BAB 36
Tepat jam empat setengah pagi, Faris sudah terjaga.
Keadaan bilik yang bersuhu rendah itu membuatkan dia terjaga lebih awal dari
kebiasaannya. Dalam samar-samar cahaya yang menerobos dari luar bilik dia
memerhatikan wajah tenang yang lena tidur di sebelahnya. Wajah isteri yang
semakin lama semakin menjadi penyejuk mata buatnya.
Sungguh hatinya kini milik wanita itu, hatinya sudah
terpaut pada sebaris nama yang indah iaitu Adriana Qistina. Dia mula jatuh hati
terhadap isterinya sendiri saat dia melafazkan akad nikahnya. Sedar tak sedar
sudah lebih enam bulan mereka membina baitul muslim. Alhamdulillah, sudah
banyak ujian kebahagiaan yang dirasai mereka. Mampukah mereka terus
mempertahankan kebahagiaan ini? Mampukah dirinya menjadi imam yang mampu
memimpin keluarganya menuju cinta Ilahi?
Faris mengusap lembut pipi isterinya, nampak lena sungguh
isterinya tidur. Dia bangun perlahan-lahan dari katil. Bimbang jika dia
menganggu tidur si isteri yang nampak benar keletihan. Sempat pula dihadiahkan
kucupan di dahi isterinya sebelum dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan
diri. Masih ada masa lagi untuk dia melakukan qiamullail. Rugi rasanya jika
hari itu dibiarkan tanpa melakukan qiamullail.
Faris menghamparkan sejadah, dia hanya membiarkan Adriana
tidur. Tidak sampai hati mahu mengejutkan isterinya itu. Nampak benar keletihan
pada wajah polos itu. Dia mula menggangkat takbir memulakan solat sunat taubat,
memohon agar diampunkan segala dosanya yang lalu, kini dan akan datang.
Lama dia berteleku di atas sejadah biru itu. Walaupun
kini dia sedang berbulan madu tetapi bukan menjadi alasan untuknya meninggalkan
amalan yang sudah menjadi rutin hidupnya. Baginya qiamullail adalah masa
terbaik untuk dia berkomunikasi dengan Allah. Suasana pagi yang sunyi
menambahkan lagi rasa ketenangan saat dia mengadu kepada Penciptanya sendiri.
Adriana terjaga tika telinganya menangkap suara suaminya
mengalunkan ayat-ayat Al Quran. Lantas dia mencapai handphone di meja kecil
yang terletak di sisi katil, jam sudah menunjukkan pukul lima suku pagi. Dia
terpisat-pisat bangun. Faris tak kejut dia bangun qiam ke? Atau dia yang tidur
lena sangat sampai tak sedar yang Faris sudah mengejutnya??
Adriana melangkah perlahan ke arah Faris. Lantas
ditepuknya perlahan bahu lelaki yang sudah lengkap berpakaian baju melayu berwarna
ungu muda dan berkain pelikat itu.
“Abang tak kejut Riana?” soalnya masih lagi mamai. Dia
memandang wajah Faris meminta jawapan.
“Tak sampai hati sayang. Riana tidur lena sangat. Sempat
lagi kalau Riana nak qiam. Abang tunggu Riana” beritahu Faris sambil tersenyum
melihat wajah babyface isterinya yang baru bangun tidur itu. Comel sangat..
“Ok..” balas Adriana, kakinya melangkah ke bilik air.
Usai sahaja solat subuh berjemaah mereka pagi itu, Faris
mengajak Adriana bertadarus bersama. Sempat juga diadakan sedikit tazkirah pagi
antara mereka berdua.
“Pagi ni abang nak kongsi cerita tentang orang pertama”
Faris memulakan sesi tazkirah pagi itu dengan menghadiahkan senyuman paling
manis untuk isterinya.
“Orang pertama?” soal Adriana, dahinya sedikit berkerut.
“Ha’ah..
Orang yang pertama menulis Bismillah Nabi Sulaiman AS. Orang yang pertama minum
air zamzam Nabi Ismail AS. Orang yang pertama berkhatan Nabi Ibrahim AS. Orang
yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat Nabi Ibrahim AS. Orang yang pertama
dipanggil oleh Allah pada hari qiamat Nabi Adam AS. Orang yang pertama
mengerjakan saie antara Safa dan Marwah Sayyidatina Hajar iaitu ibu Nabi Ismail
AS. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat Nabi Muhammad SAW. Orang
yang pertama menjadi khalifah Islam. Abu Bakar AsSiddiq RA. Orang yang pertama
menggunakan tarikh hijrah Umar bin Al-Khattab RA. Orang yang pertama meletakkah
jawatan khalifah dalam Islam Al-Hasan bin Ali RA” Faris menarik nafas panjang.
Dilihatnya wajah Adriana yang sedikit teruja dengan ilmu baru yang dikongsi
bersama.
“Subhanallah”
bertasbih seketika Adriana mendengar ilmu baru yang dikonsi suaminya.
Alhamdulillah dia peroleh ilmu baru hasil perkongsian dari suami solehnya.
“Nak
dengar lagi?” tanya Faris sambil mencubit pipi Adriana geram. Makin berseri
wajah isterinya.
“Ada
lagi? Mestilah Riana nak dengar…” jawab Adriana sedikit teruja. Dipeluk erat
lengan suaminya.
“Ada
sayanggg… Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW Thuwaibah RA. Orang yang
pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki Al-Harith bin Abi Halah RA.
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita Sumayyah binti
Khabbat RA. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab atau lembaran
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah Saad bin Abi Waqqas RA. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan Bilal bin Rabah RA. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW Ali bin Abi Tholib. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW Tamim Ad-dary RA. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah Az-Zubair bin Al-Awwam RA. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW Ibban bin Othman bin Affan RA. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW Khadijah binti Khuwailid RA. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh Imam Syafie RH. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam Ali bin Abi Tholib RA. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam Muawayah bin Abi Sufyan RA. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid RH. Orang yang pertama mengadakan baitul mal Umar Al-Khattab RA. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW Ali bn Abi Tholib RA. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH. Orang yang pertama digelar Al-Muqry Mus’ab bin Umair RA. Orang yang pertama masuk Syurga Nabi Muhamamad SAW”
melaungkan azan Bilal bin Rabah RA. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW Ali bin Abi Tholib. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW Tamim Ad-dary RA. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah Az-Zubair bin Al-Awwam RA. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW Ibban bin Othman bin Affan RA. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW Khadijah binti Khuwailid RA. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh Imam Syafie RH. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam Ali bin Abi Tholib RA. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam Muawayah bin Abi Sufyan RA. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid RH. Orang yang pertama mengadakan baitul mal Umar Al-Khattab RA. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW Ali bn Abi Tholib RA. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH. Orang yang pertama digelar Al-Muqry Mus’ab bin Umair RA. Orang yang pertama masuk Syurga Nabi Muhamamad SAW”
“Alhamdulillah,
pandainyaa suami Riana ni. Ni hadiah untuk abang” Adriana mencium lama pipi
Faris. bertuah dirasakan dirinya apabila memiliki suami yang tahu sejarah
Islam, suami yang menjadikan Islam sebagai Ad Deen iaitu cara hidup. Insha
Allah suami solehnya ini juga yang akan memimpin tangannya menuju syurga
Firdausi nanti.
“Thanks
for the special ‘gift’ sayang. Nak tahu siapa orang pertama yang abang sayang
selepas ummi dan abi?” Faris mengucup perlahan tangan Adriana.
“Siapa?”
soal Adriana berdebar. Walaupun mungkin dia sudah mengetahui jawapan yang bakal
diberitahu suaminya tapi hatinya tetap berdebar menanti jawapan dari mulut
suaminya itu.
“Orang
pertama yang abang sayang selepas ummi dan abi selain Rasulullah ialah Adriana
Qistina” ujar Faris, matanya menatap lama mata milik isterinya.
Wajah
Adriana sudah mula kemerahan menahan malu. Rasa bahagia mendengar pengakuan
Faris. I love you too Faris Ar Rayyan!!
bila nk ad n3 yg bru... lma dh tggu nie.. cpt la.. x sbr dh nie... bla faris n adriana nk ad baby???
ReplyDelete