Pagi Ahad
itu Syuhada termenung di tepi tingkap bilik. Usai sahaja solat subuh,
dia mula membawa dirinya ke situ. Minggu hadapan kuliahnya akan
bermula. Sudah seminggu juga teman baiknya mendirikan rumah tangga.
Dia tumpang bahagia dengan baitul muslim yang baru dibina itu.
Dan pagi ini juga uminya membawa berita lain. Berita yang dia sedang
dirisik teman baik uminya sendiri.
Syuhada
menarik nafas panjang. Terasa lelah dengan risikan tersebut. Hendak
menolak dia rasa bersalah, hendak menerima dia rasa sengsara. Maka
pilihan apa yang dia ada? Umurnya yang kian menginjak menyebabkan dia
selalu dirisik dan acapkali juga dia menolak risikan. Baru dia hendak
menolak risikan ini, uminya sudah membantah. Uminya seboleh-bolehnya
mahu dia bernikah awal. Kata uminya, demi untuk menjaga agama dari
terfitnah, demi untuk menjaga hati dari terzina.
“Kak
Chik..” panggil satu suara menyedarkan dia dari lamunan.
Syuhada
menoleh, mencari kelibat yang sedang elok berdiri di muka pintu.
Memang dalam keluarganya memanggil dia dengan panggilan Kak Chik. Ini
kerana dia anak sebelum bongsu.
“Boleh
Sya masuk?” sambung suara itu lagi. Syahirah, adiknya yang bongsu
sedang melemparkan senyuman kepadanya.
Syuhada
tersenyum. Lantas dia mengangguk.
“Kak
Chik, jauhnya termenung tadi. Ada masalah ke?” soal Syahirah. Dia
dan kakak kembarnya, Syuhada memang akrab.
Syuhada
menggelengkan kepala. Dia dan Syahirah memang tiada rahsia. Mungkin
disebabkan mereka saudara kembar, gerak hati mereka selalunya sama.
Berkongsi tarikh lahir dan placenta yang sama.
“Akak
dirisik kan?” bijak adiknya menduga.
Bulat mata
Syuhada. Sejauh mana dia cuba menyembunyikan masalahnya tapi adik
kembarnya itu tetap bijak meneka masalahnya.
“Sya
dengar walid dengan umi bincang hari tu” selamba mulut itu
melemparkan bicara.
“Akak
keliru. Umi nak sangat akak terima risikan tu” luah Syuhada. Ya,
cuma dia harapan uminya. Adiknya Syahirah sudah pun bertunang.
“Akak
istikharahlah, mohon petunjuk. Akak kenal syabab tu?” tanya
Syahirah lagi.
“Tak,
tapi umi ada beritahu namanya. Syafiq kalau tak silap akak” ujar
Syuhada.
Syahirah
mengangguk kepalanya tanda mengerti. Uminya jika sudah beria, memang
nekad habis. Kasihan pula melihat riak kakak kembarnya itu.
“Orang
mana kak?” soalan lain pula yang ditanya.
“Orang
mana tu akak tak sure, tapi ibunya sahabat baik umi. Kalau tak
silap akak namanya Syafiq” cerita Syuhada lagi. Memang dia tak
berapa mengenali syabab yang merisik dirinya.
“Syafiq?
Sedap namanya.” ujar Syahirah.
“Tapi
akak risau. Kami tak saling mengenali, zaman sekarang dah lain. Tapi
umi nampak berhajat benar untuk berbesan dengan sahabatnya” luah
Syuhada lagi. Masih terbayang wajah uminya yang penuh mengharap.
“Akak
ta'aruf dahulu dengan syabab tu,” cadang Syahirah.
Dia tidak mahu kakaknya terlalu cepat menolak risikan. Dia yakin umi
mereka mahukan yang terbaik untuk kakak kembarnya itu.
“Insya-Allah,
tapi akak harap umi tak kecewa andai kata akak menolak syabab
tu” uajr Syuhada jujur.
“Apa
saja pilihan akak, umi harus raikan. Nanti Sya pujuk umi ya?”
Syahirah bijak menenangkan Syuhada.
Syuhada
mula tersenyum, rasa lega dapat meluahkan apa yang tersirat di hati.
Bertuahnya punya saudara kembar yang selalu ada di sisi.
Syahirah
mula memeluk bahu Syuhada. Apa gunanya saudara kembar jika tak mampu
mengembirakan saudara kembar sendiri. Bahagia Syuhada, bahagia juga
dirinya. Sedih Syuhada, sedih juga dirinya.
Syu dan
Sya pasangan kembar yang sangat akrab, jauh berpisah tapi selalu
dekat di hati. Gerak hati mereka hampir sama. Riak wajah yang sama
cuma yang membezakan mereka adalah lesung pipit di pipi. Syuhada
manis berlesung pipit di pipi kanan manakala Syahirah manis bertahi
lalat kecil di bawah bibir.
Malam itu,
Humaira sedang ralit mengemas beg pakaian dia dan Wafiq. Esok mereka
akan bertolak ke Pulau Mahsuri, meyeloroti keindahan pulau untuk
bulan madu mereka.
“Abang
dah call mama?” soal Humaira memecah kesunyian mereka
berdua.
“Kejap
lagilah abang call” balas Wafiq selamba. Matanya tidak lepas dari
memandang skrin laptop.
Humaira
menarik nafas panjang. Tempoh seminggu pernikahan mereka membuatkan
dia semakin kenal dengan pemilik nama Wafiq Rizqi.
Sepuluh
minit berlalu, dua minit berlalu. Masih sunyi antara mereka. Humaira
ralit mengemas barang dan Wafiq masih khusyuk mengahadap skrin
laptopnya.
Humaira
memandang tingkah Wafiq. Selesai saja mengemas barang-barang untuk
dibawa esok dia melangkah laju ke arah Wafiq. Khusyuknya Encik Suami
menghadap laptop. Macam nak masuk dalam skrin laptop pun ya juga.
Hehe.
“Hah,
buat apa tu??” sergah Humaira dari belakang. Dia menepuk bahu si
suami.
“Opocot
mati tertikam” latah Wafiq. Dia memandang Humaira, bulat terus
matanya. Geram.
“Astaghfirullah,
main game rupanyaa” Humaira beristighfar. Adoi ingatkan
khusyuk buat proposal ke, resume ke. Rupanya main game.
Astaghfirullah, suami, suami... Sabar jelah.
“Emmm”
nada ais batu Encik Suami dah keluar dah. Memang pantang dia, kalau
tengah concentrate main game ada orang kacau. Huhu..
Humaira
angkat kening. Aik marah ke? Nampaknya banyak benda lagi yang
dia tak tahu tentang Wafiq ni.
“Abang
nak air? Maira buatkan eh?” tanya Humaira, bosan pula apabila Encik
Suami terlampau concentrate dengan game.
“Emm”
hanya itu yang terluah dari mulut Wafiq. Matanya masih memandang
laptop. Hah, dah level 20 ni. Concentrate kena lebih.
Humaira
melangkah perlahan menuju ke dapur. Kecik hati pun ada ni. Apa game
tu lagi penting ke dari isteri sendiri? Huhu.. Air matanya
yang sudah bertakung di tubir mata dibiar sahaja. Alamak, sensitiflah
pulak hati ni bila dah kahwin ni.
Dicapai
juga mug dan air panas di dalam thermos. Malam-malam ni buat susu pun
best jugak. Susu campur madu. Great! Selesai dua mug yang
sudah berisi susu, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Air mata sudah
dilap kering, di'jampi' sedikit air susu tadi dengan perencah
basmallah dan doa pengasih ajaran Rasulullah.
“Assalamualaikum”
kali ini lebih sopan dia menyapa sang suami, dilemparkan senyuman
semanis mungkin.
“Waalaikumsalam”
Wafiq menjawab, bagai ada aura luar biasa kali ini. Suara Humaira
menenangkan. Lantas dia menutup aplikasi di laptopnya.
Humaira
melangkah dalam debar. Melihat aksi sang suami, hatinya lega sedikit.
“Maira
buat air apa?” tanya Wafiq ceria, beza benar dengan intonasinya
sebentar tadi.
Humaira
tersenyum manis, alhamdulillah berkesan doa pengasih ajaran rasul.
“Susu
campur madu” jawab Humaira lembut, diletakkan mug di atas meja.
Satu untuk Wafiq, satu untuk dia.
“Bunyi
macam sedap” komen Wafiq jujur.
“Kalau
nak tahu sedap ke tak, kena minum” Humaira sudah tersenyum manja.
Dengan
lafaz basmallah, dihirup perlahan air tersebut. Leganya tekak.
“Sedap,
manis. Semanis orang yang buat air ni” komen Wafiq.
Humaira
mengucap syukur dalam hati. Semakin banyak ragam Wafiq dia mula
kenali kini. Wafiq yang serius, Wafiq yang ceria, Wafiq yang tegas,
Wafiq yang romantis, Wafiq yang nakal. Benarlah kata orang, selama
manapun kita bercinta dengan seseorang itu sebelum bernikah kita
takkan pernah tahu sikapnya yang sebenar. Mereka boleh berlakon dan
berpura-pura. Tapi sebaik sahaja kita melangkah ke alam rumah
tangga, warna sebenar pasangan kita mula terungkai. Sebab itulah,
jika hendak mengenali seseorang itu, bukan dengan bercinta selama
sepuluh tahun sebelum bernikah, tapi risiklah akhlaknya dengan
keluarga dan kawan-kawannya.
“Eh
abang puji sikit dah termenung?” sakat Wafiq. Biasalah Wafiq, jika
tak menyakat Humaira sehari memang tak senang duduk.
“Mana
ada termenung, berangan je. Berangankan seseorang ni...” selamba
Humaira membalas. Hah, of course dia tak nak mengalah. Hehe.
“Berangan
siapa? Abang depan mata pun boleh berangan lagi. Haishh.” luah
Wafiq tak puas hati. Ok, virus jeles semakin menular.
“Agak-agak
Maira berangankan siapa?” duga Humaira. Sesekali tengok wajah
cemberut Wafiq pun best jugak. Comel je mamat ni. Muncung mulut tu
dah kalah muncung mulut itik. 'Haha, jahatnyaa aku'
“Manalah
abang tahu, kekasih gelap ke, bekas kekasih ke, bekas kuih ke” ujar
Wafiq geram. Ok, memang jeles ni!
Humaira
tergelak. Bekas kuih pun terlibat ke? Adoi!
“Ehem..”
dehem Humaira. Sengaja mahu melihat respon Wafiq.
“Disebabkan
suami Maira yang tak berapa nak handsome ni merajuk. So, Maira
ada lagu special untuk abang..”
“Em...”
hah, kan nada ais batu Encik Suami dah keluar. Alaa manjanya dia.
Anak bongsu kan? Hehe..
“Nak
dengar tak?” pancing Humaira.
Humaira
mengambil marker pen di atas meja. Dijadikan marker pen tersebut
sebagai mikrofonnya.
Wafiq
memandang wajah Humaira, bibirnya sudah mahu mengukir senyuman, namun
ditahan sahaja senyuman tersebut.
“Lagu ni
ditujukan khas untuk Encik Suami, Wafiq Rizqi. Serius lagu ni memang
special untuk beliau. Takkan ada kat kedai lagu ni. Terimalah 'Dia
Cintaku'.” ujar Humaira, dia melirik dengan lirikan nakal.
Dia Cintaku
Jujur tak
pernah kurasakan,
Rasa indah
sebegini,
Rasa cinta
yang mula terbit dari hati,
Hanya
untukmu suami.
Ohh cinta,
Janganlah
kau merajuk,
Kerna
memang aku tak pandai pujuk,
Lagi kau
merajuk,
Lagi kurasa
nak ketuk.
“Haha”
Wafiq tergelak besar. Adoii, spoil betul lirik lagu ciptaan
Humaira. Rangkap first je syahdu, rangkap kedua hancur. Haha.
Humaira
sudah tersenyum, hah comel pun Wafiq gelak. Menjadi taktik memujuk
suami.
“Best
kan lagu tadi?” tanya Humaira. Walaupun hakikatnya dia tahu lagu
tadi memang ke laut.
“Hampeh,
hancur” komen Wafiq jujur. Haha. Lawaklah Humaira ni.
“Elehh”
cebik Humaira, hah tak kisahlah hancur ke tak lagu tadi yang penting
dia dapat dengar Wafiq gelak dan tak merajuk lagi.
“Kalau
nak create lagu, meh belajar dengan abang” sakat
Wafiq lagi.
“Abang
jiwang memanglahh” luah Humaira tanpa sengaja.
“Jiwang?”
tanya Wafiq. Hah, kan dah keluar suara romantis dia tu. Adoi!
“Err..”
kelu terus bicara Humaira.
“Abang
jiwang? Ke romantik?” makin giat pula dia menyakat Humaira yang
sudah tertunduk malu itu.
Humaira
menarik nafas, err rasanyaa dia lagi suka Wafiq dengan mood
merajuk daripada Wafiq mood romantik ni. Huhu.. Mindanya
mula mencerna idea mahu melepaskan diri. Ibu, tolonglah anak ibu ni!
“Err,
Maira rasa.. Maira rasakan..” tersekat-sekat bicaranya.
“Maira
rasa apa?” soal Wafiq.
Humaira
mula menjarakkan diri.
“Maira
rasa nak call mama” laju lidahnya mencari helah. Cepat-cepat
dia bangun mahu menjauh dari Wafiq.
“Adoii”
tapi belum sempat dia melangkah mengambil handphonenya
kepalanya terhantuk dengan dagu Wafiq.
“Sakitnyaa,
keraslah kepala Maira ni” ujar Wafiq, tangannya mengurut dahu yang
terasa sengal.
“Dagu
abang lagi keras! Sakit kepala Humaira” luah Humaira.
Terangkat
kening Wafiq. Adoii manjanya bini aku ni.
“Mana
yang sakit? Meh abang tengok.” balas Wafiq prihatin. Dia
mula memeriksa kepala Humaira, habis diselak rambut Humaira.
Humaira
hanya mendiamkan diri melihat tingkah Wafiq. Tiba-tiba lidahnya kelu,
tingkahnya beku.
“Lengkuas
belakang pintu, budak baik memang begitu,” ujar Wafiq sambil
tangannya menggosok perlahan kepala Humaira.
“Err,
jampi apa tu?” tanya Humaira ingin tahu. Apa macam pelik je jampi
tu?
“Ni
'jampi' yang mama ajar kalau abang terhantuk kat mana waktu
kecik-kecik dulu. Sambil-sambil selawat mama baca 'jampi' ni.”
cerita Wafiq.
“Ohhhh..”
terlopong mulut Humaira, wahh kreatifnya ibu mentuaku!
“Nak
call mamalah, nak mintak petua sikit” ujar Humaira, tiba-tiba
rindu pulak dengan Puan Wafiyyah.
“Petua?”
soal Wafiq pelik.
“Haah,
petua memikat hati suami. Haha” tawa Humaira terletus, bibirnya
mengorak senyuman menggoda. Hah, sengaja cari pasallah tu.
“Hishh,
ada-ada je Maira ni.. and one more thing, jangan senyum macam
tu boleh?” ujar Wafiq.
Humaira
kerut dahi.
“Kenapa
tak boleh senyum pulak?” soalnya sedikit hairan. Kening kanannya
sudah terangkat tinggi.
“Nanti
abang tergoda..” balas Wafiq selamba.
Terkedu
terus Humaira. Ohh My Allah. Cepat-cepat Humaira capai handphone
dan berlalu ke ruang hadapan. Tindakan refleks bila dah menggelabah.
Haha. Tadi dia yang berani sangat kan? Huhu..
“Haha,
Maira, Maira...” luahnya perlahan.
Wafiq
hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah kalut Humaira. Tapi
beriya nak petua memikat hati suamilah, apalah. Tapi bila suami dah
terpikat, dia lari seribu batu pulak. Alahaii Cik Bidadari, nasib
baik sayang.
Wafiq
tersenyum sendiri. Tempoh seminggu perkahwinan semakin membuatkan dia
bahagia, lebih ceria dan insya-Allah lebih matang.
P/S: Thanks for reading.. and kalau rajin please drop your comment. Really appreciate, insya-Allah your comment can give me some inspiration or motivation to improve my writing skills. :)
Rama2 berterbangan dlm perut org...hehehe..suweeeettt sgttttt....
ReplyDeleteerm... nk ag... hri2 bkak, akhrnye ajgak n3 bru... tq writer...
ReplyDeletethanks kak shida and anonymous sudi drop your comments here :)
ReplyDeletebarakallahufi..sya 2nggu cerita selanjutnya yee (":
ReplyDelete