BAB
5
Wafiq
masih leka di meja belajar, tekun menyiapkan assignmentnya. Dia mahu
lakukan yang terbaik untuk semester terakhirnya di universiti sebelum
dia menjalani latihan industri semester hadapan. Dia mahu menaikkan
pointernya pada semester ini. Ya, moga dipermudahkan.
Sedang
dia ralit mencari maklumat di internet, tiba-tiba dia terlanggar buku
tebal di atas meja. Jatuh terus ke atas lantai buku tersebut.
Wajahnya dikerutkan hairan. Sejak bila dia minat warna pink ni?
Seumur hidup tak pernah lagi barang miliknya berwarna pink, eiii
girlish sangat..
“Err,
ni buku...” tiba-tiba mindanya kembali berfungsi mencerna maklumat.
Ya, buku ini bukan miliknya. Milik gadis yang selalu bertengkar
dengannya, Humaira..
Dia
mengambil kembali buku tersebut di atas lantai, tiba-tiba dia jadi
ingin tahu tentang kandungan buku tersebut lebih-lebih lagi helaian
yang terselak di hadapannya itu seolah-olah mencoretkan tentang isi
hati penulisnya.
24
April 2013
Hari
ini akan merenung kembali kisah silamku, masa lalu yang tak mungkin
akan aku padam dalam lipatan memori ini.
Ohh
Tuhan, semakin aku dekat. Semakin kau menduga.
Ibu,
abah.. maafkan Mia..
Wafiq
membaca bait-bait yang tertulis, ringkas catatan tangan itu tapi
punya makna yang besar. Mengapa dirasakan Humaira yang di hadapannya
seakan orang lain dengan pemilik diari ini? Gadis yang di hadapannya
itu seorang yang berjiwa keras, kasar tapi coretan gadis ini? Tapi
dia yakin pemilik diari ini dengan Humaira yang selalu bertengkar
dengannya adalah orang yang sama.
“Damia
Humaira” tanpa sedar bibirnya menyebut nama itu.
Rasa
ingin tahu tentang gadis itu semakin membuak-buak dalam dada. Kisah
silam apa yang dimaksudkan Humaira dalam diarinya itu? Ya, dia harus
membaca diari itu, tapi separuh lagi hatinya mencegah menceroboh hak
privasi orang lain.
Lantas
dia menyelak muka surat pertama diari itu. Rasa ingin tahu mengatasi
rasa bersalah kepada gadis itu. Argghh ini mungkin salah satu jalan
dia mengenali gadis itu, ya melalui coretan gadis itu di dalam
diarinya.
28
Dec 2012
Hari
ini aku buka lembaran baru seperti aku mula menulis muka baru di atas
diari ini. Moga kenangan pahit itu takkan mengekoriku lagi.
Azam
baru sempena buku baru, hehe.. insya-Allah
Aku
nak berubah ke arah yang lebih baik!
Ya
Tuhan, bantu aku..
30
Dec 2012
Tak
lama lagi dah nak tahun baru, moga tahun yang akan datang lebih baik
dari tahun yang berlalu. Aamiin. Tadi aku telefon ibu, mendengar
suaranya, menanti bicaranya. Allah aku rindu...
Wafiq
tersenyum sendiri. Anak ibu rupanya minah ni. Tapi tak banyak yang
dicoretkan gadis itu tentang pribadinya, tentang isi hatinya. Sekadar
catatan biasa. Dia menyelak lagi halaman seterusnya.
1
Jan 2013
Hari
baru, tahun baru, nafas baru dan semangat baru! Yeahhh, oppsss
alhamdulillah! Haishhh. Moga tahun baru, aku semakin matang dan
bersemangat utk berhijrah :) Hari ni aku keluar bersama Kak Liyana
dan Syuhada. Happy sangat, terlepas rindu pada ibu dengan teletah
sahabat-sahabat yang menghiburkan. Aku terharu bila Kak Liyana dan
Syuhada hadiahkan aku jubah :') Jubah yang sangat comelll dan
awesome! Err kalau aku pakai jubah ni mesti super duper comel plus
awesome kan? Haha.. ok, hantuk kepala sendiri kat dinding, hehe..
Wafiq
tertawa kecil, lucu. Baru dia hendak menyelak halaman seterusnya dia
jadi kaku apabila ada suara yang menegur.
“Dah
siap assignment?” tegur Hafiz sebaik pemuda itu melangkah masuk ke
bilik. Gaya dan pakaian Hafiz dia tahu sahabatnya itu baru pulang
dari Pusat Islam. Sebentar tadi Hafiz ada mengajaknya tapi dia
menolak dengan alasan assignmentnya harus disiapkan malam ini.
“Err,
tengah siapkan..” balasnya tersengih menutup gugup sendiri. Lantas
dia menyimpan kembali diari tersebut di dalam laci.
“Sejak
bila kau minat pink ni?” soal Hafiz hairan.
“Errr..”
ujar Wafiq kelu.
“Tu..
buku kau tu. Warna pink, pelik aku” jujur Hafiz sambil mulutnya
mencebik tanda mengejek.
“Err,
kakak aku tak guna. Aku ambik jelah” dalih Wafiq, tak pasal-pasal
akaknya terlibat dalam pembohongannya. Haishh, ya ampun..
“Haha,
yelah. Save budjet kan?” usik Hafiz, dia mula menanggalkan
kopiahnya lalu merebahkan badannya ke katil.
“Err,
pandai pun” pendek balas dari Wafiq, dia mula mengalihkan kembali
perhatian ke skrin lap top. Haih, siaplah sangat assignment ni kalau
dari tadi dia sibuk membaca diari Humaira.
“Banyak
lagi ke assignment kau tu? Tadi kuliah dekat Pusat Islam best, bab
munahakat” ucap Hafiz tersengih.
Wafiq
tertawa kecil, haishh bab-bab nikah kahwin ni semua bersemangat kan?
Huhu..
“Kenapa
kau gelak?” sengaja Hafiz menyoal.
“Saja...”
“Kau
rasa kau nak kahwin umur kau berapa?” soalan cepumas itu juga yang
ditanya Hafiz.
Wafiq
menoleh ke belakang, mengalih perhatian dari mengadap skrin lap top
kepada mengadap Hafiz.
“Hah??”
Wafiq menyoal, takut-takut dia tersalah dengar soalan Hafiz tadi.
“Kau
rasa, umur berapa kita sesuai kahwin?” ayat yang berbeza tapi masih
jenis soalan yang sama.
“Bagi
aku tak kisah umur kita berapa tapi pastikan kita dah bersedia..
bersedia dari agamanya, dari emosinya, dari kewangan dan materialnya.
Umur bukan ukurannya tapi sejauh mana persedian kita” terang Wafiq,
sekadar melontar pandangannya.
“Err,
rasanya kau yang pergi ceramah tadi..” sambung Wafiq mengusik. Dia
yakin Hafiz punya jawapan kepada soalannya sendiri tadi. Saja nak
menguji dialah tu. Hafiz, Hafiz..
“Haha,
saja nak dengar fikrah hebat dari engineer to be ni” jawab Hafiz
tersenyum.
“Aku
setuju dengan pendapat kau, umur bukan ukuran tapi persiapan.
Perkahwinan itu bukan setakat sampai pelamin sahaja tapi termasuk
pakai lampin dan susu anak nanti..” bicara Hafiz.
Wafiq
mengangkat kening, err kurang faham dengan apa yang ingin disampaikan
Hafiz, pelamin? Lampin? Susu anak??
“Emm,
maksud kau?” soal Wafiq ingin tahu.
“Maksud
aku, perkahwinan bukan setakat hari kau bersanding saja tapi apa yang
penting hari selepas itu. Apa yang akan kau uruskan lepas hari
perkahwinan kau” ujar Hafiz sambil bangun dari katil.
Dia
melangkah ke arah Wafiq sambil menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.
Wafiq
hanya tersenyum membenarkan kata-kata Hafiz. Ya benar.. pernikahan
itu bukan medan perjudian, bukan jua medan percubaan tapi medan
perjuangan menuju cinta Ilahi.
Wafiq
hanya memerhati langkah Hafiz yang menuju ke meja belajar sahabatnya
itu. Alhamdulillah punya sahabat yang hebat ilmu agama dan fikrah
agamanya. Yang selalu sabar dan menasihatinya. Teringat dia kepada
pesan Luqman al-Hakim:
"Jika
ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia
tidak sabar dengan sikapmu, jauhilah dia"
“Kau
balik lagi minggu ni?” soal Hafiz mematikan lamunannya. Haishh
bilalah nak siap assignment ni kalau asyik dok berangan je?
“Tak
kot, kenapa? Ada program best?” tanya Wafiq. Matanya mula memandang
skrin lap top. Mahu menyiapkan assignment yang tertangguh.
“Insya-Allah
minggu ni nak rehlah. Sambil-sambil rehlah kita buatlah usrah”
cadang Hafiz.
“Macam
menarik, insya-Allah aku nak join” Wafiq memberi kata putus.
“Ok,
nanti aku letak nama kau” jawab Hafiz ringkas.
Bilik
mereka sunyi kembali apabila masing-masing mula menyiapkan kerja
sendiri. Wafiq mula memberi sepenuh tumpuan terhadap assignmentnya.
Jujur, bidang engineering bukanlah bidang yang mudah. Tapi demi minat
dia sanggup bersusah payah untuk mendapatkan Ijazah dalam bidang
Kejuruteraan Mekanikal ini. Hafiz juga dalam bidang sama dengannya,
bidang kejuruteraan.
Hampir
dua jam meneleku di hadapan lap-top akhirnya assignment Wafiq menemui
titik penghujungnya jua. Alhamdulillah, dia memicit perlahan belakang
tengkuknya. Letih dan lenguh apabila dibiarkan terlalu lama menatap
lap-top sebentar tadi.
“Kalau
ada isteri kan bagus” tanpa sedar itu yang terluah.
“Apa
Wafiq?” soal Hafiz terpinga-pinga, kurang dengar bicara Wafiq
sebentar tadi.
“Err,
takde apa-apa” balas Wafiq tersengih. Dia memerhati Hafiz yang
kembali menyambung kerjanya.
Wafiq
tersenyum sendiri, haishh sejak bila pula dia dah berangan nak
menikah ni? Tapi jujur sebagai seorang lelaki, apabila dia sudah
penat begini dia mengharapkan ada isteri di sisi, isteri yang akan
menaikkan kembali semangatnya, isteri yang menenangkan hatinya. Dia
teringat firman Allah yang bermaksud:
“Dan
diantara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Surah ar-Rum ayat 21
Wafiq
menggeleng kepalanya perlahan, dia bangkit dari kerusi belajar.
Haishh dah parah nak nikah ni? Tapi bukan dulu, dia sendiri berazam
mahu berkerja dahulu dan kemudian barulah memikirkan hal rumah
tangga, tapi sekarang kenapa pula hatinya seakan berpaling arah?
Wafiq
berjalan menuju ke tingkap, dari tingkap bilik di tingkat empat ini,
dia nampak bandar Shah Alam yang disinari pelbagai lampu neon,
cantik. Dan dia memandang pula langit malam yang terbentang luas,
tenang.
“Aku
dah jatuh cinta ke? Tapi pada siapa?” soalnya sendiri, takkan
dengan Humaira. Mana mungkin.. hanya dengan membaca diari gadis itu
dia jatuh cinta? Tak mungkin.
Wafiq
menggeleng kepalanya laju.. ohh tak mungkin!
“Kau
ni kenapa? Lain macam je aku tengok malam ni??” soal Hafiz hairan.
Sejak
dari tadi dia memerhati tingkah Wafiq yang agak berlainan malam itu,
selalunya Wafiq seorang yang bersemangat tapi malam ini? Seakan dalam
dunianya sendiri. Gelisah semacam..
“Errr,
nothing. Just terfikir ok ke tak assignment yang aku buat tadi”
dalih Wafiq, mana mungkin dia berterus terang sedangkan hatinya
keliru dengan diri sendiri.
Hafiz
hanya tersenyum kelat, dia tahu Wafiq risaukan benda lain. Mungkin
temannya perlukan ruang sendiri, tak bersedia ingin berkongsi lagi.
“Insya-Allah,
pelajar hebat macam kau mesti hasilnya hebat juga” Hafiz memberi
semangat, lantas dia bangkit dan menuju ke arah Wafiq di tepi
tingkap. Ditumbuk perlahan bahu sahabatnya itu.
“Allah,
aamiin” ujar Wafiq tersenyum.
“Kau
pernah jatuh cinta?” soal Wafiq lurus. Tiba-tiba soalan itu yang
terluah.
Hafiz
hanya tersenyum, menahan tawa. Wafiq jatuh cintakah? Tapi pada
siapa??
“Tak
tapi aku pernah minat dengan seseorang dalam diam” balas Hafiz
perlahan.
“Minat
dengan cinta sama ke?” soal Wafiq polos, dia bab-bab hati ni memang
lambat sikit.
“Lain,
hehe..” ujar Hafiz tertawa kecil.
“Apa
yang lain?” soal Wafiq ingin tahu.
“Haha,
ishhh macam aku ni pakar hati pulak, sila google ya?” ujar Hafiz
mengelak.
“Haha,
apalah yang aku merapu malam ni kan?” tawa Wafiq terhambur, pelik
dengan teletah diri sendiri.
Wafiq
tersenyum sendiri, takkan baca diari je boleh jatuh cinta sedangkan
bila jumpa kalah anjing dengan kucing lagaknya. Haishh..
No comments:
Post a Comment