Adriana
tersedar dari lena, terganggu dengan bunyi alarm dari handphone
Faris. Matanya dibuka kecil, cuba melihat jam loceng di sisi katil.
Pukul 5.50 pagi..
'Ish,
Faris ni tak sedar ke alarm dia berbunyi? Bukan biasa mamat ni alert
dengan bunyi alarm ke?' bisik hati Adriana. Tangannya mula
mengerakkan badan Faris. Bingit telinganya mendengar alarm dari
handphone lelaki itu.
Faris
hanya mengerakkan sedikit sahaja badannya. Tangannya kembali menarik
selimut. Rasa penat sangat.
'Ish
kenapa dia tak bangun lagi ni? Tidur pengsan betul.. Penat sangat ke
memasak semalam?' rungut Adriana. Dia mula bangun dari katil.
Tangan
Adriana kembali menarik selimut Faris, digoyangkan sedikit bahu
suaminya.
“Abang,
bangunlah dah lewat ni” ucap Adriana perlahan.
Faris
sedikit pun tidak bergerak, masih lena menyambung tidurnya. Adriana
geram melihat reaksi Faris. Diambilnya jam loceng di sisi katil,
diputarkan jarum jam ke angka 7 pagi.
“Abang!!
bangunlah... Dah pukul 7 pagi ni hah, taknak bangun solat ke?”
kejut Adriana tegas, ditunjukkan jam loceng kepada Faris.
Faris
membuka matanya perlahan, melihat jam loceng yang dipegang Adriana.
Terbeliak matanya melihat jam loceng yang dipegang isterinya, pukul 7
pagi!!
“Hah?
Pukul 7 dah? Habislah abang tak solat lagi ni” ujar Faris gelabah.
Dia bangun dari katil, tergesa-gesa mahu ke bilik air.
Adriana
hanya tersenyum kecil melihat telatah Faris. Hah, tahu cuak! Hehe...
Tangannya lincah mengemaskan katil. Membentangkan sejadah untuk
mereka solat bersama.
Faris
tergesa-gesa keluar dari bilik air. Haisshhh, subuh gajah ke ni?
Astaghfirullah.. Hampir-hampir sahaja dia jatuh terduduk di depan
bilik air kerana kakinya yang basah memijak lantai bilik. Ishh, kalau
abi tahu ni....
'Eh,
kenapa gelap lagi ni?' soal Faris sendiri. Kakinya melangkah ke arah
katil yang telah tersusun kemas. Mencapai telefon bimbitnya.
“Adrianaaaa”
jeritnya kuat. Baru pukul 6 pagi!! Dia mencari-cari kelibat
isterinya, ciss terkena lagi dia.
“Haha”
Adriana hanya mampu gelak, pantas kakinya melangkah laju ke bilik
air. Mahu melarikan diri sekaligus mengambil wuduk.
“Takpe-takpe,
nasib baik abang ada wuduk..” balas Faris mengalah. Dia melangkah
ke arah sejadah. Menanti Adriana untuk solat bersama. Kalau nak balas
dendam tunggu habis solat dulu...
Adriana
melangkah perlahan ke arah Faris, takut-takut kalau suaminya mahu
membalas dendam. Tapi dilihatnya Faris khusyuk mengalunkan
surah-surah yang dihafal suaminya itu. Subhanallah, sedapnya suara
mamat ni!!!
Usai
sahaja solat subuh berjemaah mereka, sambung pula sesi tadarus dia
dan Faris. Alhamdulillah dia bersyukur dianugerahkan suami sebaik
Faris. Yang mendahulukan redha Illahi untuk sama-sama mereka menuju
syurga Illahi.
Selepas
sahaja sesi tadarus mereka, Adriana bersiap-siap mahu ke dapur.
Menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga. Pukul 7 pagi di rumah
umminya memang sudah riuh rendah, memang bangun awal keluarga
suaminya itu.
“Ummi,
ummi nak masak apa pagi ni? Biar Adriana tolong” sapa Adriana
apabila tiba di dapur.
“Takpe
lah Riana, ummi masak mee goreng je ni. Hah, kalau kamu nak tolong
juga, tolong buatkan air” jawab Hajjah Mardiyah. Tangannya lincah
menggaul mee di dalam kuali.
Adriana
melangkah ke rak, mengambil teko. Ermm, nak buat air apa eh?
“Ummi,
nak buat air apa ni?” tanya Adriana ragu-ragu.
“Hah,
kamu buat je air teh o, kalau kamu rajin boleh juga buat neslo..
Faris suka minum neslo” jawab Hajjah Mardhiyah perlahan.
Adriana
mencari seuncang teh di dalam bekas, laju tangannya membancuh
minuman. Dibancuhnya pula air neslo di teko yang berasingan. Siap
sudahh..
Adriana
hanya duduk di meja makan. Ralit memerhatikan Hajjah Mardiyah
memasak. Faris masih lagi di atas, ada kerja katanya.
“Assalamualaikum,
awal menantu abi ni bangun? Faris mana?” tegur Ustaz Fahmi. Kakinya
melangkah ke arah Adriana.
Adriana
hanya tersenyum memandang abinya. Erm, abinya nampak lebih muda dari
usia sebenarnya. Wajah abi manis, Faathirah mirip wajah abi. Wajah
yang sejuk memandang.
“Wa'alaikumsalam
abi.. Abang Faris kat atas. Ada kerja sikit katanya. Kejap lagi dia
turunlah. Abi nak minum?” pelawa Adriana. Tangannya mula mahu
menuang air ke dalam cawan.
“Eh,
tak perlulah Riana.. Nanti kita minum sama-sama” ucap Ustaz Fahmi.
Ustaz
Fahmi bangun menuju ke arah Hajjah Mardhiyah. Menjenguk sedikit ke
arah masakan isterinya.
“Erm,
sedap bau.. Mesti rasa pun sedap jugak kan?” ujar Ustaz Fahmi
sengaja merapatkan badannya dengan isteri tercinta, sengaja mahu
menyakat isterinya.
“Ishh,
abang ni.. Macam baru first time pulak makan masakan Dhia ni” balas
Hajjah Mardhiyah malu. Segan apabila suaminya tanpa segan silu
menunjukkan kemesraan antara mereka di hadapan menantunya.
Adriana
hanya tersenyum kecil melihat kemesraan antara ummi dan abinya.
Nampak mesra walaupun sudah lama berumahtangga. Harap-harap dia dan
Faris juga dapat merasa bahagia seperti Hajjah Marhiyah dan Ustaz
Fahmi. Keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah, insha Allah.
Hampir
15 minit, sarapan mereka sudah terhidang di atas meja. Adriana
menyusun cawan dan pinggan di atas meja. Matanya memerhati anak
tangga, kelihatan Faathirah tersenyum kepadanya. Mana Faris ni? Tak
nak sarapan ke?
“Hah,
Riana.. Mana suami kamu? Pergi ajak dia sarapan sekali” arah Hajjah
Mardiyah apabila bayang Faris masih tidak kelihatan di meja makan.
“Baik
ummi” akur Adriana.
Kakinya
mula mengatur langkah mendaki anak-anak tangga menuju ke biliknya.
Pintu bilik ditolak perlahan, mencari kelibat suami.
'Ishh,
dia boleh bantai tidur pulak' bisik Adriana apabila dia melihat Faris
yang elok sahaja terlentok di meja kerja. Meja kerja pun jadi mamat
ni!! Aiyoo...
“Abang...”
bisik Adriana perlahan.
“Erm,
kenapa?” balas Faris lemah. Sakit tengkuknya apabila tidur di meja.
“Ummi
ajak sarapan. Jomlah, semua orang tunggu abang kat bawah” ajak
Adriana. Kesian pula melihat wajah kantuk Faris.
“Ok,
tunggu abang kejap. Nak cuci muka” balas Faris sambil melangkah ke
bilik air.
Adriana
hanya memerhati langkah lemah suaminya. Tangannya mengemas meja kerja
Faris. Menutup lap top suaminya, bibirnya mengukir senyum. Gambarnya
terpampang di wallpaper lap top suaminya. Yuhuuu, dalam hati ada
taman ni beb!!
“Kenapa
senyum sorang-sorang ni?” soal Faris pelik.
“Eh,
takde apa-apalah” jawab Adriana terperanjat. Huh, sejak bila mamat
ni keluar bilik air? Haisshhh...
Faris
menarik tangan Adriana. Direnung wajah isterinya, comel. Lagi comel
dengan muka terperanjat gadis itu. Rasa nak ditarik sahaja gadis itu
ke dalam pelukannya. Huuuu.....
Adriana
mula tidak selesa dengan renungan Faris, macam nak telan orang. Apa
comot sangat ke aku ni? Ke bau masam? Tapi orang dah mandilahhh...
Argghhh, rimas dengan renungan suami sendiri.
“Err...
abang jomlahh” ujar Adriana gugup.
“Jom
apa sayang?” bisik Faris nakal, mendekatkan lagi jarak antara dia
dan Adriana. Sengaja mahu menyakat Adriana. Pagi tadi kenakan dia kan? Masa untuk membalas dendam. Hehe...
"Errrr" Adriana hilang kata. Wajah Faris semakin hampir dengannya.
"Kenapa takut ni?" bisik Faris.
Belum
sempat Adriana menjawab, pintu bilik mereka diketuk dari luar. Fuhh,
selamat....
“Along,
Kak Riana.. Lama lagi ke? Jomlah breakfast” ujar Faathirah dari
luar. Ishhh, Kak Riana ni, orang suruh panggil along. Dengan dia pun
tak keluar sekali. Alahaii.. Kakak iparku....
hahaha..best best best...teruskan cik writter...
ReplyDeletehehe :) thanks sudi bace n komen :D
Deletemkin hari mkin msra da dorg nie..ble ag nk mlgkah ke next step 2 nk gak bby..
ReplyDeletehehe.. tunggu ya sis :) thanks sudi bace n komen :D
Deletebest nak lagi ^_^
ReplyDeletenisa da update da :D thanks sudi bace n komen :D
Deletekak nisa tlg la cpt2 smbg k!!!!!
ReplyDeletex sbar nk bca next entry
akk da update da :) thanks sudi bace n komen
Deleteukhti nisa..cepat lah sambung..x sabar nak baca nie..hihi
ReplyDeletenisa da update da ukhti =)
Deletesyukran sudi bace n komen :D
writer ! bestnya ! nak lagi ! hehe , good job writer ! ^_^
ReplyDeletextau nk komen ape kt bab nie..lucu byk..
ReplyDelete