BAB
20
Pagi
itu Humaira dihantar Wafiq ke universitinya sebelum lelaki itu
bertolak ke tempat praktikalnya. Jarak antara universiti Humaira dan
tempat praktikal Wafiq tidaklah terlalu jauh, hanya mengambil masa
kira-kira lima belas minit perjalanan menaiki kereta.
Humaira
melangkah keluar dari toyata vios milik Wafiq setelah bersalaman
dengan suaminya itu. Semester baru datang lagi! Kali ini dia
berstatus baru, sebagai seorang isteri kepada Wafiq Rizqi. Sudah
pasti selepas ini dia harus lebih berhati-hati terutamanya dalam
menjaga maruah Wafiq dan keluarga. Dia bukan lagi anak gadis yang
bebas ke mana-mana, dia sudah punya suami yang harus didahulukan
dalam semua hal. Dalam usia semuda dua puluh dua tahun dia sudah
mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri!
Humaira
menunggu Syuhada di hadapan library seperti yang dijanjikan
dalam mesej pagi tadi. Dalam mindanya mula memikirkan masalah
Syuhada. Hatinya gelisah apabila memikirkan kemungkinan Syafiq yang
merisik Syuhada adalah orang sama yang dikenalinya ketika di bangku
sekolah dahulu. Pemuda yang menanam racun dalam hidupnya!
Kepalanya
digeleng laju. Mustahil! Mustahil mereka adalah orang yang sama! Mana
mungkin ummi Syuhada berkenan dengan pemuda seperti Syafiq! Pemuda
yang hanya tahu menanam janji-janji manis di bibir.
“Assalamualaikum”
sapa suara dibelakangnya. Humaira berpaling, dia tersenyum. Hilang
terus perihal Syafiq.
“Waalaikumsalam
Syu! Rindunyaa dekat kau!” ujar Humaira, dipeluknya erat tubuh
Syuhada.
Syuhada
membalas pelukan Humaira. Dia juga rindukan Humaira. Empat semester
mereka bersama, suka dan duka banyak dikongsi bersama.
“Aku
pun rindu kau.” luah Syuhada. Dia melepaskan pelukan.
“Apa
khabar?” soal Humaira, tangannya masih lagi mengenggam erat tangan
Syuhada.
“Alhamdulillah,
sihat. Kau? Macam mana life after jadi isteri orang?” Tanya
Syuhada, bibirnya mengonyak senyuman.
“Alhamdulillah
sihat jugak. Life after jadi isteri orang??” kening Humaira
terjongket, sengaja soalan dibalas soalan.
“Haah..
tapi dari riak wajah kau, aku tahu kau bahagia.” jujur jawapan
Syuhada. Tak perlu jawapan dari mulut Humaira dia sudah tahu
sahabatnya itu bahagia.
“Alhamdulillah,
aku bahagia sekarang. Bahagia sangat-sangat!” luah Humaira polos.
“Kalau
kau nak rasa macam mana bahagianya, nikahlah cepat-cepat!” Sambung
Humaira lagi. Matanya dikenyit nakal.
Syuhada
tersenyum. Bezanya Humaira yang di hadapannya kini. Humaira sekarang
lebih ceria, lebih bahagia,
'Moga
bahagia selamanya menjadi milikmu sahabat' monolog hati Syuhada. Dia
juga tumpang gembira.
“Maira...”
panggil Syuhada lembut. Lamanya anak matanya menikam anak mata
Humaira. Ada sesuatu yang ingin diluahkan.
“Ya..”
Sahut Humaira.
“I
have something to share with you. Really need your advice.”
luah Syuhada serius. Nafasnya ditarik perlahan.
“Jom
pergi cafe. Kita cerita kat sana.” Cadang Humaira,
ditariknya lembut tangan Syuhada supaya mengikut langkahnya.
Daripada
riak Syuhada Humaira tahu cerita yang bakal dikongsi bukanlah hal
remeh dan sebab itulah dia memilih cafe sebagai tempat untuk Syuhada
meluahkan segalanya. Dia mahukan suasana yang santai antara mereka,
dia tidak mahu Syuhada terlampau terbeban dengan masalahnya.
Setibanya
mereka di cafe, mereka memilih meja yang agak tersorok. Mahukan
privacy lebih pastinya! Mujurlah keadaan cafe tika itu tidak ramai
orang.
“Kak,
bagi milo ais satu. Syu, kau nak minum apa?” Soal Humaira lembut.
“Teh
ais satu.” Jawab Syuhada.
“Maira,
kau ada baca mesej yang aku hantar dekat facebook?” Ujar
Syuhada memulakan bicara. Sungguh lidahnya agak kelu mahu berkongsi
cerita.
“Aku
baru baca pagi tadi.” Balas Humaira.
“Aku
keliru Maira..” jujur bicara Syuhada.
Humaira
memengang erat tangan Syuhada, ingin menyalurkan kekuatan.
“Macam
mana ummi kau kenal syabab tu?” tanya Humaira ingin tahu.
“Dia
anak sahabat baik ummi. Ummi aku berhajat sangat nak jadikan dia
menantu.” cerita Syuhada, matanya memandang meja. Sungguh hatinya
gundah saat ini. Dia bagaikan tersepit di antara hajat umminya dan
kehendak sendiri.
Humaira
mengangguk kepala.
“Kau
dah bincang dengan family? Dah istikharah? Aku pun pernah rasa apa
yang kau rasa Syu. Sabarlah, pasti ada jalan keluar masalah ni.
Yakinlah dengan Dia!” makin kuat genggaman tangan mereka.
“Aku
dah puas berbincang, mereka sangat-sangat berharap agar hajat ummi
tercapai. Istikaharah aku belum jumpa jawapannya. Masih samar-samar.”
Luah Syuhada.
“Sabarlah,
pasti ada penyelesaian pada persoalan ni. Kau ta'aruf dulu
dengan syabab tu. Mana tahu lepas ini hati kau tenang
padanya.” Ujar Humaira.
“Tapi
ummi nak aku bertunang tak lama lagi! Ummi seolah-olah sudah membuat
keputusan bagi pihak aku. Aku sedih Maira! Rasa macam diri ni tak
mampu untuk buat keputusan sendiri.” cerita Syuhada lagi. Kali ini
ada air mata yang sudah bertakung.
Humaira
terkedu. Senekad itu keputusan ummi Syuhada!
“Pasti
ummi kau mahukan yang terbaik untuk kau! Yakinlah, di dunia ni semua
ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.” Pujuk Humaira lembut.
“Tapi...”
keluh Syuhada lagi.
Belum
sempat Humaira membalas, pesanan mereka sudah tiba. Mereka hanya
memerhatikan pelayan tersebut meletakkan dua mug di atas meja.
“Terima
kasih kak.” Balas Syuhada dan Humaira serentak.
“Tapi
Maira, aku ada sukakan seorang syabab ni,” cerita Syuhada
tanpa berselindung.
“Siapa
orangnya??” soal Humaira terkejut, mahu tak terkejut selama ini
Syuhada mana pernah mempamerkan perasaannya yang menyukai mana-mana
lelaki.
“Hafiz.”
Syuhada sudah tertunduk malu. Pertama kali berkongsi rahsia hati
dengan Humaira. Dia sudah lama tertarik dengan peribadi Hafiz.
“Hafiz
Exco Dakwah ke??”
“Haah,”
balas Syuhada ringkas.
“Kau
nak aku bagitahu Wafiq supaya sampaikan pada Hafiz?” ujar Humaira.
Syuhada
menggeleng perlahan. Ada riak sedih yang hadir di wajahnya.
“Tak
perlu. Aku tak sanggup, sebab ada insan lain yang sama-sama menaruh
hati pada Hafiz,” riak wajah Syuhada berubah mendung.
Humaira
menggaru kepalanya perlahan. Pening! Berserabutnya masalah ni, ibarat
tali yang bergumpal dan sukar dileraikan!
“Maksud
kau??” tanya Humaira.
“Kak
Liyana sukakan Hafiz!” Jujur jawapan dari bicara Syuhada.
Humaira
tersentak. Saling berkaitnya masalah antara mereka! Pusing-pusing ke
situ jugak masalah mereka.
“Mana
kau tahu?” soal Humaira lagi.
“Dari
riak wajah dan caranya. Dari kiasan bicaranya aku tahu dia ada
menyimpan perasaan pada Hafiz.” Syuhada membuka cerita.
“Allah..”
tergamam Humaira dengan kenyataan Syuhada yang baru didengarinya.
“Aku
tak mahu jadi penghalang hubungan mereka. Mereka sepadan, agama
mereka sekufu,” bicara Syuhada merendah diri.
Humaira
mengeluh berat. Sukarnya membuat pilihan apabila berada di tempat
Syuhada. Di kanan ummi tersayang, di kiri sahabat seperjuangan!
Benarlah ujian yang hebat hanya untuk orang yang hebat!
“Syu,
andai dia jodoh yang Allah titipkan untuk kau, larilah sejauh manapun
mesti dia akan cari kau. Percayalah, jodoh itu rahsia Allah, hanya
boleh dibuka dengan kunci sabar,” lembut nasihat Humaira.
“Tapi,
buat masa sekarang aku tak bersedia. Cukuplah aku hanya mengangumi
dia dalam diam, seperti cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah,”
“Syu,
yakinlah apa yang Allah aturkan takkan pernah silap. Malah itu yang
terindah kerana tersimpan seribu hikmah. Hikmah yang dapat kau nilai
dengan mata hati,” nasihat Humaira menyentak sanubari. Tangannya
mengenggam erat tangan Syuhada. Ingin menyalurkan semangat untuk
teman seperjuangan.
“Kau
ta'aruf dulu syabab pilihan ummi kau. Apa yang kita tak suka
tak semestinya itu bukan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi kita
membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untuk kita,” balas
Humaira lagi.
Syuhada
menarik nafas panjang. Mindanya mula mencerna nasihat Humaira. Benar
kata Humaira, dia harus memberi ruang untuk hatinya mengenali syabab
pilihan umminya.
“I
will do my best for Ad-Deen and for myself too. Thanks Maira..”
Ujar Syuhada. Bibirnya mula menghadiahkan senyuman.
“Most
welcome sayang! Please take your time. I always with you!
Aku akan sentiasa support kau!” Humaira memeluk erat bahu
Syuhada.
Syuhada
mula mengukir senyuman lega. Lega apabila masalah yang selama ini
membelenggu diri dikongsi bersama sahabat.
“Finish?
Let's go to the class!” Ajak Humaira apabila minuman yang
dipesan tadi habis diminum.
Langkah
mereka sama-sama beriringan menuju ke bilik kuliah. Hari baru,
semester baru dan sudah pastinya semangat baru kian membara dalam
diri mereka.
Petang
itu Wafiq mengambil Humaira di universiti. Rancangannya selepas ini
ialah terus singgah ke rumah mamanya. Mujurlah jarak di antara Shah
Alam dan Klang tidak terlalu jauh. Walaupun sudah berkahwin, dia
harus bijak mencuri masa untuk menziarahi orang tuanya sendiri.
Syurganya masih lagi di bawah tapak kaki seorang itu. Selamanya
begitu dan takkan pernah berubah!
Walaupun
badannya sedikit letih hari ini tapi digagahkan juga memandu ke rumah
mamanya. Awal-awal lagi sudah diberitahunya kepada Humaira tentang
rancangannya. Hari pertama sebagai jurutera pelatih memberi
pengalaman baru kepadanya. Hari ini tidaklah terlalu mencabar
buatnya, hanya sekadar sesi perkenalan dengan staf dan dia terpaksa
membaca fail-fail yang mengenai pertubuhan syarikatnya. Hari pertama
praktikal dia harus mengetahui tentang selok-belok company dan
membuat sedikit kajian mengenai projek yang dikendalikan oleh
syarikatnya.
Dari
jauh lagi kelibat Humaira sudah kelihatan. Manisnya Humaira berjubah,
sedap mata memandang. Bagaikan mimpi dia berjaya menikahi Humaira.
Gadis yang dulu menjadi musuh kini menjadi isteri! Hebatnya aturan
Allah.
“Assalamualaikum.”
Salam diberi sebaik sahaja Humaira melabuhkan punggungnya.
“Waalaikumsalam.
Maira kalau pergi kelas jangan lawa-lawa sangat boleh?” Pinta Wafiq
tiba-tiba. Dia sendiri hairan bicaranya boleh terlepas begitu.
Humaira
kerut dahi. Apa yang lawanya? Simple je kot pakaian dia. Berjubah dan
bertudung labuh lagi! Make-up pun dia tak pakai.
“Apa
yang lawanya?” Soal Humaira ingin tahu.
“Err...
Jubah Humaira kot. Bermanik sangat.” Luah Wafiq. Entah mengapa pada
pandangannya Humaira nampak cantik hari ini. Dia jadi cemburu jika
ada mata-mata lelaki yang memandang Humaira nanti.
“Bermanik?”
Tanya Humaira lebih kepada dirinya sendiri. Dia garu kepala yang tak
gatal.
“Kalau
lawa-lawa macam ni, pakai depan abang je.” Ujar Wafiq sebelum dia
menurunkan handbreak dan memulakan perjalanan mereka.
“Yelah..”
Balas Humaira perlahan, dalam diam dia kecewa jugak dengan sikap
Wafiq yang satu ni. Tapi mungkin ada kebaikannya sendiri kan?
“Marah
abang ke?” Tanya Wafiq apabila terperasan nada suram isterinya.
“Taklah.”
Balas Humaira ringkas. Cuba belajar memahami Wafiq.
“Abang
bukan tak bagi Maira pakai macam ni tapi ada sebabnya.” Terang
Wafiq, matanya memandang wajah monyok Humaira seketika sebelum
matanya kembali fokus kepada pemanduan.
“Sebab
apa?” Tanya Humaira.
“Sebab
abang suami Maira, kalau mata abang sendiri taknak lepas pandang
Humaira yang lawa-lawa macam ni, macam mana pula mata lelaki lain?
Kecantikan Maira untuk abang. Isteri bukan panggung wayang yang harus
ditonton oleh semua orang, tapi isteri ialah home theater yang
diletakkan khas di rumah. Macam tulah kecantikan diri Maira.”
terang Wafiq.
“Tapi
Maira bukan pakai seksi pun. Cuma jubah je.” Ujar Humaira, ada nada
tidak puas hati pada bicaranya.
“Sayang.
Tak salah pun kalau Maira nak pakai seksi, tapi untuk abang.
Memanglah bagi Maira jubah Maira ni biasa je, tapi manik-manik kat
jubah tu bila kena matahari jadi shinny. Kan menarik perhatian
orang.” Wafiq menerangkan, sempat juga dia menyelitkan gurauan.
Kepala
Humaira terangguk-angguk tanda faham. Dia mula mempositifkan diri
sendiri, ada benarnya nasihat Wafiq.
“Abang
nasihat, abang tegur sebab abang sayang sangat-sangat kat Maira tau!”
sambung Wafiq lagi.
Humaira
mula tersenyum. Pandai Wafiq mengambil hatinya selepas menasihati
dirinya.
“Maira
pun sayang abang jugak! Thanks for your lovely advice!”
Humaira sudah menghadiakan senyuman.
“Hah,
kan comel kalau senyum macam ni. Nanti monyok, mama marah abang pulak
nanti. Hehe..” balas Wafiq.
“Abang...”
Panggil Humaira lembut.
“Yup..”
“Ohhh
abang...” Panggil Humaira lagi.
“Ye
sayang...” balas Wafiq.
“Abang
ohh abang..” Sakat Humaira.
“Haha.
Apalah Maira ni!” Wafiq sudah tergelak. Humaira ada saja tingkahnya
yang mencuit hati. Itu belum campur dengan tingkah gelabah Humaira
yang sering membuatnya tertawa sendiri.
“Hehe..
mama tahu tak kita nak datang ni?” soal Humaira.
“Tak
tahu. Saje abang tak nak bagitahu. Nanti mama sibuk nak masak
itu, ini. Abang tak nak menyusahkan mama nanti.” Jawab Wafiq.
“Ohh..
abang suka makan apa?” Tiba-tiba terlintas pula soalan itu di minda
Humaira. Bertuah kan dia? Makanan kegemaran suami pun tak tahu. Ohh
tolong jangan ikut perangai dia! Huhu..
“Abang
lebih prefer masakan kampung. Simple tapi pedas.” Wafiq
membalas.
“Asam
pedas?”
“Favourite
abang tu! Asam pedas plus bendi, fuhh menjilat jari!
Lagi sedap kalau dapat makan asam pedas ikan duri atau ikan pari.”
Ujar Wafiq. Kecur air liur weh!
“Haha,
macam orang mengidam! Nanti Maira masak eh?” kata Humaira. Dia
sudah tertawa kecil.
“Ehem,
mengidam pun apa salahnya.” Wafiq angkat kening nakal.
“Ishh
abang ni!” ujar Humaira, laju tangannya menampar lengan Wafiq.
“Kenapa
tak boleh ek kalau abang nak mengidam?”
Humaira
sudah tertunduk malu. Wafiq ni ada saja telatahnya nak mengusik
orang!
Dua
puluh minit perjalanan akhirnya kereta Wafiq tiba jua di rumah Puan
Wafiyyah. Dia memberhentikan kereta di ruangan porch. Matanya
menangkap kelibat kerana Honda Civic milik kakak sulungnya.
“Kak
Aina'a pun ada?” Tanya Wafiq.
“Mana
abang tahu?” Soalan dibalas soalan.
“Tu..”
mulut Wafiq sudah memuncung ke arah kereta kakak sulungnya.
“Kereta
ada, mestilah orang ada! Hehe..” balas Humaira selamba.
“Ishh,
menjawab!” Wafiq ketuk perlahan bibir Humaira dengan jari
telunjuknya.
“Kenapa
datang tak bagitahu mama?” tiba-tiba sampuk suara Puan Wafiyyah
dari arah pintu.
“Assalamualaikum
mama!” Soalan mamanya dibiarkan sepi. Wafiq dan Humaira melangkah
ke arah mamanya.
“Waalaikumsalam.
Nasib baik mama ada kat rumah.” kata Puan Wafiyyah lagi. Bagaikan
berpakat pula anak sulung dan anak bongsunya hari ni. Sama-sama
berkumpul di rumahnya.
Selepas
bersalaman dan berpelukan dengan mamanya, Wafiq dan Humaira melangkah
masuk ke dalam. Mencari kelibat papa dan Kak Aina'a pula.
“Akak!”
jerit Wafiq girang.
“Ish
kamu ni. Salam tak ada, apa tak ada. Main terjah je!” Rungut
Aina'a. Tapi bibirnya tetap menguntum senyuman. Faham sangat kerenah
Wafiq.
“Akak,
sihat?” tanya Humaira sopan selepas bersalaman dengan kakak iparnya
itu.
“Alhamdulillah..
kamu? Ada Si Wafiq ni buli kamu?” Soal Aina'a ramah.
“Ishh
akak ni, ada tanya macam tu! Papa mana?” gumam Wafiq.
“Papa
balik lewat sikit. Ada hal. Alaa macam akak tak faham perangai suka
buli orang kamu tu..”
“Maira
sihat kak. Abang memang kali buli kak.” Balas Humaira selamba.
Sengaja dia sakat Wafiq, hari ni dia ada geng dah! Mesti takkan kalah
lagi. Hehe..
“Ceitt.
Korang buli Wafiq kan? Takpelah Wafiq kawan dengan Kimi je,” ujar
Wafiq pura-pura merajuk. Diatur langkah ke arah anak buahnya, Daniyal
Hakimi.
“Kimi..”
panggil Wafiq.
Humaira
dan Aina'a sama-sama tergelak. Childishnya Wafiq! Haha..
“Pakcu..”
pelat-pelat suara itu membalas.
Humaira
tersenyum, alahai comelnyaa Hakimi ni! Bam, bam..
“Kimi
nak ikut pakcu jalan tak?” Soal Wafiq, dia memang gemar melayan
kerenah anak buahnya yang berusia dua tahun setengah itu.
“Pergi
mana? Playground eh?” Polos soalan dari bibir comel Hakimi.
“Haah,
nak ikut tak?” ajak Wafiq.
“Nak,
nak..” Hakimi sudah melompat girang.
“No
sayang, dah nak malam. Next time boleh pergi ok?” Bantah Aina'a.
Mati terus senyuman Hakimi sebentar tadi.
“Alaa...”
“Takpe-takpe.
Nanti kita pergi. Sekarang nak main game kat handphone pakcu
tak?” pancing Wafiq. Hah, dia memang kaki game!
Humaira
hanya memerhati tingkah Wafiq melayan Hakimi. Penyayangnya Wafiq! Tak
sangka pulak Wafiq yang kaki buli ni suka kanak-kanak!
“Maira,
Wafiq.. jemput makan. Mama ada masak mee rebus sikit.” Pelawa Puan
Wafiyyah, mujurlah masih ada lagi mee rebus yang dimasak sebentar
tadi.
“Ish,
susah-susah je mama ni.” Balas Wafiq.
“Takde
susah mana. Dah pergi makan.” Puan Wafiyyah sudah mengeluarkan
arahannya.
Wafiq
bingkas bangun dan meraih tangan Humaira.
“Jom
sayang.” ajak Wafiq.
“Pakcu,
game ni?” tanya Hakimi apabila Wafiq meninggalnya sendiri.
“Mainlah
dulu, ajak mama sekali. Hehe..” balas Wafiq.
“Okay”
Hakimi membalas ringkas. Matanya masih ralit memengang handphone
Wafiq di tangan.
Melihat
telatah manja dan wajah polos Hakimi membuatkan Humaira teringin
mempunyai zuriat sendiri. Moga Allah izinkan suatu hari nanti,
insya-Allah.
Assalamualaikum,Cik Fieyta An Nisa.Apa khabar?Sebenarnya,saya baru baca novel Suami Ekspres.Sekarang,saya dah sampai bab 43.Alhamdullilah,novelnya sangat seronok!Romantik Islamik!
ReplyDelete