BAB
18
Tepat
jam 6 petang itu, Adriana tergesa-gesa mahu pulang ke kolej kediaman.
Dia belum solat asar lagi. Hari ini jadual kelasnya agak padat. Dari
jam 2 petang hingga 6 petang langsung tiada gap. Tergopoh-gopoh dia
mengatur langkah keluar dari bilik kuliah.
Langkah
kakinya mati. Ada seseorang yang menarik beg sandangnya dari
belakang.
“Riana,
cepatnya jalan. Penat saya kejar awak. Nak pergi mana ni?” soal
satu suara dari belakangnya.
Adriana
menoleh ke belakang, melihat gerangan yang memanggilnya sebentar
tadi. “Ehh, Aqil. Riana nak cepat ni.. Sorii, Riana tak solat asar
lagi” ujar Adriana sambil meneruskan langkah menuruni anak-anak
tangga.
“Riana,
saya ada soalan nak tanya awak ni. Tunggulah kejap” ujar Aqil,
mengikuti langkah Adriana.
“Awak,
lain kali ok? Saya betul-betul dah lambat ni. Next time ok? Sorii...”
pohon Adriana lagi. Mamat ni pulak macam tak faham bahasa!!
“Awak
free malam ni? Jom lepak, kalau awak takut ajak Iman sekali” cadang
Aqil masih mahu mencuba memujuk Adriana. Masih mengekori langkah laju
Adriana yang kini sudah di bahagian parkir kereta pensyarah.
Tiba-tiba
langkah laju Adriana mati. Kaku langkahnya melihat susuk tubuh di
hadapannya. Alamak!! Ujian apakah ini??
“Assalamualaikum
sir. Sihat sir?” soal Aqil ramah, langkahnya juga mati apabila
melihat langkah gadis di hadapannya kaku.
“Waalaikumsalam.
Alhamdulillah sihat.. Eh, ni Aqil kan? Yang ni pulak... Errm, siapa
eh nama awak? Sorilah saya lupa” tanya Faris selamba.
Dalam
hati Adriana sudah merungut geram. Cisss, nama isteri sendiri pun tak
ingat. Takpe-takpe ada lori, ada bas.... Ada hari akan kubalas!!
“Adriana sir, saya minta diri dulu eh sir” jawab Adriana ringkas.
Lagipun dia mengejar masa, takut pula terlepas waktu asar nanti.
“Eh,
sir saya pun minta diri dulu” ucap Aqil seraya menghulurkan tangan
meminta diri.
Faris
hanya memerhati langkah Adriana dari jauh. Hatinya dah rasa lain
macam sahaja. Kenapa Aqil kejar Adriana? Mereka ada hubungan kah?
Tapi Faris yakin yang Adriana pandai menjaga maruah sebagai seorang
isteri. Arghh biarlah lagipun bukan Adriana yang kejar Aqil kan?
Budak tu yang kejar dia. Biasalah gadis secantik Adriana, mustahil
tiada peminat.
Dalam
diam, dia akui yang dia sudah cintakan gadis itu. Gadis pilihan orang
tuanya. Walaupun Adriana jauh beza umur darinya, tetapi dia nampak
kematangan dalam diri gadis itu. Matang menerima takdir Illahi yang
mengambil nyawa orang tuanya. Seawal usia 20 tahun, gadis itu sudah
tidak mempunyai orang tua. Moga Allah terus beri kekuatan kepada
gadis kesayangannya
Terbit
pula rindu di dalam hati mahu melihat senyuman dan telatah gadis itu.
Sudah hampir seminggu, mereka tidak bersembang, hanya berbalas-balas
kiriman mesej sahaja.
**
Malam
itu, Adriana hanya termenung di sesi katil. Tiba-tiba rasa rindu pada
suaminya sendiri. Lebih-lebih lagi apabila terserempak dengan
suaminya petang tadi. Dia rindukan telatah Faris yang nakal, yang
suka mengusik, yang suka mengambil berat tentang dirinya, yang
bertanggungjawab dan yang naif!! Arghh, dia sudah gila bayang dengan
suami sendiri. Teringat kembali betapa naifnya Faris apabila dia
menyuruh lelaki itu mencari makna blusher di google maps.. Faris,
Faris..
“Hah,
Riana kenapa senyum sorang-sorang ni?” tegur Kak Tasha. Adriana
masih lagi sebilik dengan Kak Tasha semester ini. Alhamdulillah...
“Eh,
takdelah kak. Akak takde kelas malam ni?” soal Adriana mahu menutup
malu sendiri. Kantoi apabila tertangkap sedang senyum seorang diri.
“Haah,
takde kelas malam ni. Hah, kamu jangan nak bohong akak. Mesti ada
sebab kenapa senyum sorang-sorang tu. Teringat dekat cik abe ke?”
soal Kak Tasha tersenyum. Mengerti mood pengantin baru.
“Haha.
Takdelah kak. Sem depan akak dah praktikal kan?” soal Adriana, mahu
menukar topik. Mukanya sudah terasa panas semacam.
“Yup,
sem last... Adriana untunglah dah konvo sem depan. Nanti jangan lupa
akak tau” pesan Kak Tasha.
“Insha
Allah kak, doakanlah Riana takde paper sangkut. Akak pergi umrah ye
cuti sem hari tu?” soal Adriana. Dia memang teringin sangat mahu ke
tanah suci.
“Haah,
akak ada beli sesuatu untuk Riana, untuk Iman pun ada” jawab Kak
Tasha sambil tangannya mengambil tasbih dan kurma dari dalam beg.
“Ishh,
susah-susah je akak ni. Terima kasih tau” balas Adriana, tangannya
mengambil bungkusan yang dihulurkan. “Macam mana pengalaman kat
sana kak?” soal Adriana
“Alhamdulillah,
rasa tenang sangat. Rasa sayu bila melawat makam baginda, rasa hiba
dapat berdoa di hadapan kaabah. Memang rasa lain sangat dik, rasa
tenang sangat” cerita Kak Tasha.
“Ya
Allah, Riana teringin sangat nak pergi sana. Akak doakan Riana eh?”
ujar Adriana.
“Insha
Allah dik, nanti ajaklah Faris” cadang Kak Tasha.
Belum
sempat Adriana menjawab soalan Kak Tasha, telefon bimbitnya berdering
minta diangkat. Tertera nama si pemanggil. Panjang umur suaminya.
Adriana bangun dari katil, menghantar isyarat melalui tangannya
meminta diri sebentar dari Kak Tasha.
“Assalamualaikum”
sapa suara di hujung sana.
“Waalaikumsalam”
balasnya ringkas. Masih berkecil dengan sikap Faris petang tadi.
Agak-agaklah kalau nak berpura sekalipun, takkan tak ingat namanya.
Sadis sungguh!!
“Riana
sihat? Dah makan? Kat mana ni?” soal Faris.
“Alhamdulillah,
sihat.. Dah makan dah, kat kolej ni” jawabnya sepatah-patah. Masih
geram.
“Kenapa
busy ke? Abang ganggu Riana eh?” soal Faris, lain macam sahaja
Adriana malam ni.
“Taklah,
siapalah kita ni. Orang tu bukan nak ingat nama kita pun” jawab
Adriana perlahan.
Faris
sudah tersenyum di hujung sana. Hal itu rupanya, ingatkan masalah
apalah tadi..
“Alala.
Merajuk dengan abang lah ni pasal kes petang tadi? Sorilah sayang..”
pujuk Faris. Sebenarnya dia kekok mahu memujuk Adriana. Dia mana
pernah bercinta sebelum ni.
“Tak
merajuk pun, terasa hati je” jawab Adriana, geramnya mula reda
sedikit mendengar pujukan suaminya. Hati perempuan weh, sekeras kerak
nasi je!!
“Ye,
abang salah. Abang gurau jelah petang tadi. Takkan abang nak lupa
nama isteri abang ni. Saya je pura-pura depan Aqil tadi, nanti dia
ingat abang ni miang pulak. Ingat nama student perempuan je. Jangan
marah eh sayang?” pujuk Faris lagi.
“Abang
dah makan?” soal Adriana pula. Tak sanggup nak merajuk lama-lama.
“Dah
makan dah, umi masak tadi. Riana minggu ni balik rumah eh? Nanti
after abang solat jumaat petang esok, abang ambik kat kolej tau”
ujar Faris. Sudah seminggu mereka berpisah, rasa rindu mula menerpa.
“Insha
Allah abang.. Abang, Riana ada kerja ni, nanti Riana mesej abang”
jawab Adriana.
“Ok
sayang, assalamualaikum” ujar Faris. Faham situasi seorang pelajar.
“Waalaikumsalam”
da mle bibit ske da la dlm ati..bgus2 truskn cnta lps nikah k ag sweet g2
ReplyDeletethanks sis sudi bace n komen =)
Delete