BAB 11
“Aku terima nikahnya
Adriana Qistina binti Nazri dengan mas kahwinnya sepersalinan solat
dan senaskah Al Quran tunai” dengan sekali lafaz sahaja Adriana
kini sah bergelar isteri kepada Faris. Hampir dua bulan berlalu
semenjak peristiwa mereka bertemu di taman rekreasi itu.
Adriana kelihatan ayu dengan
sepersalinan busana muslimah. Dia dan Faris sudah memutuskan bahawa
hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat diadakan. Majlis
persandingan hanya akan diadakan selepas Adriana tamat diploma nanti.
Tambahan pula hanya tinggal seminggu lagi sebelum ibu bapa Adriana
berangkat ke Jepun.
Hanya saudara-mara dan
kenalan rapat sahaja dijemput ke masjlis akad nikah mereka. Adriana
hanya menjemput Kak Tasha dan Iman sahaja di majlis akad nikahnya.
Teringat kembali bagaimana ketika dia menjemput Kak Tasha ke
majlisnya, terkejut sakan Kak Tasha apabila mendapat tahu Adriana
bakal melangsungkan perkahwinannya, dengan pensyarah sendiri pulak
tu.
Tepat jam 11 malam Adriana
masuk ke bilik, sungguh dia sangat letih hari ini. Adriana merebahkan
tubuhnya di katil, melepaskan penat kerana seharian melayan tetamu.
Walaupun hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat pada sebelah
malam, tetapi kepenatan yang dirasakan seperti baru pulang mendaki
gunung sahaja. Dipandangnya katil pengantin yang dihias cantik,
terdapat kelopak bunga mawar merah yang ditabur di atas cadar katil
yang berwarna putih dan unggu lembut itu.
Badannya memang letih
sungguh hari ini, penat melayan saudara-mara dan tetamu jemputan.
Hampir sahaja matanya terlelap, dia terdengar derap kaki seseorang
sedang menaiki tangga. Serta merta badannya tegak berdiri. Gelabah,
dia berjalan ke hulu ke hilir dalam biliknya. Tak senang nak duduk
dah. Alamak, macam manalah dia boleh tinggalkan Faris dekat
sorang-sorang kat bawah. Hatinya sudah berdebar, badannya pula sudah
kaku semacam.
“Aduish, nak buat apa ni?
Takkan nak pura-pura tidur?” ujar Adriana, badannya dah tak senang
duduk. Belum sempat dia melangkah ke katil, tombol pintu sudah
dipulas dari luar. Dengan gelabahnya dia hanya sempat mencapai buku
organic chemistry yang terletak di atas meja. Pura-pura membaca.
“Assalamualaikum” ujar
Faris memberi salam. Dilihatnya Adriana sedang membaca, rajin sangat
budak nih, tapi apa yang peliknya Adriana membaca dengan hanya
disurami lampu tidur yang samar-samar sahaja terangnya. Aishh, nampak
ke membaca dalam gelap?
“Waalaikumsalam” jawab
Adriana, matanya difokuskan memandang buku di tangan. Segan mahu
melihat wajah Faris.
“Hai, rajin study? Cuti
sem pun study jugak ke?” soal Faris tersenyum. Lain macam sahaja
Adriana malam ni, pandang wajahnya pun tak sudi. Jangan-jangan
isterinya gelabah tak?
“Hah? Err.. Emm” jawab
Adriana kaku. Hah, kan dah kantoi. Mana ada orang malam pertama
menghadap buku. Masa cuti semester pulak tu.
“Dah-dah, simpan buku tu.
Abang ada nak bincang sikit dengan Riana ni” ujar Faris.
Abang?? Haish sejak bila
panggilan antara mereka sudah bertukar? Mungkin Faris rasa dia memang
sesuai dipanggil abang agaknya, maklum sahajalah jarak umur mereka
berbeza tujuh tahun!
“Bincang hal apa?” soal
Adriana, buku di tangan ditutup.
“Riana ingat lagi kan
tentang syarat yang abang nak bagitahu Riana lepas kahwin hari tu,
jom duduk kat sofa” ajak Faris sambil tangannya menarik lembut
tangan Adriana. Mak aii sejuknya tangan bini aku ni, macam duduk
dalam peti sejuk.
Adriana hanya mengikut
sahaja langkah Faris menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di hujung
sofa. Sengaja mencipta jarak antara mereka.
“Firstly, abang nak
ucapkan terima kasih sebab Riana sudi terima abang sebagai suami,
tentang syarat-syarat tu, abang harap sangat Riana dapat bagi
kerjasama” ujar Faris mengharap. Matanya memerhati isterinya yang
duduk di hujung sofa. Takut sangat Adriana dengan dia, tudung di
kepala gadis itu pun masih belum ditanggalkan.
'Sepatutnya aku yang
seharusnya berterima kasih kepada Faris kerana sudi menjadi suami
aku. Lelaki seperti Faris sebenarnya berhak mendapat isteri yang jauh
lebih baik dari aku. Dia ada kerjaya, ada rupa, sedangkan aku?' bisik
hati kecil Adriana.
“Adriana, dengar tak apa
yang abang kata ni?” soal Faris apabila dilihatnya gadis itu seakan
berkhayal.
“Hah?? Awak cakap apa?
Sori tak dengar” jawab Adriana.
“Hah, tulah duduk jauh
sangat. Meh duduk dekat sikit dengan abang, kenapa Adriana takut ya?
Takkan abang nak cakap kuat-kuat, nanti orang kat luar tu fikir lain
pulak” usik Faris nakal.
Nak tak nak Adriana mengesot
sedikit punggungnya supaya hampir kedudukannya dengan Faris
sehinggakan bau haruman minyak wangi Faris juga mampu dihidunya.
“Awak cakap apa tadi?” soal Adriana kembali.
“Ok, abang nak bagitahu
Adriana syarat-syarat tu. Ada lima kesemuanya” balas Faris sambil
mengangkat lima jarinya.
“Lima banyaknyaa.. Erm,
apa syaratnya?” tanya Adriana. Amboi lima syarat, dah macam rukun
negara pulak, ada lima..
“Yang pertama, abang nak
Riana jadi makmum abang sepanjang tempoh seminggu kita kahwin ni,
makmum lima waktu sehari semalam. Yang kedua, abang nak Adriana masakan lauk
favourite abang..”
“Eh, lauk favourite awak
apa eh?” potong Adriana sebelum Faris sempat menghabiskan
bicaranya.
“Mana boleh bagitahu”
jawab Faris tersenyum.
Habislah, dah lah aku tak
berapa nak master dalam bab memasak ni, takpe-takpe kalau tak nak
bagitahu lauk favourite. Small matter je tu, boleh tanya umi atau
Irah.
“Hah, yang ketiga. Abang
izinkan Riana tinggal kolej, tapi setiap minggu mesti balik rumah
kita. Yang keempat, abang nak Riana panggil abang dengan panggilan
yang sepatutnya. Dan yang terakhir, abang tak nak ada batas aurat
antara kita” jawab Faris selamba tangannya menanggalkan tudung di
kepala Adriana.
“Awakk, jangan...”
pinta Adriana, tetapi semuanya sudah terlambat. Tudungnya di
kepalanya sudah ditanggalkan. Faris tayang wajah tak bersalah.
“Sori, abang dah
tanggalkan pun. Ok lah abang nak mandi dulu. Badan dah melekit and
lagi satu jangan panggil awak, tak sweetlah, panggil abang” usik
Faris nakal, tangannya sempat mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik
air.
Pagi-pagi lagi Faris sudah
mengejutkan Adriana dari tidur. Adriana menguap kecil, dijelingnya
jam di sisi katil. Baru pukul 5.30 pagi, tangannya laju menarik
kembali selimut.
“Adriana bangunlah, dah
lambat ni, kejap lagi dah nak masuk subuh” kejut Faris, tangannya
menarik kembali selimut yang menutupi badan Adriana.
Lambat apanya, baru pukul
5.30 pagi!! Kat kolej dulu pun aku bangun pukul 6.30 tau, haishh.
Sengaja Adriana menutup matanya rapat-rapat, mahu menyambung tidur
kembali. Dahlah semalam dia sukar melelapkan mata, dekat pukul 3 pagi
baru dia tertidur. Tak selesa mahu tidur sekatil dengan lelaki itu walaupun dia yakin yang Faris takkan melakukan apa-apa kepadanya.
“Adriana, bangunlah.
Riana jangan cabar abang pagi-pagi buta ni, abang ambik air ya?”
ugut Faris geram, lagi dikejut, lagi enak pula gadis itu tidur.
“Yelah-yelah, saya bangun
ni” ujar Adriana, matanya masih lagi belum dibuka, hanya mulutnya
terkumat-kamit, marah lenanya diganggu.
“Riana, abang kira sampai
tiga. Kalau tak bangun lagi siap. Satu, dua, tiga....” kira Faris,
aik budak ni, liat betullah nak bangun. Lantas kakinya melangkah ke
bilik air, mencapai segayung air..
Bussshhh, air dalam gayung
disimbah di atas katil. Habis basah katil, dengan cadar-cadar
pengantin mereka sekali basah. Hatinya puas apabila melihat Adriana
bangun, terbeliak mata gadis itu. Geram barangkali, argghhh peduli
apa dia. Dah kejut baik-baik kan tadi.
“Awaakkkk, habislah basah
saya. Ishh, awak ni!!” marah Adriana, tegak terus badannya berdiri
di sisi katil. Terus segar matanya, haiishh tak sampai sehari kahwin
dah kena simbah dengan air. Memang pengalaman baru baginya.
“Hah, tulahh.. Abang dah
kejut, taknak bangun lagi. See, habis basah cadar, tukar cadar tu
nanti. Haha, nanti mesti mama, umi fikir lain kan? Hahaha” gelak
Faris.
“Awak ni memang..” ujar
Adriana geram. Ishh, dulu takde siapa berani kacau tidur aku tau!!
“Memang apa?? Dah-dah
pergi mandi, jangan lupa tukar cadar tu sekali” arah Faris, kakinya
melangkah ke tempat penyidai sejadah di bilik itu lalu dibentangkan
sejadah untuk dia dan Adriana berjemaah nanti. Syarat yang pertama harus dilaksanakan.
Adriana hanya mampu merengus
geram. Nasib baik Faris tu suami dia. Tangannya sempat mencapai tuala
sebelum berlalu ke bilik air. Takpe-takpe lepas subuh nanti sambung
tidur balik.
Usai sahaja solat subuh
berjemaah mereka pagi itu, pantas tangan Adriana menanggalkan
telekung di kepalanya. Mahu menyambung kembali sisa-sisa kantuknya.
“Eh, eh.. Kenapa dah
tanggal telekung tu? Jom tadarus dulu” ajak Faris, tangannya
mengambil Al Quran yang elok terletak di atas rak.
Tadarus?? Aduihaii,
segannya. Memanglah selama ini dia pernah bertadarus sekali-sekala
dengan Kak Tasha, tapi itu Kak Tasha. Faris ni lelaki, segannya lain
macam sikit. Adriana memakai kembali telekung ke kepala. Tangannya
turut mengambil Al Quran di atas rak. Baru nak plan sambung tidur
balik, hai katil takde jodohlah kita nampaknya.
Faris mula mengalunkan kalam
suci Al Quran itu, memang tak dinafikan sedap suara Faris membaca Al
Quran. Kalah suara Hafiz ketika menyanyi lagu awan nano. Aduuii, otak
dah mula merapu.
“Hah, Adriana. Sambung
ayat yang abang baca ni”
“Err, awak baca jelah.
Saya segan” Adriana menjawab, matanya tidak dialihkan dari
memandang Al Quran di hadapannya, segan..
“Lah, nak segan apanya?
Dah-dah baca je, turn Riana. Abang dengar” putus Faris, nak segan
apanya, dia bukan suruh Adriana menari pun depan dia, suruh baca Al
Quran je pun.
Nak tak nak, Adriana
terpaksa juga membaca Al Quran, mula-mula memang segan. Tapi
lama-lama rasa seronok pula dapat bertadarus dengan suami sendiri.
Alhamdulillah...
**
Sudah dua hari dia bergelar isteri kepada Faris Ar Rayyan. Adriana duduk termenung di
halaman rumah, hari ini dia pulang ke rumah ibu bapa mertuanya. Penat
dia mengorek rahsia dari uminya, apa yang Faris suka, apa yang Faris
tak suka. Sempat jugaklah dia memasak lauk kegemaran suaminya itu. Syarat kedua sudah dilaksanakan. Lauk ketam masak lemak cili api. Memang kecur air liur Faris melihat
masakannya tadi. Sebenarnya, bukan dia yang memasak, dia hanya
menolong uminya memasak. Sempat dia mencatat resepi ibu mertuanya
itu. Mudah jika Faris menyuruh dia memasak lauk kegemaran lelaki itu
nanti.
“Eh, akak buat apa kat
sini sorang-sorang? Along kat mana?” soal Faathirah. Tak sangka
gadis yang terserempak dengannya dulu sudah menjadi kakak iparnya
kini.
“Akak saja ambil angin
petang kat luar ni. Umi pun suka tanam pokok bunga eh? Sama macam
mama akak, tapi akak tak suka bunga. Alah... Along Irah kat atas kot,
tadi dia marking paper. Akak taknak lah kacau dia” tersenyum
Adriana melihat adik iparnya. Comel orangnya, iras-iras wajah abi.
“Haah, umi memang suka
tanam bunga, kadang-kadang Irah tolong jugak umi tanam bunga. Tapi
tak berapa nak menjadi sangatlah tangan Irah ni tanam bunga, tak
secantik pokok bunga yang umi tanam” ujar Faathirah sambil
tersenyum kecil.
“Haha, kira Irah ni
pernah jugaklah tanam bunga, akak tak pernah langsung. Dulu pernah
jugak nak try tolong mama akak, tapi alih-alih merah hidung akak ni,
rasa gatal kat hidung. Rupa-rupanya akak alergik bunga. Kesian kan?
Orang perempuan suka bunga, tapi akak alergik bunga” cerita
Adriana. Dia mula selesa berkongsi cerita dengan adik iparnya itu.
Rasa bertuah apabila berpeluang mempunyai adik walaupun hanya adik
ipar.
“Hehe, macam tu along tak
bolehlah nak kasi akak bunga. Along dekat u garang tak?” soal
Faathirah, matanya masih memandang Adriana, memang tak dinafikan
Adriana memang cantik tanpa sebarang make-up pun. Natural beauty!!
“Kalau nak tahu along
Irah dekat u tu bukannya garang pun, hehe. Tapi tegas sikitlah.
Kenapa dekat rumah dia garang ke?” tanya Adriana kembali, nak jugak
tahu sikap suaminya di rumah.
“Eh, along tu tak
garanglah Kak Riana. Kalau nak tahu Irah yang selalu buli dia. Hehe..
Tapi kalau angah memang garang, maklumlah bekas ketua pengawas”
bisik Faathirah perlahan.
“Hah, Irah mengutuk angah
eh?” soal Furqan, tiba-tiba sahaja muncul pemuda itu.
“Eh, mana ada. Sibuk
jelah angah ni, orang baru nak share-share cerita dengan akak ipar,
ni hal perempuan je lah” marah Faathirah.
“Eh, biarlahh. Angah pun
nak share cerita dengan akak ipar jugak. Hai Riana, sihat? Tak sangka
kau jadi kakak ipar aku” ujar Furqan. Dia hanya panggil Adriana
dengan nama sahaja, lagi pula dia tua setahun dari Adriana.
“Alhamdulillah, sihat.
Kau? Aku lagilah tak sangka ketua pengawas dulu dah jadi adik ipar
aku sekarang. Tulah jodoh namanya” jawab Adriana, sempat pula dia
mengusik Furqan. Walaupun dia dan Furqan tidak rapat di sekolah
dahulu, itu bukan penghalang untuk mereka mengeratkan hubungan
kekeluargaan yang baru terjalin.
“Angah ni memang sentiasa
sihat Kak Riana, tengok jelah perut dia yang semakin ke depan tu,
buncit. Hahaha” usik Faathirah. Dia memang selalu mengusik
abangnya. Tak lengkap hidupnya kalau tidak mengusik abang-abangnya
sehari.
“Ellehh, cakap orang.
Awak tu pun apa kurangnya. Nak tahu tak Riana kalau kau takde kan,
dia makan tiga pinggan pun belum tentu kenyang. Tadi kat meja makan,
dia cover depan kau. Kalau tak, selagi tak licin lauk kat pinggan,
selagi tulah dia melekat kat meja makan tu” balas Furqan, tak mahu
mengalah.
“Haha, korang ni macam
budak-budak” gelak Adriana. Gembira apabila mula merasa
kasih-sayang antara adik beradik, maklumlah dia anak tunggal. Tak
pernah merasa bagaimana hubungan antara adik beradik.
“Hah, angah tipuuu, mana
ada Irah macam tu” ujar Faathirah, bibirnya dimuncungkan. Tanda tak
puas hati.
“Baguslah, tarik muncung
tu panjang-panjang. Boleh buat penyidai baju sampai rumah Kak Auni,
untung umi tak payah nak beli penyidai baju” usik Furqan, masih
mengusik adiknya. Memang kadangkala sikap Faathirah kebudak-budakan.
Almaklumlah anak bongsu.
“Malaslah layan angah ni,
buat sakit hati je. Baik Irah masuk dalam, sembang dengan umi lagi
bagus” Faathirah bangun melangkah masuk ke dalam rumah.
“Furqan, aku masuk dalam
dululah. Dah nak maghrib, kau pun jangan dok kat luar ni lama-lama
sangat” pinta Adriana memohon diri mengikut langkah Faathirah, tak
manis pulak kalau nampak orang hanya tinggal dia dan Furqan sahaja di
luar rumah.
yeahhh..da kwin ske2..mst sgan kn jdoh ngn pnsyarah sdiri hope dorg nti ley bse kn diri wlo pn stdent n lcture sndiri..tkjut la kwn2 adriana nti tw dowg suami isteri kn
ReplyDeletecheknie: thanks awk :D tggu next n3, bila sem bru start, hihihi.. macam manalahh gelagat dorg dlm kelas eh? ngee
ReplyDelete