BAB
1
LAUT
BIRU…
Angin
yang bertiup lembut,
Menghembus
menyapa tubuhku,
Lalu
menyentak fikiranku,
Memikirkan
kekuasaan-Mu.
Ya
Rabbi..
Siapakah
aku di sisi-Mu?
Adakah
seperti mutiara di dalam lautan sana?
Ataupun
cuma lumpur di persisiran pantai?
Dia memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Pandangan
yang bukan sekadar pandangan kosong tetapi mindanya ligat memikirkan
kekuasaan-Nya. Merenung laut yang terbentang luas, yang seakan tiada
penghujungnya. Masya-Allah, subhanallah.
Maha Suci Allah yang menciptakan.
Ammar menarik
nafas panjang. Memuhasabah kembali perjalanan hidupnya. Sejauh mana dia akan
mengisi ‘amanah’ usia yang masih berbaki. Sudah dua puluh dua tahun hidupnya,
maka apa sumbangannya pada agama? Apa sumbangannya pada ummah? Paling tidak
sumbangannya pada diri sendiri. Apa sudah diisi amanah usianya dengan perkara
kebaikan?
Dalam dia kian
hanyut dalam dunianya, bahunya ditepuk perlahan. Ammar berpaling lantas
menghadiahkan senyuman. Abang usrah merangkap naqibah bulatan gembira mereka.
“Assalamualaikum,
jauh enta mengelamun?” sapa Wildan. Jauh dilihat anak muda di sebelahnya
itu hanyut dalam dunianya sendiri.
Ammar Al Fateh, sahabat yang dikenalinya ketika sama-sama mengikuti
program usrah. Sejak awal perkenalan mereka lagi dia sudah tertarik dengan
akhlak pemuda itu. Syabab yang punya semangat luar biasa dalam dirinya. Dan
hari ini, mereka bertemu lagi dalam rehlah tarbiyah. Sengaja dipilihnya
pantai Port Dickson ini sebagai lokasi tarbiyah mereka. Bukankah antara
pandangan yang bakal meyumbang pahala ialah melihat laut?
“Waalaikumsalam akhi, ishh bukanlah termenung cuma…”
bicaranya tergantung sendiri. Mencari bait yang sesuai untuk meyambung bicara
yang terhenti.
“Cuma??” kening Wildan terangkat tinggi. Menunggu reaksi si pemuda
agama di hadapannya.
“Ke enta sedang fikirkan untuk bina ‘masjid’?” serkap
Wildan, dia tertawa kecil. Sejak umur meningkat begini topik-topik membina
masjid atau baitul muslim sering dijadikan gurauan.
“Bina masjid?” kening Ammar sudah terjongket tinggi. Dia memandang
lama wajah seniornya sebelum pandangan kembali dihalakan ke laut yang sedang
terbentang luas.
“Na’am.” Jawab Wildan ringkas. Dia juga turut melontarkan
pandangan jauh ke hadapan.
“Kalau bina masjid semudah bermain puzzle, dah lama ana
bernikah akhi. Nikah tu lebih susah dari subjek add maths akhi. Nak
bina baitul muslim tak semudah yang dikata. Tak semanis yang dibicara. Kita bernikah
untuk bina ummah bukan sekadar hubungan cinta antara dua manusia.” Ammar
tersenyum sedikit, meluahkan apa yang dirasa.
Wildan tersenyum mengakui kebenaran kata-kata Ammar. Rumah tangga
tak semudah yang diperkata. Tak semanis seperti yang kita sangka. Ya, rumah
tangga merupakan tempat untuk membina ummah. Maka harus persiapannya bukan
sekadar main tangkap muat saja. Harus punya cukup ilmu dan pengalaman untuk
masuk ke alam rumah tangga.
“Tapi syabab hari ni seringkali menjadikan nikah sebagai
gurauan. Apa harus dijadikan rumah tangga itu sebagai medan perjudian? Kalau tak
sesuai, tak suka bercerai. Nau’zubillah.” Sambung Ammar lagi.
Wildan jadi kagum sendiri. Kagum dengan fikrah anak muda di
sebelahnya.
“Ana setuju. Aasif jiddan gurauannya tadi. Saja ingin
menduga enta. Ana setuju kadang-kala remaja kita terlalu
dimogokkan dengan nikah muda. Tapi persiapannya bagaimana? Tak salah mahu
bernikah muda tapi persiapkan dirimu dahulu. Be a good muslim first,
insya-Allah you will get a barakah Baitul Muslim later.”
Ammar tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya. Teringat kembali
saat awal perkenalan mereka.
“Ana Ahmed Wildan Qayyum.” Sapa si syabab sambil
menghulurkan tangan sebagai tanda meraikan perkenalan mereka.
“Well done??” tanyanya lurus.
Si syabab sudah tergelak kecil.
“Wildan. W.I.L.D.A.N” ejanya satu persatu.
“Ohhh maaf akhi, ana Ammar al-Fateh.” Dia mula
memperkenalkan diri sambil mengakui silapnya.
“Al-Fateh, masya-Allah. Nice name. Moga semangat Sultan Muhammad
al-Fatih meresap dalam jiwamu, mengalir dalam denyut nadimu” ujar Wildan.
Ammar hanya
tersenyum. Al-Fateh nama yang dipilih abahnya. Mungkin abahnya terkesan dengan
sejarah Sultan Muhammad al-Fatih. Pemuda hebat yang mampu membebaskan kota Konstantinople
pada usia dua puluh satu tahun.
“Enta
termenung lagi?” soal Wildan apabila dilihatnya Ammar hanyut lagi dalam
dunianya.
“Ehem..” dehem
Ammar, sedar dia tertangkap lagi apabila sedang mengelamun dalam dunianya
sendiri.
“Enta,
minggu depan jom bermusafir ke rumah ana. Ta’aruf dengan family
ana.”
“Minggu depan? Ta’aruf
dengan family enta??” soal Ammar terkejut.
“Iyee..” Wildan
sudah tersengih.
‘Ta’aruf
dengan adik ana sebenarnyaa!’ desis hati kecil Wildan. Tiba-tiba dia
seakan berminat mahu menjodohkan adiknya An Neesa dengan pemuda itu.
“Insya-Allah.” Sepatah
jawapan yang keluar dari mulut Ammar sudah mampu membuatkan Wildan tersenyum
lebar.
Nampaknya dia masih punya peluang ingin menjodohkan adiknya dan
Ammar. Bukan dia mengambil mudah dan tangkap muat saja mahu menjodokan Ammar
dengan An Neesa tapi dia yakin dan pada pandangan matanya Ammar sudah matang
dan sudah layak untuk bernikah.
uwarhh !!!! first comment la.. best la cerita dia cik penulis tapi pendk sangat baru nak feel tapi dah habis ..
ReplyDeleteHurmm...bertuahnye an nesa ad abang sebaik wildan...bahagia keluarga mereka...
ReplyDelete