BAB
16
Hanya
tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum semester baru bermula. Lusa
Adriana sudah mahu pulang ke kolej. Petang itu, selepas solat zohor
dia dan Faris membeli barang-barang keperluan Adriana yang hendak
dibawanya ke universiti nanti. Pertama kali dia membeli barang keperluan
bersama Faris, biasanya dia akan pergi bersama arwah mama.
Kehidupannya kini telah jauh berbeza.
“Adriana
ada nak beli apa-apa lagi tak?” soal Faris yang sedang menolak
troli barang.
“Ermmm,
rasanya dah takde” jawab Adriana, otaknya ligat memikirkan barang
apa yang masih belum dibelinya. Senarai barang ditangan direnung,
meneliti kembali.
“Rasanya
takde?? Ishh, Riana ni. Cuba ingat balik barang apa yang belum beli
lagi” nasihat Faris.
“Kalau
Riana tertinggal or terlupa nak beli barang, boleh kirim kat abang
kan? Hehe, untunglahh dapat suami lecturer ni” usik Adriana.
“Yelah,
untuk isteri abang ni, apa pun abang sanggup” balas Faris
tersenyum. “Riana, balik nanti kita singgah rumah umi ya? Rindu
pula dengan umi” ujar Faris.
“Eh,
boleh je, Riana pun rindu dengan umi, abi, Irah, Furqan...”
terbayang wajah keluarga Faris di ruang matanya.
“Furqan
pun? Rindu yang macam mana tu? Ishh, ni yang abang jelous ni” ucap
Faris sengaja mahu menduga isterinya.
“Rindulaahhh..
Kenapa abang nak jelous?” tanya Adriana menatap wajah Faris.
“Riana
rindu abang tak?” soal Faris nakal. Soalan dibalas soalan.
Adriana
sudah merasa segan dengan soalan Faris, haishhh.. takde soalan lain ke?
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Hahh, hari tu Iman ada kirim
barang. Kejap Riana pergi cari” dalih Adriana. Sememangnya Iman
memang selalu meminta pertolongan dengannya. Bukan gadis itu tidak
boleh membeli barang tersebut sendiri, tapi katanya nak bermanja
dengan Adriana. Haishh Iman ni memang pelik-pelik je ragamnya.
“Barang
apa?” tanya Faris hampa, Adriana hanya memandang sepi soalannya
tadi.
“Iman
kirim blusher, abang tunggu sini kejap. Riana cari barang” kata
Adriana, kakinya melangkah meninggalkan Faris, mahu mencari barang
Iman.
“Blusher??
Apa tu?” soal Faris pelik.
Langkah
kaki Adriana mati, menoleh ke arah Faris. Blusher pun Faris tak tahu,
ishh pelik mamat ni. “Abang search lah kat google maps. Haha”
gelak Adriana, menyambung kembali langkahnya.
Faris
garu kepala yang tidak gatal, memerhati langkah Adriana yang kian
jauh. 'Google maps? Takpelah balik nanti aku cari' desis hati Faris
jujur. Dia duduk di bangku sementara menunggu Adriana mencari barang.
Matanya hanya memerhati gelagat manusia di shopping complex itu.
Pulang
sahaja dari pusat membeli belah, mereka singgah di rumah Hajjah
Mardiyah. Sempat pula mereka membeli buahan sebagai buah tangan untuk
Hajjah Mardiyah sekeluarga.
“Assalamualaikum,
ni isteri Faris kan?” soal Auni sebelum Adriana masuk ke rumah.
Lantas
kakinya dihayun ke arah Auni, mahu bertegur sapa dengan jiran ibu
mertuanya. Faris awal-awal lagi sudah masuk ke rumah.
“Waalaikumsalam, haah saya Riana, isteri Faris, akak?” tanya
Adriana kepada wanita yang dipanggilnya kakak itu, dia yakin wanita
itu lebih berusia darinya, mungkin beza tiga, empat tahun darinya.
“Auni..
Awak belajar lagi ke? Dengar kata pelajar Faris sendiri” balas
Auni. Pelik apabila Faris tiba-tiba sahaja melangsungkan perkahwinan.
Begitu mudah Faris menerima gadis lain sedangkan dia sudah lama
menaruh hati kepada pemuda itu.
“Haah,
abang Faris pensyarah kat u Riana” balas Adriana tersenyum. Masih
tidak mengesan riak kurang senang di wajah Auni.
“Ohhh,
degree ke?” soal Auni sinis. Dia hairan apa yang Faris pandang
sangat dengan Adriana, memang tidak dinafikan, Adriana cantik
orangnya, tapi apa kurangnya dia? Ada rupa, ada kerjaya. Dia yakin
Faris tahu yang dia menaruh hati terhadap pemuda itu, tetapi reaksi
yang diterimanya dari Faris adalah reaksi seolah-olah pemuda itu
manusia yang tidak mempunyai perasaan, dingin seperti ais.
“Ehh,
taklah diploma lagi, akak dah kerja eh?” soal Adriana ramah, tak
mahu dikatakan sombong pulak nanti.
“Diploma?
Haah, dah kerja” balas Auni dingin. Budak diploma lagi rupanya.
Faris
menerpa ke arah Hajjah Mardiyah, gembira bertemu dengan uminya
setelah beberapa hari tidak berjumpa, ya memang dia anak manja.
“Assalamualaikum
umi, umi sihat?” soal Faris.
“Waalaikumsalam,
alhamdulillah.. Kamu datang sorang je ke? Mana Adriana?” tanya
Hajjah Mardhiyah, matanya memerhati ke arah pintu rumah, mencari
kelibat menantunya.
“Taklah
Faris datang dengan Rianalah umi. Eh, umi Faris nak tanya boleh?
Blusher tu apa eh?” soal Faris ingin tahu. Memanglah Adriana
menyuruhnya mencari dekat google maps, tapi hatinya seakan tidak
sabar ingin mengetahui, tak salah kalau dia bertanya uminya. Manalah
tahu uminya tahu...
“Blusher??
Nak buat apa?” tanya Hajjah Mardiyah terkejut. Apa pulak yang Faris
hendak lakukan dengan alat solek tersebut.
“Takdelah,
Faris saja je nak tahu. Adrian suruh search kat google maps, tapi
malaslah” jawab Faris jujur.
“Hahaha,
nak buat apanya google maps? Takde kaitan langsunglah Faris. Blusher
tu alat solek, pemerah pipi.. Ishh kamu ni” jawab Hajjah Mardiyah
masih lagi dengan sisa tawanya. Haisshhlah Faris, tulah masa bujang
dulu langsung tak bergaul dengan perempuan. Naif sungguh budak ni.
“Ishh,
Adriana kenakan Faris, siap budak ni” geram Faris, kakinya diatur
mencari Adriana, tak sangka Adriana sanggup mengenakannya. Nasib baik dia belum search kat google maps lagi. Memang takkan jumpa jawapanlah alamatnyaa!!
Langkah
kakinya diatur ke luar rumah, ternampak kelibat Adriana yang sedang
berbual dengan Auni.
“Riana
kenakan abang kan?” tanya Faris.
“Hah?
Kenakan apa?” soal Adriana tak faham.
“Alahh,
yang pasal google maps tadi” jawab Faris, segan pula dia hendak
menyebut hal blusher, malu di hadapan Auni.
“Google
maps? Ooohhh yang itu, hahahaha” gelak Adriana. Hal itu rupanya.
Mana Faris tahu pasal blusher tu? Dia dah google eh? Hehe..
“Eh,
saya masuk dululah” pinta Auni, sakit pula matanya melihat
kemesraan Adriana dan Faris.
Adriana
sudah mula mengorak langkah, ingin melarikan diri dari Faris. Habislah
dia, Faris ni pun macam Iman jugak perangainya.
Faathirah
turun ke tingkat bawah, terdengar riuh rendah suara manusia di ruang
tamu rumahnya.
“Kak
Riana, dah lama sampai?” tegurnya, pelik melihat kakak ipar dan
abangnya berlari, macam budak-budak!!
Mati
terus langkah Adriana, segan dengan Faathirah yang sedang
memerhatikannya dan Faris.
“Nak
lari mana hah? Dosa tau kenakan suami sendiri” ujar Faris,
tangannya sponton menarik sedikit tudung yang dipakai Adriana, tanda
membalas dendam.
“Apa
abang ni?” marah Adriana, habis tudungnya ke depan. Lagipun malu
dilihat Faathirah.
“Apalah
along ni, buli isteri sendiri. Jom kak Riana kita duduk kat sofa
sana. Jangan kawan along” balas Faathirah sambil menarik tangan
kakak iparnya menuju ke sofa. Ingin berbual-bual dengan kakak
iparnya.
“Eh,
nak bawak mana isteri along tu?” soal Faris.
“Nak
bawak lari, ada depan along pun. Along selalu je buli kak Riana” balas
Faathirah.
Adriana
hanya mengikut langkah Faathirah.
“Akak
dah lama sampai eh? Best tak jumpa tok mi dan tok abah hari tu?”
tanya Faathirah.
“Baru
jugak akak sampai, best sangat jumpa dorang. Sporting habis, tak
sangka akak tok mi layan korea, hahaha.. Irah buat apa kat atas
tadi?” soal Adriana pula.
“Haha,
tok mi memang macam tu. Semua cerita dia layan kak, Irah online jap
kat atas tadi” jawab Faathirah.
“Online?
Bukak google maps ke?” soal Adriana, jangan-jangan Faris
betul-betul google maps tak tadi?
“Nak
buat apa dengan google maps kak? Facebook and twitter lah kak”
jawab Adriana pelik.
“Eh,
yeke? Apa berita menarik hari ni? Dapat bf baru eh kat facebook”
usik Adriana.
“Takde
maknanya bf baru, mengamuk along tu nanti. Nak tahu tak tadi kan
kawan Irah upload gambar anak buah dia, baru lahir tau. Comel
sangat, geram Irah tengok” cerita Faathirah teruja.
“Yeke?
Baby boy ke girl?” soal Adriana tumpang gembira.
“Baby
girl, comel sangat. Akak dengan abang bila nak kasi Irah anak buah?”
soal Faathirah, dia dah berangan-angan mahu mempunyai anak buah
sendiri. Mesti comel anak abangnya nanti, comel macam kakak iparnya!!
“Insha
Allah Irah, takde rezeki lagi” jawab Adriana.
Makin
ramai pula yang ingin melihat dia dan Faris mempunyai anak sendiri.
Hari tu, tok umi sekarang Faathirah pula. Alahaaii.. Moga impian
mereka tercapai nanti.
p/s: memang nmpak tak logik kan lelaki tak taw blusher, tapi serius ada kwn nisa, budak lelaki xtw apa tu blusher, dah 20 tahun =) hehe
prjlnn cite yg mnrik.. swet je.. :)
ReplyDeleteBest nak baca yg seterusnya tak sabar lak :-)
ReplyDeleteBest . Nxt entry please :)
ReplyDeletesemakin menarik! gud job..
ReplyDeletethanks sudi bace n komen =)
ReplyDeletegoogle maps tuh utk search maps je dik...
ReplyDeletekalau nak search apa2 pakai google je..
anymous : thanks sudi komen, mmg sngaja nisa ltk google maps, sbb ibarat Adriana btul2 kenakan si Faris tu... :) ibaratnya Faris tu btul2 taktau ape tu blusher n dia percaye je ckp Adriana yg swoh dia cri kat google maps.. n ade kwn nisa cm2, dia taktau apa tu blusher, last2 ktorg swoh dy google maps n dia bgang gan kitorg then dia ckp dia jumpa kubur when dy search kat google maps!! hehe :'D
ReplyDelete