Monday, 4 June 2012

Suami Ekspress 19




BAB 19



Adriana menjeling jam di tangan, sudah pukul 2.45 minit petang. Hanya tinggal lima belas minit sahaja lagi sebelum pukul 3 petang tapi bayang Faris pun dia tak nampak lagi. Pagi tadi Faris menghantar kiriman sms menyuruhnya menunggu Faris pada jam 2.30 petang. Tapi kini sudah 15 minit berlalu, bayang lelaki itu masih tidak kelihatan.


Hari ini mereka akan ke rumah Hajjah Mardiyah, bermalam di sana. Suaminya memang menetap di rumah ibu mertuanya jika dia tinggal di kolej. Sunyi katanya mahu tinggal berseorang di rumah peninggalan arwah papanya.


Adriana mengeluh perlahan. Jam di tangan dibeleknya lagi. Merenung jarum saat yang bergerak, sabar menanti kedatangan Faris untuk menjemputnya. Puas menelek jam di tangan, matanya meliar memerhati ke arah pintu masuk kolej, memerhati kenderaan yang berpusu-pusu. Ramai pelajar yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung pada awal-awal semester ni, maklumlah jadual kuliah masih belum padat, assignment pun masih belum bertimbun lagi.


Sedang dia memerhati jalan raya yang mula sesak dengan kenderaan itu, bahunya ditepuk dari belakang.


“Eh, Riana tak balik lagi ke?”


“Iman rupanya, haah.. Faris tak sampai lagi ni. Maybe dia ada hal kot” jawab Adriana memerhati sahabatnya.


“Owhhh, yelah kot. Kejap lagi dia sampailah tu. Aku nak jumpa Kak Tasha jap. Kak Tasha kata minggu depan ada usrah lagi. Nak join tak?” pelawa Iman. Dia sememangnya rajin mengikuti usrah setelah diperkenalkan oleh Kak Tasha.


“Insha Allah, boleh jugak. Aku pun dah lama tak join usrah. Lama tak dengar naqibah bagi tazkirah. Lama tak tadarus sama-sama” ujar Adriana teruja. Matanya memerhati lagi ke arah pintu masuk kolej. Kelihatan kereta Faris memasuki pintu masuk kolej.


“Hah, itu pun suami kau” jawab Iman perlahan.


“Dah sampai pun, naik lenguh kaki aku ni” rungut Adriana sambil mengurut sedikit kakinya.


“Dia ada hal lah tu” balas Iman ringkas. Matanya memerhati kereta Faris yang semakin menghampiri mereka.


Faris keluar dari kereta, matanya memerhati wajah isterinya bersama Iman. Nampak ayu pula isterinya dengan baju kurung berwarna hijau pucuk pisang itu, sedondon pula dengan baju melayu yang dipakainya.


“Haii, Iman... Adriana, sori abang ada hal tadi” sapa Faris. Iman disebelah Adriana juga ditegurnya.


“Haii, sir.. Kesian tau dekat orang tu, lama sangat dia tunggu tadi. Sampai lenguh kaki dia” sakat Iman.


Adriana membesarkan mata, tanda kurang senang dengan usikan Iman. Malu dengan Faris pun ada. Ishh, mak cik sorang ni, memang tak boleh simpan rahsia!! Huuhuuu..


“Eh yeke? Kesiannya dia... Takpe balik nanti abang tolong picit ya? Sorilah tadi abang terserempak dengan rektor. Rektor ajak bersembang kejap, sedar tak sedar dekat setengah jam lebih jugak kitorang borak. Sorii..” Faris mengangkat beg Adriana dan diletak di tempat seat belakang. Tak banyak beg yang dibawa pulang Adriana, hanya 3 beg. Beg baju, beg sandang dan beg lap top.


“Oh, takpelah. Iman ni saja je reka cerita. Takdelah parah mana kaki ni, lenguh sikit je” Adriana menjeling Iman, geram dengan perangai Iman yang kadangkala sukar dikawal itu. Iman hanya tayang riak tak bersalah.


“Haha, aku pulak...” bidas Iman. Hanya tergelak kecil melihat wajah kemerahan Adriana yang sedang marah itu.


“Riana, ada barang tinggal lagi tak? Hah, awak Iman tak balik kampung minggu ni?” soal Faris.
Matanya memerhati sekeliling, takut-takut ada lagi barang Adriana yang tak dimasukannya ke dalam kereta.


“Minggu ni saya malas nak balik sir. Kan baru je seminggu kat sini, biar lama-lama sikit tak balik. Baru rindu nanti, hehe.. ” jawab Iman tersenyum. Lagipun rumahnya takdelah jauh sangat dengan universitinya. Bila-bila sahaja orang tuanya boleh melawat dia.


“Takde dah, tu je barang Riana” jawab Adriana perlahan.


“Kalau macam tu, kita gerak sekaranglah. Takut balik nanti bertembung dengan orang balik kerja” putus Faris.


“Ok, Iman aku balik dululah ye? Kalau ada apa-apa call aku” pinta Adriana, dia menghulurkan tangan.


“Orait, sir drive carefully. Hah, Riana kau jangan nak bantai tidur dalam kereta pulak. Kesian kat suami kau tu” pesan Iman. Haishh, Iman kalau dah bagi nasihat, kemain lagi.. Padahal Iman pun lebih kurang macam dia, pantang masuk kereta. Tidurlah jawabnya...


Faris hanya tersenyum sambil mengangkat tangan tanda meminta diri. Adriana hanya mengikut langkah suaminya masuk ke kereta. Arghhh.... penatnya hari ni. Sorii Iman aku dah pasang niat awal-awal nak tidur dalam kereta balik ni..



Tak sampai lima belas minit perjalanan, Adriana sudah pun lena dalam kereta. Faris hanya menjeling isterinya di sebelah. Haishhh, cepatnya minah ni dah terlelap? Penat sangat ke? Ingin dikejutnya Adriana, tapi tak sampai pula hatinya melihat wajah kepenatan gadis itu. Akhirnya dia hanya memasang cd surah-surah pilihan di keretanya, menghilangkan kebosanan. Sambil-sambil itu mulutnya turut mengalunkan perlahan kalam Allah itu.


**

Malam itu, Faris dengan sukarelanya memasak makan malam di rumah Hajjah Mardhiyah. Walaupun berkali-kali umminya melarang tetapi dia tetap berkeras mahu memasak juadah makan malam mereka. Awal-awal lagi sudah dipesan umminya agar tidak menolongnya di dapur.

Hari ini, dia mahu memasak sayur kailan ikan masin, udang mentega dan sambal sotong. Awal-awal lagi dia sudah search di google resepi masakannya malam itu. Tangannya lincah membasuh sotong dan udang di sinki. Dia bukanlah mahir sangat memasak, tetapi sengaja dia mahu memberi ruang untuk umminya berehat. Lagi pun, dia mahu Adriana merasa air tangannya. Siapa kata isteri je yang patut masak untuk suami?


Sedang asyik dia membasuh sotong dan udang, dia terdengar derap kaki melangkah ke arahnya.


'Ishh, ummi ni kan dah tak kasi masuk dapur tadi' gumam hatinya, tangannya masih membasuh sotong dan udang di sinki. Malas mahu menoleh melihat siapa gerangan yang menghampirinya, dia yakin umminya.. Takut sangat dapur ni terbakar agaknya.. Hehe...


Adriana hanya melihat Faris yang membasuh sotong dan udang di sinki. Dia memandang Faris dari atas ke bawah. Tersenyum sendiri melihat gelagat Faris yang nampak cekap di dapur. Apa yang mengeletek hatinya adalah apron berwarna pink yang tersarung ditubuh suaminya. Eiii, girlish sungguh mamat ni!!


“Abang!!” sergahnya dari belakang.


“Eh pocot udang terbang” latah Faris terperanjat. Langsung terpelanting udang di tangannya.


“Hahaha, melatah rupanya Mr. Faris ni.. Aiyoo” Adriana tergelak kuat, haishh melatah jugak mamat ni. Berjangkit dengan tok ummi ke apa? Alahaii cucu tok mi....


“Hah, suka pulak dia... Ishhh, Riana ni, terperanjat abang tau” omel Faris. Geram melihat tawa yang terlepas dari bibir isterinya. Takpe-takpe!!


“Opppsss, sori.. Tak sangka pulak yang abang ni melatah, abang nak masak apa?” soal Adriana masih menyembunyikan senyumannya. Takut suaminya kecil hati pula jika dia terus mentertawakan lelaki itu. Sensitif jugak mamat ni..


“Masak udang, sotong and sayur je. Kenapa tak duduk je kat depan dengan ummi? Biar hari ni abang yang jadi chef” balas Faris menyambung kembali kerjanya.


“Malaslah, saja nak tengok suami Riana ni. By the way, abang nampak 'comel' bila pakai apron dari pakai blazer” sakat Adriana lagi. Memang nampak 'comel' sangat dah suaminya memakai apron pink. Hehe..


“Eh, nampak comel ke?” soal Faris lurus. Masih tidak dapat menangkap maksud tersirat Adriana.


“Haah, err abang nak suruh Riana apa-apa tak?” soal Adriana, masih lagi tersenyum. Faris ni orang puji dengan perli pun tak tahu nak bezakan. Aishhh....


“Tolong, siangkan sayur tu, kalau rajin talong kupaskan bawang sekali” arah Faris. Hah, nak tolong sangat kan? Hehe..


“Ok” ringkas Adriana menjawab, tangannya pantas mengambil pisau.


Mata Adriana sudah mula pedih. Dia memang alah kalau bab-bab kupas bawang ni. Hidungnya pula sudah memerah, ishh... Dah macam orang menangis dah rupanya!! Itulah dulu tak nak praktis lagi, haiyaa!!


Faris hanya melihat Adriana mengupas bawang, terkial-kial gadis itu apabila dilihatnya gadis itu asyik menggosok matanya. Barangkali pedih mengupas bawang. Alahaiii isteri abang sorang ni..


“Sedih sangat ke abang suruh kupas bawang ni?” sakat Faris. Matanya memerhati wajah isterinya, muka merah, hidung merah, dah macam bawang merah pula...


“Eh, tak lah sedih sangat. Sadis je” balas Adriana tidak mahu mengalah. Bawang ni pun satu, cuba bagi kerjasama sikit.. Wahai Encik Bawang, tolong beri kerjasama anda!! Yuhuuu..


“Haha, tak pelah.. Meh abang tolong” ucap Faris, tangannya sudah mengambil pisau di tangan Adriana.


Faathirah melangkah masuk ke ruang dapur. Mahu memeriksa keadaan dapur, mana tahu terbakar ke, meletup ke dapur umminya. Dia jugak yanga haru nanti. Maklumlah abangnya bukannya mahir sangat memasak.


Dari jauh dia dapat melihat Faris dan Adriana sedang duduk di meja makan. Wajah Adriana yang kemerahan itu menarik perhatiannya. Menangiskah Adriana?


“Along, kenapa dengan Kak Riana? Along buli eh?” tanya Faathirah prihatin.


“Eh, taklah.. Memandai je Irah ni. Ni yang datang dapur kenapa? Dah lapar ke?” balas Faris.


“Tak lapar lagilah, saja nak check dapur ummi ni ok lagi tak” jawab Faathirah selamba.


Faris pantas menghidupkan api di dapur gas. Mula memasak, nanti kalau dilayan sangat Faathirah ni, memang tak makanlah mereka malam ni. Tangannya lincah memasukkan bahan-bahan ke kuali mengikut resepi yang dicari di internet.


Faathirah hanya melihat abangnya yang cekap memasak di dapur. Dia hanya tolong tengok sahaja. Hehe.. Tiba-tiba pandangannya terhenti. Apron pink ummi along pakai?


“Hahaha, kelakarlah along pakai apron ummi. Nampak girlish sangat” gelak Faathirah kuat.


“Kelakar ke? Bukan comel?? Owhhh, maknanya Riana kenakan abanglah tadi” marah Faris.


“Hehe” Adriana hanya mampu tayang riak tak bersalahnya. Haishh, Faris... Faris.....

5 comments:

  1. best glerrr citer ni... cpt2 la smbg lg... xsbr nk bce

    ReplyDelete
  2. cute ^_^ hahahahahaha naka lagi hahahaahahaha comel sgt .....

    ReplyDelete
  3. ala2 ciap pkai apron pink ag mmg nmpak girlish la kn..

    ReplyDelete
  4. thanks sudi bace n komen :D

    ReplyDelete
  5. comelnyer la faris ni...hehehe

    ReplyDelete