BAB 39
Usai
sahaja kelas Material Science pada petang itu Adriana dan Iman awal-awal lagi
sudah angkat kaki. Penat seharian menghadiri kelas, otak sudah naik tepu mahu
memproses ilmu yang diberikan lebih-lebih lagi subjek Material Science yang
menjadi penutup sesi pembelajaran mereka petang itu.
“Adriana,
tunggu!!” jerit suara dari belakang. Haish, badan penat-penat ni ada saja yang
kacau line untuk dia ber’dating’ dengan katil, huhu..
Adriana
dan Iman berpaling serentak ke belakang, kenal sangat dengan pemilik suara itu.
Siapa lagi kalau bukan Aqil Akmal.
“Kenapa?”
soal Adriana straight to the point!! Malas nak layan perangai Aqil yang
kadangkala tak paham bahasa. Eh, bukan kadangkala tapi selalu ok!!
“Tak
lama lagi nak study week kan?” Aqil memulakan muqadimah, Iman yang disebelahnya
sudah pandang lain macam saja, pandang macam tak puas hati.
“Ha’ah,
so??” Adriana menyoal selamba, apa ada kena mengena dengan dia ke kalau study
week tak lama lagi?
“Apa
kata kita buat study group? Saja ajak Aniq sekali, Iman joinlah sekali. Nak
tak?” pancing Aqil. Dia mahu selalu dekat gadis itu dan dia tidak mahu terlepas
peluang untuk memiliki gadis itu. Dia harus bijak menyusun strategi
memandangkan mereka sudah di akhir semester kini.
Adriana
sudah menggaru kepala yang tak berapa nak gatal. Eh, perlu ke study group?
Bukan Aqil memang selalu score dalam exam? Bukan selalu mamat tu dapat Dean
List ke?
“Hah??
Eh, kitorang dah ada geng study grouplah. Semua muslimat, rasanya takpe kot
kalau kitorang tak join Aqil and Aniq” dalih Adriana. Mencipta alasan untuk
menjaga diri. Kalau Faris nampak nanti macam mana? Mahu perang dunia agaknya,
lagi pula dia sedar statusnya sebagai seorang muslimah dan seorang isteri. Dia
kan mahu jadi isteri solehah, haruslah dia menjaga maruah suaminya.
“Owhh,
takpelah kalau macam tu, tapi Riana boleh join kitorang jugak. Maknanya korang
nanti ada dua study grouplah, dengan group muslimat korang study subjek lain,
dengan kami subjek lain” Aqil terus memujuk, tidak mahu mengalah mendapatkan
Adriana.
Muka
Adriana sudah merah menahan marah. Ya Allah tak paham bahasa betullah mamat ni,
sia-sia saja pointer dapat four flat kalau ayat yang mudah pun masih tak paham.
“Rasanya
tak kot sebab kami dah cukup dengan study group tu” sengaja Adriana menekan
perkataan dah cukup untuk menyampaikan maksud sebenar dia.
Adriana
menjeling Iman di sisi, meminta bantuan. Mulut Iman kalau sound pedas sikit.
“Ha’ah
Aqil kitorang tak perlu study group banyak-banyak insya-Allah. Kalau tak paham
pun nanti kitorang nak jumpa lecturer je” balas Iman selamba, kasihan melihat
wajah cemberut Adriana.
“Owhh,
nak jumpa lecturer eh nanti? Boleh join sekali” Aqil membalas selamba.
Adriana
sudah tarik muka, mengucap panjang dalam hati. Haillah mamat ni, payah betul
nak pahamkan kau. Senyuman dihadiahkan untuk Aqil, harap-harap kali ni
berhasil.
“Aqil,
maaf ya. Sorry to say but I’m not comfortable if we are in the same study
group. Saya rasa lebih elok kalau awak cari kaum muslimin untuk study
sama-sama. Itu lebih baik, lagi pun lagi ramai kaum muslimin perlukan bantuan
awak, awak sebagai top students mesti boleh bantu kaum sejenis awak” selamba
Adriana melontarkan peluru berbisa dia.
Terkebil-kebil
Aqil melihat sikap tegas Adriana. Wow, ini yang buat dia semakin bersemangat
mendapatkan mawar berduri seperti Adriana.
“Kitorang
balik dulu, assalamu’alaikum” sampuk Iman pula.
“Wa’alaikumsalam”
balas Aqil perlahan. matanya masih memerhati tingkah Adriana yang berlalu
bersama Iman.
“Tabik
springlah dekat kau Riana. Berani jugak kau fahamkan mamat tak paham bahasa tu”
Iman memuji Adriana. Sungguh Adriana yang selama ini lemah lembut mampu
mengucapkan ayat pedas tadi, biasanya dia yang terlebih brutal tapi hari ni
Adriana pula yang menggantikan tempatnya.
“Banyaklah
kau punya tabik spring, bengang aku dengan Aqil tu. Selama ni tak pernah-pernah
pun ajak study ke apa, tiba-tiba nak buat study group padahal dia top student,
ishhh baik aku buat study group dengan Faris je, dapat pahala lagi” luah
Adriana geram, dalam diam sempat lagi diselitkan nama Faris, memang dia dah
angau dengan suami sendiri.
Iman
sudah ketawa, Adriana, Adriana… Kalau dengan Faris tu bukan namanya study
group, itu namanya dating group. Aiyoyo..
“Hah
banyaklah kau nak study group dengan Mr. Faris, tu bukan study namanya, nanti
lain pulak yang korang studykan” Iman masih ketawa. Lawaklah Adriana ni!!
Adriana
menjeling tajam ke arah Iman, mati terus ketawa Iman. Amboi otak Iman boleh
tahan jugak kan? Hishhh, takde benda faedah lain ke yang Iman boleh fikir??
Masalah isu semasa ke, masalah politik ke, tak pun masalah Negara.
“Otak
kau boleh tahan jugak kan??” pantas tangan Adriana menghadiahkan ‘ketam’.
Special untuk Cik Iman tersayang.
“Haha,
janganlah marah. Ok-ok, aku surrender. Jom singgah café, nak beli lauk untuk
berbuka nanti” Iman sudah tayang wajah sedih, nak mintak simpatilah tu.
“Yelah,
aku pun nak beli makanan ni..” Adriana mengalah, dijelingnya jam di tangan,
sudah jam enam setengah. Nasib baik dia dan Iman sudah menunaikan solat Asar
sebelum kelas material tadi. Jadual kelas di university memang berbeza
berbanding di sekolah dulu. Di sini, kadangkala kelas mereka tamat pukul enam
petang, itu belum termasuk kelas malam dan kelas ganti lagi. Rindu zaman
sekolah, paling lambat pukul empat petang sudah pulang. Tapi inilah yang
dinamakan perubahan dan pengorbanan. Mana ada orang yang berjaya yang tak
pernah melakukan pengorbanan. Kejayaan itu bukan datang dengan mudah.
Mereka
sama-sama melangkah menuju ke café. Nasib baik tidak ramai pelajar, tidak
perlulah mereka beratur panjang untuk membeli makanan.
“Riana,
aku nak bungkus air dulu tau” sapa Iman dari belakang.
“Ok”
balas Adriana, matanya sedang ralit memerhatikan lauk pauk yang terhidang di
sepan mata. Tak tahu nak pilih yang mana, rasa nak pilih semua je. Amboi,
tamaknya dia!! Inilah perasaan orang yang berpuasa, semuanya macam nak beli
tapi bila berbuka nanti semuanya tak habis, menjadi makanan tong sampah pula
nanti.
Akhirnya
Adriana memilih nasi bersama ayam masak merah bersama sedikit sayur campur.
Tiba-tiba terasa beg sandangnya dipegang. Haish, Iman ni nak apa lagi??
“Kenapa
Iman?” tanya Adriana tanpa memandang wajah yang berada di belakangnya.
“Iman??
Ni abanglah” balas Faris perlahan, mujur tiada siapa di café, mungkin ramai
pelajar sudah pulang, maklum saja hampir tujuh malam.
“Hah??”
terperanjat Adriana mendengar suara kasar milik suaminya. Faris tak balik lagi?
Lambatnya Faris pulang.
“Lambat
abang balik?” soal Adriana, terasa mahu sahaja dipeluk tubuh tinggi lampai itu.
Rindunya dengan Faris.
‘Control
Riana, be yourself. Ni tempat public’ bisik Adriana perlahan.
“Ha’ah,
abang solat jema’ah dekat sini nanti. Zahin ajak teman dia berbuka nanti, maybe
abang tidur rumah dia malam ni” Faris menjawab. Dia memang rapat dengan Zahin,
pernah juga dia tidur di rumah sewa temannya itu.
“Owhh,
mana Sir Zahin?” tanya Adriana sambil matanya mencari-cari kelibat pensyarahnya
itu.
“Dia
tunggu dekat kereta. Oklah Riana abang pergi dulu ya? Malam nanti insya-Allah
abang call” balas Faris meminta diri.
“Ok
take care and selamat berbuka” balas Adriana.
“Insya-Allah.
Take care sayang, assalamu’alaikum”
“Wa’alaikumsalam”
Iman
hanya memerhati pasangan suami isteri itu dari jauh. Mahu memberi peluang dan
ruang kepada sahabatnya untuk bertemu dengan suami sendiri.
Adriana kembali
ke kaunter untuk membuat pembayaran. Otaknya masih memikirkan Faris. Sabarlah
duhai hati, ini pengorbanan yang harus dilakukan untuk berjaya.
“Mana Mr. Faris?
dah balik??” soal Iman.
“Kau nampak?”
soalan dibalas soalan.
“Eh, mestilah..”
Gulp!! Bertuah
punya Iman, sempat lagi dia skodeng yaa??
“Riana aku rasa
kau kena terus terang dengan Aqil. Aku rasa dia sungguh-sungguh nak dekat kau”
Iman memulakan bicara setelah masing-masing sudah selesai membeli makanan.
“Aku tak ready
lagi, aku tak kuat Iman” balas Adriana lemah. Bukan mudah untuk dia berterus
terang.
“Takpe, aku
faham..” Iman menepuk perlahan bahu Adriana menyalurkan kekuatan.
“Aku tak kuat
Iman…”
nak lg..nk cpt2 bgtau c aqil tu yg c riana dah kahwin..pdn muka dia kacau lg isteri org..
ReplyDeleteAwat pendek sgt .nak lg nisa........
ReplyDeleteyey...lama tunggu ni...nk lg bleh?
ReplyDelete