Hari ini Humaira terlewat ke kelas, ini
semua gara-gara menyiapkan assignment lewat malam tadi. Lepas subuh
baru dia melelapkan mata. Haishh, itulah padahnya apabila menyiapkan
kerja last minute. Semuanya jadi kelam kabut. Humaira menjeling jam
di tangan, hari ni memang dia lewat habis! Bukan lewat lima, enam
minit tapi lewat setengah jam!! Ohhh My Allah..
Langkahnya laju pagi itu, tak sempat
nak jalan control ayu-ayu dah, prinsip Rukun Negara yang kelima,
Kesopanan dan Kesusilaan awal-awal lagi dah fail!! Dia berlari selaju
mungkin tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya, lantaklah apa
orang nak kata asalkan dia cepat sampai ke kelas. Dah macam nak
marathon pun ada juga padahal mahu ke kelas saja, inilah padahnya
kalau lambat ke kelas. Huhu..
Dia hanya menaiki tangga, tak sanggup
nak tunggu turn naik lif. Dia mahu cepat sampai ke kelas, pensyarah
subjeknya pagi ini boleh tahan garangnya. Sikit-sikit nak tolak
markah. Oppsss, sorry madam terkutuk pulak! Buku di tangan dipeluk
kemas, bersedia untuk marathon sambil 'mendaki' tangga pula. Anak
tangga dilangkah dua tiga, nasib baik kakinya tidak panjang. Kalau
tidak kesemua sekali anak tangga akan didakinya sekaligus, hehe..
Gedebukkk!! Habis sakit kepalanya
terhantuk dengan 'objek keras' di hadapannya itu. Rasa macam dah ada
bintang-bintang yang keluar dekat tepi kepala ni, toing-toing!!
aiyoo..
“Hoiii, tak nampak ke?” marahnya
sambil menggosok kepala. Sakit tau, dahlah orang lambat nak ke kelas
ni.
“Eh, dia yang langgar orang. Nak
mengamuk tak tentu pasal pula” balas suara di hadapannya sinis.
Humaira mengetap bibir geram, lantas
diambil bukunya yang jatuh sebentar tadi. Malas nak bertekak, nanti
lagi lambat dia kelas. Buang masa je layan mamat ni. Lantas dia
meneruskan langkahnya mahu menuju ke kelas.
“Nak bawak ke mana buku aku tu?”
tanya mamat tu lagi.
Humaira berpaling ke belakang, nak apa
lagi mamat ni?? Buku? Buku apanya??
“Buku tu... meh sini” balas Wafiq
sambil melangkah ke arah Humaira.
Humaira memandang buku di tangannya.
Eh sejak bila dia ambil subjek engineering ni? Alamak, salah ambik
bukulahhhh..
Lambat-lambat Humaira memulangkan
kembali buku tersebut kepada tuannya. Eh mana eh bukunya? Humaira
memanjangkan lehernya mencari buku.
“Lah kat atas lantai lagi buku ni,
kesian kau” omel Humaira sendirian.
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa
tak cukup kau dah pakai empat mata sekarang?” balas Wafiq pedas.
“Kau ni nak apa lagi? Tak puas hati
dengan aku?” Humaira sudah mula naik angin. Orang dah lambat nak ke
kelas, mamat ni pulak sengaja cari pasal. Hilang terus budi bahasanya
dengan mamat yang tak paham bahasa ni.
“Eh, memang aku tak puas hati dengan
kau pun..” Wafiq sengaja membakar kemarahan gadis di hadapannya
itu. Nampak muka je lembut tapi perangai hampeh. Dah langgar orang,
mintak maaf pun takde.
“Arggghhh, sukati kaulah. Kau
layanlah rasa tak puas hati kau tu sorang diri. Bye!” Humaira
melangkah laju meninggalkan Wafiq. Malas nak melayan mamat tu.
Wafiq hanya memerhati langkah laju
Humaira. Haishh gelabah betullah minah ni. Tak sopan betul, perkataan
maaf langsung tak diucapkan. Memang sahlah tak belajar Pendidikan
Islam kat sekolah dulu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah
gadis itu. Haishh malangnya siapa yang dapat jadi suami gadis itu
nanti.
Humaira menarik nafas sebelum dia
menolak pintu bilik kuliahnya. Dia lewat empat puluh lima minit!!
mindanya mula merencana alasan yang akan diberikannya nanti.
“Assalamualaikum doc. I'm sorry I'm
late..” tuturnya lembut. Dalam hati dia berdoa agar dilembutkan
hati pensyarah dihadapannya itu.
“Waalaikumsalam. Why are you late
today? Alasan apa kali ni? Kucing awak beranak??” soal pensyarah di
hadapannya.
Gulp!! Humaira sudah menelan air liur,
alamak alasannya dah tak valid lagi. Mana taknya selalu sangat dah
muka dia yang lewat ke kelas.
“Errr..” balasnya gugup.
“Dah, pergi duduk” arah Doktor
Maria. Dia malas mahu melayan kerenah pelajarnya yang seorang ini.
Ada saja alasan yang diberi.
“Thanks doctor” ujar Humaira
sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nysa.
“Alasan apa pula kau lambat pagi
ni?” tanya Syuhada, matanya masih memandang nota pensyarah di
hadapan kelas.
“Lambat bangun..” balas Humaira
selamba.
“Macam mana kau tak bangun lambat
kalau kau tidur lepas Subuh? Lain kali kau gantung je jam dinding
yang besar tu tepi telinga kau” balas Syuhada, memang dia dah faham
sangat dengan perangai Humaira. Walaupun Humaira sering menimbulkan
masalah tetapi tidak dapat dinafikan Humaira seorang pelajar yang
pintar. Namanya sering kali tersenarai dalam kategori pelajar
cemerlang.
“Tu kejam namanya..” Humaira mula
mengelurkan buku notanya.
“Humaira.. Humaira...” ujar
Syuhada, dia kembali meyambung fokus pembelajarannya.
Tiba di cafe, Humaira awal-awal lagi
sudah meluru ke arah meja kosong. Cuaca yang panas hari ini
menyebabkan tekaknya mahu diisi air sejuk. Dilihatnya Syuhada yang
masih lagi sopan menutur langkah.
“Kak, air tembikai satu ya” order
Humaira. Tekaknya memang haus tika ini.
“Saya nak air sirap ais satu kak”
Syuhada pula membuat pesanan.
“Makan??” tanya pelayan cafe
tersebut.
“Tak nak” balas mereka serentak.
Humaira mula mengipas wajahnya yang
berbahang. Panasnya cuaca hari ni, dia merenung Syuhada di
hadapannya. Nampak maintain saja, ahh Syuhada memang begitu. Selalu
saja tenang, berbeza sungguh dengan dirinya yang macam ribut.
“Syu...” panggil Humaira lembut.
Dia suka melihat wajah tenang Syuhada, agaknya bila dia mampu menjadi
setenang Syuhada?
“Kenapa?” tanya Syuhada perlahan.
“Err.. saja panggil kau” Humaira
sudah tayang wajah innocentnya.
“Kau memang nak bermanja dengan aku
kan?” usik Syuhada. Dia dan Humaira memang rapat. Bagai isi dengan
kuku.
Belum sempat Humaira menjawab, minuman
mereka sudah tiba. Lantas dihirupnya minuman di hadapan. Sedang
Humaira ralit bermain dengan straw di dalam gelasnya, dia ditegur
seseorang.
“Err.. kau lagi” sinis suara di
belakangnya.
Humaira berpaling ke belakang. Adui
apa tak cukup besar ke universiti ni? Asyik jumpa muka mamat sombong
ni je!
“Kau nak apa?” tanya Humaira
kasar.
“Kenal ke?” tanya Syuhada. Pelik
melihat mood Humaira yang sudah bertukar. Humaira bukanlah jenis yang
suka marah-marah.
“Tak kenal. Entah mamat mana
tiba-tiba tegur orang” balas Humaira geram.
“Eh kau yang langgar aku pagi tadi
kan? Dahlah maaf pun takde. Kau memang tak tau adab ke?” Wafiq
seboleh-bolehnya mahu membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Dia
bukanlah jenis yang suka cari pasal dengan orang tapi dengan gadis di
hadapannya ini mudah saja dia membalas dengan ayat yang menyakitkan
hati. Baginya gadis seperti Humaira harus diajar supaya menghormati
orang lain.
“Ohh, ok. Maaf” tutur Humaira
tidak ikhlas. Sengaja dia mahu bermain api. Sukati mamat ni je nak
kata orang takde adab, dia sendiri pun tak beradab.
Bulat terus mata Wafiq, dia tahu
perkataan maaf itu tidak ikhlas. Dia memandang Humaira tajam, geram
apabila terasa dirinya dipermainkan.
“Kau ni harap je muka lawa tapi
perangai kau hampeh! Zero..” ujar Wafiq.
Humaira mula menyirap, ehh apa masalah
mamat ni eh? Mulut dia pun sama jelah. Mulut takde insurans. Humaira
sudah berdiri, matanya bertentang dengan mata pemuda tersebut.
Syuhada di sisi sudah mula menarik tangannya, bimbang pergaduhan akan
meletus.
“Kau lagi takde adab. Mulut kau
macam longkang!”
Wafiq sudah menarik nafas panjang.
Ishh minah ni memang nak kena kan? Lantas diambilnya air tembikai di
atas meja.
Dusshhh.. baki air tembikai itu
selamat mendarat di atas kepala Humaira. Basah tudungnya. Wafiq sudah
tersenyum sinis.
“Sedaappp air longkang tu? Aku...”
Belum sempat Wafiq menghabiskan
ayatnya, air sirap Syuhada pula yang selamat mendarat di atas
kepalanya.
Humaira tergelak, fikir kau sorang je
boleh buat? Sorry Syu nanti aku ganti air kau.
“Kau memang melampau..” Wafiq
sudah mengetap giginya geram.
“Kau jugak yang ajar” balas
Humaira masih ingin membakar kemarahan Wafiq.
Wafiq membetulkan kembali rambutnya
yang basah dengan air sirap. Dia memandang tajam wajah Humaira.
Lantas dia melangkah meninggalkan gadis itu, takpe hari ni hari kau.
Esok belum tentu kau menang.
p/s: ini novel kedua yang nisa taip :) alhamdulillah .. nisa harap korang sudilah tinggalkan komen.. mana yang kurang, insya-Allah nanti nisa improve :D selamat membaca! ;)
p/s: ini novel kedua yang nisa taip :) alhamdulillah .. nisa harap korang sudilah tinggalkan komen.. mana yang kurang, insya-Allah nanti nisa improve :D selamat membaca! ;)
hmm...good intro...lain dari suami ekspress...but still kekalkn aspek agame...and nice name... penghijrahan cinta...sedap je...cume jgnlh tunjuk sisi untuk humaira je...sisi untuk wafiq pon kena ade jugak...anyways good job kak ^^ ...bile suami ekspress ade kat pasaran ye kak...
ReplyDeleteemm.best la akk ...novel ni dan novel suami express dh kuar ke?...sbb dy tnya kat kedai x de lg
ReplyDeleteawk, SE takde kat bookstore lg, nanti apa2 akk update ;)
Deletehmm..best lah kak...novel ni da kuar belom ?novel suami xpress sye da beli..best sgt kak :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Cerita ni sambungan suamiku ekspres ke ? Nama heroin sama dengan nama anak diorang. Hahaha..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. novel ini dah siap ke? saya nak beli lah.. penuh dengan isi tentang agama,,
ReplyDelete