BAB
10
Humaira
masih terkebil-kebil memandang siling bilik walaupun hampir setengah
jam Liyana meminta diri. Kata-kata Liyana masih lagi terngiang-ngiang
di telinganya.
“Humaira
ambillah masa dulu, jangan cepat beri kata putus. Istikharah dan
musyawwarah dahulu..” nasihat lembut Liyana itu masih lagi
terngiang di telinganya. Belum sempat dia ingin menolak lamaran
Wafiq, Kak Liyana menitipnya nasihat begitu. Kalau ikutkan akal
logiknya memang dia menolak mentah-mentah risikan lelaki itu.
Minda
Humaira sarat dengan pelbagai soalan. Macam-macam soalan yang entah
dari planet mana muncul dalam benaknya kini. Haih sejak bila mamat tu
sukakan dia? Atau ada agenda lain Wafiq melamarnya? Tapi untuk apa?
Balas dendam?
Humaira
merengus kuat, ahh kalau difikir makin serabut otaknya. Apa agaknya
solusi terbaik? Reject terus atau fikir dulu? Sungguh dia serabut
sekarang. Dia perlukan seseorang sangat ini untuk dia berkongsi
masalahnya. Nak dihubungi ibunya pada masa-masa begini dia tahu
ibunya sibuk mencari rezeki.
Lantas
dicapainya tudung dan dia bersiap ala kadar, dia mahu bertemu dengan
Syuhada, hanya Syuhada yang tahu krisinya dengan Wafiq. Dia mahu
meminta pendapat dari gadis itu.
Usai
bersiap, dia mengatur langkah ke rumah Syuhada yang tidak jauh dari
kolej kediamannya. Hanya jarak beberapa blok yang memisahkan.
Mujurlah semasa dia menghantar mesej sebentar Syuhada mengatakan dia
free pagi itu.
Usai
memberi salam dia mengetuk pintu bilik. Humaira terus melangkah masuk
ke bilik Syuhada yang sudah tersedia terbuka pintunya. Dia kalau
dengan Syuhada memang tak cover-cover ayu, main aci redah je.
Enak
saja dilihat Syuhada yang sedang berbaring santai membaca novel
terbaru Hilal Asyraf. Jangan tak tahu, Syuhada ni peminat nombor satu
Hilal Asyraf. Penulis muda lulusan dari universiti Jordan. Tapi
sayangnya pemuda itu sudah mendirikan rumah tangga, melepaslah Cik
Syuhada kite ni. Hehe.
Kadangkala
dia jadi cemburu dengan ketenangan yang dimiliki Syuhada. Bilalah
agaknya dia mampu menjadi setenang Syuhada. Lebih-lebih lagi datang
pula risikan dari Wafiq, bertambah kalut hidupnya kini. Dia sendiri
hairan dengan dirinya sendiri. Bukan dia tidak pernah dirisik,
pernah. Tapi risikan Wafiq ini seakan menghantar debaran yang
tersendiri. Kalau lamaran orang lain mudah sahaja ditolaknya lembut.
Tapi lamaran Wafiq? Hanya hati yang mampu menola sedangkan lidah kelu
sendirian.
“Hah,
kenapa dok tercegat depan pintu tu? Jemputlah duduk” pelawa Syuhada
apabila dilihatnya Humaira kaku berdiri.
Humaira
hanya tersengih. Diatur langkah menuju ke arah Syuhada. Gusar, kalut,
kaku. Bagaimana mahu dia meluahkan apa yang terbuku di hati sedangkan
bicara seakan kaku sendiri?
“Anything
yang nak share dengan aku?” teka Syuhada prihatin. Dia mula menutup
novel yang dibaca, mahu memberi perhatian lebih kepada Humaira yang
dihadapannya ini.
Humaira
mengangguk, dia tersenyum. Menutup rasa kurang enak di hati.
“Sharelah,
insya-Allah mana yang aku boleh tolong, aku tolong” luah Syuhada
jujur.
Humaira
menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk meluahkan.
“Aku
dirisik..” berhati-hati bicaranya kali ini.
Syuhada
terpegun. Humaira dirisik? Siapa yang merisik? Tapi tak hairanlah,
Humaira manis orangnya.
“Siapa?”
direct soalan itu yang ditanya. Sungguh Syuhada tertanya-tanya pemuda
mana yang berani merisik Humaira yang jinak-jinak merpati itu. Mesti
hebat pemudanya.
“Wafiq..”
perlahan jawab Humaira.
Kening
Syuhada terangkat. Mindanya dikerah laju.
“Wafiq
mana ni?” soalnya lagi, rasa membuak ingin tahu.
“Err
kau tak kenal syabab tu. Aku pun tak kenal sangat tapi kau pernah
jumpa dia” terang Humaira.
“Jumpa??
kat mana?” soal Syuhada.
“Yang
kat cafe tu, simbah air. Remember?” Humaira tersengih bagai kerang
busuk.
“Simbah
air? Yang mamat mulut longkang kau cakap tu?” naik tinggi suara
Syuhada. Mahu tak terperanjat. Ohh mana oksigen ni! Nak semput pun
ada!
Humaira
tayang wajah tak bersalah, dah agak dah reaksi Syuhada. Ok fine..
“Dia
mengingau ke apa? Macam mana korang boleh..” bicara Syuhada
tergantung.
“Aku
pun rasa dia mengingaulah weh. Entah tiang mana yang dia langgar aku
pun tak tahu. Dia yang kutuk-kutuk aku, lepas tu dia datang merisik.
Haishhh” luah Humaira.
Syuhada
garu kepala yang tak gatal. Macam mana musuh ketat boleh jatuh cinta
ni?
“Hah,
aku dah tahu kenapa dia jadi macam tu!” sampuk Humaira kuat.
“Kenapa??”
tanya Syuhada semangat.
“Sebab
aku ada ketuk dia dengan diari hari tu. Hah mungkin otak dia dah tak
betul lepas kena ketuk kot” Humaira melontarkan ideanya, tiba-tiba
dia teringat insiden dia mengetuk kepala Wafiq.
Syuhada
menepuk kepalanya. Hoii itu bukan jawapan yang bijak ok!
“Haih,
kau ni. Ada kau yang aku ketuk karang..” Syuhada memberi amaran,
geram.
“Apa?
Tak logik ke teori aku?” soal Humaira masam.
“Tak
logik langsung. Theory failed!”
“So,
kau terima tak?” tanya Syuhada ingin tahu.
“Entah,
aku keliru” tulus jawapan yang diberi.
“Kau
bagi masa pada diri sendiri, jangan buat keputusan terburu-buru”
nasihat Syuhada, sama seperti nasihat Liyana, bagaikan berpakat pula
mereka ni.
“Tapi
boleh ke musuh hidup sebumbung? Aku takut habis cawan, gelas pecah
nanti” ujar Humaira sarkastik. Ehh memang dia risau ni.
“Haha,
haih be maturedlah weh” tawa Syuhada meletus, merapu jelah teori
Humaira ni.
“Anjing
dengan kucing boleh ke hidup sama?” soal Humaira lagi. Mana taknya,
asal jumpa je gaduh. Ni kan pulak nak tinggal sebumbung nanti.
“Adoii
kau ni pun. Takkanlah korang nak gaduh lagi kalau dah nikah?”
“Tapi
aku takut dia bukan yang terbaik untuk aku dan aku tak sesuai untuk
dia” luah Humaira jujur.
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu."
-Surah Al- Baqarah : 216 -
-Surah Al- Baqarah : 216 -
"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak. -Surah An-Nisa : 19 -
Syuhada
membaca dua potongan ayat dari Surah al-Baqarah dan an-Nisa itu
sebagai menjawab soalan Humaira.
Humaira
menarik nafas, terasa sedikit lega. Ya dia harus memberi masa untuk
dirinya sendiri.
“Ambil
masa, dah mintak pendapat ibu kau?” tanya Syuhada lembut.
Humaira
menggeleng. Ya dia harus meminta pendapat ibunya nanti. Bukankah ibu
rujukan terbaik untuknya? Kadangkala dirasakan ibunya lagi memahami
dirinya berbanding dirinya sendiri.
Habis
sahaja bertemu Syuhada, dia pantas mencapai telefon bimbitnya. Ya dia
mahukan pendapat daripada wanita tabah itu. Nombor telefon ibunya
didail pantas.
“Assalamu'alaikum
ibu” sapanya sebaik saja talian di hujung diangkat.
“Err
wa'alaikumsalam Kak Mia. Ni Haikal” suara garau adiknya mula yang
mengangkat panggilan sebentar tadi.
Humaira
menepuk dahinya perlahan. Aiyoo excited bebenor!
“Haha,
maaf Haikal. Ibu ada?” tawa kecil Humaira tercetus, menutup
kesilapan diri.
“Ada,
kejap Haikal panggilkan” jawab adiknya.
“Thanks,
Haikal balik ke hari ni?” tanya Humaira pelik.
“Ha'ah,
dah study week kat matrik” jawab Haikal di hujung sana.
“Ok,
good luck for your coming exam” ujar Humaira.
Tidak
lama selepas itu, panggilan bertukar tangan. Kedengaran suara ibunya
di hujung talian. Humaira menarik nafas panjang.
“Assalamu'alaikum
ibu..” rengeknya manja.
“Wa'alaikumsalam,
kenapa dengan anak ibu ni?” bijak Puan Hanis dapat membaca fikiran
Humaira. Dia tahu anaknya sedang gelisah sendiri. Hati ibu, kalau
disorok macam manapun dia akan dapat merasa anaknya itu dilanda
masalah.
“Mia
rindu ibu..” rengeknya lagi. Memang kalau ada masalah, mulalah
perangai dia yang satu ni datang. Rasa macam nak baring atas riba ibu
je.
“Ibu
pun rindu Mia, kalau free baliklah. Haikal pun ada kat rumah ni”
jawab Puan Hanis, walaupun dia tahu jarak antara Selangor dan Johor
jauh, tapi hatinya juga sarat dengan rindu untuk puteri sulungnya
itu.
“Mia
dah start busy sekarang, kalau tak Mia dah balik” jawabnya sedih.
Memang sekarang dia tengah sibuk dengan assignment dan kuliahnya. Tak
lama lagi nak exam, mahu tak busy!
“Takpe
ibu faham, Mia ada nak share dengan ibu ya sayang?” pujuk Puan
Hanis lembut.
“Pandainya
ibu Mia ni..” jawab Humaira tersenyum. Begitulah ibunya, bijak
menduga apa yang berlaku tentang dirinya.
“Ibu..
ada yang merisik Mia” luahnya jujur.
Puan
Hanis sudah tersenyum. Sudah besar rupanya anak yang dulu dikendong
dan dibuai. Sudah dirisik sang kumbang, cepatnya masa berlalu.
“So,
apa jawapan Mia?” tanya Puan Hanis lembut.
“Mia
tak tahu, Mia keliru” jawabnya sungguh-sungguh. Sungguh dia keliru
saat ini. Separuh hatinya mahu menolak manakala separuh lagi tidak.
Dia buntu sendiri.
“Dah
besar anak ibu ni” ujar Puan Hanis, lebih kepada dirinya sendiri.
Humaira
hanya tersenyum.
“Orangnya
bagaimana?” soal Puan Hanis.
Humaira
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haishh mana dia kenal sangat
dengan Wafiq. Kalau jumpa pun asyik gaduh je, tak sempat nak kenal
dah berperang. Agaknya kalau mereka kahwin mahu terbang lantai rumah
tu, err.. hehe
“Damia
Humaira?” panggil ibunya di hujung sana. Inginkan jawapan.
“Err,
Mia tak risik lagi akhlaknya. Tapi sahabat-sahabat dia kebanyakkan
orang soleh. Dia pun selalu ke Pusat Islam” jujur itu sahaja yang
terluah. Ya, itu sahaja yang dia tahu tentang Wafiq. Takkan nak
cerita dekat ibu yang dia dan Wafiq bagai anjing dengan kucing? Ohh
mana mungkin.
“Dia
ada ajak Mia couple?” serkap Puan Hanis, sengaja mahu tahu
bagaimana gerangan si pemuda yang merisik anaknya.
“Tak,
dia guna orang tengah” Humaira menjawab.
“Caranya
terhormat. Dia dah kerja?” tanya Puan Hanis lagi.
Humaira
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Amboii banyaknya soalan ibu ni!
Dah macam polis pencen, hehe.
“Err
belum lagi, tapi Mia rasa dia dah nak habis belajar” teka Humaira,
dari cara Wafiq dia tahu Wafiq merupakan seniornya di kampus.
“Kamu
rasa macam mana?” Puan Hanis menyoal.
“Err
Mia tak tahu, sebab tu Mia mintak pendapat ibu”
“Ibu
tak kisah siapa pun pilihan kamu tapi pastikan dia baik agamanya.
Orang yang ada matlamat untuk hidup” nasihat Puan Hanis lembut.
“Tapi
Mia keliru..”
“Kamu
bagi dia masa, risik dahulu akhlak dia” cadang Puan Hanis.
“Errr..”
Humaira jadi kelu sendiri. Bagaimana cara terbaik dia merisik akhlak
Wafiq.
“Suruh
dia bermusafir dengan wali kamu” sambung Puan Hanis lagi.
“Dengan
Haikal maksud ibu?” soal Humaira.
“Ha'ah..
jemputlah dia datang rumah” ujar Puan Hanis.
Humaira
telan air liur kesat, ahh nak ajak Wafiq datang rumah? Jumpa pun
asyik nak gaduh je, macam mana nak ajak datang rumah. Ohh memang tak
logik.
“Dengar
tak Mia?” soal ibunya di hujung talian.
“Err,
dengar bu” jawabnya perlahan, sedangkan dalam kepalanya serabut
dengan pelbagai soalan dan bagaimana mencari solusi jalan keluar.
“Biar
Haikal bermusafir dengan dia dahulu, dari situ kita tahu bagaimana
akhlaknya, bagaimana cara dia menjaga solat, bagaimana cara dia
bermuamalat, cara bagaimana dia mengurus diri” terang Puan Hanis.
Humaira
tersenyum kelat, liciknya rancangan ibu. Tapi benarkah hatinya untuk
Wafiq, bagaimana kenangan itu? Sanggupkah Wafiq menerima dia seadanya
nanti? Dia jadi bertambah keliru.
“Kamu
istikharah juga Mia, mohon petunjuk dari Dia” ujar Puan Hanis. Dia
tak jemu menasihati anaknya yang sorang ini.
Humaira
menyatakan tindakannya kepada Liyana keesokan harinya. Dia setuju
tapi ada syaratnya. Wafiq harus menyerahkan biodata pemuda itu kepada
dia berserta matlamat dan prinsip hidup lelaki itu. Dan apa yang
penting Wafiq haruslah berjumpa adiknya Haikal usai sahaja adiknya
itu habis peperiksaan akhir di matrik. Jika Wafiq berjaya dengan
saringan dari walinya, maka dia akan memberi peluang kepada lelaki
itu.
Liyana
hanya tersenyum mendengar syarat yang dikenakan Humaira. Ya antara
formula yang bijak mahu merisik akhlak dan agama Wafiq. Moga
dipermudahkan hajat anak Adam ini membina baitul muslim.
Sangat bestttt citer ni....thumbs up utk penulis....
ReplyDeleteSaya suka citer ni..menelusuri cinta orang muda berlandaskan syariat.Pembaca novel ini dapat melihat islam tidak menghalang cinta sesama makhluk jika ia menjaga adap2 yang digariskan oleh agama. sedikit yang ingin saya komen. Islam amat menitikberak penjagaan hak samada hak terhadap Allah SWT, Nabi SAW, sesama manusia dan makhluk lain. Dengan mengambil Dairi seseorang serta membaca tanpa keizinan yang empunya dri merupakan khilaf yang agak berat. Ia bertentangan dengan akhlak Wafiq yang amat menjaga adap2 dalam pergaulan. Adakah seorang yang kuat amalan agamanya menganggap mengambil hak seseorang adalah ringan.
ReplyDeletesyukran, jazakallah atas pandangannya :)
DeleteTujuan nisa menulis nvel ni adalah utk mencoretkan penghijrahan antara Wafiq dan Humaira. Fokus nisa adalah makna HIJRAH itu sndiri. brubah dari yg tak baik kepada baik. Wafiq dan Humaira bukanlah yang terlalu sempurna dlm nvel ni, Humaira ada kisah silamnya dan Wafiq ada khilafnya. Maka fungsi cinta itu sendiri lah yang menyebabkan penghijrahan mereka. ohh ya, skop cinta ni luas. cinta kpada Ilahi juga yg mnjd matlamat nisa dlm mncoret kisah Wafiq dan Humaira..
Jazakalllah atas pandangannya :) sgt2 menghargai :)
syukron, jaazakillah khairan katsiiraa, jangan lupa follow juge ye blog saye :)
ReplyDelete