Tuesday, 29 November 2011

Suami Ekspress 4


BAB 4

Sayup-sayup kedengaran azan subuh dari masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Pagi itu, Faris bersama abinya berjemaah di masjid. Sejak mula menjadi pensyarah, dia sudah jarang berjemaah di masjid. Oleh kerana hari itu hari minggu, Faris menggunakan kesempatan dan kelapangan waktu yang ada untuk sama-sama berjemaah di masjid bersama abinya. Betapa dirasakan dirinya sangat kerdil kerana lebih mementingkan urusan duniawi dari ukhrawi. Di pagi yang hening itu, di atas hamparan tikar sejadah, dia bermunajat memuji kebesaran Illahi, melupakan seketika urusan dunia.


Sejak dari kecil lagi dia telah dididik oleh abi dan uminya dengan didikan agama yang sempurna. Orang tuanya sangat menekankan ilmu agama, abinya merupakan seorang ustaz dan imam manakala umminya merupakan seorang guru mengaji. Sejak dia berusia 6 tahun, dia sudah disuruh solat dan berpuasa. Dia masih ingat semasa zaman kecilnya, dia agak nakal untuk menunaikan perintah Allah itu. Pernah dia dihukum oleh abinya gara-gara meninggalkan solat, diikat di pokok rambutan yang dipenuhi kerengga, ketika itu dia berusia 10 tahun. Dia tertanya-tanya mengapa harus dia menunaikan perintah Illahi itu, sedangkan rakan-rakan yang lain tidak seperti dia, mereka menghabiskan banyak masa mereka dengan mandi sungai, masuk sawah, memanjat pokok. Akhirnya segala persoalan itu terjawab apabila dia meningkat dewasa dan dia amat bersyukur dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna oleh abi dan uminya. Dia masih ingat kata-kata ustaznya semasa dia bersekolah di Sekolah Sains Agama di Negeri Sembilan dahulu, amalan pertama yang disoal akhirat kelak ialah mengenai solat.


Usai solat subuh pagi itu, dia bersalaman dengan teman-teman masjid. Tidak ramai yang hadir pada pagi itu, hanya dua saf saja. Dia tercari-cari kelibat abinya, tiada. Barangkali abinya sudah keluar dari masjid dan sedang menunggunya di luar. Dan dari jauh dia melihat abinya sedang berbual dengan seseorang yang umurnya sebaya dengan abinya, mungkin kenalan abinya. Maklum sahajalah abinya memang mempunyai ramai kenalan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

“Assalamualaikum abi, uncle” ujarnya seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan teman abinya itu.

“Waalaikumsalam” ujar mereka serentak.

“Nazri, kenalkan ini anak ana yang sulung, Faris” ujar Ustaz Fahmi.

“Dah bujang anak kamu ye, belajar lagi atau sudah bekerja?” soal Encik Nazri kepada anak muda di hadapannya. Dia selalu melihat pemuda itu sama-sama mengikut abinya berjemaah di masjid. Jarang sekali anak muda kini mahu berjemaah di masjid terutamanya solat subuh. Pandai sungguh temannya itu mendidik anak. Takkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sejuk hatinya melihat pemuda itu.

“Baru habis belajar and baru start kerja uncle” ujarnya Faris sopan. Dia juga sangat kagum dengan peribadi Encik Nazri, walaupun seorang yang berharta tetapi tidak sombong dengan masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka. Siapa yang tidak kenal dengan jurutera yang berpengalaman itu. Dia juga sering meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di tempat tinggal mereka.


“Baru grad la ni yer, kerja di mana?” soal Encik Nazri sambil tersenyum. Dalam diam dia mula tertarik dengan sifat sopan anak muda itu. 


“Kerja di UiTM Negeri Sembilan uncle” ujar Faris sambil tersenyum. Ramah juga uncle Nazri ni. Fikirya sendiri.


“Ohh, anak uncle pun study kat sana, ni kiranya lecturer muda la ni?” soal Encik Nazri. Kagum melihat anak muda di hadapannya itu. Jarang anak muda kini memilih kerjaya sebagai pensyarah, mereka lebih gemar memilih pekerjaan seperti jurutera, arkitek ataupun pilot. Lebih mencabar kata mereka.


“Really? Anak uncle ada belajar di Kuala Pilah ke?” soalnya terkejut. Dia memang tahu anak uncle Nazri sedang belajar, tetapi tidak diketahui pula belajar di universiti tempatnya mengajar. Kecil betul dunia ni.


“Yup, dah tahun akhir this year. Ni yang uncle risau ni sebab uncle terpaksa transfer ke Jepun tak lama lagi. Tinggal dia sorang je nanti kat sini, nak further study kat sana nanti rugi sebab dia dah nak grad pun” ujar Encik Nazri ramah. Memang dia risau memikirkan yang dia terpaksa meninggalkan anak gadisnya di Malaysia sementara dia dan isterinya ke luar negara nanti.


“Oh, jadilah kamu ke oversea tu nanti ye Nazri? Tak payahlah kamu risau, insha Allah anak kamu tu ok kat sini, insha Allah dia pandai jaga diri nanti. Ana and family pun boleh tolong tengok-tengokan si Qistina tu nanti, insha Allah” sampuk Ustaz Fahmi apabila dilihatnya temannya itu risau memikirkan tentang anak gadisnya. Apa guna hidup bermasyarakat jika dia tidak mampu membantu orang yang memerlukan pertolongan.


“Thanks for your concern, Fahmi. Eh dah hampir pukul 6.30 ni, saya minta diri dulu la ye. Nanti risau pula orang rumah tu. Assalamualaikum” ujar Encik Nazri meminta diri.


“Waalaikumsalam” jawab Faris dan abinya serentak.


“Hah Faris, lepas ni kamu ada plan nak pergi mana-mana ke?” soal Ustaz Fahmi sambil menghidupkan enjin motosikalnya. Selalunya dia akan menaiki motosikal ke masjid. Lagipun jarak antara rumahnya dan masjid tidak terlalu jauh., hanya 500 meter sahaja.


“Lepas ni, Faris ingat nak jogging la abi, dah boroi rasanya perut ni, lama sangat tak jogging” ujarnya sambil tersenyum. Memang dia jarang jogging sejak mula mengajar ni. Tak sempat, hehe.

“Aik, kamu perli abi ke ni? Hahaha” gelak Ustaz Fahmi, mana mungkin anak bujangnya itu boroi, tough ada la. Masakan belum berkahwin sudah boroi.


Sekembalinya Faris dan abinya dari masjid, dia menukar pakaian dan bersiap-siap untuk berjogging.

'Erm, bosan jugak kalau jogging sorang-sorang ni. Ajak Irah pun best ni' bisiknya dalam hati. Sudah lama dia tidak berjogging bersama adiknya yang sorang itu.


Sebaik melintas di hadapan bilik adiknya itu, dia mengetuk pintu.


“Oiii anak dara, tidur lagi ke?” ujarnya sambil mengetuk pintu.


Diam. Aik tidur ke budak ni. Diketuk lagi pintu bilik adiknya. Kali ini lagi kuat.

“Irah, ohh Irah. Bukaklah pintu ni, along bagitau umi ea?” jerit Faris dari luar.


“Along ni nak apa? Belum lagi pukul 7 lah, hari ni pun public holiday, bagilah Irah rehat sekejap” ujar Faathirah malas melayan kerenah abangnya.


“Jom teman along jogging, dah lama tak jogging dengan Irah. Jomla cik Irah yang comel lagi menawan, hehe. Nanti along belanja aiskrim nak tak?” pujuk Faris.


“Yelah, tapi takkan belanja aiskrim je kot? Gaji mahal tapi kedekut. Give me 10 minutes, Irah nak siap ni. Dah pergi main jauh-jauh” ujar Faathirah sambil menutup pintu. Lagi dilayan kerenah alongnya makin menjadi nanti. Elok-elok sempat mereka hendak jogging, jadi tak sempat pula jika dilayan kerenah alongnya itu.


“Along tunggu kat bawah nanti, jangan sambung tidur pulak ye” jawab Faris sambil berlalu ke ruang tamu di tingkat bawah.


Sepuluh minit kemudian, mereka sama-sama melangkah keluar dari rumah menuju ke taman rekreasi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka. Hari minggu begini memang ramai orang yang berkunjung ke taman itu.





Pagi itu, sesudah solat subuh Adriana berkunjung ke taman rekreasi yang terletak berhampiran rumahnya. Minggu itu, dia terpaksa pulang ke rumah kerana papanya mahu mereka sekeluarga berbincang tentang masalah mereka sekeluarga. Papa dan mamanya terpaksa berpindah ke Jepun 3 bulan lagi. Terpaksalah dia tinggal di rumah ibu saudaranya di Shah Alam. Tetapi dia agak berat hati untuk tinggal bersama ibu saudaranya kerana Haikal. Haikal adalah sepupunya dan mereka agak rapat sejak kecil lagi. Namun semuanya berubah setelah dia memasuki sekolah menengah, lelaki itu mula menaruh hati kepadanya dan dia berasa sangat rimas dengan pandangan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah menerima surat cinta dari lelaki itu. Hendak termuntah sewaktu pertama kali membaca ayat jiwang Haikal.


“Apalah nasib aku kalau tinggal serumah dengan lelaki tu agaknya?. Argghhh malaslah nak pikir pasal Haikal tu, aku datang sini nak jogging” bisiknya sendiri.


Setelah selesai membuat warming up, dia mula berlari-lari anak. Sudah menjadi kebiasaan baginya berjongging di taman itu. Sebagai seorang pelajar, berjongging merupakan terapi untuk mengurangkan strees semasa belajar. Setelah hampir dua jam dia berjogging, tali kasutnya pula terlerai.


“Irah kalau terror sangat kejarlah along, hahaha” cabar Faris sambil melihat adiknya yang jauh ketinggalan di belakangnya. Nampak keletihan di wajah adiknya.


“Eleh, along ni berlagak la pulak. Alongg!!!” jeri Faathirah apabila dilihatnya abangnya itu hampir melanggar seorang gadis.



Bumm... belum sempat dia memandang ke hadapan dia sudah melanggar seorang gadis. Alahai cik adik, yang awak berhenti tengah-tengah jalan ni kenapa? Yang aku ni pun satu lain kali jalan pandang depan bukan belakang. Tak pasal-pasal dah jatuh macam nangka busuk. Hilang macho pagi-pagi ni beb.


“Adoii, sakitnya pinggang aku” ujar Adriana apabila dirasakan dirinya seolah-olah dirempuh objek keras.


“Eh, sory-sory. Tapi bukan salah saya sepenuhnya, yang awak berhenti tak bagi signal dulu kenapa?” soal Faris sambil mengurut kakinya. Dilihatnya gadis itu hanya menunduk. Barangkali sakit, dia pun merasa perit apatah lagi gadis itu.


“Saya bukannya ada signal, kalau ada,saya da bagi dah signal, dengan signboard sekali saya letak. Encik ni lari marathon ke apa sampai saya yang besar ni encik tak nampak?” jawab Adriana berani sambil mengangkat wajahnya. Sakit punya pasal, sanggup dia membebel pagi-pagi itu.


“Aik macam kenal je, laa Adriana kan? Hah, Irah tak reti dah ke nak tolong along ni?” soal Faris sambil memandang adiknya. Lagipun dia malu apabila terjunpa pelajarnya di taman itu, ditambah pula keadaannya yang jatuh seperti nangka busuk tadi.


“Tu la along tadi berlagak sangat, kan da jatuh. Buat lawakla pagi-pagi ni” jawab Faathirah sambil membantu abangnya berdiri. Dia juga menghulurkan kepada gadis yang bernama Adriana itu.
Mungkin teman abangnya.

“Terima kasih awak. Erm sir pun jogging kat sini ke?” soal Adriana. Pelik apabila terserempak dengan Mr. Faris. Kecil sangat dunia ni, dekat taman pun boleh jumpa, siap terjatuh macam gajah lagi.


“Tak la, saya tengah marathon la tadi, sebab tu sampai terlanggar awak tadi” usik Faris. Sengaja mahu menyakat Adriana, garang juga gadis itu tadi.


“Erk..” kelu lidah Adriana kali ini. Itulah tadi bukan main garang lagi aku ni. Tu la lain kali praktikkan ayat ni 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam jeling-jeling' eh betul ke peribahasa ni.


“Hahaha, awak ni Adriana, garang jugak yer. Ok lah saya minta diri dulu. Jom Irah along belanja aiskrim. Adriana, nak join sekali tak?” soal Faris.



“Tak pe lah sir. Assalamualaikum” jawab Adriana, mana mungkin dia mahu mengikut lelaki itu. Tebal dirasakan wajahnya. Malunya Ya Allah.


“Along, tadi tu student along ea? Comelnya, mata bulat macam kucing parsi” soal Faathirah. Memang comel kakak tadi, dengan kulit putih gebu dan yang paling membuatkan gadis itu comel apabila wajahnya yang kemerahan kerana malu.

“Yup, ada ke Irah kata comel macam kucing parsi, jauh beza tahu tak. Orang dengan kucing pun tak reti nak bezakan. Hahaha” gelak Faris kuat. Faathirah suka hati dia je, main belasah je nak kata apa, tak pikr langsung. Kalaulah Si Adriana dengar apa yang Faathirah merepek ni, apalah reaksi pelajarnya itu. Irah.. Irah...


“Betul lah, comel sangat akak tadi” jawab Faathirah.

“Dahlaa kalau layan kamu ni makin tak betul jadinya nanti, jom along belanja aiskrim” ajak Faris. Penat-penat macam ni, dapat aiskrim pun best jugak. Tak sangka dia terserempak dengan Adriana pagi itu, mungkin gadis itu tinggal berhampiran taman itu. Ahh, lupa pula dia mahu bertanya dengan gadis itu tadi.

p/s: sori law kurang best.. curi mase wat novel nih >.< saya budak baru belajar (: thanks sudi bace :'D


No comments:

Post a Comment