BAB
6
Petang
itu Humaira hanya duduk berehat di bilik, sengaja mahu mengambil
ruang sendiri. Lagi pula malam ini dia ada kelas. Awal-awal
permintaan Kak Liyana untuk beriadah bersama terpaksa ditolak lembut.
Bukan tidak mahu tapi masanya suntuk untuk beriadah petang itu.
Dia
duduk termenung di atas meja belajar, memandang bingkai gambar
keluarganya yang elok tersusun di atas meja. Gambar yang diambil
kira-kira enam tahun lalu, ketika usianya baru enam belas tahun.
Gambar ahli keluarganya yang masing-masing tergambar riak ceria di
wajah. Melihat kepada gambar itu mengingatnya tentang arwah abah.
Abahnya nampak ceria tersenyum dalam gambar itu.
Dia
merenung gambar itu, melepaskan rindu yang mula bertamu. Gambar hari
raya di mana mereka anak beranak berpakaian sedondon berwarna hijau
lembut itu. Kini, gambar itu hanya tinggal kenangan. Masih terbayang
jelas keriangan mereka tiga beradik menyambut aidilfitri. Adiknya
Haikal dan Haziqah menjadi mangsa bulinya dahulu. Jarak umur yang
tidak jauh membuatkan mereka akrab bersama. Itulah teman bergaduh dan
itu jugalah teman bermain. Kini masing-masing sudah membuat haluan
sendiri. Dia di sini menyambung Ijazahnya dan adiknya Haikal masih di
masih di matrik manakala Haziqah pula akan mengambil SPM tahun ini.
Tiba-tiba
hatinya terdetik sesuatu, seakan ada yang kurang dalam dirinya.
Agak-agaknya apa dia lupa buat eh?
“Solat
dah, mengaji dah, assignment dah siap, tutorial malam ni, ermm..”
bicaranya sendiri, terasa ada yang kurang dalam rutinnya dua tiga
hari ni. Tapi apa yang kurang eh?
Tiba-tiba
dia terpandangkan gelas plastik yang berwarna pink di atas meja.
“Ya
Allah, diari lamaaa tak tulis!!” terjerit kecil suaranya ketika
itu, ya sudah tiga hari dia tidak mencatit di atas helaian diari yang
berwarna pink itu.
Jika
bagi orang lain itu perkara biasa jika tidak menulis diari tetapi
tidak dia. Dia sudah menjadi penulis tegar kepada diari miliknya itu,
dengan diari itulah dia mencoretkan isi hatinya, dengan diari itulah
dia menitip semangat hijrahnya.
Humaira
tercari-cari diari yang sederhana tebal itu, habis diselongkarnya beg
dan laci belajar. Selalunya di situlah dia menyimpan diari yang
mempunyai pelbagai rahsia itu.
“Ya
Allah, kat mana pulak aku letak ni??” rungut Humaira sendirian
apabila diari yang dicari masih tidak jumpa.
Humaira
sudah gelisah, risau jika diari miliknya hilang dan dibaca orang
lain, Ya Allah.. Habis segala barang milinya diselongkar, dari atas
meja belajar hingga ke katil. Dari dalam loker sehingga ke atas
loker. Masih tak jumpa diari miliknya.
Tiba-tiba
pintu biliknya terkuak dari luar, terjengul pula teman sebiliknya
Nadhira yang baru pulang dari kelas.
“Humaira
cari apa? Ada benda yang hilang ke?” soal Nadhira terkejut apabila
barang-barang milik Humaira kini tak tersusun di tempatnya.
“Ha'ah,
ada barang aku yang hilang..” jawab Humaira sedih. Mana tak
sedihnya diari kesayangannya hilang!
“Barang
apa? Handphone ke duit?” teka Nadhira meletakkan beg sandangnya di
penjuru katil.
“Diari..”
balas Humaira pendek.
“Diari
yang warna pink tu?” tanya Nadhira prihatin. Dia tahu hobi Humaira
yang satu itu. Nadhira turut mencari diari Humaira yang hilang, habis
diteleknya barang-barang yang ada di atas meja belajar Humaira.
“Kau
ada tertinggal dekat mana-mana tak?” soal Nadhira, manalah tahu
kalau diari tu ada tercicir kat mana-mana ke? Kalau nak cari memang
sampai besok pun takkan jumpa kalau hilangnya kat tempat lain tapi
cari tempat lain kan?
“Tertinggal?
Aku tak tahu..” air mata Humaira sudah bergenang, bila-bila masa
saja mutiara jernih itu akan merembes keluar. Dia sayang sangat
dengan diari tu.
“Syhhh,
jangan menangis. Takpe aku tolong kau cari eh?” pujuk Nadhira
sambil mengusap belakang Humaira, simpatinya tumpah apabila suara
gadis itu sudah mula mendayu.
Hampir
setengah jam mencari, diari yang dicari masih tak muncul juga. Sahlah
diari itu tercicir di mana-mana. Nadhira mengeluh berat sedangkan
Humaira sudah mula tersedu. Dipeluknya kejap bahu Humaira menyalurkan
kekuatan. Mesti diari itu amat penting bagi Humaira, jika tidak
takkan gadis itu menangis sebegitu. Mungkin diari itu punya
sentimental valuenya yang tersendiri. Siapa tahu kan?
“Takpe,
nanti kita try cari tempat lain. Mesti ada tercicir kat mana-mana ni.
Insya-Allah jumpa diari tu nanti. Jangan risau..” pujuk Nadhira.
“Thanks..
aku nak mandi and solat dulu..” Humaira mengesat air matanya.
Sungguh dia sedih diari miliknya hilang.
Humaira
bangkit sambil menyapu sisa air matanya. Allah, sedihnyaaa...
Malam
itu, Wafiq meneruskan lagi hobi terbarunya iaitu membaca diari milik
Humaira. Hafiz awal-awal lagi sudah pergi ke kelas malam. Ya, jadual
kelas mereka berbeza dan jurusan kejuruteraan mereka juga berbeza.
Dia mengambil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal manakala Hafiz mengambil
jurusan Kejuruteraan Elektrik.
Lama
dia membelek muka surat hadapan diari yang berkulit keras itu. Tak
dinafikan dia rasa bersalah membaca diari milik orang lain,
menceroboh hak privasi orang lain. Tapi rasa ingin tahunya mengatasi
rasa bersalahnya.
Wafiq
menyambung kembali bacaan yang terhenti beberapa hari lalu.
Diamatinya tulisan tangan milik gadis itu, kemas tersusun. Cantik.
3
Jan 2013
Hari
ni aku mula join usrah. Ya Allah gembiranya hati dapat kenal dengan
orang-orang yang mengingatkan aku tentang Allah.
Balik
dari usrah, aku jumpa seekor anak kucing ni. Comel sangat! Geram :')
Aku
nak bela, tapi takut Nadhira marah pulak nanti, lagipun budak kolej
mana boleh bela kucing, huhu.. terpaksalah aku tinggalkan anak kucing
tu sendirian. Haishhh, takpe aku doakan dia jumpa mak dia balik,
hehe.. bye2 kucing comel :)
Wafiq
tersenyum sendiri, lucu dengan telatah Humaira yang mencuit hati.
Hari ini dia kenal lagi sisi Humaira yang lain. Karektor yang berbeza
dari yang selalu di hadapannya. Humaira yang penyayang dengan haiwan.
Semakin dia membaca diari Humaira semakin dia tahu gadis itu taklah
seteruk yang disangkannya dahulu.
6
Jan 2013
Hari
ni ikut Syuhada balik ke rumah dia kejap. Singgah sebentar ambil
barang Syuhada yang tertinggal. Melihat family Syuhada mengingatkan
aku tentang family aku sendiri. Ummi Syuhada yang ramah menyapa dan
walid Syuhada yang prihatin membuat aku rindu pada ibu dan arwah abah
:'(
Abah,
mia rinduuuu..
Wafiq
tersentak seketika, Humaira dah takde abah? Kasihannya gadis itu.
Tiba-tiba dia jatuh simpati pada gadis itu. Dia menyelak lagi
lembaran seterusnya. Semakin berminat mengetahui tentang kisah gadis
itu. Ya, dia semakin berminat..
8
Jan 2013
Malam
tadi aku bermimpi lagi tentang arwah abah. Abah hanya tersenyum
melihat aku. Tapi bila aku mahu memeluk abah, datang pula ibu menarik
tanganku. Haikal dan Haziqah juga ada. Bila aku tersedar dari mimpi,
ada air mata yang mengalir di pipi :'( ohh rupanya aku menangis dalam
mimpi. Aku bangun dan terus solat malam, menghadiahkan doa buat abah
di sana. Ya, moga aku jadi anak yang solehah untuk abah! Insya-Allah!
Chaiyok, fighting Mia!
Wafiq
terhenti dari bacaannya, tiba-tiba hatinya tersentuh dengan bait-bait
yang dicoret. Adakah dia juga mampu menjadi anak yang soleh buat papa
dan mamanya? Tiba-tiba dia jadi rindu terhadap orang tuanya, dia jadi
takut kehilangan orang tuanya.
Lantas
Wafiq mengambil telefon bimbit, ya ada rindu yang bertandang buat
orang tuanya. Lantas dia mendail nombor telefon rumahnya.
“Assalamu'alaikum..”
sapa suara mama di hujung sana.
“Wa'alaikumsalam,
mama sihat?” balas Wafiq, dia menutup perlahan diari Humaira lalu
diletakkan kembali ke dalam laci.
“Alhamdulillah
sihat, kamu? Ada apa telefon mama ni?” soal Puan Wafiyyah pelik.
Hairan dengan sikap anak bujangnya menelefon dia malam-malam begini.
Wafiq
tersentak, tahulah dia bahawa selama ini dia jarang menelefon mama
dan papanya. Lalai dengan tanggungjawab sebagai anak. Sudah menjadi
perkara pelik pula jika dia menelefon mamanya hanya sekadar ingin
bertanya khabar.
'Allah,
selama ni aku lalai terhadap orang tuaku' monolog hati Wafiq
sendirian.
“Err,
Wafiq sihat ma. Saja call mama, papa sihat?” tanya Wafiq, ada
hikmahnya dia membaca diari Humaira, ya hikmah agar dia tidak culas
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
“Ishhh,
kamu mimpi apa malam tadi? Alhamdulillah papa sihat” Puan Wafiyyah
sudah tertawa kecil di hujung sana. Ya, Wafiq yang selama ini jarang
menunjukkan kasih sayangnya hanya menelefon hanya semata ingin
bertanya khabar. Tak pelik ke tu?
“Errr
mama ni, Wafiq call pun salah” rajuk Wafiq.
“Alaaa
anak mama ni, mama pelik jelah. Kalau kamu selalu call mama, mama
lagi suka anak mama call” ujar Puan Wafiyyah, dia masih tersenyum
di hujung talian.
Wafiq
hanya tersengih, ahh dia mana pandai nak merajuk sangat dengan
mamanya. Ada sahaja jalan Puan Wafiyyah memujuk rajuknya. Hari ini
dia sedar dia punya tanggungjawab lain selain dari hamba Allah dan
sebagai seorang pelajar. Ya, tanggungjawab terhadap orang tuanya
sendiri. Dia sedar sebagai satu-satunya anak lelaki dalam
keluarganya, dia punya tanggungjawab yang lebih besar berbanding
kakak-kakaknya.
Moga
dia mampu menjadi anak yang soleh untuk orang tuanya, yang mampu
membawa orang tuanya ke syurga. Bukankah anak itu saham pahala dan
saham akhirat ibu bapa? Dia teringat firman Allah dalam surah
at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“Wahai
orang yang beriman, jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada api
neraka”
“Wafiq?”
tegur Puan Wafiyyah di hujung sana apabila Wafiq hanya sekadar
menyepi.
“Ehem,
ehem.. yes ma. Mama masak apa hari ni?” tanya Wafiq, dia berdehem
beberapa kali membetulkan suaranya. Jauh sudah lamunannya.
“Mama
ingatkan dah tertidur tadi. Mama masak sambal ayam dengan sayur
kailan je tadi. Simple, kalau anak mama ramai dekat rumah bolehlah
mama masak banyak-banyak sikit” balas Puan Wafiyyah.
Di
rumah besar ini hanya tinggal dia dan suami. Anak-anaknya yang
perempuan semua sudah bermah tangga, dan Wafiq pula sedang di
kampusnya. Sunyi rumah besar itu tanpa kehadiran anak-anaknya.
“Sedapnya
ma, mama poslah makanan tu, haishh rindu masakan mama.. insya-Allah
nanti kalau Wafiq free, Wafiq balik” tutur Wafiq, dia meraup
belakang rambutnya. Tiba-tiba sahaja dia mahu berada di rumahnya
sekarang. Mahu menatap puas wajah mama dan papa.
“Hah,
baguslah kalau macam tu. Study macam mana? Ok?” tanya Puan Wafiyyah
prihatin.
“Alhamdulillah
ok, ma..” tergantung bicara Wafiq di situ.
“Ya,
kenapa??” soal Puan Wafiyyah ingin tahu. Dia tahu Wafiq sedang
gelisah di sana.
Wafiq
menarik nafas panjang, dia sendiri keliru dengan perasaannya saat
ini. Dia jatuh cinta atau hanya sekadar minat? Dia meramas kuat
rambutnya, perbuatan yang akan dilakukan apabila dia sedang runsing
tentang sesuatu perkara.
“Maa..
kalau Wafiq nak nikah masa praktikal nanti boleh?” lain di hati
lain pula hanya terluah di bibir. Haishhlaahhh mulut..
“Uhukk,
ermmm” hampir tersedak Puan Wafiyyah di hujung sana. Takde angin
takde ribut anaknya ingin bernikah. Tapi dengan siapa? Sejak bila
Wafiq bercinta, sedangkan baru kelmarin dia bertanya, anaknya masih
belum berpunya.
“Nak
nikah?” sambung Puan Wafiyyah.
“Err,
Wafiq tanya je. Apa pendapat mama?” soal Wafiq perlahan. Risau juga
kalau mamanya fikir yang bukan-bukan.
“Nak
nikah tu mama tak kisah tapi mama kisah persediaan kamu. Kalau dah
ready nak jadi suami orang, mama setuju. Tapi mama nak ingatkan
perkahwinan bukan semudah yang orang sangka” balas Puan Wafiyyah
ringkas. Dia tahu Wafiq pandai menilai baik dan buruknya sendiri.
Gulp,
Wafiq menelan air liur kasar. Err, cakap bab-bab nikah ni macam dia
dah ada calon je kan? Tapi siapa calonnya? Takkan Humaira.. huhu.
“Dan
perkahwinan taklah sesukar yang kita duga..” sambung Puan Wafiyyah
lagi.
Wafiq
mengerutkan dahinya, memproses apa yang diperkatakan mamanya sebentar
tadi.
“Maksud
mama, perkahwinan tak semudah yang orang kata dan tak sesukar yang
kita duga??” ulang Wafiq lagi meminta penjelasan mamanya.
“Ya.
Tapi mama tahu Wafiq pandai nilai baik dan buruknya kan?” jawab
Puan Wafiyyah.
“Thanks
mama, oklah ma.. nanti kirim salam dekat papa. Ada masa Wafiq call
lagi. Love you” pertama kali dia menzahirkan ungkapan sayang
terhadap mamanya.
Puan
Wafiyyah hanya tersenyum senang. Siapa agaknya yang merubah anaknya
sampai begini sekali? Siapa agaknya yang berjaya meruntuhkan hati
keras Wafiq?
“Most
welcome, insya-Allah. Love you too, study molek-molek.
Assalamu'alaikum” balas Puan Wafiyyah, senyuman masih meniti di
bibirnya.
“Wa'alaikumsalam”
jawab Wafiq sambil memutuskan talian.
“Hai
bro, siap love-love bagai” ada saja suara sinis Hafiz mengejeknya.
Dia
sendiri tidak sedar bila Hafiz pulang dari kelas. Kebetulan pula
pintu biliknya tadi tak bertutup. Tapi melihatkan beg sandang yang
masih kemas di bahu dia tahu Hafiq baru saja pulang dari kuliah.
“Haha,
saja nak manja dengan mama aku..” balas Wafiq tersengih, segan
apabila tertangkap begitu. Tapi kata orang biar digelar 'anak emak'
dari digelar 'anak derhaka'. Nau'zubillah..
“Baguslah
kalau macam tu, kita ni anak lelaki tanggungjawabnya lebih. Syurga
kita tetap di bawah tapak kaki ibu. Sehebat mana pun kita nanti,
syurga kita masih di bawah tapak kaki ibu” ujar Hafiz.
“Thanks
Ustaz Hafiz” balas Wafiq mengusik. Tapi dia bersyukur dikurniakan
sahabat seperti Hafiz yang banyak menasihatinya ke arah kebaikan.
“Amboii,
kau perli aku eh? Err, tapi kan seriously aku tengok kau dua tiga
hari ni lain macam sikit..” tulus soalan itu pula yang ditanya
Hafiz.
Memang
dia dapat rasakan perbezaan Wafiq semenjak dua tiga hari ni. Lagi pun
dia sudah lama mengenali Wafiq, sudah tentu dia tahu dan peka tentang
perubahan temannya sendiri.
Wafiq
tersenyum kelat, betul ke dia dah berubah? Dia menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Dia bukan berubah cuma dia keliru dengan
perasaannya sendiri. Haih..
“Aku..
aku...” ujarnya tergagap-gagap. Haih, sejak bila pulak dia gagap
ni? Huhu.
“Kau
ada masalah?” soal Hafiz prihatin, mana tahu dengan berkongsi
masalah, beban Wafiq akan berkurang.
“Err,
aku rasa.. aku rasaaa...” makin gugup pula dirasakan dirinya saat
ini. Wafiq menarik nafas panjang.
“Rasa
apa??” sedikit mendesak Hafiz dengan kelakuan Wafiq yang agak kaku
malam ini. Agaknya apa masalah yang melanda temannya itu?
“Aku
dah jatuh cinta!!” hah straight forward jawapannya kali itu.
Jatuh
terus rahang Hafiz, Wafiq jatuh cinta? Dengan siapa? Sejak bila??
Assalamualaikum akak.. boleh tak sy nk mintak kbenaran nk gune kata2 yg akak gune ni.. sedap ayt2 dia.. thx =)))
ReplyDelete