Tuesday, 20 August 2013

Penghijrahan Cinta 19


Pejam celik, pejam celik sudah dua minggu perkahwinan Humaira dan Wafiq dan semalam mereka sudah pulang dari honeymoon di Langkawi. Saat ini masih lagi terasa kehangatan bulan madu mereka. Saat romantis mereka ketika melihat matahari terbenam di atas cable car dan ketika bergambar di Dataran Lang. Paling Humaira tak dapat lupakan ialah saat makan malam romantis mereka di tepi Pantai Chenang. Simple tapi penuh dengan mood romantis. Hanya mereka berdua. Wafiq melayannya bagaikan seorang puteri. Ohh indahnya saat cinta hangat membara di dalam jiwa!

Dan esok pula Humaira dan Wafiq sama-sama akan memulakan semester baru. Wafiq dengan latihan industrinya dan Humaira dengan kuliahnya. Pasti selepas ini mereka akan sibuk dengan tugasan masing-masing.

Humaira sedang ralit mengemas beg kuliahnya. Bagus tak? Esok start kuliah hari ni baru menggelabah susun barang nak ke kuliah? Huhu..

“Maira, buat apa tu? Macam busy je?” soal Wafiq. Pelik tengok Humaira ke hulu ke hilir mencari sesuatu.

“Tengah memasak.” Hah dah keluar dah loyar buruk dia! Opkoslah tengah mengemas, adoii Wafiq ni.

“Haipp! Loyar buruk!” Kata Wafiq, langkahnya diatur menuju ke katil.

“Haha, mestilah Maira tengah kemas barang. Esok kan dah start kuliah..” Ujar Humaira, kali ini dia lebih serius.

“Esok dah start kuliah ke? Allah, abang lupa!” Wafiq sudah tepuk dahi. Boleh pulak dia lupa esok dah start new semester!

Humaira geleng kepala laju-laju. Aduhai Suamiku!

“Abang dah prepare barang untuk praktikal esok tak? Fail dah check?” Soal Humaira prihatin.

“Belum lagi yang!” Jawab Wafiq, hah dengan dia ikut menggelabah kemas barang. Tadi relaks sangat!

“Nanti Maira iron kan baju abang. Good luck for your practical tomorrow!” Humaira menitipkan semangat.

“Thanks sayang. Abang nak call Hafiz jap” balas Wafiq. Walaupun berbeza tempat praktikal mereka, tapi dia harus menghubungi sahabat karibnya itu.

“Okay.” Jawab Humaira ringkas.

Dia mula beralih ke arah wardrobe yang terletak di penjuru bilik. Humaira mengeluarkan kemeja ungu lembut dan seluar slack berwarna hitam. Diambilnya pula jubah berwarna ungu dan tudung labuh berwarna senada dengan jubahnya. Sengaja dipilih warna yang sedondon dengan Wafiq untuk esok hari.

Sambil-sambil menggosok pakaian dia mula bernyanyi kecil. Sungguh kehidupan sebagai seorang isteri banyak merubah hidupnya yang dulu. Kini dia lebih tenang, lebih bahagia.

“Maira, Hafiz kirim salam.” ujar Wafiq.

Dipandangnya tingkah Humaira yang ralit menggosok baju. Terasa hidupnya kini lebih tersusun. Ada isteri yang sudi menguruskan diri, ada teman yang sudi berkongsi cerita bersama.

“Waalaikumsalam. Hafiz yang best friend abang tu kan?” soal Humaira ingin tahu. Bibirnya menutur soalan tapi fokusnya masih lagi pada baju yang sedang digosok.

“Haah. Best friend yang paling banyak nasihatkan abang, yang selalu share cerita dengan abang.” Cerita Wafiq, teringat pula dia pada susuk tubuh teman akrabnya itu.

“Ohh. So, dia tahu cerita tentang kita?” Soalan lain pula yang dilontarkan Humaira.

“Tahu...” balas Wafiq ringkas.

Humaira mengagguk kepalanya. Dia faham kondisi suaminya kerana dia juga punya teman rapat. Teman rapat untuk dikongsi cerita bersama, teman seperjuangan yang banyak mentarbiyah diri.

“Abang, dah settle prepare barang untuk esok? Kemeja ni ok tak?” tanya Humaira. Tangannya mengangkat baju kemeja ungu yang sudah digosok sebentar tadi.

“Err, not yet! Nice kemeja tu, pandai Maira pilih.” Puji Wafiq. Dia mula melangkah ke arah meja komputer, mengemaskan apa yang patut dibawa untuk hari esok.

Sedang asyik mengemaskan kertas-kertas yang sedikit berselerak untuk dimasukkan ke dalam fail, tangannya terlanggar sesuatu. Cepat-cepat diambilnya diari pink Humaira yang jatuh sebentar tadi.

“Apa yang jatuh tu?” soal Humaira ingin tahu. Tapi matanya masih lagi fokus di atas iron board.

“Err.. nothing, just buku abang je” bohong Wafiq sambil tangannya mengesat peluh di dahi. Cepat-cepat disimpannya kembali ke dalam laci lantas dikuncinya laci tersebut.

'Macam mana aku boleh lupa simpan diari ni?' bisik hatinya sendiri. Nasib baik Humaira tak menyedari kehadiran diari tersebut. Mesti diari itu tertinggal semasa dia berkemas balik dari Langkawi semalam.

“Alhamdulillah, siap!” jerit Humaira girang.

Wafiq tersengih menutup gugup di hati. Humaira ni sentiasa happy. Apa yang dirisaukan ialah jika rahsia ini terbongkar masih adakah lagi senyuman Humaira untuknya? Atau Humaira akan menjauh pergi dari dia kerana berasa dirinya dikhianati suami sendiri?

“Sayang. Jom duduk dekat ruang tamu kejap.” Ajak Wafiq.

Humaira mengangguk laju.

“Kejap.” respon Humaira ringkas.

Wafiq tersenyum sebelum berlalu ke ruang tamu. Patutkah dia berterus terang dengan Humaira mengenai diari gadis itu yang dibaca tanpa izin? Bolehkah Humaira menerima dirinya apabila rahsia itu terbongkar? Marahkah Humaira apabila merasakan dirinya dikhianati?

“Lah, kenapa abang tak bukak tv? Malam ni ada rancangan Semanis Kurma tau! Favourite Maira dengan Syu ni.” Humaira berlalu sambil membuka televisyen.

Walaupun rumah sewanya itu tidaklah sebesar rumah mama Wafiq dan rumah ibunya di kampung, tetapi memadailah buat dia dan Wafiq menyemai cinta bersama. Rumah yang sederhana besar, lagi pula rumah tersebut tidak jauh dari universitinya dan tempat Wafiq praktikal.

“Semanis Kurma? Maira rajin tengok ke dulu?” Soal Wafiq. Dia mana layan sangat tv ni, dia selalu dengan lap-top. Tak sebab assignment, sebab game!

“Semanis Kurma ni rancangan yang banyak share tentang ilmu rumah tangga. Rugi kalau tak tengok! Dulu selalu jugak layan rancangan ni.” Cerita Humaira bersungguh-sungguh.

“Ohhh..” mulut Wafiq sudah terbuka luas mengiakan bicara Humaira. Hari tu Humaira ajak teman tengok rancangan memasak, hari ni tengok rancangan Semanis Kurma. Agak-agak dia lelap lagi tak hari ni? Dia memang pantang sikit tengok tv ni, asyik nak terlelap je memanjang!

“Abang, hari tetamu rancangan ni Imam Muda Asyraf! Wahhh topik pun best ni. 'Kahwin Muda VS Belajar'. Macam kena pulak dengan diri kita ni.” Ucap Humaira teruja. Matanya tertacap pada televisyen.

“Comelnya zaujah Imam Muda Asyraf!” bibir Humaira terus berceloteh.

Wafiq pandang wajah Humaira dari sisi. Melihat riak ceria dan teruja Humaira mematikan terus tingkahnya mahu berterus terang tentang diari Humaira yang diambil tanpa izin. Rasa tak sampai hati mahu membunuh riak ceria di wajah Humaira.

“Zaujah abang lagi comel. Menenangkan, sejuk mata memandang.” Luah Wafiq meraikan. Dia bukan mahu membandingkan cuma mahu meraikan isteri sendiri. Wajib bagi setiap suami meraikan isterinya sendiri walau sekecil-kecil perkara kerana hakikatnya manusia itu memang suka diraikan.

Humaira sudah tertunduk malu. Kebas mukanya serta-merta!

“Ehem.. kata nak tengok tv.” Dehem Wafiq apabila dilihatnya Humaira masih lagi menunduk malu.

Humaira angkat wajah tapi dihalakan terus ke televisyen. Tak berani nak menatap wajah Wafiq. Wafiq kalau bab-bab mengusik dia memang juara! Dulu sebelum kahwin tingkahnya tidaklah semalu ini dengan Wafiq. Pantang berjumpa pasti bergaduh. Tapi sekarang lain pula ceritanya. Ada masa dia membalas dan ada masa dia hanya mampu tertunduk malu! Hairan bukan? Mana perginya Humaira yang brutal dahulu?

“Sayang, macam biasa boleh?” Tanya Wafiq.

Humaira angkat kening.

“Apa yang macam biasa?” Soal Humaira tak faham dengan permintaan Wafiq sebentar tadi.

“Pinjam riba...” Wafiq sudah tayang wajah seposen.

“Nak tidur ke? Kalau nak tidur masuklah dalam. Maira boleh tengok sorang.” Jawab Humaira jujur.

“Abang nak baring kat sini kejap. Boleh eh sayang?” Pinta Wafiq lagi.

“Oklah Encik Abe Sayang” ujar Humaira sambil tersenyum. Merelakan permintaan Wafiq.

Thanks..” balas Wafiq ceria.

Letak kepala saja di riba Humaira, matanya sudah layu. Rasanya riba Humaira ni macam riba mamanya. The best 'pillow' in the world!

Humaira hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Wafiq. Setiap hari ada saja perkara baru yang dia tahu mengenai Wafiq. Hari ini dia tahu perangai suaminya yang satu ini. Pantang tengok tv, mulalah cari port yang best untuk landing. Nasib baik sayang! Hehe..

Dalam diam tangannya mengusap lembut rambut lebat milik suaminya. Matanya yang tadi fokus menghadap televisyen mula beralih arah, meneroka segenap inci wajah suaminya. Dari kening yang terletak elok beralih pula mata yang sedang terpejam rapat itu. Seterusnya pada hidung yang sederhana mancung dan berakhir pada bibir yang sedang tersenyum itu. Bibir yang sedang tersenyum? Jangan-jangan...

“Dah habis tengok muka abang?” Tanya Wafiq, mata yang tadi terpejam kini terbuka luas.

Terus terhenti tangan Humaira dari mengusap rambut Wafiq. Cepat saja dia bangkit dari sofa, tindakan refleks apabila menggelabah! Air liur sendiri bagaikan tersekat di kerongkong.

“Adoi, sakitlah!” aduh Wafiq, sakit kepalanya.

“Err.. err... abang kata nak tidur.” Ujar Humaira gugup. Mahu tak gugup, dia ter'tangkap' ketika ralit merenung wajah Wafiq!

“Tiba-tiba tak jadi tidur dah. Rasa segar pulak.” Wafiq sudah tersengih nakal. Kelakar pulak tengok wajah gelabah Humaira.

“Maira, masuk dulu!” Pinta Humaira menggelabah. Hah, lantaklah apa nak jadi pun jadilah! Langkah diatur laju menuju ke bilik.

“Yang nak ke mana?” soal Wafiq pelik.

“Masuk biliklah!” laju jawapan dari Humaira.

“Bilik kita sebelah sana.” Kata Wafiq sambil tangannya menunjuk arah bilik yang terletak di sebelah kanan.

Humaira angkat muka, langkahnya terhenti di muka pintu.

“Err...” bicaranya bertambah gugup. Sekali salah masuk bilik pulak dah. Ini bilik kerja! Aduiii, malunyaaaa!

“Haha..” Tawa Wafiq terletus kuat.

“Humaira.. Humaira...” Wafiq geleng kepala dua tiga kali.

Senyumannya masih menguntum di bibir mengenang sikap gelabah isterinya. Hilang terus kantuknya! Last-last rancangan Semanis Kurma entah ke mana, Humaira entah ke mana... Hehe.. Dan dia pulak yang tercongok depan tv sorang-sorang!


Humaira bingkas bangun pagi itu. Paginya sedikit ceria dan bersemangat. Hari pertama memulakan kuliah dengan status yang baru. Ya, status sebagai isteri kepada Wafiq Rizqi. Wajah Wafiq yang masih lena dipandang lama. Apabila teringat insiden semalam, perasaan malunya datang lagi. Habis terus mood dia hendak menonton televisyen semalam.

Dia mengatur langkah ke jendela bilik. Membuka tingkap lalu membiarkan angin pagi menerobos masuk ke kamarnya. Lenanya Wafiq tidur, wajah polosnya ketika tidur persis seperti bayi. Humaira melangkah ke luar bilik, mahu membersihkan diri sekaligus ber'dating' dengan Pencipta-Nya.
Ingin dipohonnya maghfirah atas dosa-dosa semalam.

Usai solat sunat tahajjud dan taubat, Humaira melazimi lidahnya dengan beristighfar dan berzikir. Hatinya lebih tenang tika itu. Bertemu dengan Penciptanya pada pagi sunyi itu di saat manusia lain masih enak dibuai mimpi. Hanya dia dan Ilahi. Masa-masa seperti itulah yang digunakan Humaira sebaik mungkin untuk mengadu segala suka, dukanya kepada Ilahi.

'Ya Rabb, hamba-Mu ini datang menghadap-Mu, memohon magfirah-Mu dan mengharap keredhaan-Mu. Hamba-Mu yang hina ini sujud kepada-Mu. Ya Tuhan yang Maha Pengampun, sungguh dosaku bagaikan pepasir di pantai. Sungguh khilafku bagai bintang di langit malam. Kau Ampunilah aku Ya Rabb. Sungguh diri ini lemah tanpa-Mu, diri ini hina tanpa hidayah-Mu, diri ini cela tanpa rahmat-Mu, diri ini rugi tanpa maghfirah-Mu.' Sebak hatinya membaca doa. Dibiarkan saja air mata yang kian mencurah jatuh.

'Maka Kau ampunilah segala dosa dan khilafku kelmarin, hari ini dan akan datang. Kau kukuhlah hati ini pada jalan-Mu, Kau tuluskan niat ini pada agama-Mu. Andai aku jatuh dalam mehnah dan ujian ini, Kau tariklah aku kembali pada jalan-Mu. Andai aku tersungkur dalam mujahadahku, Kau pimpinlah aku kembali dengan kasih sayang-Mu. Andai aku lalai dengan nikmat dunia-Mu, Kau dididiklah aku dengan rahmat-Mu.' Sambung Humaira lagi. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis.

'Ya Rahim.. jika Wafiq Rizqi yang terbaik untuk agama dan keturunanku, maka Kau campakanlah rasa cinta ini kepadanya selagi rasa cinta sesama manusia ini tak membawa aku pergi jauh dari-Mu, sungguh kadangkala aku lemah dengan cinta manusia. Aku takut aku tersungkur lagi hanya kerana cinta manusia. Aku tak kuat Ya Rabb! Maka Kau tautkanlah hati-hati kami dengan mahabbah fillah. Jadikanlah cinta kami teguh sepertimana cinta Muhammad dan Khadijah, cinta Yusuf dan Zulaikha, cinta Sulaiman dan Balkis. Tanamkanlah dalam diri kami cinta kerana-Mu, cinta kerana agama-Mu.” Doa Humaira lagi. Dia memandang wajah Wafiq yang masih lena dengan penuh kasih sayang. Diraup tangannya ke wajah mengaminkan doanya sebentar tadi. Air mata yang masih mengalir di kesat laju.

Humaira melangkah perlahan ke katil. Dijeling sekilas jam di dinding, baru menginjak ke angka lima pagi. Lenanya Wafiq tidur. Pasti lelaki itu tidak punya masalah. Pasti lelaki itu tak punya kenangan silam yang memeritkan seperti dia.

Andai rahsia itu terbongkar, sudikah lagi Wafiq menerima dirinya? Menerima Humaira yang baru dan melupakan Humaira yang lama? Masih tinggikah lagi maruahnya buat lelaki sebaik Wafiq? Masih diraikan atau tidak dirinya?

Humaira mengeluh berat. Dia redha. Dia tahu dia masih punya Allah jika cinta sesama manusia bukan miliknya lagi nanti.

“Abang, bangun..” Kejut Humaira perlahan.

“Emmm...” Wafiq bergerak sedikit.

“Nak qiam tak?” Soal Humaira.

“Emm...” makin ditarik selimut di badan.

Humaira menggeleng kepalanya perlahan.

“Betul tak nak bangun ni?” Tanya Humaira lagi.

“Kejut abang pukul enam.” Serak-serak basah suara Wafiq membalas. Dia kembali menyambung lenanya.

Humaira hanya mampu menggeleng kepala. Penat sangatlah tu. Dibiarkan saja Wafiq dengan lenanya, lantas dia mencapai al-Quran kecil di atas meja.

Al-Quran yang dipegangnya kini adalah hadiah pemberian arwah abah ketika dia cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Humaira mencium lama al-Quran tersebut, terubat seketika rindu yang mula bertamu. Ahh sungguh dia rindukan arwah abahnya!

Dengan lafaz basmallah, dia mula mengalun bacaan al-Quran. Pahala membaca al-Quran ini disedekahkan untuk arwah abahnya.

“Abah, Mia tak sempat nak balas jasa abah. Mia tak sempat nak mintak maaf dengan abah. Mia banyak dosa. Maafkan Mia, abah...” bisik hatinya sayu.

Selesai membaca al-Quran, Humaira mula membuka tabnya. Dia mahu online sebentar sementara menunggu masuknya waktu solat subuh. Dimasukkan email dan password sebelum log in ke account facebook miliknya. Lamanya tak online! Notification yang terletak di sudut kiri dibukanya satu persatu. Pelbagai ucapan tahniah menerjah ruangan wall facebook miliknya.

Selesai sahaja check notification facebook, tangannya beralih pula memeriksa inbox message di facebook. Ada tiga pesanan dan salah satunya daripada Syuhada, sahabat akrabnya di universiti.

“Assalamualaikum Maira, jujur aku tengah buntu sekarang. Asif jiddan jika mesej ni menganggu kau. Aku dirisik Maira! Dengan anak sahabat karib ummi. Sungguh aku keliru! Sama ada ingin menolak atau tidak. Dia syabab yang aku tak kenal budi pekertinya, yang tak pernah aku lihat wajahnya! Hanya sepotong nama miliknya yang aku tahu. SYAFIQ itu nama syabab tersebut. Hanya itu yang aku tahu tentang dia!”

Menggigil tangan Humaira apabila membaca sepotong nama tersebut. SYAFIQ. Sungguh dia trauma dengan sepotong nama itu! Mungkinkah Syafiq yang dia kenal orang yang sama dengan pemuda yang merisik Syuhada? Terus diletakkan tabnya ke tepi, bukan setakat Syuhada yang buntu malah dia juga turut hilang arah!

Humaira meraup wajahnya berkali-kali. Dia jadi gelisah sendiri. Sedang dia melayan fikirannya, azan subuh mula berkumandang menghilang resah hati yang kian bertamu. Allah..

No comments:

Post a Comment