Saturday, 12 May 2012

Suami Ekspress 7


BAB 7


Malam itu, selesai sahaja solat isyak berjemaah Encik Nazri tercari-cari bayang sahabatnya Ustaz Fahmi. Ingin dinyatakan hasrat yang tersimpan di hati. Hanya tinggal kira-kira tiga bulan sahaja lagi sebelum dia berangkat ke Jepun, sudah beberapa malam dia melakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk dari Allah, hatinya semakin yakin dengan keputusan yang dibuat, Alhamdulillah. Dari jauh lagi dia terlihat sahabatnya bersalaman dengan beberapa orang jemaah masjid.

Lantas kakinya melangkah laju menuju ke arah sahabatnya. Dia berasa agak gementar juga mahu menyampaikan hasrat hatinya, takut-takut permintaannya ditolak mentah-mentah Ustaz Fahmi. Kepalanya sudah berfikir ayat apakah yang sesuai untuk dituturkan di hadapan sahabatnya nanti.
“Assalamualaikum Fahmi, saya ada hal sikit nak bincang dengan kamu. Itupun kalau kamu tak keberatanlah” ujarnya memulakan bicara.

“Waalaikumsalam Nazri, hal apa yang nak dibincangkan? Bunyi macam serius je. Marilah kita bincang kat luar” jawab Ustaz Fahmi sambil memaut bahu sahabatnya menuju ke luar masjid.

“Tapi saya harap Fahmi jangan salah sangka ye. Sebenarnya saya ada hajat besar ni, nak mintak tolong dengan kamu sekeluarga” ujar Encik Nazri Nazri memulakan bicara, masih berkias. Tidak mahu tergopoh-gopoh, takut temannya salah faham pula.

“Insha Allah, apa yang boleh kami tolong, kami akan tolong. Kamu jangan risaulah, kamu nak mintak tolong apa? Serius je bunyinya” balas Ustaz Fahmi sambil tersenyum. Nampak benar wajah serius sahabat yang berdiri di hadapannya itu

“Sebenarnya saya nak mintak kamu sekeluarga tolong tengok-tengokkan Si Qistina tu nanti” ujar Encik Nazri ringkas. Susah benar mahu menyampaikan hasrat hati.

“Allah.. takde masalah lah, insha Allah kami akan tengok-tengokkan dia nanti. Ingatkan masalah besar apalah tadi, sampai kamu tak senang duduk ni” ujar Ustaz Fahmi sambil tertawa kecil.

Encik Nazri menarik nafas, mencari kekuatan. “Tapi Fahmi, saya berhasrat sangat nak jadikan Faris tu menantu saya, hati saya berkenan sungguh kat anak kamu tu” lega hasrat hati telahpun diluahkan.

Tersentak seketika Ustaz Fahmi. Tidak percaya apa yang baru didengarnya sebentar tadi. “Apa?? Nak jadikan Faris menantu kamu? Ana tak kisah sebenarnya, tapi ana kenalah bincang dengan Faris dulu. Budak-budak zaman sekarang ni lain dari zaman kita dulu. Nanti ana bincang dengan empunya diri dulu ya?” pinta Ustaz Fahmi, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan bagi pihak anaknya. Takut-takut anaknya sudah ada pilihan hati sendiri.

“Ok lah, nanti kamu tanyalah dia dulu. Kalau dia setuju, lega hati ana nak ke sana nanti. Harapnya dia setujulah” balas Encik Nazri masih mengharap. Lantas tangan dihulurkan tanda meminta diri. Lega sudah rasa hati setelah menyampaikan hasratnya.

Huluran tangan disambut, lantas bahu temannya itu ditepuk beberapa kali tanda memberi semangat. “Insha Allah, ana akan slow talk dengan dia. Jangan risaulah Faris tu anak yang mendengar kata” ujarnya lagi sambil tersenyum.

“Ok lah Fahmi, saya mintak diri dulu. Nanti bising pula orang rumah tu” balas Encik Nazri sambil melangkah menuju ke keretanya.

Ustaz Fahmi hanya mampu tersenyum menghantar pemergian temannya. Memang besar permintaan temannya itu. Macam mana agaknya reaksi Faris apabila diberitahu akan hal ini. Mahu terkejut beruk anaknya nanti. Masakkan tidak, tiada angin, tiada ribut mahu dijodohkan dengan gadis yang tidak dikenali. Agaknya macam manalah rupa Si Faris tu nanti, tapi apa yang lebih merisaukan dia adalah bagaimana cara mahu memberitahu anaknya itu. Apa agaknya keputusan Faris, dia tidak kisah apa jua keputusan yang bakal dilakukan anaknya, tapi dia tidak sanggup melihat wajah temannya kecewa jika permintaannya ditolak. Dalam hati, dia hanya mampu berharap agar segalanya dipermudahkan Allah.

**

Fahmi hanya duduk di luar rumah, merenung langit malam yang cantik dihiasi banyak bintang. Sengaja dia mengambil angin malam, mahu menenangkan minda sebentar. Sunnguh ciptaan Allah itu sangat indah, mampu menenangkan jiwa yang gelisah.

“Hah, alongg!!” sergah Faathirah kuat sambil menepuk bahu abangnya. Dari tadi dilihat abangnya itu termenung jauh sambil merenung langit malam. Apa agaknya yang berada di fikirannya abangnya itu.

“Astaghfirullahal azim.. Ya Allah, Irahhh.. Terkejut along, dah tak reti nak bagi salam ke? Kan umi dah pesan kalau nak tegur orang, bagi salam dulu. Ish kamu ni” bebel Faris. Rasa nak tercabut nyawanya tadi apabila disergah begitu, terus hilang semua khayalannya tadi.

Faathirah hanya menayangkan muka selambanya, tiada riak bersalah langsung. Dia memang gemar menyakat abangnya itu. Sememangnya hubungan mereka adik beradik memang rapat sejak dari kecil lagipun mereka hanya tiga beradik. Itulah teman bergurau, teman bergaduh, teman merajuk..

“Baik sir, hahaha.. Tahulah along ni pensyarah kat u, habis Irah sekali kena dengar syarahan along, janganlah marah. Irah gurau jelah. Along buat apa kat luar ni? Hah ni mesti teringat kat awek kan? Cer cerita dengan Irah” jawab Faathirah, sengaja dimaniskan wajah, mahu mengetahui apa yang ada di fikiran abangnya saat ini.

“Eh, sibuk jelah dia ni. Kan along dah kata along takde awek. Siapalah yang sudi pandang along ni? Kerja pensyarah je pun, perempuan kat luar sana high taste taw, dorang nak yang kerja arkitek, engineer, doktor and paling tak pun lawyer. Irah yang dok sibuk duduk kat luar ni kenapa? Skodeng along ek tadi?” usik Faris sambil menarik sedikit tudung adiknya.

“Ish along ni, janganlah.. Habis dah tudung Irah ni. Em siapa kata takde orang nak pandang along Irah ni? Tu Kak Auni sebelah rumah tu, dah lama dok usha along. Along jer buat tak tahu. Umi pun boleh tahu Kak Auni tu minat along sejak dari dulu lagi” balas Faathirah sambil memuncungkan mulutnya ke arah rumah Auni.

Semua orang boleh nampak yang Auni tu minat dia dari dulu lagi, dia pun perasan. Pernah suatu ketika dahulu, hampir setiap hari Auni dok usha dia ketika dia ingin ke masjid. Selepas dia menyedari yang Auni dok usha dia ke masjid, terus dia ikut jalan belakang rumahnya untuk ke masjid. Dia pula yang naik segan dengan gadis itu. Memang dia dan Auni kenal sudah lama, gadis itu merupakan teman sepermainannya sejak mereka kecil lagi, tapi lama kelamaan hubungan mereka semakin jauh, lebih-lebih lagi ketika dia masuk ke asrama. Gadis itu sekarang bekerja sebagai guru, lepasan dari Maktab Perguruan. Tak dinafikan bahawa Auni juga mempunyai kelebihan tersendiri, gadis itu lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua, bahkan uminya juga senang dengan sikap gadis itu.

“Eh along ni, mengelamun pulak dia. Jangan kata along mengelamun pasal Kak Auni. Along suka dia ek? Hah, baguslah. Sorang cikgu, sorang pensyarah. Perfect match, hehe” ujar Faathirah sambil tersengih.

“Amboi, Irah pulak yang sibuk dok jodohkan along dengan dia. Along dah anggap Auni tu kawan along jelah. Merepek je Irah ni kan. Kenapa Irah suka ke kalau Kak Auni tu jadi akak ipar Irah?” soal Faris sengaja mahu melihat reaksi adiknya.

Faathirah mengaru kepalanya yang tidak gatal, matanya menatap wajah abangnya yang samar-samar dalam kegelapan malam. Tidak dinafikan abangnya memang ada rupa. Dengan kulit putih, kening yang lebat, hidung yang mancung dan bibir yang sentiasa tersenyum itu. Wajah abangnya memang mewarisi kecantikkan umi, manakala dia lebih banyak mewarisi wajah abi. Hairan, takkanlah along pun minat jugak dengan Kak Auni. “Eh, Irah tak kisah siapa pun pilihan abang, Kak Auni pun okayy” jawab Faathirah jujur.

“Irah suka ek dengan Kak Auni tu? Irah nak kakak ipar yang macam mana?” soal Faris, sengaja ingin tahu bagaimana pilihan gadis yang adiknya inginkan sebagai kakak ipar.

“Irah suka dengan Kak Auni tu, Irah suka dengan semua orang, hahaha” ujar Faathirah melawak, sengaja ingin melihat wajah abangnya tersenyum. Kan manis kalau tersenyum, ada lesung pipit lagi, ni tak asyik serius semacam je kalau cerita bab-bab nak cari calon ni. “Em, kalau Irah suka kakak ipar yang baik, taat pada agama, yang mampu sayang dan hormat family kita, peramah and kalau dapat yang comel macam student along yang kita jumpa masa tengah jogging hari tu pun boleh, hehe.. Tapi sebenarnya comel tu just sebagai bonuslah untuk along, tapi tak penting pun kalau comel je, nak yang 'comel' perangainya sekali” sambung Faathirah, hah kan dah panjang lebar dia huraikan senarai ciri-ciri kakak ipar yang dia inginkan. Sempat pula dia masukkan nama Adriana sebagai contoh. Irah, Irah..

Tiba-tiba Faris teringatkan pelajarnya yang seorang itu. Memang tak dinafikan, gadis itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Berdisiplin melakukan tugasan, garang apabila berasa dirinya terancam, tegas pendiriannya dan apa yang membuatkan dirinya tertarik dengan gadis itu ialah sifat malu yang ada dalam diri gadis itu, wajahnya akan kemerah-merahan dan tertunduk ketika malu. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Tapi mana mungkin dia jatuh hati dengan pelajarnya sendiri, sudahlah jarak umur mereka jauh. Astagfirullah, sudah jauh fikirannya melayang, takut hampir kepada zina hati pula kerana memikirkan anak gadis orang. Faris, Faris.. Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.

“Eh, along ni kenapa? Senyum sorang-sorang. Hah mesti teringat kat kakak tu kan? Along suka kakak tu kan? Bagitahu umi” serkap Faathirah, pelik melihat abangnya tersenyum sorang-sorang. Aish along, along..


“Ada-ada jelah kamu ni, dah lewat malam. Jom masuk nanti bising pula umi, anak daranya kena embun pagi” usik Faris sambil mengusap kepala adiknya.

“Baik alongg. Jom masuk, lumba siapa masuk dulu. Lambat kunci pintu” ujar Faathirah sambil mengorak langkah berlari meninggalkan abangnya.

Faris hanya mengeleng kepala melihat telatah adiknya, sudah besar panjang tapi masih tak berubah, childish!! Tersenyum sendiri dia melihat telatah satu-satunya puteri tunggal abi dan uminya.



Ustaz Fahmi termenung sendirian di tepi katil, ligat otaknya memikirkan cara yang terbaik untuk menyampaikan permintaan temannya. Macam mana agaknya reaksi dan keputusan anaknya nanti, setujukah? Tak setujukah? Tapi dia faham situasi anaknya dan dia tidak akan sama sekali menyalahkan apa sahaja keputusan yang bakal dilakukan anaknya nanti. Dijodohkan dengan wanita yang langsung tidak dikenali di zaman serba moden ini tentunya sukar untuk anaknya membuat keputusan.

“Abang, jauh termenung? Fikir pasal apa?” soal Hajjah Mardhiyah sambil melabuhkan punggungnya di sisi suami. Tangannya mula menarik tangan suami tercinta, berharap agar suaminya sudi berkongsi masalah bersama.

“Eh, Dhia. Em, susah abang nak cakap tapi masalah ni melibatkan anak kita, Faris” ujar Ustaz Fahmi perlahan, tak tahu bagaimana ingin diluahkan permintaan temannya. Di kanan anak tersayang, di kiri pula teman setia.


“Faris?? Kenapa dengan Faris? Dia buat salah apa? Abang ada kecil hati dengan dia ke? Nanti Dhia cuba nasihatkan dia” balas Hajjah Mardhiyah lembut. Pelik, masalah apa pula yang ditimbulkan anak sulungnya. Bukankah selama ini anaknya itu anak yang mendengar kata.


Ustaz Fahmi menarik nafas, melepaskan genggaman tangan isteri tercinta. Matanya dihalakan keluar tingkap, mencari kekuatan. “Bukan macam tu Dhia, tapi ada kawan abang ni dah berkenan dengan Faris, nak dijadikan menantu. Masalahnya abang tak tahu nak macam mana cara nak sampaikan hasrat kawan abang tu dekat Faris, mesti terkejut budak tu nanti” balas Ustaz Fahmi.


“Kawan abang nak jadikan Faris menantu? Boleh Dhia tahu kawan abang yang mana satu? Dhia kenal ke kawan abang tu?” soal Hajjah Mardhiyah, masih menatap wajah suaminya.


“Abang rasa Dhia kenal dengan kawan abang tu, Nazri. Dia terpaksa transfer kerja kat Jepun nanti, tu yang dia nak jodohkan anak dia dengan Faris. Tapi Dhia jangan salah sangka dengan Nazri tu, bukan dia nak mengambil kesempatan. Abang memang nampak dia ikhlas nak ambil anak kita sebagai menantu dia” terang Ustaz Fahmi, tidak mahu isterinya salah sangka dengan teman baiknya itu. Memang dia nampak keikhlasan dari wajah temannya ketika temannya itu menyampaikan hasrat untuk menjodohkan anak mereka.

“Abang cakap baik-baik dengan Faris tu, nanti Dhia temankan abang ya? Dhia yakin Faris akan buat keputusan yang terbaik. Abang jangan risau ya. Faris anak yang mendengar kata, insha Allah” balas Hajjah Marhiyah sambil tersenyum.


“Terima kasih Dhia, nanti esok abang nak bincang dengan Faris hal ni. Tak mahu dilenggah-lenggahkan, kesian pulak dekat Nazri tu nanti. Lagi tiga bulan je dia kat Malaysia ni” jawab Ustaz Fahmi. Dia bersyukur dikurniakan isteri yang sentiasa menyokongnya.


“Abang jangan risaulah ya, esok kita bincang lagi. Dah lewat malam ni, jom tidur” ajak Hajjah Mardiyah, tidak mahu suaminya terus runsing memikirkan masalah, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

p/s: thanks sudi bace.. komen komen lah ek.. na thu pndgn korg ttg cte ni..
byk merapu ke, bosan gle ke, natural o tak sabar nak tggu next n3.. kalau tak sbr nak tggu next n3, boleh sy smbg cpt2 cte nih, ngee :D

5 comments:

  1. princess ryanna : thanks awk sudi bace n komen :D insha Allah next n3 nantikan camne reaksi Faris and Adriana ye..:)

    ReplyDelete
  2. legend girl: haha thanks awk sudi bace n komen :D

    peace yoo gak, hihi ^^,

    ReplyDelete
  3. best ^^ kalau sudi lawatlah blog saya..saya pn bdk bru blajar lg :)

    ReplyDelete