membalas.
“Nanti
Maira tanya Wafiq dulu.” Humaira menyambung. Statusnya kini sudah berubah,
pendapat dan keizinan suami harus diutamakan.
“Okay,
nanti bagitahu akak keputusannya.” Liyana membalas dan mereka tersenyum
bersama.
Petang itu Wafiq masih lagi di pejabat, menyiapkan
tugasannya walaupun jam di dinding sudah merangkak ke angka tujuh malam.
Sengaja dia pulang lewat hari ini, menenangkan hati dan mencari ruang sendiri.
Entah apa
yang merasuk dirinya pun dia tidak tahu. Hanya kerana sebuah diari dan sebuah kisah
silam hatinya panasaran. Ahh dia jadi bingung sendiri. Dia tetap lelaki yang
punya ego, tambahan pula sejak kecil lagi dia tidak suka berkongsi barangnya
dengan orang lain. Anak tunggal lelaki dalam keluarga sedikit sebanyak
membentuk sikapnya begitu.
Wafiq
mengeluh berat, keadaan di luar semakin gelap tapi hatinya langsung tak terasa
ingin pulang. Kebiasaannya tepat jam lima petang dia sudah sibuk mengemas
barang untuk pulang ke rumah. Tapi hari ini?
“Lepas
maghriblah baru balik,” putus Wafiq. Keadaan di pejabat semakin sunyi, hanya
tinggal beberapa orang pekerja. Dalam seminggu ni dia sibuk turun ke tapak
projek dan tak lama lagi juga dia akan menamatkan praktikalnya. Masa-masa
terakhir sebagai jurutera pelatih memang agak sibuk, hendak menyiapkan laporan,
hendak menyiapkan presentation lagi. Ohh masa sangat-sangat mencemburuinya!
Baru hendak
menyambung tugasannya, handphone di atas meja berbunyi minta diangkat. Tangannya
laju mencapai handphone yang berwarna hitam-merah itu. Nama Humaira
tertera di skrin.
“Assalamualaikum.”
Sapa suara di hujung sana. Lembut.
“Waalaikumsalam.”
Wafiq membalas perlahan.
“Abang
busy ke?” tanya Humaira perlahan. Sekarang sudah jam tujuh malam, batang hidung
Wafiq pun dia tak nampak. Sudahnya dia hanya duduk termenung di hadapan Pusat
Islam menanti ketibaan Wafiq. Hampir satu jam dia menunggu Wafiq, usrahnya
sebentar tadi sudah tamat pada jam enam petang. Hanya sekadar sedikit
perkongsian, tadarus serta bertadabbur al-Quran bersama.
“Emm, busy
jugak.” Wafiq membalas mendatar. Entah kenapa hatinya tidak lagi girang
menyambut panggilan Humaira.
“Maira kat
u lagi ni.” Humaira membalas teragak-agak.
Wafiq menarik
nafas dan dihela nafasnya perlahan. Terlampau mengikut hati sampai dia terlupa
untuk mengambil Humaira. Terbit pula rasa kasihan, rasa bersalah membiarkan
Humaira menunggunya sampai malam-malam begini.
“Maira
balik teksi boleh kan? Abang busy ni.” Lain yang di hati lain pula yang
terkeluar di mulut Wafiq.
Humaira tersentak.
Busy sangatkah Wafiq? Untuk mengambilnya pun tiada masa? Allah..
“Boleh.”
Humaira membalas. Sebak.
“Assalamualaikum.”
Klik. Talian
diputuskan sebelum Humaira sempat membalas salam. Humaira bangun
perlahan-lahan. Entah mengapa dia semakin terasa dengan sikap Wafiq. Hatinya tertanya
sendiri, mengapa Wafiq berubah sejauh ini? Kaku dan dingin!
Sedang di
pejabat Wafiq termangu sendiri. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang. Ahhh serabut!
Kerja yang bertimbun di hadapan mata dipandang sepi.
Wafiq merengus
kasar. Geram dengan diri sendiri. Separuh hatinya seolah-olah ingin berlari
mendapatkan Humaira tapi separuh lagi hatinya seperti tak punya perasaan. Wafiq
terperangkap dalam dirinya sendiri!
Lantas dicapai
briefcase di atas meja, mengemaskan apa yang patut dan kakinya melangkah
keluar dari pejabat. Berjalan laju ke arah parkir kereta. Enjin kereta
dihidupkan dan lantas keretanya meluncur laju membelah keningan senja.
Dipandu keretanya
menuju ke arah UiTM Shah Alam untuk menjemput Humaira. Tidak sampai hati
membiarkan Humaira balik dengan menaiki teksi. Sampai saja di university
Humaira, matanya mencari kelibat Humaira. Tiada! Tempat yang selalu dia menghantar
dan mengambil Humaira kosong.
Wafiq merengus
kasar. Dia terlambat! Tangannya menghentak stereng kereta kasar. Lantas nombor
telefon isterinya didail laju.
“Maira kat
mana ni?” tanpa salam Wafiq bertanya.
“Err Maira
dalam teksi.” Humaira membalas dan dia tahu suara Wafiq di sana menunjukkan
Wafiq bukan dalam mood yang baik. Mungkinkah Wafiq berubah kerana
tekanan kerja? Hatinya bermonolog sendiri.
“Em
okay.” Wafiq membalas dingin. Terus diputuskan talian. Laju keretanya
menuju ke masjid untuk solat maghrib berjemaah. Mencari ruang untuk menenangkan
hati dan jiwa yang semakin serabut.
Humaira tersentak
lagi. Hairan dengan sikap Wafiq. Datang tanpa salam dan perginya juga tanpa
salam. Ahh lama-lama dia yang bengong kerana memikirkan sikap Wafiq! Aduhai Suamiku!
Lima belas
minit dalam perjalanan akhirnya Humaira tiba di rumah, dia harus cepat-cepat
membersihkan diri sebelum menghadap Pencipta-Nya. Masa untuk menunaikan solat
maghrib tidaklah terlalu lama, takut terlepas pula.
Usai membersihkan
diri dia menuju ke dapur, mencari makanan untuk dialas perut yang mula minta
diisi. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil dia membuka peti sejuk, mengeluarkan ikan
dan sayur untuk digoreng. Makan malam-malam ni memang alamatnya sengaja cari
pasallah untuk menternak lemak! Huhu..
Belum sempat
Humaira menutup peti ais, dia terperasankan pula buah tomato. Laju saja
tangannya mencapai buah tersebut. Tiba-tiba kecur air liur pula tengok buah
tomato ni! Alahai menggoda sungguh buah tomato ni.
Dibasuh dan
dimakan begitu saja buah tersebut, habis sebiji dimakannya lagi sebiji. Tekaknya
begitu berselera memakan buah tersebut malam ini. Selalunya nak pandang sebelah
mata pun dia tak hairan. Humaira menggaru kepalanya yang tak gatal. Hairan dan
pelik mula menguasai diri. Ohh dengan dirinya sekali tersampuk perangai pelik
Wafiq! Ni namanya suami borek, isteri rintik. Huhu..
Humaira mengerling jam di dinding, sudah hampir waktu solat
isyak tapi bayang Wafiq masih tak nampak. Humaira mengeluh perlahan, bosannya
apabila Wafiq tiada. Mungkin Wafiq benar-benar sibuk agaknya. Humaira memujuk
diri sendiri.
Niat Humaira
untuk memasak terus terbantut. Nak masak apanya, dah pukul lapan lebih! Disimpan
kembali ikan dan sayur ke dalam peti sejuk. Tapi niat memasaknya saja
terbantut, niat untuk ‘mengunyah’ buah tomato tidak. Selamba saja dia memakan
buah tersebut, macam makan keropok saja. Lagi masam, lagi sedap! Wohoaa..
Dengar saja
azan berkumandang dari masjid yang berdekatan, Humaira terus bersiap untuk
menunaikan solat pula. Selesai solat, dia duduk termenung di ruang tamu,
memasang televisyen tapi otaknya melayang ke tempat lain. Rancangan televisyen
malam itu gagal menarik minatnya.
Dari posisi duduk dia mula berbaring santai di atas sofa. Matanya
kian memberat dan bagaikan menjadi habit kini, usai sahaja solat isyak dirinya
sudah diserang mengantuk yang maha hebat. Kalah orang bersawah saja penatnya. Penat
dan mengantuk tak terperi! Humaira cuba menahan kantuk, sesaat, dua saat
dirinya sudah dibuai mimpi.
Wafiq membuka pintu rumah perlahan, salam diberi. Hatinya terasa
lebih tenang kini. Sengaja dia pulang agak lewat sedikit selepas berjemaah di
masjid tadi. Jam menginjak ke angka sepuluh malam baru dia bertolak pulang.
Masuk saja ke dalam rumah, Wafiq beristighfar panjang. Dilihatnya
Humaira sedah terlena di atas sofa dengan televisyen yang masih terpasang. Kepalanya
digeleng laju. Dengan rumah tak berkunci, dengan tv terpasang. Alahaii Puan
Humaira sayang..
Kakinya melangkah ke arah sofa. Memerhati wajah yang sedang
lena tidur itu. Wajah yang tenang dan persis seperti anak kecil yang tertidur
selepas penat seharian bermain. Wafiq membetulkan perlahan rambut Humaira yang
sudah terjuntai di dahi. Diselitnya perlahan ke tepi telinga. Lenanya Humaira
tidur! Dicium pula dahi Humaira lama. Kasihnya tumpah di situ, mesti Humaira
tertidur kerana menunggu dia. Lantas dikendongnya tubuh Humaira dan dia
melangkah ke bilik. Matanya memerhati Humaira yang lena tidur. Tak sedar
langsung, bergerak pun tak! Haih penat sangat ke sayang??
Diletak perlahan tubuh itu ke atas katil. Diusap pula pipi
Humaira. Wafiq tersenyum sendiri. Rindu dengan gurauan mereka, rindu dengan
kenangan manis mereka. Ahh rindunya semakin membuak di dalam dada! Rindu kepada
isteri yang di depan mata..
kak...bila nk smbung penghijrahan cinta..x sbar nk tunggu yg sterusnya..thank..btw novel suami ekspress dh bca..mmg sronok pnuh dgn islamik :)
ReplyDeleteassalamualaikum.. best cite penghijrahan cinta .. rse xsbar plak nk tnggu episod sterusnya.. bila k.nisa' nk smbong episod sterusnya??
Delete