Wednesday, 23 May 2012

Suami Ekspress 15


BAB 15


Selepas sahaja melihat matahari terbit, Adriana dan Faris singgah membeli keropok lekor. Boleh juga dibawa pulang ke Melaka esok. Mereka juga sempat mengelilingi kawasan kampung, memang suasana kampung mampu memberi ketenagan yang luar biasa. Dengan bunyi burungnya, deruan ombak dari laut yang berhampiran, bunyi kokokan ayam. Adriana berasa lebih tenang di kampung seolah-olah terbang segala kesedihannya.


Mereka tiba di rumah hampir pukul 10 pagi, kelihatan Haji Mansor senang duduk di meja makan. Mungkin bersarapan agaknya.


“Hah Faris, Riana meh makan sekali. Kamu berdua belum makan lagi kan?” pelawa Haji Mansor sebaik sahaja mereka memasuki rumah.


“Awal tok abah balik hari ni?” soal Faris, kakinya melangkah ke meja makan. Adriana hanya di belakang hanya mengikut langkah suaminya.


“Haah Faris, ikan tak banyak hari ni. Tu yang tok abah balik awal sikit. Kamu minum air kopi Adriana?” soal Haji Mansor, takut pula cucunya itu tak minum air kopi.


“Eh, Riana minum je tok abah. Tok mi mana abah?” tanya Adriana sambil menarik kerusi, ingin turut sama menyertai Haji Mansor dan Faris bersarapan bersama. Lantas dituangnya air kopi ke dalam cawan Faris dan cawannya. “Abang nak makan nasi goreng tak?” tanya Adriana, tangannya teragak-agak mahu menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan suaminya.


“Abang makan je, lagipun isteri abang yang masak kan?” usik Faris.


“Tok mi kamu ada kat belakang tu, katanya nak cari pucuk paku. Nak dibuatnya lauk tengah hari nanti” sampuk Haji Mansor pula.


“Faris petang nanti kita pergi rumah sedara-mara ya? Kenalkan isteri kamu dengan diorang. Lagipun esok kamu dah nak balik kan?” ajak Haji Mansor, tak manis rasanya jika Faris tidak menziarahi saudara mara mereka, takut dikatakan sombong pula.

“Insha Allah, lepas asar nanti kita pergi. Boleh Riana teman abang ziarah saudara mara kita? Lagipun masa akad nikah hari tu tak sempat nak sembang-sembang kan?” ajak Faris tersenyum, tangannya mula menyuap nasi goreng.


“Insha Allah, Riana ikut je. Lagipun boleh kenal-kenal dengan sedara lagi. Nanti takdelah terserempak dengan dorang buat tak tahu je” balas Adriana.


“Assalamualaikum.. Faris, Riana dah balik kamu berdua? Best tak tengok sunshine? Eh betul ke tok mi cakap ni? Bahasa omputih ni memang terbelit sikit lidah tok mi nak menyebutnya” ujar Hajjah Zubaidah yang tiba-tiba muncul dari luar rumah.


“Waalaikumsalam, ish tok mi ni.. Haha, betullah tu, pandai tok mi Faris ni” usik Faris sambil tergelak kecil. Ada kemajuan tok uminya itu, dah pandai berbahasa inggeris.


“Kamu jangan tak tahu Faris, tok umi kamu ni pun layan korea tau!! Siapa nama pelakon tu, alaah lupa pulak tok abah ni.. Lee Mee Hoo, hah gitulah bunyinya”


Adriana dan Faris hanya tergelak kecil melihat telatah Haji Mansor dan Hajjah Zubaidah.


“Bukan Lee Mee Hoo lah tok abah, tapi Lee Min Ho” jelas Adriana, masih tidak dapat menahan tawanya. Alahaaiii tok abah..


“Ishh, awak ni.. Malu saya dibuatnya” ujar Hajjah Zubaidah. Malu apabila hobinya dibongkarkan oleh suami sendiri di hadapan cucunya. Lagipun bukan selalu pun dia menonton cerita korea, sekali-sekala apa salahnya.


“Riana nak tok umi masak apa tengah hari ni? Special tok umi masakkan untuk cucu menantu tok umi ni” ucap Hajjah Zubaidah. Matanya masih memandang gadis itu, jatuh simpatinya terhadap gadis itu. Harapannya agar Faris tidak mempersiakan Adriana.


“Ishhh, susah-susah je tok umi ni. Riana tak kisahlah. Tok umi masak apa pun sedap” Adriana memegang tangan Hajjah Zubaidah. Terharu dilayan sebaik itu.


“Riana suka makan tom yam seafood tok mi” sampuk Faris.


“Hah, elok sangatlah tu, tok abah pun teringin nak makan tom yam. Dah lama tok mi kamu ni tak masak tom yam. Zu, tengah hari ni awak masak tom yam jelah” cadang Haji Mansor, tekaknya teringin pula ingin makan tom yam.


“Boleh aja, bahan-bahan nak buat tom yam pun ada dalam peti ais tu” jawab Hajjah Zubaidah. Kakinya mula melangkah ke arah peti ais, mengeluarkan bahan-bahan yang akan diperlukan nanti.


Adriana mengemas meja sesudah Haji Mansor dan Faris selesai makan. Ingin dibantunya pula Hajjah Zubaidah, tak sedap hati pula jika hanya duduk goyang kaki sahaja.



**


Petang itu, sesudah solat asar Faris hanya duduk di beranda rumah. Mengambil angin petang di situ. Tiba-tiba dia terperasankan kelibat Hajjah Zubaidah menghampirinya. Lantas sebuah senyuman dihadiahkannya.


“Hah, Faris kata nak pergi rumah saudara mara tadi? Mak long kamu ada bertanya tu” ujar Hajjah Zubaidah.


Adriana keluar dari bilik apabila mendengar seperti orang sedang berbual-bual di luar biliknya. Suara tok umi dan suaminya. Ingin disertai perbualan mereka, bosan pula apabila hanya duduk di bilik.


“Dah pukul berapa ni tok mi? kejap lagi kita pergi” jawab Faris, matanya memerhati gerak Adriana yang semakin menghampirinya.


“Dah pukul lima lebih dah ni, baik kita pergi sekarang. Nanti dah maghrib pulak” cadang Hajjah Zubaidah.


“Pergi mana tok mi?” sampuk Adriana.


“Pergi jalan-jalan rumah sedara. Kan abang dah bagitahu tadi” jawab Faris bagi pihak Hajjah Zubaidah.


Adriana menepuk dahi, aduii muda-muda lagi dah jadi pelupa. Kalah tok umi, mesti banyak makan semut ni.. Haisshhh


“Dah, kamu berdua pergilah bersiap. Tukar baju, takut tak sempat nanti” arah Hajjah Zubaidah kepada cucu-cucunya.


“Err.. Tak boleh ke kalau Faris tak tukar baju?” soal Faris, gila takkan dia nak tukar baju depan Adriana, dekat rumah pun mereka tukar dalam bilik air yang berada dalam bilik mereka. Ishh, takkan kat rumah Hajjah Zubaidah, mereka hendak menukar pakaian dalam bilik air. Pelik pulak nanti kalau dilihatnya orang tua itu.


“Ishh, kamu ni Faris. Takkan lah kamu nak pergi rumah diorang pakai kain pelikat ni? Tak pahamlah Tok mi dengan kamu ni. Dah-dah pergi tukar, pakai sopan-sopan sikit” arah Hajjah Zubaidah, matanya tak lepas memandang susuk tubuh cucunya. Nak pergi menziarah orang dengan kain pelikat, Faris, Faris...


Faris melangkah malas menuju ke bilik. Akur dengan arahan Hajjah Zubaidah.


“Hah Riana, kenapa tercegat lagi kat sini? Pergi tukar baju” arah Hajjah Zubaidah. Adriana telan liur. Akhirnya dia mengalah juga apabila mata Hajjah Zubaidah memandangnya pelik.


“Errr, abang.. Jangan pandang tau, kalau pandang dosa” bisik Adriana. Takut-takut kalau didengari Hajjah Zubaidah.


“Yelah-yelah” jawab Faris malas.


“Abang pandanglah sana.. Riana nak tukar baju ni. Kejap lagi tok mi marah pulak” pinta Adriana, geram suaminya yang masih ralit memandangnya.


“Kenapa dosa pulak ye? Bukan dapat pahala ke?” usik Faris.


Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dari luar.


“Faris, Adriana lama lagi ke? Tok mi tunggu kat luar” ujar Hajjah Zubaidah dari luar bilik.


“Hah see tok mi dah ketuk pintu, abang please.. Riana nak cepat ni” rayu Riana.


“Yelah-yelah, abang keluar dulu” ujar Faris sambil membuka pintu. Lagipun bukan lama sangat dia menukar pakaian, hanya menukar kain pelikat. Sengaja dia ingin menyakat Adriana.



Hari ini mereka akan pulang ke Melaka, sedih pula rasa hati Adriana mahu berpisah dengan Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Ternyata keluarga Faris dapat menerimanya seadanya. Semalam semasa mereka menziarahi rumah sanak saudara, Adriana dilayan sebaik mungkin. Adriana sangat terharu dilayan sedemikian. Walaupun dia kehilangan papa dan mamanya tetapi masih ramai yang menyayanginya. Alhamdulillah...


“Riana, janganlah sedih-sedih. Nanti rajin-rajinlah kamu melawat tok mi dan tok abah ni” pujuk Hajjah Zubaidah. Sedih melihat wajah sayu gadis itu. Dalam diam dia sudah jatuh sayang pada Adriana. Gadis naif yang telah kehilangan orang tuanya.


“Hahh betul kata tok mi kamu tu. Nanti ajaklah umi dengan abi kamu sekali” sampuk Haji Mansor.


“Insha Allah tok mi, tok abah” jawab Adriana perlahan, menarik tok mi dalam pelukannya. Mesti dia akan rindu dengan telatah Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor nanti.


“Tok abah, tok umi.. Kami gerak dulu ya” mohon Faris meminta diri. Dihulurkan tangan kepada Haji Mansor.


“Lain kali datang jangan berdua je, datang bertiga” jawab Hajjah Zubaidah sampai merungkaikan pelukan.


“Hahh?? Datang bertiga? Maksud tok mi nak ajak siapa?” soal Faris jujur. Tak dapat menangkap maksud Hajjah Zubaidah.


“Lain kali datanglah dengan 'cicit' tok mi, baru meriah sikit” ujar Hajjah Zubaidah tersenyum. Teringin rasanya ingin menimang cicit.


Adriana dan Faris sama-sama telan liur. Berat rasanya permintaan Hajjah Zubaidah kali ini. Lagi berat rasanya dari permintaan arwah Encik Nazri dulu. Nampaknya Hajjah Zubaidah sudah berangan mahu menimang cicit, habislahhh..


“Insha Allah” hanya itu yang mampu diucapkan Adriana.


“Nanti jangan lupa kirim salam dengan orang melaka” ujar Haji Mansor mengingatkan cucunya.


“Insha Allah, kami minta diri dulu ya?” jawab Faris, kakinya mula melangkah ke kereta.


“Baik-baik drive tu. Assalamualaikum” nasihat Hajjah Zubaidah.


“Insha Allah, waalaikumsalam” jawab Faris dan Adriana serentak.


Dalam fikiran mereka memikirkan permintaan Hajjah Zubaidah.. Haisshhh, kesian tok umi.. Moga satu hari nanti impian tok umi tercapai juga...


p/s: without edit, mata dah mula bpinar-pinar ni.. maaf ats sbrg kkrgn, nt nisa akn edit :D thanks sudi bace..



4 comments:

  1. best ... tak puas ... nak baca lagi ^_^ sambungannye...

    ReplyDelete
  2. thanks awk =) sudi bace, da update new n3, silasila bce :) sy bdk baru blajar :)

    ReplyDelete
  3. Sweet n sempoi, br tgh maraton

    ReplyDelete
  4. stop 15 dulu...esok keje... best...happy sad story..bace sekali dgn bayangan dlm kepale nie...sbb umh sy pom tepi pntai timur..like!!!

    ReplyDelete