Monday, 6 February 2012

Suami Ekspress 5



Setelah pulang dari berjogging, Adrianna terus pulang ke rumah. Ketika melintas di taman mini mamanya, kelihatan papa dan mamanya sedang berbual-bual di kerusi yang terletak berhampiran dengan gazebo. Taman mini mamanya kelihatan memang cantik kerana dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Mamanya memang mengemari bunga dan mamanya selalu menghabiskan masanya dengan menanam bunga. Apalah nasib bunga-bunga itu nanti setelah mamanya mengikut papanya ke Jepun nanti. Nak harapkan dia, awal-awal lagi dia sudah surrender kerana dia memang alah dengan bunga.
“Hah Qistina, come here. Ada benda yang papa and mama nak discuss dengan kamu ni” panggil papanya.

Keluarganya memang memangilnya dengan nama Qistina manakala rakan-rakannya lebih selesa memanggilnya dengan nama Adriana kerana di kelasnya terdapat seorang lagi rakannya yang bernama Nurin Qistina, untuk mengelakkan kekeliruan, rakan-rakannya memanggil dia Adriana. Dia sememangnya tidak kisah kerana namanya Adriana Qistina. Tidak kisahlah orang nak panggil Adriana atau Qistina.

“Ok pa, tapi hal apa ye?” soal Adrianna ringkas.

“Kamu tahu kan papa terpaksa transfer ke Jepun nanti?” tanya Encik Nazri
“I know pa, but why?” soal Adrianna keliru, dia memang sudah dari awal lagi tahu yang papanya terpaksa transfer ke Jepun. Jadi apa yang mahu dibincangkan oleh papanya, serius bunyinya.

“Papa ingatkan nak suruh kamu tinggal kat rumah Mak Long Azimah kamu bila papa and mama takde nanti, do you agree?” soal Encik Nazri menanyakan pendapat anaknya. Dia memang risaukan keselamatan puteri tunggalnya, lebih-lebih lagi kini terdapat banyak kes pecah rumah di kawasan tempat tinggalnya.

“Eh, papa. Mama tak setuju. Qistina kan dah anak dara, Kak Long tu pulak ada anak bujang, si Haikal tu, nanti apa kata jiran-jiran?” sampuk Puan Aishah sebelum Adriana sempat menjawab soalan papanya.

Mamanya memang kuat berpegang teguh dengan adab-adab orang timur asalkan ianya tidak bertentangan denagn agama, berbeza dengan papanya. Mungkin disebabkan latar belakang mereka yang berbeza. Mamanya berasal dari kampung dan merupakan anak seorang imam manakala papanya berasal dari bandar. Barangkali latar belakang yang berbeza mempengaruhi cara pemikiran mereka.

“Tapi mama Qistina just tinggal kat sana bila dia cuti semester saja, right? Papa rasa tak salah and papa yakin Qisitna pandai jaga diri bila dia tinggal kat sana nanti” bantah Encik Nazri.

“Mama tetap tak setuju melainkan dorang tu ada ikatan” jawab Puan Aishah mempertahankan pendiriannya. Bukan dia tidak percaya dengan anak saudaranya tapi zaman sekarang macam-macam perkara boleh berlaku. Dan dia tahu anak saudaranya, Haikal sudah lama menaruh hati terhadap Adriana kerana kakaknya pernah merisik Adriana dahulu.

“Maksud mama, nak jodohkan Qistina and Haikal ke?” soal Encik Nazri keliru.

“Ye, tak salahkan papa? Lagipun kita dah kenal Haikal tu sejak dia dari kecil lagi, sama-sama membesar dengan Qistina depan mata kita sendiri. Keturunanya pun kita kenal” ujar Puan Aishah.

“Tapi ma, Qistina tak setuju. Qistina dah anggap Haikal tu macam abang Qistina sendiri, Qistina sanggup kahwin dengan orang lain tapi bukan dengan Haikal” ujar Adriana serius. Mana mungkin dia mahu menerima Haikal yang sudah dianggap sebagai saudara kandungnya.

“So, Qistina tak kisah kalau kena kahwin dengan usia semuda ni” soal Encik Nazri, tidak percaya anaknya senekad itu semata-mata mahu melepaskan diri dari dijodohkan dengan sepupunya sendiri.

“Ye papa, tapi bukan dengan Haikal” jawab Adrianna berani, dia sendiri pun tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan itu, yang penting dia tidak sanggup menerima Haikal. Mana mungkin dia tidak kisah jika dijodohkan seawal usia 20 tahun. Banyak perkara yang perlu dikorbankan jika dia mendirikan rumahtangga seawal usia 20 tahun. Tapi dia yakin papanya sudah pasti tidak dapat mencari calon lagipun hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi papa dan mamanya menetap di Malaysia.

“Ok pa, Qistina naik atas dulu, petang nanti dah nak balik universiti” ujar Adrianna meminta diri. Kepalanya mula pening memikirkan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.

***

Petang itu, Adrianna pulang semula ke universitinya. Esok sudah mula kuliah, minggu ni dirasakan sangat sibuk dengan assignment yang berlambak, test dan quiz yang berlambak. Tapi dia harus akur, adat belajar. Kerja mana yang tidak susah dalam dunia ni, nak makan pun susah kot. Nak kena suap nasi masuk mulut dulu, bukan nasi tu terus-terus melompat masuk mulut.Malam itu, dia ke rumah Iman kerana ingin menyelesaikan assignment biologi mereka.

“Assalamualaikum, Iman oh Iman” ujar Adrianna sambil mengetuk pintu bilik rakannya itu.

“Waalaikumsalam,masuklah Adrianna, pintu tak kunci pun” jerit Iman dari dalam.


“Amboi Iman, sedapnya kau melayan movie korea ni, assignment dah siap belum?” soal Adrianna. Enak saja rakannya itu melayan movie, Iman,iman..

“Alaa, rileks lah. Tinggal dua episod je lagi ni. Assignment ni kena hantar minggu depan kan, hehe. Apa kata, kita tengok sama-sama cerita ni” ujar Iman sambil matanya tidak beralih dari memandang skrin laptopnya. Sempat pula dia mempelawa temannya itu.


“Oit bertuah punya kawan, aku penat datang rumah kau ni, kau sedap-sedap je layan movie. Dah-dah tutup movie tu, nak tunggu kau habis layan movie, sampai besok pun tak abes” jawab Adrianna sambil mencubit paha Iman.

“Apa cubit-cubit ni? Sakitlah, yelah-yelah aku tutup movie ni” ujar Iman mengalah. Laptop di atas katil ditutup.

“Hah, camtulah Cik Iman Farhana. Kau dah dapat bahan-bahan untuk buat assignment ni?” soal Adrianna.

“Of courselah dah dapat. Ini Iman Farhana lah” ujar Iman bangga. Bukan susah sangat nak cari bahan, search je dekat internet, semua ada. teknologi di hujung jari beb. he.. he..

“Dah tak payahlah nak bangga sangat Cik Iman, dah jom start buat assignment ni. Kalau dilayan kau ni, sampai besok pun kita tak siap assignment Madam Syazuani ni” kata Adrianna tegas. Memang jika dilayannya kerenah rakannya seorang ini, alamatnya sampai besok pun kerjanya tak siap. Siapa yang tidak kenal dengan Iman Farhana, kalau mulutnya sudah berbicara, alamatnya takde fullstop!! Tapi, hakikat yang tidak boleh disangkal Iman merupakan seorang pelajar yang pintar.

Setelah hampir tiga jam mereka bertungkus-lumus menyiapkan tugasan mereka, akhirnya selesai juga tugasan yang diberikan. Akhirnya mereka berjaya menarik nafas lega melihat hasil tugasan mereka.

“Alhamdulillah, selesai jugak assignment ni” ujar Adrianna memecah kesunyian antara mereka.

“Alhamdulillah, bolehlah aku sambung balik layan movie korea aku, hehe. Macam mana balik kampung best tak?” soal Iman.


“Biasa-biasa saja balik kampung, tapikan ada hot story tau” ujar Adrianna sengaja memancing minat temannya.

“Hot story?? Meh habaq mai kat cek na” ujar Iman dengan loghat utaranya.

“Hahaha, amboi kalau cerita-cerita yang hot ni cepat je kau eh, involuntary response!! Haha” gelak Adriana.

“Alah kau ni, cepatlah cerita, apa yang hotnya? Sharing is caring, right?” pujuk Iman.

“Banyaklah kau punya caring, erm kalau aku cerita ni kau jangan over acting tau” ujar Adrianna, sudah lali dengan kelakuan Iman yang kadangkala over acting itu.

“Kau cerita jelah, aku dah tak sabar ni” desak Iman tidak sabar.

“Er, hari tu kan aku terserempak dengan Mr. Faris time aku jogging kat taman” ujar Adrianna.

“Hah, really?? Bila kau jumpa dia, kau ada nampak dia dengan siapa-siapa tak??” soal Iman bertalu-talu. Bagai peluru, haishh Iman, Iman...

'Hah, see. Baru aku cakap sepatah dia dah tanya sepuluh patah perkataan. Iman, iman' ujar Adrianna dalam hati.

“See, aku baru cakap sikit kau dah tanya macam-macam. Aku jumpa dia pagi tadi, kalau tak silap aku dia dengan makwe dia pagi tadi, cun kot. Comel je” ujar Adrianna sedikit berbohong.

“Alamak, melepaslah aku nak tackle dia” jawab Iman hampa. Wajahnya mula menunduk kecewa.

“Haha, kau ni. Dia tu kan pensyarah kita. Kita ni students dia jelah, mana dia nak pandang budak hingusan macam kita ni” ujar Adrianna sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu.

“Eh, wait-wait. Statement kau yang kata kita ni just students dia je aku agree but yang kau kata kita budak hingusan lagi aku totally disagree. Setahu aku kau je yang budak hingusan lagi, bukan aku. Aku ni sudah anak gadis dong, gedik gitu” jawab Iman yang sudah kembali ceria. Lagipun, dia memang sekadar minat saja dengan pensyarah muda itu, tak lebih dari itu.

“Hah, camtulah Iman yang aku kenal, tapi kan weh aku tak sangka boleh jumpa dia kat situ. Kecik betul dunia ni rupanya. Actually kan, dia dengan adik dia lah, hihi” ujar Adrianna jujur.

“Lah, ada harapan lagilah aku nak tackle dia ni” balas Iman sambil tersenyum nakal.

“Amboi, gatai na. Cek habaq kat mak hang nanti baru tau langit tinggi rendah na” ujar Adriana.

“Tak payah nak habaq, cek memang dah taw langit tu tinggi, tak tercapai dek akalmu. Haha” balas Iman tidak mahu mengalah.

“Ok lah, Iman aku balik dululah. Dah dekat pukul 11 malam ni. Jumpa esok, jangan ponteng lagi kelas abang Faris kau tu” ujar Adrianna sengaja dia menekankan perkataan abang Faris.

“Insha Allah, see you tomorrow. Bak-baik jalan, jatuh bangun sendiri” jawab Iman sambil membuka pintu untuk temannya.

1 comment: