Friday, 19 October 2012

Suami Ekspress 34


BAB 34

Petang itu selepas mereka melawat ladang teh dan strawberi, Faris dan Adriana kembali ke bilik mereka. Habis banyak buah strawberi yang dibeli Adriana di kebun strawberi sebentar tadi. Apabila ditanya Faris untuk apa buah strawberi yang banyak itu, Adriana hanya mampu tersenyum.

Sedang asyik Faris ralit membelek mp3 ditangannya, tiba-tiba dia terpandangkan Adriana yang sedang asyik mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke Melaka petang esok. Lantas dipanggilnya Adriana untuk turut sama berehat dengannya di atas sofa berwarna merah itu.

            “Kenapa abang?” tanya Adriana perlahan.

            “Sinilah…” sengaja Faris meleretkan suaranya.

Adriana melangkah perlahan menuju ke sofa merah, dilabuhkan punggungnya bersebelahan Faris. dia memandang hairan wajah suaminya, meminta jawapan.

            “Cuba sayang dengar lagu ni” ujar Faris sambil memasukkan perlahan earphone ke cuping telinga isterinya membuatkan kedudukan mereka sangat hampir.

Adriana sudah berdebar dengan kedudukan mereka yang sangat hampir saat ini. Nafasnya ditarik perlahan mengusir jauh debaran di hati. Romantisnyaaa Mr. Farisnya saat ini. Perlahan-lahan dia cuba menghayati lagu yang dimainkan oleh gajet mp3 itu.

Erk.. lagu nashid?? Macam selalu dengar lagu ni, tapi lagu apa eh??

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

           
            “Sayang pernah dengar lagu ni? Lagu Halimatus Sa’diah.. ibu susuan nabi” terang Faris sambil memeluk rapat bahu Adriana.

Adriana mengangguk perlahan menjawab soalan Faris. Ya, memang dia pernah mendengar lagu nashid itu suatu ketika dahulu. Dia merebahkan kepalanya di bahu Faris.

            “Sayang pernah dengar kisah Halimatus Sa’diah?” soal Faris perlahan.

            “Pernah…” jawab Adriana. Diambilnya tangan Faris lalu diusapnya perlahan tangan kasar tersebut.. owhhh, langkahnya sudah semakin berani, sudah ada skinship dengan suami ‘soleh’nya kini.

            “Boleh sayang cerita dekat abang kisah Halimatus Sa’diah?” Faris menghadiahkan senyuman paling manis untuk isteri ‘solehah’nya itu. Tidak sabar mahu mendengar sendiri kisah gemilang Halimatus Sa’diah dari bibir comel itu.

Terus tegak kepala Adriana yang sejak tadi bersandar di bahu Faris. Err, kena cerita kisah Halimatus Sa’diah dekat Faris?? Gulppp!! Dia memang takde bakat bercerita, masuk pertandingan cerita pun tak pernah, aiyoyo..

Faris tergelak kecil melihat telatah Adriana, makin comel dirasakan wajah Adriana saat itu. Lantas dicubitnya perlahan pipi yang sudah kemerahan itu. Comel!!

            “Abang……”

            “Ya sayanggg…” balas Faris, sengaja menyakat isterinya. Makin bertambah merah wajah Adriana, sudah seperti udang kena bakar!!

            “Nak dengar tak kisah Halimatus Sa’diah?” pancing Adriana cuba mengalihkan ‘minat’ suaminya dari terus mengusiknya. Dia mengalah kali ini..

Faris merebahkan kepalanya di paha isterinya. Dia memandang tepat wajah Adriana yang sedikit menunduk kerana mahu membuka cerita mengenai kisah Halimatus Sa’diah.

Adriana mengusap lembut rambut suaminya yang sedang berbaring di atas ribanya. Faris kini seperti anak kecil yang ingin dimanja selalu. Benarlah kata orang, walaupun jika kita sudah mempunyai zuriat sendiri nanti, suami tetap anak sulung yang harus diberi perhatian, dibelai dan dimanja selalu.
           
 “Sebelum Riana cerita, Riana nak abang cerita dengan Riana dulu. Ceritakan sedikit biodata Halimatus Sa’diah pada Riana, boleh?” soal Adriana sambil dikenyitkan mata kirinya.

      “Boleh sayang.. Halimatus Sa’diah ni berasal daripada Bani Sa’ad bin Bakr.   Tinggal di tengah suku Badwi bersama suaminya al-Harits.  Ibu susuan Rasulullah SAW selepas Tsuwaibah iaitu hamba Abu Lahab dan Ummu Aiman. Mengajar Rasulullah SAW erti kasih sayang dan kefasihan bahasa. Halimahtus Sa’diah juga mengasuh Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muthalib. Halimahatus Sa’diah juga menyusukan Hamzah bin Abdul Muthalib iaitu bapa saudara Rasulullah, hingga menjadikan Hamzah itu saudara susuan baginda.  Halimahtus Sa’diah meninggal di Madinah dan dikuburkan di perkuburan Baqi’..”

Adriana tersenyum puas mendengar bait-bait yang dituturkan suaminya. Alhamdulillah, dikurniakan seorang imam yang tahu sirah nabi. Bukti kasih sayang kita sebagai ummat akhir zaman yang tidak pernah menatap wajah baginda dan tidak pernah mendengar suara baginda ialah dengan mengetahui sirah baginda, mengamalkan sunnah baginda serta membaca dan mengaplikasikan mukjizat teragung iaitu Al Quran sebagai panduan dalam hidup kita. Allahu robbi, lemah sungguh kita hari ini. Bagaimana mahu diminta syafa’at baginda di akhirat nanti jika biodata dan sirah hidup baginda kita tidak tahu? Nabi kita sendiri kita tidak kenal? Ya Rabb, aku malu kepada RasulMu..

Sedangkan nabi, utusan teragung tidak putus-putus menyebut ummati, ummati di saat baginda di ambang maut, sedangkan kita hari ini?? Menjadikan selain nabi sebagai idola kita, sebagai cara hidup kita. Ya Allah, malunya aku dengan RasulMu..

            “Sayang, are okay?” tegur Faris mematikan monolog Adriana.

            “Okay abang..” balas Adriana tersenyum, dia mula bercerita tentang kisah Halimatus Sa’diah. Saat wanita barakah itu mahu menyusukan insan terpilih iaitu baginda S.A.W.

            Setelah baginda dilahirkan, baginda disusui oleh Ummu Aiman sementara menunggu kumpulan orang kampung dari Bani Saad datang untuk mengambil upah menyusu bayi. Setelah beberapa hari, tibalah rombongan dari Bani Saad. Kumpulan ini kebiasaannya mencari anak orang kaya-kaya untuk diambil menyusu kerana kebiasaannya upahnya tinggi. Baginda Rasulullah adalah anak yatim....bukan di antara pilihan utama mereka” sambil bercerita tangannya bermain-main dengan rambut suaminya, ibarat seorang ibu yang mahu menidurkan anak kecil.

            “Unta yang dinaiki oleh Halimatus Saadiah adalah seekor unta yang telah uzur. Jalannya juga perlahan. Dia merupakan orang terakhir yang sampai di Mekah ketika itu untuk mencari anak susuan. Disebabkan tiada lagi orang lain...Halimatus Saadiah terpaksalah menerima bayi Siti Aminah walaupun dia sedar anak yatim yang disusui upahnya tidak seberapa. Tetapi dia redha dengan rezekinya” Adriana menarik nafas sebelum menyambung kembali ceritanya.

 “Tanpa diduga Halimatus Saadiah rupanya mengambil upah untuk menyusu seorang lelaki agung pilihan Allah. Atas keberkatan baginda Rasulullah, unta yang pada asalnya sangat uzur dan berjalan perlahan bertukar menjadi cergas dan pantas. Air susu Halimatus Saadiah juga bertambah banyak kerana pada asalnya sebelah daripada susu beliau pada asalnya tidak mengeluarkan susu. Begitu juga hasil tanaman yang diusahakan oleh suaminya juga subur dan memperolehi hasil yang lumayan” Adriana menghadiahkan senyuman paling manis untuk Faris usai sahaja dia menghabiskan ceritanya.

            “Sayang tahu kenapa ibu susuan dari Bani Saad menjadi pilihan masyarakat Makkah?” soal Faris.
           
Adriana tersenyum, dia tahu Faris sengaja menduga dia sedangkan suaminya itu lebih berilmu dari dia. Bijaknya Faris mahu menguji dia, mahu meraikan pendapat dan ceritanya.

            “Mereka tahu bahawa ibu-ibu susuan Bani Saad mempunyai reputasi baik dalam menyusukan bayi sejak turun-temurun. Antara tujuan utama kaum Quraisy mengupah ibu susuan ialah kerana mereka ingin mengajar anak mereka fasih berbahasa Arab seperti golongan Badwi. Tambahan pula, mereka yakin dan percaya hidup secara nomad di gurun pasir boleh melatih seseorang anak berjiwa kental. Masakan tidak, kaum Quraisy pernah hidup secara nomad sebelum menetap di sekitar kaabah di bawah pimpinan Qussai. Selain tu, Makkah yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa berisiko membawa virus buat bayi. Wabak penyakit yang sering melanda Makkah telah menyebabkan kematian ramai bayi. Mereka tidak mahu wabak itu turut menimpa bayi mereka. Betul kan abang?” soal Adriana sambil menarik perlahan hidung mancung milik suaminya. Tahu benar taktik Faris, Faris sengaja menyoalnya sedangkan lelaki itu sendiri tahu jawapannya.

“Alhamdulillah, pandainyaa isteri abang” Faris bingkas bangun dari ribaan isterinya. Lantas dikucupnya pipi Adriana kiri dan kanan. Hadiah ‘khas’ buat sang isteri yang sudah menjadi pencerita sirah nabi untuknya hari itu. Moga suara ini juga yang akan bercerita sirah-sirah anbiya’ kepada bakal zuriatnya nanti. Moga sirah dan kisah nabi akan menjadi bedtime story untuk mujahidnya suatu hari nanti, insha Allah..

Sedangkan Adriana sudah malu sendiri, disentuhnya perlahan pipi yang dicium suaminya sebentar tadi. Hisshhh, nakal sungguh Faris!!

5 comments:

  1. Terima kasih dgn n3 baru ni. Ilmiah sirah nabi. :) suka baca cite ni byk ilmu pd kita yg kurang ilmu :) ~eida arie~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awk :) sama2 share ilmu, nisa pun dlm proses perbaiki diri :) doakan nisa..

      awk, thanks sbb jd 'pengkomen' yg setia.. hehe :)

      Delete
  2. best,,,,penulis mmg bnyk ilmu ttg Nabi kita,,,,,,,thnk,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awk sudi bace SE.. sharing is caring rite?

      apa yg baik itu dtg dr Allah & yg buruk tu dtg dr kelemahan nisa sndiri..

      Delete
  3. suka cara admin create sirah nabi nie...creative...peminat novel mesti suka....

    ReplyDelete