Monday, 14 May 2012

Suami Ekspress 9



BAB 9

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu itu, Adriana bersama Iman mengikut Kak Tasha ke program usrah. Pagi-pagi lagi Kak Tasha iaitu roomatenya mengejutkan dia. Usrah pagi itu akan bermula jam 9 pagi. Baginya program seperti itu banyak membantunya menambahkan ilmu ukhrawi, maklumlah pelajar seperti dia kadangkala leka dengan duniawi.


Tajuk usrah yang bakal disampaikan naqibah pada pagi itu bertajuk kahwin muda. Hah, seakan-akan memahami konflik yang dialaminya. Tajuk yang bakal disampaikan bagai terkena tepat pada batang hidung sendiri. Sepanjang dua hari dia melakukan solat sunat istikharah namun dia masih belum mendapat apa-apa petunjuk lagi. Orang kata tidak semestinya petunjuk akan keluar dalam bentuk mimpi, banyak lagi cara lain seperti hati kita tenang ketika melakukan keputusan tersebut. Tapi sehingga ke hari ini, dia masih belum mendapat petunjuk, mungkin Allah mahu mengujinya.


“Assalamualaikum w.b.t. Tajuk usrah kita hari ini ialah kahwin muda, menarik bukan tajuk kita hari ini?” ujar Kak Husna selaku naqibah memulakan bicara. Masing-masing mengukir senyuman, memang menarik tajuk usrah mereka pagi itu.


“Waalaikumsalam w.b.t” jawab para hadirin. Senyum di bibir masih tidak lekang di bibir para hadirin.


Adriana masih tekun mendengar usrah yang disampaikan oleh Kak Husna, hatinya seakan-akan lebih tenang dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukanya nanti. Antara isi kandungan usrah yang berbekas di hatinya ialah Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kelmarin dia mengatakan dia masih tidak bersedia berumahtangga kerana masih belajar tetapi selepas mendengar bait-bait perkataan dari mulut Kak Husna sebentar tadi, hatinya kian yakin dengan keputusan yang bakal dilakukanya nanti, mungkin ini petunjuk yang Allah beri, caranya berbeza melalui mimpi.


“Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?” kata-kata Kak Husna inilah yang membuatnya tersedar yang selama ini dia seakan-akan mengecilkan takdir Allah. Allah itu sebaik-baik perancang, jika sudah sampai jodohnya, seharusnya dia redha.


Banyak juga ilmu yang dikongsikan oleh Kak Husna mengenai topik kahwin muda. Mengapa sebab kahwin muda, faktor kahwin muda tapi apa yang paling meningkalkan kesan di hatinya ialah nasihat Kak Husna sebelum mengakhiri usrah mereka hari itu. “Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman” ujar Kak Husna sambil tersenyum.


Sempat pula Kak Husna menyelitkan sepotong hadis yang bermaksud “Daripada Rasulullah S.A.W: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)”


Sepanjang perjalanan pulang dari usrah tersebut, Adriana banyak mendiamkan diri. Hatinya sudah yakin mahu mengikut sahaja kata orang tuanya. Bukankah restu orang tua itu penting ketika melayari bahtera rumahtangga?


“Bestkan Adriana tajuk usrah kita tadi? Tiba-tiba je akak rasa macam nak kahwin awal je” tegur Kak Tasha. Adriana mengenali Kak Tasha semenjak dia semester kedua, Kak Tasha adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Biologi. Sebenarnya jarak umur mereka tidaklah jauh sangat, cuma berbeza setahun. Kak Tasha merupakan lulusan matrikulasi yang mengambil ijazah di universitinya.


“Haah, Iman pun rasa macam nak kahwin sekarang je kak. Hehe.. Kalau dah ada orang masuk meminang Iman, dah lama Iman suruh mak dan abah terima je” sampuk Iman pula. Haiish masing-masing dah mula pasang niat kahwin muda nampak.


“Adriana, kenapa diam? Dari tadi lagi akak nampak awak diam je” tanya Kak Tasha. Tangannya memengang lembut tangan Adriana.


“Eh, akak tanya apa tadi?” soal Adriana pula. Soalan dibalas soalan. Dah fikirannya jauh melayang, nak buat macam mana.


“Ishh kau ni, mesti otak kau dah jauh menerawang kan? Ntah-ntah dah sampai berangan bersanding atas pelamin” serkap Iman. Haisshhlah Iman, mulut macam takde insurans.


“Eh, kau ni pandai-pandai je lah. Eh, akak tanya apa tadi? Sori, Riana tak dengar” ujar A driana memohon maaf, sedar kesilapan diri.


“Takpe, akak tanya best kan tajuk usrah kita tadi? Akak rasa macam nak kahwin muda pula” balas Kak Tasha ringkas. Tersenyum dia melihat gadis di hadapannya.


“Ohh, ingatkan akak tanya apalah tadi. Yup, memang best kahwin muda. Tapi kita kena ready fizikal, mental dan rohani kak. Lebih-lebih lagi student macam kita ni, bukan mudah hendak melakukan banyak kerja dalam satu masa. Belajar lagi, uruskan rumahtangga lagi” ujar Adriana sambil tersenyum. Lebih kepada menasihati diri sendiri sebenarnya.


Tersenyum Iman mendengar kata sahabatnya itu, dalam diam dia mengakui kata-kata Adriana. Tak sangka Adriana yang dia kenal sudah berfikiran matang. Memang benar, hendak mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. “Wahh, Riana cayalah. I'm totally agree with you. Tak sangka kawan aku ni dah matured rupanya” usik Iman, sempat pula dia memuji sahabatnya.


“Betul kata awak tu Riana, memang nampak best je kalau kahwin muda. Tapi harus diingat kita kahwin bukan untuk sehari dua, tapi untuk selama-lamanya” sampuk Kak Tasha pula.


**

Hari ini sudah dua hari dia melakukan solat sunat istikharah, dia yakin akan menerima permintaan Encik Nazri. Walaupun dia tidak mengenali anak gadis teman abinya itu, tapi dia yakin wujudnya cinta selepas kahwin di dunia ini. Mungkin lebih manis cinta selepas kahwin iaitu dengan cara yang diredhai Allah.

Tapi, sebelum diijabkabulkan dengan gadis itu, dia berharap agar dia dapat bertemu dengan empunya diri dahulu. Tidaklah dia berasa terkejut atau janggal sangat nanti. Lagipun, gadis itu satu universiti dengan tempat dia mengajar. Tapi, macam mana dia nak cari gadis itu? Takkan nak buat announcement pulak kan. Dalam ligat otaknya memikirkan cara terbaik untuk bertemu gadis, pintu biliknya diketuk dari luar.


“Along, along busy ke? Ni Irah lah, boleh Irah masuk?” soal Faathirah dari luar. Sudah beberapa hari dia tidak berbual dengan abangnya.


“Ohh Irah, masuklah. Pintu tak kunci pun” jawab Faris sambil membetulkan duduknya. Haii, kalaulah Faathirah melihat gaya dia duduk tadi, tiga hari tiga malam mahunya digelakkan oleh si Faathirah tu, gaya duduk orang mati bini je.


“Along ok tak? Irah dah tahu dah pasal anak uncle Nazri tu” soal Faathirah sambil melabuhkan punggung di kerusi kerja abangnya itu. Dia turut bersimpati dengan nasib abangnya. Patutlah abangnya lain macam sahaja dua, tiga hari ni. Dia tahu hal ini pun dari uminya, puas dikorek rahsia dari uminya. Sampai nama penuh anak uncle Nazri pun dah ada dalam koceknya sekarang.


“Eh, along ok je. Along rasa along dah ada keputusan tentang hal tu. Cuma along ada masalah sikit” ujar Faris sambil meraup rambutnya ke belakang.


“Along dah buat keputusan? Along tak nak terima eh anak uncle Nazri tu? Along nak lari dari rumah ke?” soal Faathirah bertalu-talu. Janganlah abangnya itu bertindak di luar jangkaan. Ohh dia tak sanggup nak kehilangan abangnya pula.


Tertawa kecil Faris mendengar kata adiknya. Haiilah budak ni, dah banyak sangat pengaruh novel ni, takpun pengaruh drama. Tak pernah difikirkan pula idea gila adiknya itu. Irah, irah.. “Irah ni banyak sangat pengaruh drama lah, haha. Along tak terfikir langsung idea kurang cerdik Irah tu. Along rasa along ikut je cakap abi dan umi. Tak salah kan kalau kita bahagiakan orang tua kita?” jawab Faris sambil tersenyum.


“Eh, macam tu eh? Tapi apa masalahnya?” soal Faathirah malu, nampak sangat dia kurang matang hal-hal begini, pengaruh drama dan novel mungkin ia juga. Hehe..


“Masalahnya sekarang along nak jumpa dia, tapi tak tahu cara macam mana nak jumpa dia” balas Faris buntu.


Faathirah garu kepalanya yang tidak gatal. Lah, nak jumpa pun payah ke? Jumpa je lah, bukannya susah pun. Ingatkan masalah besar apalah tadi. “Along jumpalah, bukannya payah pun” jawab Faathirah jujur.


“Tapi along tak kenal pun siapa budak tu, nama penuh pun tak tahu” balas Faris.


“Lah, takkan along tak tahu nama akak tu? Tadi umi ada bagitahu Irah nama akak tu, Qistina.. Qistina apa erk? Jap-jap Irah ingat balik” jawab Faathirah. Pelik, takkanlah abangnta tak tahu nama bakal isteri sendiri. Memang parah ni.


“Qistina apa?? Irah ingatlah balik” tanya Faris mengharap.


“Hah, Qistina Adriana kot. Eh, ke Adriana Qistina? Alahh gitulah bunyinya asal ada na, na kat hujung nama” jawab Faathirah, dia pun sudah lupa nama yang diberitahu uminya tadi. Hah, kalau alongnya nak jawapan yang tepat, silalah tanya umi. Hehe..


“Eh, macam pernah dengar je nama tu” fikir Faris sendiri, takkanlah si Adriana pelajarnya itu kot?


Faathirah bangun dari kerusi abangnya. “Along pernah dengar nama tu? Hah, along fikirlah sendiri eh? Irah nak mandi, kejap lagi nak maghrib” jawab Faathirah sambil kakinya melangkah keluar dari bilik abangnya.


Faris termenung sendiri, buntu memikirkan sepotong nama itu. Arghh lantaklah, esok je dia fikir masalah tu. Jam di sisi katil dikerlingnya, hampir pukul 7 malam. Baik dia bersiap-siap untuk solat maghrib, nanti bising pula abinya.


**

Faris memulangkan kembali kertas test pelajar-pelajarnya bagi memudahkan pelajar-pelajarnya mengulangkaji pada saat-saat akhir sebelum final examination mereka nanti. Seperti biasa dia memanggil nama-nama pelajarnya bermula dari mereka yang mendapat markah tercorot hingga ke nama mereka yang mendapat markah tertinggi. Kini, hanya tinggal tiga nama sahaja lagi. Mereka inilah yang mendapat markah tertinggi.


“Aqil Akmal Bin Abdullah, tahniah” panggil Faris. Kagum melihat satu-satunya pelajar lelaki yang mendapat markah tertinggi, yang lain hanya takat-takat makan sahaja.


“Iman Farhana Binti Ibrahim, tahniah jugak” ucap Faris sambil tersenyum menghulurkan kertas ke arah gadis itu.


Kini, hanya tinggal seorang sahaja lagi nama pelajar yang belum dipanggilnya. “Adriana Qistina Binti Nazri” panggil Faris, eh macam dia kenal nama ni. Tangannya masih memegang kertas tersebut. Eh, ini nama yang Faathirah sebut semalam. Nama Nazri di hujung nama Adriana membuatnya semakin gelisah.


“Eh, sir.. anything wrong? Sir salah key in markah ke?” soalAdriana sambil menghulurkan tangan meminta kertasnya. Pelik melihat reaksi pensyarahnya.


“Er nothing wrong” jawab Faris sambil menghulurkan kertas tersebut, dadanya seakan mahu pecah. 'Adriana anak uncle Nazri? Argghhh sudah. Aku mesti tanya Adriana ni' bisik hatinya seakan tidak percaya.


p/s : sori kalau ada typo.. tak sempat edit, mata dah berpinar-pinar ngadap laptop, hihihi ^^, eh nantikan smbgnnya, tggu macam mana reaksi Adriana bila tahu Faris ni bakal suami dia :D



7 comments:

  1. best...banyk ilmu yg bermanfaat tntg kawen muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ryanna : mmg byk manfaat khwin muda :) *tbe2 mood na kwen dtg, hihi :D sy suka cinta lps nikah ^^,

      Delete
    2. betul..sweet je tngok org yg kawen muda ni..tp apa2pn nk hbiskn stdy dlu.. sy pun dh tetapkn niat dlm hati nak bercinta lps nikah..insyaAllah..semga dperkenankn..aminn..

      Delete
  2. huhu... kali nie best... nisa kali nie wat ending en3 dia mcm suspen ckit... so watkn pmbaca2 xsabar nk tnggu next n3... jd cepat2 kan la update yer... heeee...

    ReplyDelete
  3. thanks yunie sudi bace :D sdg mnaip n3 baru, doa2kn lah eh, Allah kaci ilham :) thanks again ya :'D

    ReplyDelete
  4. hihi tak sabarnya nak baca lagi ^_^

    ReplyDelete