Sunday, 1 July 2012

Suami Ekspress 28


BAB 28

Pagi Isnin itu Adriana mahu bersiap-siap ingin ke kuliah, pagi itu kelasnya pukul 10 pagi. Dia hanya mengenakan baju kurung berwarna hijau pucuk pisang, disarungkan pula yang senada warna dengan baju kurungnya. Mulai hari ini dia akan mula merubah dirinya ke arah yang lebih baik. Dilabuhkan tudungnya menutupi dada, dia harus berubah untuk mengejar redha Illahi..

Usai sahaja bersiap, dia menunggu Iman di hadapan blok kediaman rakannya itu. Sementara menunggu Iman, dicapainya nota kecil di dalam beg. Mahu membaca nota yang diwarna-warnikan dalam bentuk peta minda itu. Menurut kajian warna boleh mempercepatkan dan merangsang perkembangan minda.

            “Assalamu’alaikum” sapa Iman dari belakang, dipeluknya bahu Adriana sekejap.

            “Wa’alaikumsalam Iman, hah kan ‘comel’ bila tegur bagi salam” Adriana tersenyum.

            “Hehe, insha Allah akan dipraktiskan selepas ini” Iman sudah tayang wajah comelnya.

            “Insha Allah…” balas Adriana ringkas, tangannya mula memasukkan semula nota ke dalam beg.

            “Riana, aku tengok muka kau ni berseri-serilah. Ada apa-apa ke? Ke nak kasi aku anak buah?” Iman menyoal.

Adriana sudah terkedu, anak buah?? Maksud Iman apa eh? Jangan-jangan Iman ingat dia pregnant tak? Argggghhhh, mana mungkin boleh mengandung.. huhuhu

            “Eh, taklah.. belum ada rezeki lagilah weh. Eh, betul ke muka aku lain?” soal Adriana tak percaya. Apa yang lainnya muka dia dengan sebelum ni? Iman kata muka dia berseri? Eh, mungkin sebab dia tengah bahagia kot.. siapa yang tak bahagia dapat suami sesoleh Faris… Alhamdulillah Ya Robbul Izzati… Moga kebahagian ini kekal selamanya, insha Allah..

            “Ha’ah muka kau nampak berseri, ceria je.. Ingatkan nak kasi aku anak buah baru. Tak sabar nak dengar anak kau panggil aku ‘Kak Iman’..” Iman sudah mula memasang angan-angannya. Mesti comelkan kalau Adriana ada anak? Adriana cantik, Faris handsome.. haishh Iman, ni belum berangan nak anak sendiri lagi niiii.. Aiyoyo..

Adriana sudah tersenyum mendengar angan-angan sahabatnya itu. Iman, Iman.. Ingat senang ke nak dapat anak? Ingat macam pilih baju kat shopping complex atau pilih ikan kat pasar ke? Eh, tapi kenapa mesti panggil Kak Iman pulak? Bukan pangkat aunty ke? Haishlaahh Iman, bajet dia muda sangatlah tuh!! Hehe..

            “Eh, kenapa panggil kau Kak Iman pulak? Patutnya aunty lah” tanya Adriana tak puas hati. Matanya memandang tepat ke arah muka sahabatnya. Memang muka selamba minah ni.

            “Hehe, apa salahnya? Aku memang muda lagi ok!! Kalau kau nak suruh anak kau panggil kau Kak Riana pun boleh” Iman menjawab selamba. Memang dia muda lagi apa, baru 20 tahun beb!!

Adriana sudah mengigit bibir geram. Macam-macam lah minah ni, ada ke kalau dia ada anak nanti nak disuruhnya panggil kakak? Tak pernah dibuat oranglah Cik Iman oii, ingat Negara Barat ke apa? erkk, tapi masalahnya dia tak mengandung lagi kan? Haduii apalah yang nak dipeningkan sangat fikir hal ni, huhu..

Mereka melangkah masuk ke kelas, tak ramai lagi pelajar yang sudah sampai ke kelas. Seperti biasa mereka mengambil tempat duduk di bahagian hadapan. Adriana dan Iman masing-masing mula sepi, membelek-belek kembali nota. Mereka harus semangat meneruskan pengajian mereka kerana semester ini merupakan semester terakhir mereka di universiti. Tambahan pula, bidang yang ingin mereka ambil di peringkat ijazah nanti bukan calang-calang bidang. Bidang pharmacist, pointer mereka haruslah 3.8 and above, silap-silap mereka harus mendapatkan pointer 4 flat pula.

Adriana membelek nota modern physics di hadapannya, dahulu subjek physics lah yang paling dia tidak suka ketika di sekolah. Tetapi di universiti, Alhamdulillah subjek physics yang mampu menaikkan pointernya. Sedang dia membelek-belek nota, derap kaki seseorang menghampirinya.

            “Hai awak, kenapa tak reply mesej saya? Awak marah kat saya lagi ke?” Aqil menyoal Adriana, memang hatinya sudah jatuh sayang pada gadis itu.

            “Hah? Err.. perlu ke saya balas mesej awak tu?” tanya Adriana geram. Bukannya urusan penting pun sampai dia kena balas mesej Aqil, baik dia mesej dengan Faris, dapat pahala lagi..

Iman di sebelah sudah memandang pelik. Disikunya lengan Adriana, inginkan jawapan. Sejak bila Aqil ada hubungan dengan Adriana. Habis Faris nak campak mana?? Huhu..

Adriana angkat bahu, pura-pura tak mengerti. Hati dia tetap pada Faris Ar Rayyan ok!!

            “Amboi sombongnya awak, marah saya lagi ke?” soal Aqil lagi, masih menanti jawapan Adriana. Memang sukar mengejar cinta gadis itu, tetapi dia takkan sesekali berputus asa mendapatkan cinta Adriana.

            “Buat apa saya nak marah awak? Awak ada buat salah dengan saya ke?” Adriana membelek lagi nota modern physics di tangannya. Sengaja membiarkan Aqil bersama persoalannya sendiri. Rimas dengan renungan lelaki itu, sebelum ini takde pulak Aqil bersikap sedemikian.

Aqil sudah tersenyum sendiri, garangnya Adriana. Langsung tak sudi memandang wajahnya. Orang kata perempuan yang tak layan lelaki, tak manja dengan lelaki adalah perempuan yang manja, penyayang dengan suami sendiri. Sebab dia dah simpan rasa manja, rasa sayang dia khas untuk suami dia sendiri. Ya, itulah ciri-ciri yang membuatkan dia jatuh hati dengan gadis itu.

            “Ok lah, nanti kalau free jomlah lepak sekali. Ajak Iman, Iman jomlah lepak kat cafĂ© nanti” ajak Aqil, kali ini dia mengajak Iman sekali pula.

Adriana sudah terkedu melihat perangai Aqil, apalah pelik sangat mamat ni sejak akhir-akhir ni? Dulu pandang dia dan Iman pun tak sudi, tapi sekarang siap ajak lepak sama lagi. Mujurlah perasaannya terhadap Aqil sudah berkubur, ini bukan cara Aqil yang dia minati dahulu. Aqil yang dahulu tegas, berkarisma. Bukan seperti apa yang dilihatnya sekarang. Mujurlah dia dipertemukan dengan Faris, Alhamdulillah..

Iman hanya angkat kepala memandang wajah Aqil, kemudian digeleng kepalanya perlahan. Tanda tidak mahu menerima pelawaan tersebut. Dia dan Adriana bukannya gadis yang senang bergaul dengan lelaki tanpa urusan yang penting.         

            “Sorilah Aqil, aku dengan Riana ada hal penting lepas ni” dalih Iman. Mana mungkin dia bersetuju dengan pelawaan Aqil, mimik muka Adriana juga jelas kelihatan yang gadis itu kurang senang dengan sikap Aqil.

Belum sempat Aqil menjawab, pintu bilik kuliah mereka ditolak dari luar. Kelihatan Prof. Haliza tersenyum ke arah mereka. Aqil hanya melangkah longlai menuju ke mejanya. Plannya gagal lagi kali ini!!

Tamat sahaja kelas mereka pagi itu, Adriana dan Iman tergesa-gesa mahu pulang ke kolej kediaman. Sengaja mahu melarikan diri dari Aqil, lagi pula petang nanti mereka ada kuliah lagi.

            “Riana, aku rasa Aqil tu minat dekat kau lah” ucap Iman tiba-tiba. Memang dia perasan cara layanan Aqil terhadap Adriana. Cara percakapan dan renungan anak muda itu terhadap sahabat baiknya.

            “Ishhh, kau ni. Pandai-pandai sajalah” balas Adriana, hatinya berdebar. Iman pun tahu Aqil minat dia? Patutlah Faris marah semasa terserempak dengan dia Aqil. Dia takkan lupa bagaimana kelat dan merahnya muka Faris apabila mendengar luahan rasa cinta Aqil terhadapnya. Pertama kali semenjak mereka mendirikan rumahtangga Faris tidak bertegur sapa dengan dia. Mujurlah marah Faris tidak lama. Dia bersyukur mendapat suami sesabar Faris, moga cinta mereka menuju cinta Illahi, iaitu pemilik cinta itu sendiri, insha Allah.

            “Seriously dia memang ada perasaan kat kau Riana.. the way how he look at you, talking with you.. nampak sangat yang dia ada hati kat kau Riana” ujar Iman bersungguh-sungguh.

Adriana telan air liur yang seakan-akan tersekat dikerongkong. Fikirannya buntu memikirkan jalan penyelesaian. Moga Illahi pandu fikirannya dalam mencari jalan penyelesaian dan membuat keputusan nanti.

Dibiarkan sahaja Iman bersama dengan pandangan sahabatnya itu. Memang benar Aqil mempunyai perasaan terhadapnya, pemuda itu sendiri sudah mengaku semasa mereka terserempak dengan Faris dahulu.

Sedang dia dan Iman mengatur langkah pulang ke kolej kediaman. Begnya ditarik perlahan. Merah padam wajahnya menahan marah. Huh, siapa yang berani menarik begnya? Dipandangnya ke arah si empunya diri. Hilang terus rasa amarahnya sebaliknya dihadiahkan pula senyuman manis untuk suami ‘soleh’nya.

            “Abang rupanya..”

            “Hehe, sihat?” Faris tayang riak tak bersalah. Kebetulan dia ternampak Adriana dan Iman, penat juga dia mengejar mereka tadi. Rasa rindu mula menerpa, Allahu akbar indah sungguh rasa cinta selepas nikah. Pada cara dan jalan yang halal.

            “Alhamdulillah, abang?” soal Adriana pula. Senyuman dimaniskan lagi, khas untuk suami tercinta.

            “Sihat jugaa” balas Faris.

            “Ehem, ehemm” Iman mula rasa tak selesa dengan situasi mereka. Macam dia tak wujud pula kat situ. Amboi Adriana dah jumpa suami sendiri, terus lupa dia yang terconggok kat situ, huhu.. Ni yang rasa macam nak menikah awal ni..

Muka Adriana sudah memerah, segan dengan Iman. Apalah yang ada dalam fikiran Iman saat ini? Sahabatnya itu bukan boleh percaya sangat, hehe..

            “Eh, Iman sejak bila ada kat sini?” gurau Faris menutup malu. Tulah tak boleh nak control lah rasa rindu dengan isteri sendiri.. duhai hati sabarlah, hanya tinggal satu semester sahaja lagi.

            “Baru je sampai sir” balas Iman pula. Apa tak nampak ke dari tadi dia dah terconggok kat sini, tengok babak romantik mereka? Huhu..

            “Korang dah makan? Jomlah lunch sekali” ajak Faris. Tak dihiraukan pandangan orang lain. Rasa rindu dia terhadap Adriana mengatasi segalanya, biarlah yang penting halal di sisi Illahi.

            “Takpelah sir, saya ada kerja” dalih Iman, mahu memberi peluang kepada Faris dan Adriana berdua-duaan. Tak mahu kacau daun wooo..

            “Riana?? Should we?” soal Faris matanya memandang tepat wajah isterinya.

Adriana sudah serba salah, antara ajakan suami sendiri dan pandangan orang lain? Mana yang harus diutamakan??

            “Boleh tak isteri solehah abang temankan abang lunch?” soal Faris lagi.

Adriana terharu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Sering kali suaminya memanggil dia dengan gelaran itu. Allahu robbi, moga dia mampu menjadi isteri solehah untuk suami sesoleh Faris. Ya, ganjaran isteri solehah yang harus dikejarnya bukan pandangan orang lain!!

            “Insha Allah, boleh saja. Tapi petang nanti Riana ada kelas” setuju Adriana.

            “Riana, aku balik dululah ya? Sir saya mintak diri dulu” pinta Iman.

            “Ok, assalamu’alaikum” ucap Adriana dan Faris serentak.

            “Wa’alaikumsalam” balas Iman perlahan, langkahnya diatur menuju ke kolej kediaman.

            “Riana nak makan apa? Abang belanja” tanya Faris, langkah kakinya menuju ke arah kereta.

            “Apa-apa pun boleh” balas Adriana mengikut jejak langkah suaminya.

            “Kita makan angin jelah, boleh?” usik Faris.

Adriana sudah tarik muka masam, pura-pura merajuk. Ish takkanlah nak makan angina je kot.. mana kenyang camtu. Huhu..

            “Alolo, kita makan tomyam seafood ya? Tahu tak apa yang paling cantik yang abang pernah lihat?”

            “Apa?” tanya Adriana ringkas, masih berpura-pura merajuk.

            “Senyuman isteri abang ni, cuba senyum sikit” balas Faris.

Adriana sudah tersenyum lebar, ada-ada sahajalah modal Faris hendak mengusiknya.

            “Hah, kan manis macam tu. Nak tahu sepotong hadis tak?” tanya Faris apabila mereka sudah memasuki kereta.

            “Nak!!” jawab Adriana teruja. Ada sahaja ilmu yang ingin dikongsikan Faris apabila mereka bertemu. Alhamdulillah dia dikurniakan suami yang mempunyai ilmu. Bukan ilmu duniawi sahaja bahkan ilmu ukhrawi juga.

            “Tiga kunci kebahagian bagi seorang lelaki ialah Isteri solehah, jika dipandang membuatmu semakin sayang.. Dan jika kamu pergi membuatmu berasa aman kerana dia mampu mjga kehormatan dirinya n hartamu. Kenderaan yang baik, yang boleh menghantar ke mana kamu pergi. Rumah yg lapang, damai n penuh kasih sayang.. Hadis Riwayat Abu Dawud” ucap Faris.

Adriana sudah mengucap syukur di dalam hati. Moga dia mampu menjadi kunci kebahagian buat suaminya. Moga dia mampu menjadi isteri solehah untuk suaminya. Moga cinta mereka menuju cinta Illahi..







9 comments:

  1. sweetnyaaa... nak lagi pleaseeee!!!!

    ReplyDelete
  2. Huhu...dh abiz plak..
    Best sgt cite ni..bnyk ilmu dpt..keep it up..harap writer cpt2 update..hehe...
    (^___^)v cinta ba'da nikah sweet sgt..

    ReplyDelete
  3. pendeknyee...nk lagi...
    xpuas bace..bestt sgt..

    ReplyDelete
  4. akak ! nak lagi ! tak sabar aina tunggu . aina selalu jengok blog akak ni untuk mengetahui perkembangan cerita Adriana and Faris ni . so , nak lagi kak ! cepat2 sambung deh ! :D

    ReplyDelete
  5. alahai, comelnyer diorg ni dik..bkn senang nk dpt suami mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  6. dah lebih 2 minggu cik penulis tak update blog.why cik penulis?whyyy?

    ReplyDelete
  7. baru ari ni jupe blog nie...
    suke bangat citer ni..islamic story + dpt ilmu..
    dh jatuh cinta high class...huhuhu

    =ara=

    ReplyDelete
  8. urmm....xtau nk komen nape...tersentuh dgn citer ni sesgt...

    ReplyDelete