BAB
33
Pagi itu awal-awal lagi
Adriana dan Faris bertolak ke Cameron Highlands. Mahu menghabiskan hujung
minggu mereka di tanah tinggi tersebut. Namun, sebelum mereka bertolak ke
negeri Pahang itu, sempat pula mereka singgah di rumah ummi dan abi Faris.
Adriana mahu menjenguk sebentar ummi dan abinya.
Adriana tersenyum sendiri
apabila teringatkan perbualan dia dan Hajjah Mardhiyah pagi tadi. Umminya itu bersungguh-sungguh
mengajak dan mengingatkan dia dan Faris turut serta mengikut keluarga mertuanya
itu ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
“Riana, nanti kamu dan Faris ikut ummi dan abi ke umrah
ya? Nanti dekat sana ummi nak doa supaya ummi cepat-cepat dapat cucu” ujar
Hajjah Mardhiyah sambil tersenyum penuh makna.
Cucu?? Adriana telan air liur
sendiri. Hah, see!! Sampai ke situ umminya sudah berangan-angan. Tipulah, kalau
dia tidak punya angan-angan mahu mempunyai zuriat sendiri, tapi hubungan dan
Faris baru sahaja bermula, tiba-tiba Adriana malu sendiri apabila mengingatkan ‘peristiwa’
malam tadi. Panas dirasakan mukanya saat ini.
“Insha Allah ummi, Riana pun teringin sangat nak ke sana”
balas Adriana sambil memeluk erat lengan umminya. Sudah dianggap ummi Faris
sama seperti mamanya sendiri. Argghhh, rindu kepada arwah mama bertandang
kembali.
“Nanti dah sampai Cameron, jaga diri elok-elok ya sayang?”
pesan Hajjah Mardhiyah lagi, dia mengusap perlahan kepala menantu sulungnya
itu. Sungguh kasih sayangnya sudah tumpah pada anak yatim itu.
“Insha Allah ummi, I will.. nanti kat sana Riana beli buah
strawberi banyak-banyak untuk ummi ya?” Adriana masih memengang erat lengan
Hajjah Mardhiyah.
“Eh, kenapa buah strawberi? Siap nak beli banyak-banyak
lagi..” tanya Hajjah Mardhiyah pelik.
Adriana sudah tergelak kecil
melihat telatah umminya, telatah persis seperti Faris. sudahlah raut wajah
suaminya mewarisi wajah ummi, perangai mereka juga sama. Mana tidak tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi kan?
“Sebab ummi ‘sweet’ macam buah strawberi…..” ujar Adriana
mengusik.
“Ishhh, ada-ada jelah kamu ni” balas Hajjah Mardiyah
malu.
“Amboii sayang, bahagianyaa.. dari tadi asyik senyum je,
tak nak share dengan abang ke?” tegur Faris.
Terbang semua kenangan dia
dan umminya pagi tadi. Sekarang hanya tinggal dia dan Faris dalam perjalanan ke
Cameron Highlands. Wahhhh, sempat pula dia termenung sedangkan ada Faris di
sebelah, haishhh bertuah betul dia ni!!
“Riana saja je senyum, kenapa tak boleh eh?” ujarnya mahu
menutup malu sendiri.
“Eh, mestilah boleh kalau isteri solehah abang ni nak
senyum. Smile is sunnah right? Abang lagi suka kalau Riana tersenyum, manisss
sangat. Sejuk mata, qurrotu a’yun” balas Faris sambil mengenyitkan matanya.
Adriana sudah tergelak kecil,
nakal sunggu suami solehnya itu. Adriana memerhati wajah Faris dari tepi, Faris
nampak sangat berkarisma. Cehhh, sah matanya sudah tak berapa nak ok sekarang!!
Dengan hanya memerhati cara Faris memandu dia sudah mengatakan suaminya
berkarisma??
‘Ishh,
Adriana kau kena cepat-cepat jumpa pakar mata ni’ monolog hatinya sendiri,
tergeleng-geleng kepalanya memikirkan perangai sendiri. Sah, dia dah jatuh
cinta dengan Mr. Faris!!
“Sayang kenapa pulak ni? Tadi senyum sorang-sorang. Ni tergeleng-geleng
pulak kepala tu.. Are you okay my dear?” soal Faris pelik, macam-macam kerenah
isterinya itu.
Adriana malu sendiri, hah kan
dah kantoi lagi.. wahai badan, sila jangan malukan tuan anda sendiri!! Huhu..
“Eh, Riana ok je abang. Abang, boleh kalau Riana nak tanya
something dekat abang?” pinta Adriana perlahan.
“Insha Allah, anything for you sayang”
“Abang, abang bahagia dengan Riana?” soal Adriana.
“Alhamdulillah, bahagia sangat sayang. Ada isteri solehah
seperti Riana mana mungkin abang tak bahagia. Bukankah Rasullulah sendiri sudah
berpesan, dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Abang
bahagia sangat sebab ada seorang isteri solehah di samping abang, seperti
bahagia Ali di sisi Fatimah”
Adriana sudah terharu,
alangkah bahagianya wanita di dunia ini jika mempunyai seperti Faris, lelaki
yang mengangkat tinggi martabat seorang wanita solehah. Lelaki yang menjadi
pelindung kepada isterinya sendiri. Pantaskah dia untuk lelaki seperti Faris??
Dia sangat bersyukur dikurniakan insan soleh sebagai suami, imam yang bakal
membimbingnya ke Firdausi Ilahi kelak. Insha Allah..
Teringat Adriana pada sebuah
lagu nasyid nyanyian dari kumpulan Dehearty yang bertajuk wanita. Lagu yang
dihasilkan khas untuk insan yang bergelar wanita.
Kau digelar sebagai penyeri
dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Wanita
insan istimewa, diciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi. Bukan
juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua
di hati untuk dikasihi. Dan, Alhamdulillah dia dikurniakan seorang imam yang
betul-betul mengasihi dan melindungi dirinya.
“Riana bahagia hidup dengan abang?”
soal Faris pula.
Adriana
menghadiahkan senyuman manis sebelum dia menjawab soalan Faris.
“Mestilah Riana bahagia
sangat-sangat ada suami sesoleh abang. Suami yang mengangkat darjat isterinya,
suami yang melindungi maruah isterinya sendiri. Alhamdulillah, bahagia
sangat-sangat, seperti bahagianya Zulaikha di sisi Yusuf A.S” ucap Adriana
sambil memegang lembut bahu Faris.
Perjalanan
mereka yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah itu akhirnya tiba juga di
tanah tinggi yang bersuhu sejuk itu. Cameron Highlands merupakan
antara pusat peranginan terkenal dan terletak di negeri Pahang, di
tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, yang berada pada 1524 meter dari aras laut. Pohon-pohon hijau
sepanjang perjalanan tadi sungguh memberi ketenangan, jauh dari
bangunan-bangunan tinggi. Sungguh ciptaan Ilahi itu jauh lebih indah dan
menenangkan dari ciptaan manusia itu sendiri.
Mereka
singgah check in di hotel penginapan dahulu untuk membersihkan diri dan berehat
sebelum menyambung rancangan dan agenda untuk berbulan madu. Adriana memerhatikan
kawasan Equatorial Hotel yang terletak bersebelahan dengan kawasan membeli
belah Kea Farm. Lama sungguh dia tidak pergi ke Cameron Highlands, kali
terakhir dia pergi ke kawasan tanah tinggi ini kira-kira lima tahun lalu. Itupun
ketika mengikuti rombongan anjuran pihak sekolahnya. Sudah jauh berbeza Cameron
Highlands yang dahulu dan sekarang. Kini, sudah banyak bangunan yang didirikan
dan suhu Cameron Highlands tidak sedingin dahulu. Kalau dahulu, kesejukan di
tanah tinggi itu mencengkam hingga ke tulang tapi sekarang tidak lagi. Mungkin akibat
pemanasan global dan kurangnya tumbuhan. Ohhh, sikap manusia itu sendiri
menjadi punca rosaknya alam ini.
“Sayang, petang ni kita singgah ladang
teh and strawberi yaa?” ajak Faris sesudah mereka solat berjemaah bersama.
“Ok my hero!!” balas Adriana sambil
melipat kembali telekungnya. Dikerlingnya jam di dinding, sudah pukul dua
petang. Rasa ingin melelapkan mata sebentar sebelum mereka meneruskan agenda
petang nanti.
“Sayang, mari sini” ajak Faris sambil
memanggil Adriana untuk sama-sama merebahkan badan di atas katil queen size
itu.
Adriana
melangkah perlahan ke arah Faris, diletakkan kepalanya di atas lengan Faris
untuk dijadikan bantal. Matanya memandang siling, segan dengan kedudukan mereka
yang sangat hampir. Sebelah lagi tangan Faris bermain-main dengan tangannya. Alahaiii,
romantiknyaa my hero ni!! Huhu..
“Sayang, abang bahagia sangat-sangat
ada isteri solehah macam Riana. Alhamdulillah, bahagianya rasa cinta yang Allah
campakkan dalam diri hambaNya, lagi bahagia jika cinta itu pada yang berhak. Pada
yang halal..” Faris mengucup perlahan tangan Adriana. Sungguh dia bahagia!!
“Riana lagi, lagi dan lagiiii bahagia
ada suami seperti abang” balas Adriana tidak mahu mengalah.
“Alhamdulillah sayang, segala puji
Tuhanmu. Dia yang anugerahkan bahagia ini, moga ujian bahagia ini semakin
mendekatkan kita dengan Dia. Sayang abang tak sabar nak tunggu mujahid agama
a.k.a Faris dan Adriana’s junior ni” ujar Faris penuh mengharap, diambilnya
pula tangan dia dan Adriana lalu diletakkan perlahan di atas perut isterinya. Moga
mujahid agama dan ulama’ Islam yang dinanti akan lahir juga. Ulama’ dan mujahid
yang bakal memperjuangkan Islam, yang bakal menaikkan martabat agama..
“Insha Allah, jika ulama’ yang
dinanti seorang mujahid, biarlah semangat Solahuddin Al Ayubi mengalir dalam
jiwanya. Dan jika ulama’ yang dinanti seorang mawar agama biarlah semangat
mujahidah Asiah isteri Firaun mengalir dalam jiwanya..” ujar Adriana sambil
mencipta angan.
sweet..cepat la diorg ni dpt ank..mcmana gaya riana pregnant yek?mest kiut..hehe
ReplyDeletethanks awk sudi bace n tgglkn komen :D
DeleteCute situation. Penuh sunnah :)
ReplyDeleteinsha Allah, aplikasikn sunnah dlm rumah tangga :D thanks awk
Deletesweet nye dapat suami cam ni,,,,,,,,moga cepat dapt zuriat ariana,,,,,,,
ReplyDeletehehe.. insha Allah, nantikan Adriana n Faris's junior ya.. thanks awk :D
DeleteSweet jer:-)
ReplyDeletesweet eh? Faris n Adriana mmg 'sweet' mcm gula2 :D thanks sis sudi bce n komen :D
Deleteindah dan bahagianya rumahtangga yang berimamkan suami yang taat pada perintah Allah...sesungguhnya semua wanita mengimpikan suami yang benar2 memahami hukum dunia dan paling penting hukum akhirat...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete