Saturday, 19 May 2012

Suami Ekspress 12 :D




BAB 12



Sedar tak sedar sudah seminggu tempoh perkahwinannya Adriana dan Faris. Hari ini mama dan papa Adriana akan berangkat ke Jepun. Pada mulanya Adriana ingin menghantar kedua orang tuanya ke airport tetapi papanya melarang keras kehendak Adriana. Tambahan pula hari ini Faris mempunyai mesyuarat dengan Rektor UiTM.


Adriana berasa tidak sedap hati sepanjang hari ini, semua kerjanya tidak menjadi. Hendak menggosok baju, habis bajunya terbakar. Ketika membasuh pinggan di dapur, dia terlanggar gelas di sinki, habis jatuh berderai gelas kaca itu. Argghhh, barangkali dia tidak pernah berpisah dengan kedua orang tuanya. Memang dia anak manja papa dan mamanya, berpisah seketika ketika dia di universiti sahaja sudah menghantar bebanan rindu yang hangat inikan pula akan berpisah beribu batu pula.


Sudahnya dia dan Faris hanya menghantar kedua orang tuanya di hadapan pintu sahaja, selepas itu Faris bergegas ke universiti. Sayu hatinya hendak berpisah dengan mama dan papanya. Masih terasa hangat pelukan mama dan kucupan papa di dahinya. Sempat mama dan papanya menitipkan nasihat agar dia taat kepada suami dan belajar bersungguh-sungguh.


Sudah dua jam papa dan mamanya meninggalkan rumah mereka pagi tadi. Kini, dia hanya duduk termenung di ruang tamu. Sunyi rumah orang tuanya hanya kedengaran suara dari televisyen dan dia hanya mampu merenung kosong televisyen di hadapannya. Tidak berminat dengan siaran televisyen di hadapannya.


Sedang dia asyik melayan fikiran, tiba-tiba telefon di atas meja berbunyi. Panggilan telefon dari nombor yang tak dikenalinya.


“Waalaikumsalam, ye saya anak Encik Nazri dan Puan Aishah. Kenapa ya?” soalnya pelik.


“Apa??? Accident??” soalnya kuat. Ya Allah lemah longlai dirasakan dirinya saat ini. Akhirnya kakinya terjelepok jatuh di atas permaidani di ruang tamu itu. Patutlah hatinya berasa kurang enak hari ini. Bibirnya tidak putus-putus mendoakan keselamatan orang tuanya.


Hampir dua minggu kejadian yang meragut nyawa mama dan papanya beralu. Namun Adriana banyak menghabiskan masanya dengan hanya termenung. Tidak dihiraukan lagi keadaan di sekelilingnya. Kehilangan mama dan papanya merupakan tamparan hebat buatnya. Kini, dia anak yatim piatu.

Luluh hatinya apabila dia tiba di hospital pada hari kejadian malang itu, hanya jenazah orang tuanya menyambut kedatangannya di hospital itu. Tiada lagi pelukan hangat dari mama, tiada lagi kucupan penuh kasih sayang dari papa. Hatinya benar-benar hiba. Yang tinggal hanya sekujur tubuh di atas katil hospital.


Adriana hanya duduk termenung di dapur, di dapur inilah tempat dia bergurau senda dengan papa dan mamanya ketika mereka makan bersama. Di dapur ini jugalah tempat mamanya memasak kegemaran mereka sekeluarga. Sungguh dia rindu kenangan bersama papa dan mamanya. Setiap sudut ruang dalam rumah ini mengingatkan dia kepada papa dan mamanya. Hatinya menangis hiba. Dia sudah tidak punya orang tua lagi!!


Faris hanya memerhatikan isterinya termenung di dapur. Sungguh hatinya turut merasa kehilangan ibu dan bapa mertuanya tetapi apa yang menyedihkan dia, dia juga seolah-olah kehilangan Adriana. Hati suami mana yang tidak pilu melihat keadaan isteri yang saban hari menitiskan air mata. Baru sahaja bahagia datang menyapa, ujian Allah datang menjengah. Moga Adriana terus tabah.


Faris melangkah menuju ke arah isterinya. Ingin dikongsi rasa duka bersama. Sungguh hatinya pilu melihat air mata yang mengalir di pipi gadis itu.


“Adriana, menangis lagi?” soal Faris sambil tangannya laju menyapu wajah yang penuh dengan air mata itu.


“Eh, abang.. Abang nak minum air ke?” balas Adriana, soalan Faris dibiarkan sepi. Hatinya berasa salah kerana mengabaikan lelaki itu, tetapi dia tidak dapat menahan perasaannya sendiri.


“Eh, taklah. Abang tak haus. Riana jom tidur rumah umi nak? Kita tidur dua tiga hari kat sana” cadang Faris. Mungkin jika mereka ke rumah uminya dapat mengurangkan kesedihan gadis itu.


“Riana ikut je. Bila abang nak pergi?” soal Adriana kembali.


“Petang ni kita pergi, boleh?”


“Riana tak kisah, nanti Riana kemaskan baju abang ya” jawab Adriana.


“Ok, nanti abang telefon umi. Suruh umi masak sedap-sedap. Riana nak makan apa?”


“Riana nak makan tom yam seafood” jawab Adriana ringkas. Tiba-tiba dia teringat mamanya. Mamanya selalu memasak makanan kegemarannya. Sekarang tiada lagi air tangan mama. Hatinya diruntun pilu lagi. Ya Allah, kuat sungguh dugaanMu ini, hamba tak kuat Ya Allah.


“Nanti abang suruh umi masak” balas Faris tersenyum. Senyumannya mati tiba-tiba, terperasankan ada air hangat yang mengalir dari mata gadis di hadapannya. Lantas dipeluknya Adriana, ingin berkongsi duka bersama. Biarlah kesedihan gadis itu berpindah kepadanya, ingin dia salurkan kekuatan kepada gadis itu. Sungguh dia tak sanggup melihat gadis itu selemah ini.


“Riana, sabar sayang. Allah takkan menguji di luar batasan kemampuan hambaNya. Abang tahu Riana kuat. Jangan menangis macam ni, doakan mereka di sana” nasihat Faris sambil mengusap belakang gadis itu bagai memujuk anak kecil.


Adriana hanya mampu menangis dan terus menangis di dada lelaki itu, biarlah dia menangis sepuas-puasnya hari ini. Ini yang terakhir!!



“Thanks abang, Riana kemas barang dulu” Adriana merungkaikan pelukan mereka. Malu rasanya menangis di dada bidang lelaki itu. Habis basah baju suaminya itu, hatinya rasa lebih lapang kini.


“Oh.. Ok” jawab Faris tersedar. Dia hanya mampu melihat langkah Adriana yang melangkah pergi darinya menuju ke tingkat atas.



**


Faris hanya duduk termenung di ruang tamu. Malas menyertai adik-adiknya dan Adriana di luar rumah. Otaknya ligat memikirkan bagaimana cara mahu mengembalikan keriangan di wajah Adriana, dia mula risau jika pelajaran Adriana akan terganggu nanti. Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sebelum semester baru bermula.


“Haii Faris kenapa duduk termenung kat sini? Kenapa tak join sekali dengan Adriana kat luar?” tanya Hajjah Mardhiyah. Dilihatnya anaknya itu seperti sedang mempunyai masalah.


“Eh, umi. Saja Faris duduk kat dalam ni, nak rehatkan fikiran kejap” ujar Faris tersenyum. Dibaringnya pula di riba uminya. Mahu melepaskan bebanan fikiran yang semakin membelenggu sejak akhir-akhir ini.


Hajjah Mardiyah mengusap lembut kepala anak sulungnya. “Ishh, dah kahwin pun nak manja-manja dengan umi. Nanti cemburu pulak bini kamu” usik Hajjah Mardiyah, matanya masih menatap wajah anak kesayangannya itu.


“Alaahh umi kejap je, rindu nak baring kat riba umi”


“Adriana macam mana? Ok? Kesian umi tengok dia, walaupun dia cuba sembunyikan kesedihan dia, tapi umi tahu dia sedih kehilangan orang tuanya” Hajjah Mardiyah tahu menantunya itu sedaya upaya menyembunyikan kesedihannya, tetapi gadis itu tidak dapat membohongi hati tuanya. Dia juga seorang ibu.


“Macam tulah umi, kadang-kadang Faris nampak dia menangis tapi bila Faris tanya dia, dia senyum je”


“Kehilangan orang tuanya merupakan tamparan hebat bagi dia Faris, dalam sekelip mata dia hilang tempat bermanja. Kamu jagalah hati dia Faris, cuba buat dia lupa seketika pada arwah mama dan papanya” nasihat Hajjah Mardhiyah.


“Insha Allah umi. Tapi Faris tak tahu macam mana nak buat dia gembira sedangkan dalam rumah tu penuh dengan kenangan Adriana dan arwah” jawab Faris lemah.


“Kamu sabarlah Faris, ini dugaan untuk kamu. Arwah dah amanahkan Adriana untuk dijaga oleh kamu. Arwah yakin kamu boleh jaga Adriana. Umi sentiasa ada untuk menyokong kamu” balas Hajjah Mardhiyah, tangannya menepuk lembut bahu anaknya, menyalurkan kekuatan.


“Terima kasih umi, tapi Faris tak tahu dah macam mana nak buat hidup Adriana ceria lagi”


“Kamu boleh Faris, kamu suami dia. Buat masa ni, kamu bawaklah dia berjalan, mungkin dengan cara itu boleh membuatkan dia lupa seketika kepada arwah mama dan papanya. Kamu jangan lupa doa juga. Mohon Adriana diberi kekuatan” nasihat Hajjah Mardiyah.


“Bawak Adriana berjalan? Tapi ke mana?” soal Faris bingung.


“Kamu bawaklah dia balik kampung tok umi dan tok abah kamu” cadang Hajjah Mardhiyah.


“Insha Allah umi, nanti Faris bicang dengan Adriana” jawab Faris, bagus juga cadangan uminya. Kampung yang terletak di johor itu mungkin boleh mengurangkan kesedihan Adriana. Teringatkan laut yang terbentang luas membuatkan hatinya senyum sendiri. 'Tok umi, tok abah tunggu Faris datang bawak cucu menantu tok umi dan tok abah' bisik hati kecilnya.

8 comments:

  1. cian kt adriana prents plak mnggal bru je kwin tp xpe ALLAH da bgi dye jdoh tbek faris hope ley bhgiakn dye..hope nti btmbah rpt la hbgan dorg time kt kg nti.

    ReplyDelete
  2. hua..sedih...nak lagi en3? hehe..

    ReplyDelete
  3. cheknie anna norah : thanks awak sudi bace n komen :D nisa bdk baru blajar, byk kkrgn SE nih.. :'(

    ReplyDelete
  4. nk nangis baca ntry ni.
    bes la cite ni.
    thax 4 this beautiful novel ^^

    ReplyDelete