BAB
21
Sedar
tak sedar seudah tiga bulan usia perkahwinan Wafiq dan Humaira,
masing-masing kini sibuk dengan tugas masing-masing. Wafiq dengan
praktikalnya dan Humaira dengan kuliahnya. Ada masa Humaira terpaksa
bermalam di kolej menyiapkan assignment dan presentation.
Humaira
menapak menuju ke kamar, badannya agak letih sejak akhir-akhir ni.
Mungkin kerana kekurangan rehat untuk diri sendiri.
“Nak
tidur dah ke?” soal Wafiq pelik. Jam di dinding dipandang sekilas.
Baru pukul 8.50 malam.
“Haah,”
balas Humaira dengan kantuk yang menguasai diri. Dah dua tiga malam
ni, lepas sahaja solat isyak dia sudah terlena di atas katil.
Wafiq
angkat kening. Memang pelik Humaira dua, tiga hari ni.
'Mungkin
penat dengan kuliah agaknya' pujuk Wafiq sendiri.
“Maira
masuk tidur dulu tau,” Humaira meminta diri.
“Okay,
okay..” Balas Wafiq.
Humaira
kembali menyusun langkah ke bilik. Mulutnya sudah menguap tiga, empat
kali dah. Tapi bagus juga dia tidur awal, awal-awal pagi juga dia
sudah terjaga. Setiap pagi pasti dia akan terjaga tepat jam empat.
Humaira
melangkah ke arah beg sandangnya. Diambilnya telefon bimbit, ingin
diperiksa mesej atau tugasan yang dicatit di bahagian memo untuk esok
hari. Tiba-tiba tangannya terpegangkan diari lama miliknya.
Diambil
lalu dibawa ke katil sebagai 'peneman' tidur. Baru baca satu muka
surat, mulutnya menguap lagi. Pantas diletakkan diari tersebut di
bawah bantal. Humaira memejam mata, tidak sampai seminit dia sudah
terlena.
Sedang
Wafiq di luar menghadap laptopnya. Menyiapkan final report
praktikalnya. Wafiq mengurut tengkuk sendiri. Aihh
penatnya, ada isteri tapi dah tidur pulak. Kalau tak, ada teman
bergaduh! Huhu..
Wafiq
menjeling jam di dinding, sudah sejam dia mengadap laptop.
Sambil-sambil menyiapkan report, dia online! Hehe. Mana nak
siapnya kerja kalau buat report sambil online? Kan, kan?
Setelah
penat matanya mengadap skrin laptop, Wafiq ke dapur untuk
membacuh air panas. Direngangkan sedikit otot-otot yang sudah
keletihan.
“Sunyinya
kalau Humaira dah tidur,” kata Wafiq lebih kepada dirinya sendiri.
Kalau
ada Humaira, ada jugak teman cerita, teman untuk dia menyakat, teman
untuk dia bergaduh.
Wafiq
melangkah kembali ke ruang tamu bersama mug air di tangan. Air
yang suam-suam itu dihirup perlahan. Sedap jugak kan kalau sesekali
merasa air tangan sendiri? Dua kali teguk, dia mula meletakkan
kembali mug di atas meja. Niat di hati mahu menyambung kembali
tugasan dan cepat-cepat tidur! Bosan pulak sorang-sorang kat luar ni.
Wafiq
kembali fokus menyiapkan tugasannya. Matanya mula diserang virus
mengantuk. Jam di dinding dipandang lama.
“Patutlah,
dah dekat pukul 12 rupanya,” gumamnya sendiri.
Lima
minit berlalu dan dia sudah pun menyiapkan report untuk
praktikalnya. Wafiq mengungkap syukur di hati. Alhamdulillah, finally
siap jugak!
Wafiq
menghantar mug kembali ke dapur dan melangkah ke ruang tamu
untuk menyimpan laptopnya. Matanya semakin memberat kini. Dia
melangkah laju memasuki ruang kamar.
“Ya
Allah, Maira ni.. lampu pun tak dipadamnya, tidur terang benderang
ni,” gumam Wafiq sendirian. Masuk saja kamar biliknya dia sudah
melihat Humaira yang sedang lena tidur di atas katil tanpa memadam
lampu bilik.
Kepalanya
digeleng beberapa kali. Lantas dibukanya lampu tidur di tepi katil.
Suram-suram cahaya lampu tidur itu mula menerobos ke serata bilik.
Perlahan-lahan
Wafiq merebahkan badan ke katil, dia tidak mahu menganggu lena
isterinya yang nampak kepenatan itu. Direnungnya wajah Humaira dalam
cahaya yang suram itu. Wajah tenang Humaira ketika tidur membuatkan
dia tersenyum sendiri. Tangannya laju mengelus pipi Humaira.
“Kesiannya
isteri abang ni.” Wafiq mencium pula dahi Humaira.
Belum
sempat kepalanya mencecah bantal, dia terpegang sesuatu di bawah
bantal.
“Err,
buku apa ni?” soalnya sendiri.
'Ni
bukan buku yang kat kampung hari tu ke?' bisik Wafiq.
Lantas
diambilnya buku tersebut dan dibawanya ke meja belajar. Dibukanya
pula lampu meja belajarnya. Hatinya benar-benar ingin tahu isi
kandungan buku itu.
Dengan
rasa bersalah, dia membuka diari tersebut. Rasa ingin tahunya
mengatasi rasa bersalahnya.
“Emm,
takpe kot baca diari isteri sendiri. Bukan ke patutnya suami isteri
tu takde rahsia antara satu sama lain..” pujuk hatinya sendiri,
lebih kepada memujuk hati sendiri dari dihimpit rasa bersalah
menceroboh hak privacy Humaira.
Diselak
helaian pertama. Melihat tulisan tangan Humaira, bibirnya mengoyak
senyuman. Kertas yang kekuningan itu menandakan diari tersebut
bukanlah catatan baru Humaira.
27
Jun 2007
Hari
ini aku berkenalan dengan si dia. Dia yang aku cinta dalam diam
menghulurkan salam perkenalan. Gembiranya hati, hanya Dia yang tahu.
Wafiq
tersentak. Ada perasaan lain muncul. Rasa hatinya bercampur tika itu.
Rasa bersalah pada awalnya diganti dengan perasaan lain.
15
Julai 2007
Hari
pertama kami jumpa. Aku bawa sekali Amira untuk temankan aku berjumpa
dengan S. Aku jadi tersipu malu bila dia memandangku. Ohh memang
jantungku berdetak laju!
Wafiq
menarik nafas panjang membaca coretan tangan itu. Hatinya mula
diserang rasa cemburu yang maha hebat. Rasa ingin tahu semakin
membuak-buak di dalam dada. Dia menyelak lagi laman seterusnya.
20
Ogos 2007
Sudah
sebulan hubungan kami, dia melayan aku bagaikan seorang puteri.
Bahagianya apabila dicintai dan mencintai. S, saya sayang awak
sangat-sangat! I love you, sayang!
Wajah
Wafiq sudah berubah riak, dadanya bagaikan ingin pecah mendengar
luahan cinta Humaira walaupun itu cumalah kisah silam Humaira. Rasa
cemburunya kian membara dalam dada. Helaian seterusnya diselak kasar.
1
Nov 2007
Hari ini kami sama-sama keluar
dating. Hanya kami berdua. S memujiku, katanya aku manis berpakaian
sebegitu. Bagiku penampilanku biasa-biasa saja. Tapi dalam diam
hatiku berbunga, bangga apabila dipuji cantik oleh orang yang aku
cintai! S, saya sayang awak sorang je! Tolong jaga hati saya
baik-baik! Kami keluar ke panggung wayang, menonton cerita romantis
bersama. Apabila S mula memengang tanganku, aku terkejut, cepat-cepat
aku menarik kembali tanganku. Dan S hanya tersengih memandangku.
“Damn!!”
marah Wafiq. Dia seolah-olah dapat membayangkan kemesraan Humaira dan
kekasih lamanya. Seolah-olah dia hanya penonton kepada kisah cinta
Humaira dan S. Dia bagaikan patung yang hanya mampu melihat
tanpa melakukan apa-apa!
Wafiq
merengus kasar, maruahnya terasa dipijak! Walaupun itu cumalah kisah
silam Humaira tapi dia tidak merelakan Humairanya punya memori indah
bersama lelaki lain! Dia tak rela!
Walaupun
hatinya mendongkol geram tapi diteruskan juga bacaannya. Dia ingin
tahu kisah silam istei sendiri.
17
Nov 2007
Hari
ni hari terakhir persekolahan. Sedihnya rasa hati terpaksa berpisah
dengan S. S yang aku cinta bakal menduduki peperiksaan SPM. Selepas
ini kami akan sama-sama membawa haluan masing-masing. Tapi S berjanji
padaku, tamat saja peperiksaan SPMnya dia akan mencari aku. Dan aku
hanya mampu menghadiah senyuman terpaksa. Ahh pasti aku akan
merinduinya nanti! Aku tatap lama wajah S kerana selepas hari ni
mungkin kami akan jarang bertemu. Apabila S menghadiahkan aku
sekeping kad yang cantik, aku tersenyum menyambut hadiahnya. Dalam
gembira menerima pemberiannya, air mata aku tumpah juga. Sedihnya
hanya Tuhan yang tahu. Dalam aku melayan perasan senduku, tiba-tiba
ada tangan yang menyapu air mataku dari terus mengalir. Aku hanya
membiarkan kerana aku tahu selepas ini kami akan jarang bertemu.
Wafiq
menarik nafas dalam-dalam. Sungguh rasa cemburunya sudah sampai ke
kemuncak! Rasa hendak dibaling saja diari ini keluar tingkap! Dia
rasa seperti hendak menumbuk orang sekarang!
Dia
memandang wajah Humaira yang lena tidur, entah mengapa rasa hatinya
pada isteri sendiri sudah kosong. Rasa kantuk yang tadi menguasi diri
lenyap tiba-tiba. Dan yang ada cuma rasa amarah dan cemburu yang kian
membara!
Wafiq
bangun menuju ke tingkap bilik yang belum ditutup. Dia mahu mencari
ruang selepas hatinya membara membaca coretan tangan isteri sendiri.
Entah kenapa, dia rasa dia tidak kenal dengan Humaira yang
dihadapannya kini. Betul ke Humaira sendiri yang melakar memori lalu
dalam diari itu? Hatinya menidakkan, tapi dia kenal tulisan tangan
isteri sendiri.
Dalam
mindanya kini pelbagai soalan yang muncul, pentingkah diari tersebut
sehingga Humaira bawa bersama ketika tidur? Ada lagikah rasa cinta
Humaira untuk bekas kekasihnya? Benarkah Humaira mencintainya atau
Humaira sekadar ingin menjaga perasaannya?? Berapa banyak lagi rahsia
Humaira yang dia tidak tahu? Mengapa Humaira tak pernah berkongsi
rahsia masa silamnya? Tak pentingkah dirinya dalam hidup Humaira??
Wafiq
meraup kasar rambutnya, dia merengus geram. Tiba-tiba biliknya
dirasakan berbahang. Dia menoleh memandang wajah Humaira yang masih
lena di katil. Ahh hatinya kosong untuk wanita itu saat ini, yang
tinggal di dadanya hanya rasa amarah yang kian membara.
Wafiq
mengatur langkah keluar dari bilik tapi sempat pula dicapainya diari
tadi. Walaupun hatinya membara apabila membaca diari tersebut tapi
dia memang memerlukan lagi diari itu. Ada rahsia masa silam yang
harus dibongkar dan kuncinya hanya ada pada diari tersebut. Nak
diharapkan Humaira membuka mulut, memang sangat mustahil!
Langkahnya
terhenti di hadapan pintu bilik kerja, lantas dibukanya perlahan
bilik tersebut. Dia duduk menghadap meja kerjanya. Aneh rasa kantuk
yang menguasai diri tadi hilang serta merta! Tangannya membuka lagi
helaian kertas diari tersebut.
8
Dec 2007
Hari
ni hari terakhir S menduduki peperiksaannya. Aku girang sekali
apabila menyambut panggilan telefonnya! Kata-katanya di talian penuh
dengan rasa cinta, sarat dengan rasa rindu. Ohh jantungku berdegup
laju. Ternyata dia mengotakan janjinya untuk menghubungiku sebaik
sahaja dia tamat peperiksaan. Rindunya aku pada dia hanya Tuhan yang
tahu. Katanya selepas ini dia akan pulang ke kampungnya untuk mencari
kerja dan dia berjanji akan berjumpa denganku lagi. Hatiku bernyanyi
riang mengingatkan janjinya. Sungguh saya cinta dan sayangkan awak!
Laju
tangan Wafiq menumbuk meja yang tak bersalah. Tindakan spontannya
untuk melepaskan amarah. Aahhh mengapa Humaira yang didepannya kini
lain? Benarkah Humaira sudah berubah ataupun cuma berpura-pura untuk
menjaga hatinya? Wafiq resah sendirian.
Saat
hati ini telah kuserahkan,
Hadirnya
ujian,
Menguji
kesetiaan,
Menuntut
kesabaran,
Ohh
Tuhan,
Berikanlah
aku kekuatan!
Monolog
hati Wafiq sendirian, dia menutup diari itu perlahan. Tak sanggup
rasanya meneruskan bacaannya malam ini. Hanya ada rasa sakit dan
amarah tika dia membaca diari itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan
lamunannya kian panjang.
aduh..kalau setakat baca berape helai je diari tuu..dh sampai marah macam ni..macam mane kalau wafiq tau 'rahsia' maira nanti..fuhh tak boleh bayangkan lah jugak...by the way good job cik writer ^^
ReplyDelete