BAB 17
Hari ini hari pertama kuliah Adriana bagi semester ini. Sedar tak sedar hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum dia menamatkan pengajiannya di peringkat diploma ini. Kelasnya pagi ini akan bermula pada jam 11 pagi nanti.
Adriana hanya duduk termenung di tepi tingkap biliknya. Memerhati kehijauan hutan yang menghadap biliknya. UiTMnya memang terletak jauh dari kesibukan kota, dikelilingi hutan. Walaupun sudah hampir jam 10 pagi, tetapi kesejukan pagi masih terasa. Adriana menghitung pula masa-masa lalunya, begitu pantas masa berlalu. Sudah hampir dua bulan usia perkahwinannya dah hampir dua bulan jugalah mama dan papanya meninggalkan dia. Tiba-tiba dia teringatkan suaminya, bagaimanna agaknya keadaan lelaki itu? Maklumlah kali pertama berpisah semenjak mereka mendirikan rumahtangga. Dia teringat kembali perbualannya dan Faris pada malam sebelum dia pulang ke universiti.
Malam itu sesudah mereka makan malam bersama, makan malam yang sangat simple iaitu ikan goreng dan tom yam campur. Akhirnya dia berjaya juga masak lauk untuk suaminya.
“Abang, ok tak lauk tadi? Ke ada yang kurang?” soal Adriana risau. Dia bukannya master sangat dalam bab memasak ni, selesaikan soalan calculus pun rasanya lagi senang!!
“Ok, sedap je.. Pandai isteri abang ni masak, dah boleh jadi chef dah ni” jawab Faris sambil mengusap perlahan kepala isterinya, sudah terbiasa mengusap kepala adiknya, Faathirah.
“Betul ni??” soal Adriana tak percaya. Dia perasaan mimik wajah suaminya ketika makan tadi, macam orang dipaksa makan ubat.
“Betullah sayangg” ujar Faris, sengaja ditekannya perkataan sayang itu.
Adriana bangun, duduk menghadap Faris. Mencari kejujuran pada anak mata suaminya. “Abang, Riana tak kisahlah. Baik abang jujur je, Riana ni open minded lah. Tak sedap eh lauk yang Riana masak tadi?” soal Adrian, masih belum berpuas hati dengan jawapan suaminya sebentar tadi. Dia yakin, suaminya sengaja ingin menjaga hatinya.
“Eh, sedap je masakan Riana, tapi kalau kurangkan lagi masam tom yam tu lagi sedap” ujar Faris sambil tersenyum.
“Hah, Riana dah agak dah. Masam eh tom yam tadi? Lain kali Riana akan kurangkan masam tom yam tu. Don't worry lah, Riana open minded lah. Kalau abang nak tegur, tegur je ok? Abang, Riana ada something nak tanya abang” soal Adriana.
“Ok. Soalan apa Riana? Jangan kata Riana nak tanya abang soalanorganic chemistry masa-masa cuti semester ni” jawab Faris. Adriana ni bukan boleh percaya sangat.
“Haha, abang ni. Agak-agaklah kalau Riana nak tanya soalan organic pulak, of courselah bukan. Ishhh, abang ni pun. Kenapa eh abang sanggup nak terima permintaan papa? Sedangkan kita tak pernah kenal pun. Mustahillah abang takde awek” soal Adriana jujur. Dia pelik orang sekacak dan sebaik Faris memilih dirinya.
“Riana pernah dengar cinta ba'da nikah? Cinta selepas kahwin? Abang memang dah berazam dalam diri abang sendiri yang abang nak bercinta selepas kahwin. Pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris tenang.
Adriana terkedu mendengar jawapan dari mulut Faris, tak sangka masih wujud lagi pemuda seperti Faris. “Ohhh, maknanya abang tak pernah bercintalah ni?” soal Adriana lagi.
“Siapa kata, abang tak pernah bercinta? Sekarang ni abang tengah bercintalah. Cinta ba'da nikah, dengan isteri abang ni” jawab Faris, dicubitnya sedikit pipi Adriana.
“Ehh, abang ni. Kenapa nak cinta selepas nikah? Bukan ada ke cinta yang halal sebelum nikah?” soal Adriana inginkan kepastian.
“Memang ada cinta yang halal sebelum nikah, tapi yang haramnya lebih banyak dari halalnya. Cuba Riana fikir, bila seseorang tu selalu teringatkan kekasih dia, walaupun diorang tak pernah pegang tangan, bersentuhan. Tapi, diorang dah lakukan zina hati tanpa diorang sedar. Bagi abang, kalau nak bina masjid, biarlah berpandukan syariat Illahi dan utamakan redha Allah” terang Faris sambil tersenyum. Faham kerenah anak muda zaman sekarang.
“Ohhh, so, abang nak cinta ba'da nikah la ni?” tanya Adriana.
“Mestilah sayang, apa yang Allah haramkan sebelum kahwin tu amatlah sedikit kalau nak dibandingkan apa yang halalnya selepas kahwin. Sebelum kahwin kalau cium anak dara orang dapat dosa, tapi kalau dah kahwin cium isteri dapat pahala. Macam ni...” lantas diciumnya sedikit dahi Adriana.
Adriana sudah mula malu dengan perlakuan suaminya. Hah, Faris kalau bab-bab explaination ni memang master, siap bagi example lagi. Maklumlah lecturer.. Haishhh...
“Tapi, tipulah kalau abang kata hati ini tak pernah sukakan seseorang. Tapi mohonlah pada Allah agar salurkan rasa cinta ini pada yang berhak memiliki, pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris lagi.
“Ohhh, kiranya pernah jugalah pendam perasaan eh?” tanya Adriana. Tipulah kalau dia tak cemburu kalau suami sendiri mengaku pernah sukakan seseorang. Tapi, dia yakin Faris bukanlah jenis lelaki yang memainkan perasaan wanita. Lihat sahajalah bagaimana layanannya terhadap umi dan Faathirah, sangat melindungi wanita!!
“Haha, kisah lama jelah Riana. Zaman budak-budak dulu. Eh, cemburu ke?” usik Faris.
“Tak pun. Riana open mindedlah abang. Riana pun pernah sukakan seseorang” jawab Riana jujur. Teringat pula kepada Aqil. Hah, hanya tinggal sejarah, selamat tinggal Aqil!!
“Amboi isteri abang ni. Sekarang jangan minat kat sesiapa lagi tau. Ingat abang je, dapat pahala” jawab Faris.
Adriana tersentak dari lamunan apabila mendengar bunyi handphone di atas katil. Hilang terus memorinya bersama Faris. Diambilnya handphone di atas katil. Mesej dari Faris.
Assalamualaikum, Riana comot. Hehe... Good luck for your new semester :D jgn nakal-nakal tau -Faris-
Adriana hanya tersenyum menatap handphone di tangan. Tak romantik langsung!! Hehe... Laju tangannya membalas mesej Faris.
Keadaan
kelas pagi itu bingit dengan suara-suara pelajar. Maklumlah sudah dua
bulan mereka tidak bertemu. Awal-awal semester ini memang jarang
pensyarah masuk ke kelas. Pelbagai kisah yang ingin dikongsikan
bersama. Adriana hanya duduk termenung memerhati gelagat
rakan-rakannya. Iman sendiri sedang berbual-bual Haris dan Aqil.
Haishh.. Iman memang peramah dengan semua orang, berbeza dengan
dirinya. Agak pemalu dengan orang yang tidak rapat dengannya.
“Oiii
pengantin baru, termenung nampak? Fikir pasal cik abang ke?” sergah
Iman dari belakang.
Tersentak
Adriana dengan sergahan Iman. Terlepas pen dari tangan.
“Astaghfirullah, kau ni pun Iman... Tak reti nak bagi salam dulu
eh?” keluh Adriana sambil mengurut dadanya.
“Haha,
sori weh.. Assalamualaikum, yang kau termenung sorang-sorang ni
kenapa? Macam kena tinggal dengan laki je” ujar Iman perlahan.
“Waalaikumsalam..
Amboi, kau macam tak sayang mulut nampak. Bukan dia yang tinggalkan
aku tapi aku yang terpaksa tinggalkan dia” jawab Adriana, sengaja
ditekankan sedikit perkataan terpaksa itu.
“Alaa,
rilekslah sis.. Bukan tak jumpa pun Mr. Faris tu nanti. Silap-silap
dia ajar kita lagi sem ni” balas Iman. Susah betul kalau jadi
pengantin baru ni, nak berenggang sikit pon tak boleh, haishhh..
“Oiittt,
boleh slow sikit tak kau sebut nama dia. Nanti tak pasal-pasal semua
orang tahu” tegur Adriana. Kepalanya menoleh kiri dan kanan. Mujurlah
tiada siapa yang mendengar, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
“Oppss.
Sori... Hehe” jawab Iman tersengih.
“Hah,
macam mana your holidays? Best?” tanya Adriana. Tangannya mengambil
semula pen di atas meja. Tangannya bermain-main dengan pen tersebut.
Itu memang salah satu dari hobinya!!
“Bolehlahh,
banyak berjalan je. Hehe.. Riana sori tau aku tak dapat pergi
kenduri arwah mama dan papa kau. Aku takde kat Malaysia waktu tu”
ujar Iman. Tangannya menarik tangan Adriana, memohon maaf. Kesal
dengan diri sendiri yang tak mampu berkongsi saat duka dengan sahabat
sendiri.
“Its
ok lah. Takpe aku faham” jawab Adriana. Hatinya mula sebak,
teringatkan arwah mama dan papanya.
“Riana
sabar k? Aku tahu kau kuat. Takkan beriman seseorang itu selagi dia
tidak diuji kan? Allah sedang menguji iman kau Adriana, sabar ya”
pujuk Iman lembut, ditariknya sedikit bahu temannya. Menyalurkan
kekuatan dan berkongsi rasa sedih bersama. Aku harap kau tabah
sahabat!!
“Terima
kasih Iman. Aku tahu Allah sedang menguji aku. Tipulah kalau aku tak
sedih kan? Tapi aku yakin walaupun aku dah takde orang tua, tapi aku
ada Allah!! Dan itu jugalah yang membuatkan aku kuat Iman, aku tahu
Allah sentiasa ada bersama aku” jawab Adriana perlahan.
“Moga
Allah terus beri kau kekuatan Riana” doa Iman. Tangannya mengenggam
kuat tangan sahabatnya.
“Insha
Allah Iman, tapi aku yakin ada hikmah semuanya berlaku. Allah itu
Maha Pengatur dan Dia lah sebaik-baik perancang. Dia ambil orang tua
aku, tapi dia gantikan dengan yang lain. Sekarang aku dah ada Faris,
umi, abi dan keluarga suami aku.. Alhamdulillah” ujar Adriana
bersyukur.
“Alhamdulillah..
How's your life? Is getting better right? Macam mana Faris, baik
tak?” soal Iman. Yakin Adriana bahagia hidup berumahtangga walaupun
bukan dengan pilihan sendiri . Seri pengantin masih terpancar dari
wajah temannya itu.
“Alhamdulillah,
baik saja weh.. Faris?? Ermmm.. Oklah dia tu” jawab Adriana sengaja
ingin menyakat temannya.
“Aik,
ok je?? Romantik tak? Haha” tanya Iman lagi. Takkan ok sahaja kot..
Hmmm..
“Romantik??”
tanya Adriana lebih kepada dirinya sendiri. Faris romantik? Macam tak
jee.. hehe
“Ishh,
kau ni..” rungut Iman. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.
“Haha..
Cool lah Iman.. Rasanya tak romantik kot, tapi sweet jeeee” Adriana
mula tersenyum. Memang Faris tak romantik, tapi Faris sweet dan.. Dan
apa ya? Hah, mungkin comel, naif mungkin juga.. Adriana sudah
tersenyum sendiri apabila teringat telatah Faris.
“Hah,
yang kau tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Kau ni saja buat aku
jeles kan? Saja nak suruh aku kahwin awal jugak kan?” soal Iman,
mukanya sengaja dimasamkan.
“Haha,
apa lagi.. Suruh lah parents kau carikan kau jodoh.. Best tau kahwin
ni” jawab Adriana.
“Eh,
siapa yang dah kahwin?” soal Aqil yang tiba-tiba muncul.
Adriana
dan Iman sama-sama sudah telan air liur. Sejak bila pulak mamat ni
ada kat belakang?
“Eh,
kakak sepupu Riana baru nikah. Dia kata best kahwin awal” bohong
Adriana. Masih mahu menyimpan rahsia antara dia dan Iman. Mahu
terbalik agaknya bilik kuliah ni kalau semua orang tahu dia dah
berkahwin. Dengan pensyarah mereka pulak tu!!
“Ohhh,
ingatkan Riana yang dah nikah. Eh, Riana makin cantiklah” puji Aqil
tanpa segan.
Gulpp!!
Air liur Adriana bagai tersekat dikerongkong. Sejak bila Aqil jadi
begini? Bukan Aqil jarang bergaul dengan budak perempuan yang
biasa-biasa saja di universiti ke? Maklumlah Aqil kan MPP, budak
hot...
“Riana
je ke yang cantik? Apa aku tak cantik ke?” soal Iman.
“Haha,
kau ni taknak mengalah betul. Kau pun cantik jugak” jawab Aqil
tersenyum. Entah kenapa dia seakan-akan mula tertarik dengan Adriana.
“Hehe,
terima kasih” jawab Iman sambil tersengih. Dilihatnya Adriana hanya
menunduk. Sudah merah wajah gadis itu.
“Eh,
korang free tak after kelas ni? Jom lepak cafe” ajak Aqil. Mahu
merapatkan hubungannya dengan Adriana.
“Ehh..
Iman dengan Aqil pergilah. Riana ada hal” jawab Adriana. Dilihatnya
Aqil hanya megeluh hampa mendengar jawapannya. Dia harus mencipta
jurang antara dia dan Aqil. Antara dia dan Aqil sudah ada Faris
ditengah-tengah antara mereka.
'Aqil,
kenapa kau mesti hadir saat aku mula mencintai Faris?' monolog hati
Adriana sendiri.
assalamualaikum,best citer nie..banyak pengajaran yg boleh ambil..ana suka..hihi
ReplyDeletewaalaikumsalam w.b.t :D
Deletedoa2kn ade manfaat cter ni :)
syukran ukhti =)