BAB
27
Malam itu Adriana sedang menyiapkan
tutorial organic chemistrynya. Esok dia sudah pulang ke university, sudah mula
kehidupannya sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan kuliah, assignment dan
tutorial. Dalam asyik dia menyelesaikan soalan tutorialnya, mug air diletakkan
di hadapannya.
“Masa
untuk minum bersama milo” Faris tersenyum memandang Adriana.
Adriana mengambil mug di atas meja,
terharu apabila Faris sanggup membancuh air untuknya. Bukankah sepatutnya tugas
dia yang melayan suaminya?
“Thanks
abang, sedap air abang buat” puji Adriana. Dihirup perlahan air milo tersebut.
“Most
welcome sayang, eh sedap eh air tu? Wahh, lepas ni bolehlah abang buka kedai
dah, Riana tukang masak, abang tukang bancuh air” gelak tawa Faris semakin
kuat.
Adriana mula membayangkan apa yang
diperkatakan Faris sebentar. Dia tukang masak? Faris tukang bancuh air?
Hahaha.. alamatnya lingkuplah kedai tu dibuatnya. Ketawa Adriana bersambung pula dengan tawa Faris.
“Hishh,
abang ni. Lingkuplah kedai tu kalau Riana yang masak” ujar Adriana.
“Hehe,
yeke? Bukan isteri abang ni pandai masak ke?” duga Faris.
“Nanti
eh Riana tunjukkan ‘kepandaian’ Riana memasak” balas Adriana tidak mahu
mengalah. Memang dia pandai memasak, tapi masak air jelah. Hehe..
Faris melabuhkan punggungnya
berhampiran Adriana, membelek buku Adriana. Ditelitinya tulisan tangan
isterinya, kemas tulisan Adriana.
“Riana
buat soalan tutorial ya? Ok tak?”
“Alhamdulillah,
setakat ni ok lagilah.. abang tak ajar kelas Riana this semester?” Adriana mula
meneruskan kembali kerjanya.
“Abang
tak ajar kelas Riana, tapi abang dengar lecturer organic Riana nak sambung PhD
this semester, tak tahu lagi siapa yang replace tempat dia nanti” terang Faris.
Memang dia ada mendengar ura-ura Puan Mardiana iaitu pensyarah organic
chemistry Riana yang mahu menyambung pengajiannya di peringkat PhD nanti.
Sejauh mana kebenaran itu tidak pula dia dapat pastikan.
“Ohhh,
abang dah plan nak sambung PhD bila?” soal Adriana.
“Belum
lagi, tunggu ekonomi kita stabil dululah. Lagi pun Riana kan tengah study lagi
ni, maybe lepas Riana dah habis study lah” Faris memang merancang mahu
mengambil PhD selepas Adriana tamat pengajiannya. Dia mahu mengukuhkan dulu
ekomoni rumahtangganya.
“Riana
abang dah plan nak perbaiki lagi rumahtangga kita ni. Nak lebih mendekatkan
diri kita dengan Illahi, kita nak bercinta secara high class kan? So, cara kita
pun mestilah selaras dengan harapan kita kan? Cara kita mestilah high class
jugak kan?” terang Faris perlahan-lahan, takut isterinya tersalah tafsir
maksudnya.
“Maksud
abang?” soal Adriana kurang mengerti akan maksud suaminya.
“Sebelum
kita perbaiki hubungan kita dengan manusia, kita patut perbaiki hubungan kita
dengan Allah. Abang rasa kalau kita nak bercinta secara high class kita patut
perbaiki hubungan kita dengan Allah, biarlah hubungan kita dengan Allah itu
high class dulu” terang Faris.
Adriana menggaru kepalanya, cuba
merencanakan apa yang dimaksudkan oleh suaminya. Apa eh maksud Faris
sebenarnya?
“Maksud
abang jom kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Tingkatkan lagi
ibadah-ibadah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Abang cadangkan
malam kita bangun tahajjud, kita sama-sama puasa sunat isnin dan khamis” cadang
Faris lagi.
Adriana sudah tersenyum lebar
mendengar cadangan suaminya. Alhamdulillah, Ya Allah Kau kurniakan imam yang
mampu membimbing tanganku menuju redhaMu untuk meraih syurgaMu. Insha Allah..
“Boleh
abang bacakan Riana Al Quran tiap-tiap malam sebelum Riana tidur?” tanya
Adriana, memang dia mengimpikan suaminya yang mengalunkan kalam suci Allah di
telinganya sebelum dia melelapkan mata pada malam hari.
“Insha
Allah, boleh Riana bacakan abang hadis setiap malam sebelum tidur?” soal Faris
pula. Biarlah cinta mereka bersama redha Allah.
“Insha
Allah” Adriana tersenyum bahagia. Ya, moga cinta mereka menuju syurgaNya.
Malam itu, sebelum mereka tidur
Faris mengalunkan bacaan Al Quran di telinga Adriana seperti yang mereka
rancangkan tadi. Faris membaca surah-surah yang dihafalnya di telinga
isterinya, lebih ‘sweet’ dari menyanyi lagu-lagu jiwang kan?
Adriana pula membacakan sepotong
hadis khas untuk suami tercinta. Diulang bacaan hadis itu sebanyak tiga kali.
Kata orang jika ingin mudah menghafal hadis, ulanglah sebanyak tiga kali.
“Empat
kunci kebahagiaan menurut sepotong hadis daripada Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,
rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa, Riwayat Ibnu
Hibban” Adriana membaca hadis tersebut sebanyak tiga kali. Dipandangnya suami
di sebelah, Faris hanya tersenyum.
Mereka menghabiskan malam mereka
dengan lebih membicarakan tentang agama, ya moga Allah redha dengan perkahwinan
ini.
Pagi-pagi Adriana sudah bangun, dia
sengaja mengambil angin di luar rumah. Menghirup udara segar sambil
memerhatikan bunga-bungaan yang ditanam umminya. Tiba-tiba dia teringatkan pula
tahajjudnya bersama suami. Syahdunya dalam keheningan pagi hanya Allah yang
mengerti. Tenangnya berdoa dalam setiap sujud hanya Allah yang memahami.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk beribadah oleh Illahi.
Pagi hening itu mereka sama-sama
bertahajjud, bertadarus, bertukar-tukar fikrah tentang islam. Indahnya cinta
berteraskan islam..
Dalam asyik Adriana merenung ciptaan
Illahi, dia disapa seseorang.
“Assalamu’alaikum,
awal menantu ummi ni bangun?” soal Hajjah Mardhiyah. Dari tadi dilihatnya
Adriana asyik termenung.
“Wa’alaikumsalam
ummi, maaflah Riana tak perasan ummi. Takdelah awal mana ummi, dah dekat pukul
tujuh pagi pun” balas Adriana tersenyum. Dia suka melihat wajah tenang Hajjah
Mardhiyah persis seperti Faris.
“Faris
buat apa di atas?” tanya Hajjah Mardiyah. Mampukah anakya menjadi imam untuk
Adriana?
“Abang
Faris ada kerja katanya. Marking paper rasanya ummi. Abi pergi mana ummi? Dari
pagi tak nampak” soal Adriana pula. Dia tercari-cari juga kelibat bapa
mentuanya itu tetapi tidak kelihatan pula.
“Ohh,
abi jumpa kawan lamanya. Abi tu kalau dah jumpa kawan, biasalah boraknya
panjang” Hajjah Mardhiyah tersenyum. Teringat pula kepada suaminya, suami yang
hampir tiga puluh tahun berkongsi hidup bersama. Alhamdulillah dikurniakan
suami seperti Ustaz Fahmi dan dia yakin Faris mampu menjadi ketua keluarga yang
baik seperti abinya. Insha Allah…
“Ohh,
ummi ajak Riana buat umrah ya ummi?” Adriana mula menarik tangan Hajjah
Mardiyah, tangan seorang ibu. Argghh, rindu terhadap arwah mama mula menerpa.
Mujurlah dia dikurniakan ibu mertua yang penyayang seperi Hajjah Mardhiyah,
terubat sedikit rindu terhadap arwah mama. Alhamdulillah…
“Ha’ah…
abi yang cadangkan kita buat umrah satu family. Lagipun waktu Irah, Furqan dan
Riana tengah cuti kan? Riana setuju?”
“Ya
ummi, Riana cuti masa tu. Insha Allah, Riana teringin sangat nak pergi sana.
Riana teringin nak berdoa depan ka’abah, nak melawat makam baginda, nak berdoa
di jabal rahmah. Ummi dah pernah pergi sana ya?”
“Alhamdulillah
Riana, ummi dah pernah pergi sana dengan abi dulu. Rasa tenang sangat kat sana
Riana, rasa macam nak beribadah saja, lupa urusan duniawi seketika”
Subhanallah, apa yang Hajjah
Mardhiyah ceritakan sama seperti Kak Tasha ceritakan pengalamannya.di sana. Ya,
rasa tenang itulah yang mahu Adriana yang membuatkan hati Adriana semakin
teruja untuk ke sana. Moga Allah izinkan, insha Allah…
“Ummi
doakanlah untuk Riana ya?” pinta Adriana.
“Insha
Allah Riana, ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi”
Adriana terharu mendengar pengakuan
Hajjah Marhiyah, sungguh Hajjah Mardhiyah menganggapnya seperti anak sendiri.
Tidak membeza-bezakan antara dia dengan Faris, Furqan dan Faathirah.
“Terima
kasih ummi, maaf kalau Riana tak mampu jadi menantu yang baik untuk ummi” ujar
Adriana sebak. Dia bukanlah menantu yang baik, yang mampu memuaskan hati ibu
bapa mertuanya.
“Syyhhh,
jangan cakap macam tu Riana. Bagi ummi, Riana menantu yang baik, isteri yang
solehah” pujuk Hajjah Mardhiyah, ditariknya Adriana ke dalam pelukan. Adriana
memang menantu yang baik walaupun usianya masih muda. Insha Allah masa yang
akan lebih mematangkan Adriana nanti, insha Allah..
Adriana membalas pelukan Hajjah
Mardhiyah. Hatinya terharu mendengar luahan dan harapan Hajjah Mardiyah. Moga
dia mampu menjadi menantu yang baik dan isteri yang solehah seperti doa umminya
sebentar tadi. Aamiin…
bestt ciyer nie..jgn simpan lama2..terseksa jiwa raga hamba..hihi
ReplyDeletebest best , hehe ^^
ReplyDeletehmmm nak lagi ^_^ best sgt ...
ReplyDeletekak Nisa ! hehe ,
ReplyDeletefirstly aina nak comment sikit , cuba akk bce balik bait ni . aina copy dari apa yg akk tulis kt atas . :
“Abang Faris ada kerja katanya. Marking paper rasanya ummi. Abi pergi mana ummi? Dari pagi tak nampak” soal Faathirah pula. Dia tercari-cari juga kelibat bapa mentuanya itu tetapi tidak kelihatan pula.
u know what kak , aina rasa kat dlm text tu kan , akk dh slh tulis nama . dari Adriana brtukar pd Faathirah pula . hehe , tu je aina nk comment . jgn ambil hati ek kak ? XD
akk ! ! pendek sgt la entri ni . x puas bace ! nak lagi kak ! cepat2 smbung ek ? good luck ! (:
aina thanks sis :) hehe akk dah btulkan :) thanks tegur.. tiada kalam sesempurna Al Quran, subhanallah..
Deletethanks tgur akk
subhanallah,,, crta sngt mntuh prasaan,,
ReplyDeletecinta high class
cinta kerana ALLAH S.W.T:)