Thursday, 10 May 2012

Suami Ekspress 6


BAB 6

Pagi itu, usai sahaja solat subuh berjemaah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya, Faris kelihata tergesa-gesa mahu pulang ke rumah kerana dia dia harus segera ke universiti. Hari ini kelasnya bermula pada pukul 8 pagi, sekarang sudah jam 6.30 pagi, walaupun jarak antara Alor Gajah dan Kuala pilah tidak terlalu jauh tetapi mengambil masa hampir sejam juga, nasib baiklah universiti tempat dia mengajar jauh dari kesibukan kota, tidak perlulah dia terlibat dengan kesesakan lalu lintas.


Ketika ingin keluar dari pintu hadapan masjid, hampir sahaja dia melanggar seseorang. Hanya ucapan maaf dituturkan tanpa sempat menoleh kepada empunya badan yang ingin dilanggarnya tadi.

“Maaf, encik. Tak sengaja” ujarnya sambil melajukan langkah untuk keluar dari masjid.

“Eh, ni Faris kan?” tegur suara di belakangnya. Macam dia kenal suara tu, lantas dia berpaling. Ya Allah, kawan Abi rupanya. Arghh tak sopannya dia, meminta maaf tanpa memandang wajah orang yang hampir dilanggarnya tadi, kalaulah abi tahu...

“Ya uncle, maaf tadi hampir terlanggar uncle” jawab Faris sambil tersenyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Encik Nazri menyambut salam anak muda di hadapannya. Dia kagum melihat anak muda di hadapannya, memakai serban. Jarang anak muda sekarang yang ingin mengamalkan sunnah nabi tersebut. “Kelam kabut kamu nampaknya, nak ke mana?” soal Encik Nazri, matanya terus menatap wajah bersih anak temannya itu.

“Saya ada kelas jam 8 pagi nanti, takut tak sempat pula nak ke universiti, itu yang kelam kabut sangat tadi, maaf ye uncle. Saya minta diri dulu. assalamualaikum” balas Faris sambil menghulurkan tangan tanda meminta diri.

Huluran tangan anak muda itu di sambut. “Waalaikumsalam, drive elok-elok, insha Allah sempat sampai sana nanti” jawab Encik Nazri sambil matanya terus memerhati anak muda yang semakin menghilang dari pandangannya.


Sungguh hatinya berkenan dengan peribadi Faris, bertuah sungguh sahabatnya itu dikurniakan anak sesoleh itu, lembut bicaranya, rajin berjemaah di masjid. Kalaulah dia mempunyai anak lelaki, mampukah dia mendidik anak sebaik anak muda itu? Tetiba dia teringat akan puteri tunggalnya, Adriana Qistina. Sayu hati tuanya mahu meninggalkan puterinya keseorangan di Malaysia. Yaahh, tetiba dia mempunyai idea bagaimana mahu menyelesaikan masalahnya, Faris..




Setibanya di rumah, Encik Nazri mengajak isterinya berbual-bual di gazebo rumahnya. Sejak tadi akalnya masih memikirkan mengenai Adriana, dia mahu menjodohkan Adriana dengan anak sahabatnya, Faris. Tujuannya mengajak isterinya berbual-bual adalah untuk meminta pendapat dari isterinya. Tapi apa yang pasti malam nanti dia mahu melakukan solat istikharah, ingin memohon petujuk dariNya.

“Mama, mama ingat tak lagi apa yang Qistina kata hari tu, alah yang dia sanggup kahwin dengan orang lain selain Haikal?” soal Encik Nazri mengingatkan isterinya.

“Ohh, yang itu. Mestilah mama ingat, kenapa papa?” soal Puan Aishah kembali, masih tidak faham maksud apa yang cuba disampaikan oleh suaminya.

Rambutnya diraup beberapa kali sebelum menjawab soalan isterinya, tidak tagu bagaimana cara yang terbaik menyampaikan hasratnya. “Papa rasa papa dah jumpa calon yang sesuai untuk Qistina” ujarnya ringkas, matanya masih menatap wajah isteri dan mengharap agar isterinya akan bersetuju dengan hasratnya.

“Calon untuk Qistina??? maksud papa calon suami?” soal Puan Aishah terkejut. Hatinya tertanya-tanya siapa anak muda yang ingin dijodohkan dengan puterinya.

“Ya mama, anak kawan papa. Mama kenalkan ustaz Fahmi? Suami Hajjah Mardhiah. Papa berkenan sungguh dengan anak mereka. Baik budaknya, rajin ke masjid. Lagipun pensyarah dekat universiti Qistina” terang Encik Nazri panjang lebar, sempat dia memuji anak muda tersebut di hadapan isterinya.

“Qistina dah tahu pasal ni? Kawan papa dah tahu hal ni? Takpe ke kalau pihak kita yang mula dulu? Anak kita kan perempuan, nanti orang kata perigi cari timba pula” soal Puan Aishah risau, bukan dia tidak tahu pandangan masyarakat kini.

“Papa tak bincang lagi dengan Qistina, dengan Ustaz Fahmi pun belum lagi. Papa nak bincang dengan mama dulu. Kalau pasal hal perigi cari timba tu papa rasa bukan masalah, mama dah lupa, Saidatina Khadijah sendiri yang melamar Rasulullah. Kalau jodoh yang baik ada depan mata, papa rasa itu adalah jalan yang terbaik” jawab Encik Nazri.

“Kalau papa rasa ini jalan yang terbaik, mama ikut aje keputusan papa. Tapi nanti papa bincanglah dengan Ustaz Fahmi tu dulu. Nanti mama bagitahu Qistina” jawab Puan Aishah setuju dengan pilihan suaminya.Baginya sudah pasti suami akan memilih lelaki yang betul-betul sesuai untuk membimbing anak mereka kelak.

Tangannya menarik tangan isteri tercinta, tanda berterima kasih kerana memahami dan sentiasa menyokong keputusannya. “Insha Allah mama, nanti papa bincang elok-elok dengan Ustaz Fahmi tu, harapnya mereka setujulah dengan hasrat kita ni” jawab Encik Nazri sambil tersenyum, gembira hasrat hati turut disetujui isterinya.

***

Kelas organic chemistry yang bermula pada pukul 8 pagi itu riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar. Maklumlah pensyarah yang mengajar subjek itu belum masuk ke kelas lagi. Adriana dan Iman hanya memerhati gelagat rakan-rakan mereka, ada yang bernyanyi-nyanyi, ada yang bersembang kuat kalah suara mereka yang berada di pasar, ada yang tidur, tak kurang juga yang membuat hal sendiri. Tidak peduli hingar-bingar suasana dalam kelas itu.

“Eh, manalah Mr. Faris ni? Lambatnya dia masuk kelas, selalunya dialah yang paling awal masuk ke kelas” soal Iman hairan, selalunya awal-awal lagi pensyarah muda itu sudah terpacak di dalam kelas, tapi hari ini lambat pula, dah dekat pukul 8.20 pagi tapi batang hidung pun tak nampak lagi.

Adriana berpaling menghadap temannya itu. Hairan, selalunya bukannya Si Iman ni kisah pun pensyarah masuk lambat ke tak. Kalau kelas cancel lagi Iman suka adalah, sekarang apa dah jadi dengan teman baiknya itu? “Wahhh, semangat nampak nak belajar chemistry?” soal Adriana.

“Ehh, mestilah semangat. Kan chemistry subjek favourite aku, haruslah semangat. He.. he” jawab Iman sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.


“Ye ke?? Ke kau tak sabar nak jumpa Mr. Faris kau tu? Iman, Imann..” balas Adriana. Sebelum ini, takde pulak Si Iman nak excited bila belajar chemistry walaupun chemistry subjek kegemaran mereka berdua.


“Hah, yang nak jumpa Mr. Faris tu pun ye jugak. Hahaha.” jawab Iman sambil ketawa kuat. Iman kalau dah ketawa memang tak reti nak cover. Rakan-rakannya yang lain sudah pula memerhati mereka, mana taknya ketawa Si Iman ni, sampai kelas sebelah pun boleh dengar.


Suasana kelas yang riuh-rendah itu mula sunyi apabila pintu bilik kuliah terbuka dari luar. Pensyarah mereka sudah sampai.

“I'm sorry guys, I'm late” jawab Faris sambil meletakkan beg sandangnya di atas meja.


Faris memerhati wajah-wajah pelajar di hadapannya. Hari ini, kali pertama dia terlewat datang ke kelas. Mana taknya, dari rumahnya hendak ke Kuala Pilah mengambil masa selama satu jam. Pagi dari usai pulang dari solat berjemaah di masjid, perutnya pula meragam. Bukan dia tidak mahu mencari rumah berdekatan dengan universiti, tetapi dia tidak sanggup berjauhan dengan umi dan abinya. Sejak dulu, acapkali dia berjauhan dengan keluarganya. Tinggal di asrama penuh, kemudian melanjutkan pelajaran di universiti. Biarlah sekarang dia menghabiskan masa dengan keluarganya, lagipun melihat wajah orang tua kita, kita akan mendapat pahala. Bukan susah pun nak mendapat pahala bukan?

“Ok class, I have good news for you all” ujar Faris sambil tersenyum.

“Good news? Good news apa sir? Sir nak kahwin ke? Hehe” tanya Haris.

“Kahwin? Taklah, tapi saya harap mulut awak masin nanti. Actually, saya nak awak semua present chapter alkyl halide nanti. Make a group presentation and make sure ade girls and boys dalam group tu. Combine boys and girls okay?” ujar Faris, pelajar di universiti sememangnya diwajibkan membuat presentation tentang sesuatu tajuk, dan dia lebih suka pelajar melakukan presentation secara berkumpulan dan kumpulan tersebut terdiri pelajar lelaki dan perempuan kerana hasil kerja gabungan pelajar lelaki dan perempuan itu adalah yang terbaik. Kebiasannya hasil dari idea dari kedua-dua belah pihak memang bernas. Fitrah manusia, lelaki selalunya berpandangan jauh ke hadapan manakala perempuan teliti hasil kerjanya.

“Okay sir, tapi group tu kitorang yang pilih atau sir yang decide?” soal Aniq pula.

“Group tu awak semua yang decide, empat orang satu group, this presentation will carry 10 percents for your carry marks, do your best and good luck guys. This presentation will do another two weeks on our lecturer class, any question? If no, awak semua boleh pilih ahli kumpulan and send your group members' name. I will give you 10 minutes” terang Faris. Matanya masih memandang wajah-wajah di hadapannya. Tiba di wajah Adriana, dia senyum sendiri. Teringat peristiwa ketika dia terserempak dengan gadis itu ketika berjogging. Dia akui gadis itu mempunyai daya tarikan tersendiri.

“Adriana, awak dah ada group member lelaki tak? Kalau saya nak join group awak and Iman boleh tak?” soal Haris, dia memang meminati gadis manis di hadapannya itu. Gadis yang sukar didekati, cantik tapi ibarat mawar berduri.

“Hah, nak masuk group kitorang ke? Boleh je, nanti saya tanya Iman” jawab Adriana tersenyum, dia memang jarang berbual-bual dengan pelajar lelaki di kelasnya, dia tidak seperti Iman, yang ramah dengan sesiapa pun.

“Kau nak masuk group kitorang ke Riz? Make sure kau buat kerja nanti!” belum sempat lagi Adriana ingin bertanya, Iman dah pun menjawab. Aishh, telinga lintah betul budak ni.

“Okay, thanks korang. Alah kau macam tak kenal pulak, ini Harislah. Of course aku tahu buat kerja aku nanti, erk nanti kalau aku ajak Aqil join group ni sekali boleh?” tanya Haris.

“Apa?? Aq.. Aqil?” tanya Adriana kembali, dia dah telan air liur ni. Alamak, sekali Si Haris ni nak ajak Aqil dah pulak, Adriana memang meminati Aqil sejak dari dulu lagi, tapi minat dalam hati jelah. Dia suka tengok anak muda seperti Aqil, bijak dan berkarisma. Aqil merupakan AJK tertinggi MPP, iaitu Majlis Perwakilan Pelajar di universitinya dan merupakan ahli kelab pidato. Mana mungkin pelajar terkenal seperti Aqil mahu memandangnya, sebab itulah dia hanya mampu meminati Aqil dalam diam. Kira secret admirer lah ni.

“Yelah, Aqil. Dah kau ni kenapa? Jangan kata kau tak kenal Aqil, MPP tu” sampuk Iman pula. Memang Iman tidak tahu yang dia meminati Aqil sejak dari dulu lagi, dia segan hendak berkongsi rasa hatinya dengan gadis itu. Mahu digelakkan dek Iman, memang taklah..

“Eh, aku kenallah dak Aqil tu, ish kau ni pun. Boleh je kalau awak nak ajak Aqil sekali” jawab Adriana. Tangannya mula menulis nama ahli kumpulannya di atas sehelai kertas untuk di serahkan kepada Mr. Faris nanti.

“Ok class, awak semua boleh hantar nama ahli kumpulan awak atas meja ni. Make sure awak buat slides untuk tajuk presentation nanti, saya akan tampal subtopic untuk awak present depan bilik saya nanti. If you have any problem during do your presentation, come and see me” terang Faris. Tangannya sudah mula mengeluarkan pendrive dari dalam beg, bersedia untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka hari itu.






5 comments:

  1. xsabar nk tau reaksi qistina kena kawin ngn pensyarah sndri... ape ye jwapan faris...???

    ReplyDelete
  2. thanks awak sudi bace and komen :D erk tggu sambungannya nt.. hehe :D

    ReplyDelete
  3. Mujahidah Islam6 June 2012 at 08:16

    best nyaa..x sabar nak tunggu..hihi

    ReplyDelete
  4. Assalam.. Fieyta An Nisa.. pertama sekali ako nak ucapkan tahniah kerana berjaya membuahkan satu novel yang amat menarik.. semoga dpt diteruskan segala usaha dengan lebih padu dan memberikan idea2 yang best dan menyentuh hati.. sebelum berakhir ako nak ucapkan terima kasih kerana novel SUAMI EXPRESS ni berjaya menarik ako untuk terus baca dan menunggu sambungan kisah adriana dan faris ni.. :) keep it up k.. wink2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam ako :)
      thanks sudi bace SE, nisa bdk baru blajar..
      kalau salah, tegurlah ye :D

      Delete