Friday, 8 June 2012

Suami Ekspress 21 (fully entri)


Pagi Ahad itu Adriana dan Faris singgah ke rumah arwah mama dan papa Adriana. Rasa rindu mula menerpa saat Adriana melangkah masuk ke halaman rumah tersebut. Melihat sahaja bunga-bunga yang ditanam mama dulu, sudah menerpa rasa sebak di hati. Ya Allah Kau tabahkanlah hati hambaMu ini.


Adriana melangkah ke arah gazebo yang terletak di luar rumah, di situlah tempat arwah mama dan papanya menghabiskan masa santai mereka bersama. Adriana memerhati sekeliling kawasan rumah, masih tersusun kemas. Mungkin Faris yang membersihkannya.


“Riana, ok tak?” soal Faris apabila dilihatnya gadis itu seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.


“Riana ok je, don't worry lah” balas Adriana.

Sengaja Faris membawa Adriana ke rumah arwah ibu bapa mertuanya. Esok Adriana akan pulang ke universiti. Mujurlah jadual kelas Adriana sama dengan jadual tugasannya pada esok hari, tidak perlulah dia menghantar Adriana pulang ke universiti petang ini.


Tambahan pula awal-awal lagi dia sudah merancang kejutan buat Adriana sempena hari lahir isterinya itu. Dia mahu menyambut dan meraikan isterinya di rumah arwah ibu bapa mertuanya iaitu tempat isterinya dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Moga dia juga dapat menyayangi isterinya dengan penuh kasih sayang dan dapat membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah !! Insha Allah..



Faris membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke rumah banglo dua tingkat itu. Sunyi rasanya rumah sebesar itu tetapi tidak berpenghuni. Dia mengangkat beg dan membawa masuk beg tersebut ke dalam bilik. Lantas dia kembali ke tingkat bawah semula mencari kelibat isterinya. Mahu menemani Adriana dan tidak mahu Adriana terus melayan perasaannya seorang diri.



“Riana..” sapa Faris perlahan.


“Eh abang, nak minum air tak? Abang nak minum air apa?” tanya Adriana.


“Erm, takpelah.. Tadi kan kita baru je minum dekat rumah ummi. Jom kita borak dekat kerusi dulu” ajak Faris sambil menarik perlahan tangan Adriana.


Adriana hanya mengikut langkah Faris. Menuju ke sofa yang terletak di ruang tamu rumah.


“Riana malam ni tak payah masak k? Kita makan kat luar” ajak Faris. Sengaja tidak mahu menyusahkan Adriana, lagi pula awal-awal pagi esok isterinya sudah mahu pulang ke universiti.


“Kenapa nak makan kat luar? Riana masak tak sedap eh?” soal Adriana mula terasa hati.

“Taklah sayang, abang saja nak ajak isteri abang ni makan luar. Mesti penat kan isteri abang ni. Abang nak jadi macam Rasulullah SAW melayan isteri. Doakan abang eh?” pinta Faris tulus.


Adriana terkedu mendengar permintaan Faris. Terharu mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut suaminya. Sungguh Faris pemuda yang melebihkan Allah dan Rasul dalam setiap urusan hidupnya dan sungguh dia mula mencintai suaminya sendiri!!


'Aku mencintaimu kerana agamamu wahai zaujku' bisik hati Adriana.


Teringat pula pesan arwah mamanya dahulu cinta akan lenyap bersama sebab cinta itu sendiri. Jika kita cinta seseorang itu kerana Allah, cinta itu akan abadi kerana Allah itu tak kan lenyap. Tapi jika kita cintakan seseorang itu kerana rupa, rupa akan dimamah usia. Jika kita mencintai seseorang itu kerana harta, harta akan habis. Tapi cintailah seseorang itu kerana Allah. Allahu akhbar!!


“Ishh, mengelamun pulak isteri abang ni. Riana teringin nak makan kat mana malam ni? Abang belanja ok?” pelawa Faris sambil tersenyum.


Adriana mula memikirkan makanan apa yang best, orang nak belanja kan? Hehe.. Erm, agak-agak korang makanan apa yang best eh?


“Hah, Riana nak makan kenny boleh?” pinta Adriana, dah alang-alang orang nak belanja kan?


“Kenny rogers ya? Untuk isteri abang yang comel ni apa pun boleh sayang...” balas Faris. Dia bukanlah suami yang romantik yang mampu menyediakan candle light dinner untuk isterinya. Tapi dia akan berjanji untuk menjaga dan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik untuk isterinya, Insha Allah..


“Sayang, tunggu kejap eh?” ucap Faris, kakinya melangkah ke tingkat atas rumah. Ada sesuatu yang ingin dihadiahkan untuk Adriana.


Adriana hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Erm.. Apa yang Faris nak buat eh? Haishhh.. Bikin hati panasaran sajaa..


Dua minit kemudian, Faris turun kembali. Melangkah laju ke arah Adriana. Tangannya menyembunyikan sesuatu di belakang.


“Rianaa, selamat hari lahir sayang” ucap Faris, mencium sedikit dahi isterinya.


“Hah??” soal Adriana keliru. Hari ni berapa hari bulan??


“Hari ni birthday Riana kan?” soal Faris inginkan kepastian. Rasanya betul hari ini hari lahir isterinya. Dia ingat lagi semasa dia melihat kad pengenalan isterinya tempoh hari.


Adriana sudah telan air liur sendiiri. Haishh, hari lahir sendiri pun dia tak ingat!! Aiyooo.. Jangan hari lahir Faris nanti dia lupa sudah, merajuk pula suaminya nati. Huuhuu


“Bukanlah, hari lahir Riana dah lepaslah abang. Sampai hati tak ingat birthday kita” Adriana pura-pura merajuk. Sengaja ingin menyakat Faris. Gemar melihat wajah naif Faris.Nampak comel je. Hehe...


“Eh, yeke?” soal Faris jujur.


“Yaa abang sayangg” jawab Adriana masih menyembunyikan senyuman. Umpan hampir mengena ni.


“Abang silaplah ni. Sori..” Faris meminta maaf. Habis hadiah ni nak buat apa? Agak-agak boleh simpan untuk next birthday tak?


Adriana sudah tidak mampu menahan tawanya. Innocent sangat muka Faris ni, tak sampai hati nak tipu lebih-lebih.


“Abang, Riana nak mintak maaf”

“Kenapa nak mintak maaf?”


“Sebab Riana kenakan abang, betul hari ni birthday Riana” ujar Adriana mengalah.


“Amboii, nakalnya birthday girl ni” jawab Faris sambil mencubit sedikit pipi isterinya. Geram!!

“Hehe, soriii” Adriana tayang muka simpati.


“Hah, this is for my birthday girl” hulur Faris.


Adriana mengambil hadiah yang dihulurkan. Cantik balutan hadiahnya, mesti isinya pun cantik kan?


“Boleh Riana bukak sekarang?” soal Adriana, masih membelek hadiah yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah yang berwarna pink itu.


Faris hanya menganggukkan kepala, tanda membenarkan. Tersenyum melihat wajah ceria Adriana.



“Terima kasih abang” ujar Adriana. Tersenyum menerima hadiah dari suami, hadiah sebuah novel karya Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Terharu, memang Faris berbeza dari lelaki lain. Mana ada suami yang nak hadiahkan isteri novel islamik karya Ustazah Fatimah Syarha??



“Erm, Riana pejam mata kejap” pinta Faris.


Haishh, siap kena pejam mata pula Faris ni.. Seganlahh...


“Sayang pejam mata, sekejap saja. Kalau tak abang kiss nanti, kita sama-sama dapat pahala” usik Faris nakal.


Adriana terpaksa juga menutup matanya. Merelakan tindakan Faris.


Faris mula memakaikan seutas gelang tangan di tangan Adriana. Nampak cantik gelang yang tersarung di tangan gadis itu.


“Now, open your eyes” ujar Faris.


“Thanks abang. Really appreciate it” ujar Adriana terharu. Faris memang tak romantik, tapi Faris sweet ok!!


“Welcome, semoga Adriana Qistina abang ni dikurniakan iman yang sempurna, akal yang cerdik, tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan beroleh kebahagian dunia dan akhirat” doa Faris tulus.

**


Aqil hanya termenung di balkoni dan memerhati ke arah kenderaan yang bertali arus itu. Kuala Lumpur bagai tidak pernah sunyi dari kesibukan kota. Sengaja dia pulang ke kondominum pemberian papanya.


Hatinya seakan tidak tenteram dan kepalanya runsing memikirkan masalah hati sendiri. Bagaimana hatinya boleh tertarik kepada gadis itu? Kenapa baru sekarang dia perasan gadis itu mempunyai pesonanya sendiri, di saat mereka sama-sama di ambang kemuncak untuk menghabiskan perjuangan mereka di universiti. Sama-sama bergelut dengan peperiksaan tahun akhir yang menentukan masa depan mereka. Apa yang pasti dia ingin memiliki gadis itu sebagai suri hidupnya.


“Adriana Qistina” bibirnya menyebut nama gadis yang mula mencuri hatinya.


Sebaris nama yang cantik secantik empunya diri. Tapi apa yang membuat dia tertarik dengan gadis itu adalah sikap malu dan sikap tegas gadis itu. Adriana tidak mudah didekati oleh lelaki lain. Ibarat ada tembok besar cina yang sengaja dicipta oleh gadis itu kepada sesiapa yang ingin mendampinginya.


Aqil merasakan Adriana ibarat mawar berduri. Cantik tetapi sukar didekati. Prinsip Adriana yang sukar didekati itulah membuatkan dia jatuh hati. Aqil merasakan suatu cabaran untuk dia memiliki gadis seperti itu.


“Adriana saya akan berusaha untuk awak jatuh cinta dengan saya!!” janji Aqil sendiri.


Dia mula menyusun strategi untuk memiliki si gadis. Dia harus berjaya dahulu dalam pelajarannya. Selepas itu barulah dia akan mengikat si gadis.


“Adriana, saya cintakan awak...” bisiknya bersama angin lalu. Moga angin lalu membawa pesanannya kepada si empunya diri.

2 comments:

  1. sibuk arr aqil uh. .
    pape pn faris so sweeet :D

    ReplyDelete
  2. iya...sweet sgt c faris ni..hrp2 aqil cpt tau yg adriana dh kahwin..huhuu

    ReplyDelete