Monday, 19 August 2013

Penghijrahan Cinta 18


BAB 18

Percutian tiga hari dua malam di Pulau Mahsuri itu benar-benar membuatkan Humaira dan Wafiq seperti dalam dunia mereka sendiri, kehangatan berbulan madu sambil menyelusuri keindahan pulau benar-benar menambahkan mood romantis mereka. Terasa dua jiwa ini semakin bertaut erat apabila banyak masa yang diluangkan bersama.

Humaira tersenyum riang memerhati teletah Wafiq, ada saja gelagatnya yang mencuit hati. Sepanjang perjalanan mulutnya tidak henti-henti bercerita, mungkin inilah 'manis'nya bercinta selepas nikah.

Mereka check in Langgura Baron Resort. Kedudukan resort ni sangat strategik berdekatan dengan Pantai Chenang dan bertentangan dengan Chenang Mall iaitu sebuah shopping complex dan di sekitarnya juga terdapat kedai-kedai makan serta kedai menjual souvenir. Mereka juga menyewa sebuah kereta untuk memudahkan urusan mereka di sana.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah mereka rancang bersama. Kata Wafiq masa yang ada inilah masa yang sesuai untuk mereka menyulam kasih. Ahhh Wafiq ada saja ragamnya yang membuatkan hati Humaira berlagu rindu, ada saja tingkahnya yang membuatkan jantung Humaira berdetak laju.

“Sayang, lepas ni kita pergi Underwater World nak?” tanya Wafiq mematikan terus lamunan Humaira.

Humaira kerut dahi, Underwater World? Bunyi macam menarik..

“Ada apa kat sana?” soal Humaira lurus sambil tangannya laju membetulkan tudung yang ditiup angin. Mereka sedang menghadap ke arah Pantai Cenang yang terbentang luas.

Wafiq membuka spec mata. Keningnya terangkat tinggi.

“Ada shopping complex, tempat memasak pun ada,” balas Wafiq sarkastik.

Kening Humaira terjongket tinggi, nampak bebenor nipunya, nama tempat Underwater World, takkan ada tempat memasak pulak.

“Abang melawak je kan?” Humaira bertanya, matanya memandang tepat ke arah wajah Wafiq, mencari jawapan.

“Ishhh sayang ni. Nama tempat pun Underwater world mestilah ada hidupan akuatik.” luah Wafiq jujur. Humaira, Humaira.

“Ceitt, suka kenakan orang,” gumam Humaira perlahan.

“Orang mana? Isteri jugak kan sayang?” balas Wafiq, ditariknya hidung Humaira perlahan.

“Yelah, isteri abangggg.. lepas tu kita plan nak pergi mana?” tak henti-henti bibir kecil itu menanyakan soalan kepada Wafiq.

“Lepas tu kita pergi Makam Mahsuri, cable car, Dataran Lang...” satu persatu plan aktiviti diceritakan kepada Humaira.

“Wahhh bestnyaaaa...” ujar Humaira teruja. Naik cable car tu yang best. Lama dah rasanya dia tak naik cable car, last masa pergi Genting Highlands waktu kecik-kecik dulu.

“Best sebab ada abang kan, kan?” sakat Wafiq.

Humaira sudah mencebik bibir.

“Perasan....” balas Humaira.

“Haha, ala perasan dengan isteri sendiri je pun” Wafiq kenyit mata nakal.

“Mengadalah abang ni..”

“Mengada dengan isteri sendiri je pun..” lagi giat Wafiq menyakat.

“Macam budak-budaklah abang ni..” ejek Humaira.

“Budak-budak pun, suami siapa?” tanya Wafiq.

“Suami Maira..” ujar Humaira.

“Hah, mengaku pun..” Wafiq tersenyum puas.

“Maira, abang ada soalan nak tanya Humaira. Kenapa Maira terima risikan abang walaupun hubungan kita sebelum ni macam lembu dengan kerbau?” soal Wafiq.

“Lembu dengan kerbau??” bulat mata Humaira menyoal.

“Err silap macam anjing dengan kucing” sengih Wafiq.

“Hahaha..” tawa Humaira terletus. Itulah Wafiq, ada saja lawaknya. Orang nak serius pun boleh jadi tak serius. Suka hati dia je buat 'peribahasa' baru.

'Loyar buruk sungguh suami den ni.' bisik Humaira perlahan.

“Hehe..” Wafiq tayang wajah selamba. Sukanya dia tengok Humaira tertawa begitu. Manis macam gula!

“Sebab apa Maira terima abang?” soal Wafiq, kali ini dia benar-benar serius.

“Sebab istikharah, musyawwarah dan gerak hati.” balas Humaira. Ya, memang pada mulanya dia ingin menolak risikan Wafiq tapi akhirnya dia menerima juga risikan Wafiq kerana gerak hatinya yakin Wafiq adalah syabab yang dijodohkan untuknya, syabab yang Allah pilih untuk menjadi imam dalam hidupnya.

“Gerak hati?” tanya Wafiq ingin tahu. Dia memandang wajah Humaira dari sisi.

“Haah, lepas musyawwarah bersama ibu dan sahabat, hati Maira masih lagi berbelah bagi. Tapi ibu suruh Maira istikharah, dan alhamdulillah selepas abang ta'aruf dengan atok dan family Maira, gerak hati Maira yakin abanglah jodoh Maira walaupun sebelum ni hubungan kita tak berapa ok.” ringkas Humaira bercerita.

Ta'aruf dengan atok pun salah satu taktik Maira untuk uji abang kan?”
“Yup, ibu kata salah satu cara nak mengenal seseorang tu adalah bermusafir dengan dia lebih dari dua hari. Dari situ kita dapat kenal cara dia bermuamalat, cara dia mengurus diri dan agamanya.” ujar Humaira, kata-kata ibunya itu masih teguh dalam ingatannya.

“Masya-Allah, awesome sungguh ibu” luah Wafiq kagum. Ingatannya mula singgah pada wajah yang kian dimamah usia itu. Wanita cekal yang membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi.

“Sayang, jom balik bilik. Kita rest kejap, lepas zohor nanti kita gerak ke Underwater World” ajak Wafiq, tangannya mula menarik tangan Humaira.

Oraite abang. Let's go” tangan Humaira mula mengenggam tangan Wafiq. Sama-sama melangkah meningkalkan pantai.


Petang itu, usai sahaja solat zohor berjemaah mereka Wafiq dan Humaira meneruskan aktiviti bulan madu dengan melawat Underwater World Langkawi itu. Tempat menarik yang harus dikunjungi oleh pelancong itu mula beroperasi pada tahun 1995 menempatkan pelbagai hidupan aquatik.

“Abang, comelnyaaa ikan tu” jerit Humaira girang. Matanya masih melekat pada akuarium besar yang menempatkan ikan tersebut.

“Mana, mana??” tanya Wafiq, dia ikut teruja.

“Tu...” tangan Humaira menunjukkan ikan tersebut. Kakinya mula melangkah laju menuju akuarium yang dimaksudkan.

Wafiq mula mengeluarkan kamera nikon di dalam beg.

“Tak comel pun.” balas Wafiq selamba. Haishh pelik betul dengan orang perempuan ni, semua benda dia kata comel!

Ishh, comellah.” bidas Humaira geram.

“Yelah, yelah.. sayang diri kat situ. Abang nak tangkap gambar ni” arah Wafiq, layankan aje kerenah isteri.

Humaira mula berposing dengan 'ikan comel' yang dimaksudkannya tadi.

“Maira tahu tak, kat sini ada Seashell Display, Koi Pond, Reptilian Section and Coral Reef Section.”

Seriously?? Wahh best tu...” ujarnya teruja. Matanya mula bersinar-sinar ceria. Hehe..

“Mestilah best, lepas tu kita tangkap gambar banyak-banyak and then kita upload kat facebook.” kata Wafiq, matanya dikenyit nakal. Hah, nak menyakat lagilah tu!

Facebook? Abang ada facebook??” soal Humaira ingin tahu. Wafiq ada facebook rupanya, kenapa tak add dia pun?

“Err mestilah ada, dulu abang stalker Maira kat situlah” cerita Wafiq, memang dia ada stalker Humaira dahulu untuk mengetahui tingkah gadis itu di alam maya. Bagaimana cara Humaira mengurus ikhtilat di facebook.

Seriously?? Kenapa Maira tak tahu pun” luah Humaira sedikit kesal.

“Buat apa nak bagitahu Maira. Dah nama pun stalker. Ustazah Fatimah Syarha kata, kalau kita sukakan seseorang, boleh stalker fb dia. Abang nak cari isteri yang menjaga pergaulannya. Abang nak cari ummi yang terbaik untuk anak-anak abang.” ujar Wafiq, matanya memandang wajah Humaira.

“Boleh yakin ke kalau nilai seseorang tu hanya pada cara dia communicate dekat alam maya?” soal Humaira ingin tahu.

'Boleh guna ke teori Wafiq ni?' hatinya tertanya sendiri.

“Memang takkan hundred percents betul, tapi itu salah satu cara kita nak kenal seseorang. Orang kata don't judge the book by its cover kan? Tapi Islam ajar, apa yang berada di luaran itulah mencerminkan dalaman, mencerminkan apa yang ada di hati” terang Wafiq sambil tangannya menepuk dada sendiri.

Humaira terangguk sedikit mendengar fikrah Wafiq. Bersetuju dengan apa yang diucapkan lelaki itu sebentar tadi.
“So, abang dah jumpa wanita yang terbaik untuk anak-anak abang, insya-Allah.” Wafiq memandang wajah Humaira, sengaja ditekankan perkataan anak-anak itu. Tangannya mula meraih tangan Humaira. Hangat genggamannya kali ini. Hangat dengan rasa cinta yang semakin hari semakin membara.

Humaira tertunduk malu. Terasa dirinya diraikan. Tiba-tiba senyuman yang mula memekar itu mati sendiri. Sudikah Wafiq menerima dirinya andai kenangan silam itu tersingkap nanti? Masihkah ada cinta lagi andai aib diri terbuka nanti?

Humaira mengeluh perlahan, dia mula melepaskan genggaman yang hangat sebentar tadi.

Wafiq memandang pelik wajah Humaira. Apa yang tidak kena dengan isterinya? Wajah yang tadi ceria berubah keruh serta-merta. Adakah dia tersilap bicara? Tersalah tingkah?

“Sayang?” kening Wafiq terangkat tinggi. Hatinya mula tertanya sendiri.

Humaira mengukir senyuman terpaksa. Sungguh kesilapan lalu takkan pernah luput dari hidupnya. Dosa semalam takkan pernah lelah mengekori hidupnya.

“Abang, diri Maira tak sesempurna mana.” hanya itu yang terluah. Sungguh tika ini dirasakan dirinya bukanlah wanita yang terbaik untuk menjadi ibu kepada zuriat Wafiq.

“Abang pun tak sempurna.” cepat saja Wafiq membalas.

Humaira menggeleng kepalanya laju. Wafiq tak sejahat dia! Dia punya dosa silam yang tak mungkin dapat diterima orang lain dengan mudah.

“Abang terima Maira seadanya.” pujuk Wafiq lagi. Dia mula perasan ada air mata yang akan turun bila-bila masa saja. Dia tidak mahu Humaira tenggelam dengan dunianya sendiri.

Humaira cuba untuk tersenyum. Andai aib diri terbongkar, mampukah lagi Wafiq menutur bicara seperti itu? Menerima dirinya seadanya? Menerima segala dosa semalam yang ditinggalkan?

“Maira yang dahulu jauh beza dengan Maira yang sekarang” kias Humaira.

Ya, dia kini dalam proses hijrahnya. Insan yang diselaputi dengan lumpur dosa semalam dan masih lagi merangkak mencari jalan pulang. Jalan pulang bertemu dengan Rabbnya.

Dia, Damia Humaira iaitu insan yang masih mengharap maghfirah-Nya atas kesilapan lalu. Insan yang masih mengharap rahmat dan kasih sayang-Nya. Jujur jiwanya sering merintih mengenang dosa lalu. Masih sudikah lagi diri ini mendapat keampunan dari-Nya? Sedangkan suatu ketika dulu, diri ini sering melanggar suruhan-Nya? Sering membentak menidakkan kehadiran-Nya sebagai Rabb.

'Allah, aku lemah. Pimpinlah aku dengan kasih sayang-Mu. Didiklah aku dengan rahmat-Mu. Aku tak kuat tanpa-Mu' rintih hatinya sayu.

“Sayang, kita datang sini nak happy-happy. Sayang tak comel kalau menangis macam ni.” pujuk Wafiq. Dalam pujukan sempat pula diselitkan usikan. Itulah Wafiq Rizqi.

Humaira kesat air mata yang sudah singgah di tubir mata. Wafiq ni, orang baru nak tacing-tacing. Kepalanya digeleng perlahan. Kesal dengan diri sendiri.

“Lepas ni kita pergi cable car nak? Tengok matahari terbenam nanti.” cadang Wafiq. Ada saja celotehnya mahu menggembirakan Humaira.

Humaira hanya mengangguk.

'Kenangan semalam, aku lepaskan kau' monolog hatinya sendiri. Sungguh bahagia kalau semudah itu dia mampu melupakan kenangan lalu dalam hidupnya. Tapi mustahil, tiada butang 'delete' dalam hidupnya!

“Angguk je?” soal Wafiq. Teringin hendak mendengar suara lembut itu. Asyik body langguage aje!

“Maira ikut je plan abang.” keluar juga bicara dari mulut Humaira.

“Hah, dengar pun suara dia.” ujar Wafiq tersenyum, tangannya laju mencubit pipi Humaira.

“Mestilah dengar. Abang kita nak naik cable car kat mana nanti?” tanya Humaira ingin tahu.

“Kat sebelah resort kita. Maira tak perasan ke ada cable car centre beside resort tu?” jawab Wafiq. Mimik muka diseriuskan. Sesekali menyakat Humaira best jugak kan?

Mata Humaira sudah membulat. Err, biar betul? Apesal dia tak perasan pun??

“Betul ke?” soal Humaira sungguh-sungguh. Dekatnya cable car dengan resort! Macam tu boleh naik selalulah sementara ada kat Langkawi ni!

“Betul...” senyuman di bibir disembunyikan seboleh mungkin. Alahaii Cik Puteri, lurusnyaa awak! Hehe..

“Sebelah resort, tapi kat belah mana eh? Kenapa Maira tak perasan pun??” soal Humaira jujur, persis anak kecil.

“Memanglah Maira tak perasan sebab...” sengaja digantungkan bicara sendiri. Wafiq angkat kening dua tiga kali.

“Sebab apa??” kening Humaira terjongket sama.

“Sebab abang kelentong Maira. Haha..” tawa Wafiq terletus jua.

Humaira mengetap gigi. Grr geramnya!

“Ohh berani kelentong Maira kan?” luah Humaira geram, tangannya laju menarik janggut Wafiq. Hah, rasakan!

“Adoi, sakitlah!” Wafiq mengaduh sakit. Banyak-banyak tempat janggut jugak yang Humaira target.

“Padan muka” ejek Humaira. Siapa suruh tipu dia?

“Abang simpan janggut bukan untuk suruh Maira tariklah.” luah Wafiq. Matanya dibesarkan.

“Hehe..” Humaira tayang wajah tak bersalah.

“Abang, so dekat mana??” soal Humaira lagi, masih tak berputus asa menanyakan soalan yang tergendala sebentar tadi.

“Dekat janggut abanglah!” balas Wafiq blurr.

Pulak dah! Humaira tepuk dahi laju-laju.

“Orang tanya pasal cable car. So where the place? Tak tahu pulak kat janggut abang ada cable car. Haha..”

“Ohhh...” mulut Wafiq sudah melongo. Awatnya cakap tak jelas? Ceitt, diam-diam dia terkena balik!

“Dekat Oriental Village. Around twenty minutes, we will arrive at the peak, Gunung Machinchang” terang Wafiq.

“Tak silap abang, panjang perjalanan cable car ni ialah 2.2 kilometer” sambung Wafiq lagi.

“Wahh, menarik ni. Panjang jugak, 2.2 kilometer.” sekali lagi dia teruja.

“Eh, sayang.. we have only ten minutes before we are going to Oriental Village” ucap Wafiq sambil menoleh sekilas jam di tangan.

Hurry up, banyak tempat lagi kita belum melawat” Wafiq menarik tangan Humaira perlahan. Besar jugak Underwater World ni!

Okay dear” ujar Humaira.

Langkah mereka diatur beriringan sambil tangan masih lagi mengenggam erat. Hangat genggaman sehangat cinta mereka yang baru berputik! Moga cinta ini bukan setakat di dunia malah terus tembus ke syurga!




5 comments:

  1. Bestnye...saya rase saya tau ape "dosa" yang humaira asyik nak sembunyikan dari wafiq...tapi kalau dh taubat nasuha kan dirinya ibarat kain yang putih..hmm wafiq walaupun dh tau pasal benda tuu jangan cepat melenting tau...hehehe good job cik writer ^^

    ReplyDelete
  2. Akhirnye ad jgak n3 bru.... Tqvm writer, ble la agknye rhsie maira trbgkar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa-rasanya macam tahu anonymous ni sape. kak yati kan? :) :)

      Delete
  3. Stalk perbuatan. Stalker orang yang melalukan perbuatan tu. Harap dapat membantu ya :) asslamuaaikum moga terus sukses. InsyaAllah.

    ReplyDelete