Friday, 19 October 2012

Suami Ekspress 35


BAB 35

Malam itu, sedang asyik Adriana mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang esok, dia menyambung kembali tugasnya yang tergendala petang tadi, pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Tanpa menoleh ke belakang dia sudah tahu si empunya diri hanya dengan bauan perfume si empunya diri. Lagi pula siapa yang berani memeluk erat dirinya kalau bukan suaminya sendiri. Hishh, ada-ada sahaja Mr. Farisnya itu.

            “Abang… Riana tengah kemas barang ni” tegur Adriana perlahan, mahu menyambung kembali kerja yang tergendala petang tadi.

Faris semakin mengeratkan pelukan di pinggang Adriana, sengaja mahu mengusik isteri solehahnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia seakan-akan tidak mahu berenggang dengan isterinya kini. Seakan-akan ada magnet yang menarik supaya dia selalu di samping isterinya itu. Mungkinkah ini dikatakan manisnya cinta pada yang halal? Cinta selepas nikah, pada jalan yang halal. Kata Pahrol Mohamad Juoi, semakin banyak kemanisan yang kita teguk sebelum bernikah, semakin banyak kepahitan yang terpaksa kita telan selepas bernikah.

            “Abang tahu sayang, nak abang tolong tak?” bisik Faris.

            “Tolong duduk jauh-jauh sikit, sikit je lagi yang Riana tak habis kemas ni” ujar Adriana sambil berusaha merungkaikan pelukan di pinggangnya.

            “As your wish, dear. Tapi jangan lama-lama tau, I have something for you sayang. I’m waiting” jawab Faris mengalah, dirungkaikan pelukan di pinggang isterinya. Kakinya melangkah ke arah katil. Sambil berbaring di katil matanya ralit memerhati wajah Adriana yang bersungguh-sungguh mengemas barang. Comel wajah isterinya, beruntungnya dia memiliki isteri solehah yang sentiasa menjaga aurat dan maruahnya.

            ‘Apa mahar yang diperlukan untuk meminangmu di syurga nanti sayang?’ monolog Faris sendirian sedangkan matanya tidak lepas dari memandang Adriana.

Adriana menelan air liur yang seakan tersekat di tekak, renungan Faris mendebarkan. Dia sengaja berpura-pura tenang sedangkan hati hanya Ilahi yang mengerti. Renungan suami yang mampu membuatkan dia seperti kekurangan oksigen di dalam bilik hotel itu. Awak, please jangan tenung saya macam tu, rasa macam nak tercabut dah jantung ni!! Huuuhuuu..

Faris tersedar apabila tingkah Adriana yang mula gelabah apabila dia merenung isterinya sebegitu. Lantas dia tergelak kecil melihat telatah isterinya. Sikap pemalu isterinya yang menebal itu kadang-kala menyebabkan dia semakin sayang kepada bidadarinya itu.

            ‘Malu itu perisai orang beriman’ bisik hati kecilnya perlahan.

            “Sayang, dah sudah kemas?” soal Faris apabila dilihatnya barang-barang yang tidak tersusun tadi kini sudah tursusun kemas.

            “Dah” Adriana menelan air liur, dia menarik nafas menenangkan hati sendiri.

            “Mari dekat abang..” ajak Faris sambil dikenyitkan matanya. Sengaja mahu mengusik Adriana yang nampak cemas.

Adriana melangkah perlahan menuju ke arah Faris yang sedang berbaring di katil. Sengaja ditundukkan kepalanya memandang karpet, segan dengan renungan suami sendiri.

Faris sudah tergelak kecil. Geli hati melihat telatah Adriana.

            “Sayang, karpet tu lagi handsome dari abang ya?” Faris giat mengusik.

            “Errr….” Adriana kelu sendiri. Mestilah Faris lagi handsome dari karpet merah yang ditenungnya sebentar tadi.

            “Meh, duduk dekat abang” pelawa Faris sambil menarik perlahan tangan Adriana. Dia lantas duduk di atas katil itu.

Adriana akur dengan permintaan Faris, sedar tanggungjawab isteri untuk menghiburkan suami sendiri. Dia tersenyum manis sambil membalas renungan Faris sebentar tadi. Tidak sampai tiga saat, dia kembali melarikan pandangannya. Segan mahu terus membalas renungan Faris.

Faris sudah mengukir senyum, dia masih merenung wajah isterinya. Seakan tidak puas merenung wajah polos itu, seakan ada kuasa yang mahu dia terus menerus merenung wajah isteri kesayangannya itu. Nikmatnya apabila cinta itu sudah halal.

            “Sayang bahagia dengan abang?” soal Faris, sama seperti soalan yang pernah ditanyanya sebelum ini.

            “Bahagia sangat-sangat.. seperti bahagianya Zulaikha di sisi Yusuf” jawab Adriana sambil mengucup perlahan tangan suaminya. Mana mungkin dia tidak bahagia memiliki insan soleh sebagai suami? Insan yang sama-sama berjanji dengannya untuk menuju redha Ilahi dan menggapai syurga Firdausi..

            “Abang pun bahagia dengan Riana seperti bahagianya Ali di sisi puteri Rasulullah” balas Faris.

            “Alhamdulillah, moga ujian bahagia semakin mendekatkan kita dengan Dia” tulus doa Adriana.

            “Insha Allah sayang.. abang ada something untuk sayang. Special for my dear. Hanya untuk bidadari kesayangan abang ni..” balas Faris sempat dikucupnya dahi Adriana. Lantas dia bangun menuju ke meja solek. Mencapai hadiah yang terletak elok di atas meja itu

Adriana terpegun saat melihat Faris mengeluarkan sekotak hadiah dan sekeping kad yang berwarna ungu. Argggghhhh, romantiknya Mr. Faris a.k.a suami solehnya itu.

Faris sudah tersenyum melihat Adriana yang kelihatan terpengun. Bulat terus mata isterinya saat itu, nampak makin comel pula.

Sedang asyik dia menyusun langkah menuju ke arah Adriana, kakinya tersadung karpet merah tadi. Bagai nangka busuk jatuh menyembah bumi dirasakannya ketika badannya jatuh terpelejok di hadapan isterinya sendiri. Malu jangan cakaplah, sudah setebal kamus dewan dirasakan malunya saat ini. Huhu. Masa-masa nak tunjuk macho ni jugak lah dia nak jatuh kan?? Sumpah segan!! Hilang terus suasana romantis sebentar tadi.

Adriana mula panik, Faris jatuh?? Cepat-cepat dia bangun mahu membantu suaminya. Ok ke tak agak suami dia ni?? Mana dia larat mahu menggangkat tubuh sasa suaminya jika kecederaan serius yang dialami suaminya itu..

            ‘Hishhh, apa yang aku merepek ni’ Adriana menepuk perlahan dahinya, bertuah punya isteri!! Suaminya sedang sakit boleh pulak otaknya melayang ke tempat lain, astaghfirullahal a’zim…

            “Abang ok tak?” soal Adriana risau.

Dahi Faris sudah berkerut menahan kesakitan, sakitnya punggung akibat jatuh tadi. Dia cuba mengukir senyum walaupun dia tahu senyumannya hambar saat itu.

Adriana cuba membantu Faris untuk bangun. Kasihan melihat suaminya yang jatuh terduduk sebentar tadi. Haishhh, macam manalah Mr. Faris ni boleh jatuh?? Spoil terus mood ramantis sebentar tadi.. huhu..

            “Abang, are you okay?” tanya Adriana lagi, risau melihat Faris yang masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

Faris melemparkan senyuman, tidak mahu Adriana terlampau panik melihat kondisinya. Sayang juga Adriana dekat dia kan?

            “I’m okay lah sayang. Cuma, punggung ni rasa kebas sikit” bibir Faris masih lagi mengukir senyuman, sudah berkurang sedikit kesakitan yang dialaminya. Alahai, macam manalah dia boleh jatuh?? Huhu.. rasa malunya akibat jatuh tadi melebihi rasa sakit yang dialaminya sebentar tadi.

            “Betul ni??”

            “Betullah sayang..” Faris mencubit perlahan pipi Adriana.

Adriana menghela nafas lega, Alhamdulillah.. sempat pula Faris mencubit pipinya sebentar tadi, petanda yang suaminya benar-benar ok.

            “Sayang, ni untuk sayang.. just for you” Faris mengambil hadiah yang terjatuh sebentar tadi.

            “Thanks abang…”
           
            “Sayang suka?” tanya Faris. tangannya mula bermain-main dengan rambut Adriana.

Gulp!! Alamak mood romantis Faris sudah datang kembali..

            “Mestilah suka, hadiah free kan?” sakat Adriana, lama sudah dia tidak menyakat Faris, selalunya Faris asyik menyakat dia. Mungkin hobi terbaru Faris menyakat dia agaknya.

            “Amboiii, nakal..” balas Faris.

            “Boleh Riana buka sekarang?” pinta Adriana.

            “Boleh Riana…”

Adriana terpegun saat dia membuka hadiah dari Faris. eh, Faris hadiahkan dia bantal peluk? Uniknyaa, jarang suami nak hadiahkan bantal, selalunya orang kasi bunga. Tapi bagi Adriana yang alahan dengan bunga, dia bersyukur Faris tidak menghadiahkan dia bunga, dia memang sejak kecil alahan dengan bunga. Jika perempuan di luar sana lebih mengemari bunga, tetapi tidak dia.

            “Bantal peluk?” soal Adriana, dibeleknya bantal peluk yang bersaiz kecil itu. Cantik, ada gambar kartun lelaki dan perempuan yang ditengah-tengahnya ada love. Unik sekali bantal peluk yang berwarna pink itu.

            “Ha’ah, kenapa? Tak suka? Nak tahu kenapa abang bagi bantal peluk tak?”

            “Mestilah Riana suka, suka sangat-sangat. Kenapa abang?”

            “Sebab, nanti bila Riana dah balik universiti, Riana tidur sorang-sorang kan? Abang takde nak temankan Riana. So, bila rindu bolehlah Riana peluk bantal tu. Tapi kalau abang ada, jangan harap Riana boleh peluk bantal tu” bisik Faris nakal.

Adriana menggaru kepala yang tidak gatal. Eh, kenapa tak boleh nak peluk pulak?? Habis tu hadiah ni nak buat apa? Perhiasan? Huhu..

            “Kenapa tak boleh pulak?” tanya Adriana tidak puas hati.

            “Sebab abang nak Riana peluk abang, bantal tu letak tepi ya sayang” Faris sudah tergelak nakal.

Adriana sudah termalu sendiri. Amboi, nakalnya Faris.. plan baik punya.. cepat-cepat tangan Adriana mencapai kad yang dihadiahkan suaminya sebentar tadi, mahu mengusir malu yang sudah bertandang.

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan sekali,
Tetapi berkali-kali,
Padamu bidadariku..
Aku kasih..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Ketika kau sujud kepada Tuhanmu,
Sewaktu tulus dalam doamu,
Padamu isteri solehahku,
aku terpesona..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan pada wajah,
Pun bukan pada harta,
Tapi pada agama yang ada dalam dirimu,
Aku rindu..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Pada dirimu isteriku,
Terasa tenang  melihat wajahmu,
Apabila kau dan aku bersatu,
Kerana cintakan Dia yang satu..
Aku cinta padamu..

Air mata Adriana menitis perlahan, terharu dengan bait-bait cinta nukilan dari suami sendiri. Aku cinta padamu wahai bidadara syurgaku. I love you my hero!!

7 comments:

  1. serius menitis air mataku ... bait2 cinta terluah oleh suami solehah ... bisakah aku mendapatkan suami solehah membimbingku ke syurga .. bisakah aku mendapatkan imamku dia dunia bersama mengharung dugaan duniawi mengejar cinta ygESA?? (._.)~eida arie~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah, Dia sediakan suami yg soleh utk awk.. jgn berhenti bdoa ya sahabt agar dikurniakan imam yg sempurna iman & ilmu.. doakn nisa jugaa :D

      Tapi....
      mencari yg soleh itu perkara kedua, mensolehahkan diri itu yg utama.. lelaki yg baik utk wanita yg baik kan? itu janji Allah dlm surah An nur :D

      Delete
    2. haha...suami solehah..~coretanku~

      Delete
  2. ~NB~ Subhanallah ...........indahnya bait cinta untuk insan yang telah menjadi halal.... berpayung cinta pada Illahi....Thankss nisa...cerita yg indah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome awk :D cinta ba'da nikah itu lbh indah sebab semuanya tlh halal..

      Kata Ustaz Pahrol mohammad Juoi, semakin banyak kemanisan yg kite teguk sblum nikah smakin byk kepahitan yg terpaksa kita telan selepas nikah.. wallahu'alam :) thanks sudi bace SE, sudi tgglkan komen :D

      Delete
  3. bagusnyer pasangn ni...xtau nk komen pe..terbaik!!

    ReplyDelete
  4. Salam nisa, thanks for the entry. Hilang rasa rindu pada SE nie.. Kalau tak hari2 buka takde new entry.. sedih... Next entry please.. nak senyum2 agi nie..

    ReplyDelete