BAB 10
Faris hilang mood mengajar
sepanjang kelas organic chemistry pada hari itu. Natijahnya, dia
hanya duduk termenung sambil menompang dagu di meja pensyarah. Sempat
dititipkan pesan kepada pelajarnya jika ada soalan boleh diajukan
kepadanya. Kelas yang sepatutnya menjadi kelas syarahan ditukarkan
menjadi kelas tutorial. Memang dia benar-benar hilang mood mengajar.
Kusut kepalanya dengan hakikat yang baru diketahuinya. Bagaimana mahu
diajukan soalan itu kepada Adriana? Arghh.. Yang penting dia harus
bertemu dengan gadis itu. Yeahh, bertemu dan berbincang.
Otaknya memang tidak boleh
berfungsi saat ini. Akhirnya dia membuat keputusan mahu menamatkan
kelas organic chemistry itu awal dari masa yang sepatutnya.
“Ok class, any questions?
If you don't have any question, class dismissed” ujarnya memberi
kata putus. Kelas yang sepatutnya berlangsung selama dua jam
dipendekkanya menjadi sejam sahaja.
Belum sempat Adriana mahu
keluar dari bilik kuliah itu, namanya dipanggil seseorang. Di
pandangnya Iman di sebelah, temannya itu hanya mengangkat bahu, tanda
tidak tahu.
“Riana, aku tunggu kau
kat library je lah. Aku kena pulang reference book ni dulu, kau
jangan lambat sampai pulak nanti” bisik Iman perlahan.
“Yes, sir. Ada apa-apa
yang boleh saya tolong ke?” soal Adriana sambil melangkah menuju ke
arah pensyarahnya. Apa agaknya yang tak kena dengan pensyarah muda
itu erk?
“Adriana, saya ada
something nak tanya dengan awak” ujar Faris serius.
“Eh, hal apa sir?” soal
Adriana. Haish sir, macam serius je halnya, bikin cuak pulak.
“Adriana, betul ke awak
ni anak uncle Nazri?” tanya Faris, matanya masih memandang gadis
yang bertudung hijau muda di hadapannya.
“Uncle Nazri mana pulak
ni sir, kan ramai orang yang nama Nazri. Tapi memang betullah nama
ayah saya Nazri” balas Adriana bingung. Apa agaknya masalah yang
melanda pensyarah muda ini? Kan ramai orang dalam dunia ni namanya
Nazri.
'Betul jugak eh kata
Adriana tu, aduish kenapalah general sangat soalan aku ni. Haillah
otak, sila beri kerjasama' bisik Faris menepuk kepalanya.
“Sir, sir ok tak ni?”
soal Adriana.
“Saya ok, tak I mean..
Ayah awak engineer kan? Betul ke ayah awak nak kena transfer ke Jepun
nanti?” tanya Faris inginkan kepastian.
“Eh, mana sir tahu ni?
Betullah papa saya nak kena transfer ke Jepun. Sir kenal ke ayah
saya?” tanya Adriana pelik.
Jantung Faris seakan-akan
mahu melompat keluar apabila mendengar pengakuan jujur gadis itu
walaupun dia sudah menyangka dari awal lagi jawapan yang bakal keluar
dari mulut gadis itu. Tapi sekarang ini hatinya seakan menidakkan
kebenaran yang berlaku.
“Sir, sir ok tak ni?
Kalau takde apa-apa saya keluar dulu” soal Adriana. Aishh,
termenung lagi Mr. Faris ni. Apa masalah yang melanda pensyarahnya
itu hari ini, memang berbeza sungguh karektor Mr. Faris yang dia
kenal selama ini. Yang kelihatan hanya wajah kusut tiada lagi wajah
seorang yang berkarisma pensyarahnya itu.
“Eh, wait Adriana”
jawab Faris seakan tersedar. Ya, dia harus selesaikan segera masalah
yang membelenggu hidupnya. “Awak bakal isteri saya!!” hanya itu
yang mampu diluahkan. Kaku lidahnya mahu menutur ayat yang lebih
sesuai.
“Hah, apa???” melopong
mulut Adriana mendengar ayat yang baru dituturkan oleh pensyarahnya
itu. Nasib baik tangannya memegang kuat meja pensyarah di hadapannya
itu, kalau tidak mahu jatuh terjelepok dia depan Mr. Faris. Seakan
terberhenti nafasnya saat itu, memang dia betul-betul terkejut!! Tak
mungkin Mr. Faris bakal suaminya.
“Yes, Adriana. Papa awak
dan abi saya teman rapat. Papa awak berharap sangat kita dijodohkan”
ujar Faris, dia faham keadaan gadis itu. Ya, mereka sama-sama
terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja berlaku. Rupa-rupanya
gadis yang ingin ditemuinya adalah pelajarnya sendiri.
“Eh, sir. Saya mintak
diri dulu” pinta Adriana. Kepalanya mula berpusing-pusing. Lantas
kakinya melangkah ke muka pintu tanpa menunggu jawapan dari
pensyarahnya. Apa yang dia tahu, dia mahu berada di bilik saat ini.
Faris hanya mampu mengeluh
nafas berat memerhatikan langkah longlai gadis itu.
**
Iman mengerling jam di
tangannya. Sudah hampir 20 minit, tapi bayang-bayang Adriana tidak
kelihatan juga. Lantas kakinya melangkah keluar dari library lalu
diambilnya telefon bimbit di poket seluar. “Adriana kau kat mana
ni? Penat aku tunggu kau” bebel Iman setelah panggilannya dijawab
Adriana.
“Iman, sori. Aku tak
dapat teman kau, aku nak balik bilik. Nanti kita jumpa” jawab
Adriana perlahan. Talian telefon diputuskan, memang dia tak mahu
diganggu saat ini.
'Ishh, apa kena agaknya
dengan budak sorang ni. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba sahaja
bad mood' bisik Iman pelik.
Faris hanya merenung kosong
gelas di hadapannya. Fikirannya kusut saat ini, akibatnya dia hanya
duduk termenung di cafe ini, memerhatikan ragam-ragam manusia di
sekelilingnya. Memang dia sudah membuat keputusan untuk menerima
sahaja hasrat Encik Nazri, tetapi dia tidak menyangka gadis yang
dijodohkan dengannya selama ini merupakan pelajarnya sendiri. Adakah
Adriana mahu menerima dirinya? Melihat sahaja reaksi pelajarnya
sebentar tadi, dia tidak yakin Adriana sudi menjadi isterinya.
Tiba-tiba bahunya ditepuk
dari belakang. Terhenti khayalannya, terbang segala masalah seketika.
“Faris, hang buat apa
termenung sorang-sorang kat sini? Awatnya, hang ada masalah ka?”
tegur Zahin. Zahin merupakan pensyarah fizik di universitinya. Dia
senang dengan sikap pensyarah dari utara itu.
“Eh, Zahin. Duduklah,
takdelah aku saja je melepak kat sini. Petang ni takde kelas” jawab
Faris seboleh-bolehnya ingin disorokkan masalah yang timbul.
“Hang jangan nak tipu aku
lah na, aku tau hang ada masalah. Baik hang habaq kat aku” pujuk
Zahin, masakan dia tidak nampak wajah kusut sahabatnya itu. Bukan
sehari dua dia mengenali Faris, sejak mereka di universiti.
“Ishh, kau ni memang
pandai kan. Tahu je yang aku ada masalah, tapi jangan risaulah
masalah kecik je” ujar Faris sambil tangannya meraup rambut ke
belakang.
“Ya ka? Aku tengok hang
dah macam mati bini ja. Baik hang habaq kat aku. Kita kenai bukan
sehari dua. Hang toksah risau na, kalau aku boleh tolong, aku tolong
hang” pujuk Zahin dengan loghat utaranya.
“Kalau aku cerita ni, kau
jangan terkejut pulak. Aku dah nak kahwin” jawab Faris jujur.
Biarlah dia berterus terang sahaja. Lambat-laun temannya akan tahu
juga nanti.
“Hah?? Hang biaq betoi??
Dengan sapa hang nak nikah nanti, jangan nak melawak dengan aku”
balas Zahin. Matanya merenung tajam mata sahabatnya, mencari
kejujuran.
“Hah, see. Kan aku kata
kau jangan terkejut tapi kau still terkejut jugak. Bila aku bagitahu
siapa bakal isteri aku mesti kau lagi terkejut punya. Jangan kau
jatuh kerusi sudah” gurau Faris.
“Dengan sapa hang nak
nikah tu? Awatnya aku nak terkejut pulak, bukan hang nak kahwin
dengan aku pun, haha” gurauan dibalas gurauan.
“Haha, kau ni pun. Kahwin
dengan kau? Kalau nak kena ketuk senduk dengan umi aku buatlah. Haha.
Tapi aku serius ni, jangan kau terkejut nanti dah lah eh?” ujar
Faris, agak-agak si Zahin ni terkejut tak kalau dia tahu pensyarah
kahwin dengan pelajar sendiri?
“Alahh hang ni, cuba hang
habaq kat aku sapa yang dok malang sangat dapat hang ni?” usik
Zahin.
Nafas ditarik beberapa
kali, bersedia dengan reaksi teman baiknya. Mungkin Zahin akan
terkejut, mungkin juga akan mentertawakannya. “Nama dia Adriana,
student aku sendiri. Budak science, final year” ucap Faris.
“Hang biaq betoii??? Bila
hang dok bercinta dengan dia, amboih hang baru mengajar hang dah
mengorat student ka? Haha” jawab Zahin hairan, sejak bila Faris
bercinta dengan pelajar sendiri.
“Aku tak bercinta pun
dengan dia, family arragement” ujar Faris. Takkanlah dia nak
bercinta dengan pelajar sendiri, lagipun jarak umur mereka terlalu
jauh.
“Bila hang nak nikahnya?”
tanya Zahin.
Belum sempat Faris menjawab
soalan Zahin, telefonnya berdering minta diangkat. “Weh, lain kali
kita sembang lagi. Umi aku call, sorry” balas Faris.
“Assalamualaikum umi”
ujar Faris memulakan bicara. Kakinya melangkah ke kawasan yang jauh
sedikit dari cafe, maklumlah kawasan cafe yang hingar-bingar dengan
gelagat pelajar lebih-lebih lagi sekarang sudah tiba makan tengah
hari.
“Waalaikumsalam Faris,
kamu dah jumpa bakal isteri kamu tu? Dah bincang elok-elok?” soal
Hajjah Mardiyah. Haaisshhlaahh umi, macam mana nak bincang, baru je
bagitahu hal sebenar, muka Adriana dah macam puasa sebulan. Lemah tak
bermaya.
“Eh, Faris dah jumpa dah
dia umi. Tapi kitorang tak sempat bincang lagi” jawab Faris. Dia
rasa seperti mahu menjerit ketika ini, 'Umi dia student Farisss' kan
bagus kalau dapat diluahkan apa yang ada dalam hatinya dan fikirannya
saat ini.
“Kamu bincang lah
baik-baik dengan dia. Cakap elok-elok, budaknya muda lagi. Takut
fikirannya tak matang lagi. Kamu nak nombor telefon dia? Nanti umi
mesej” nasihat Hajjah Mardhiyah. Dia mendapat nombor Adriana pun
dari mama Adriana, Puan Aishah. Sudah beberapa kali juga dia bertemu
dengan ibu gadis itu.
“Eh, boleh ke Faris ambik
nombor dia umi?” soal Faris jujur. Hah, nilah akibatnya kalau dia
sendiri tak pernah usha awek.
“Ya Allah Fariss, kamu
ni. Nanti umi send nombor dia, bincang baik-baik dengan dia”
mengucap pancang Hajjah Mardhiyah melihat reaksi anaknya. Faris,
Faris..
“Ok umi, terima kasih”
jawab Faris sambil tersengih. Kenapalah aku ni lambat sangat hal-hal
macam ni.
“Ok lah, umi ada kerja
ni. Kejap lagi umi send nombornya. Assalamualaikum” balas Hajjah
Mardhiyah.
Tidak lama selepas talian
diputuskan, telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk.
'0193674478' mesej dari umi.
Nombor Adriana, bibirnya tersenyum sendiri apabila teringatkan gadis
itu. 'Ayat apa eh, yang patut aku hantar dekat dia?' soal hatinya
sendiri
Pantas tangannya menghantar
pesanan ringkas kepada gadis itu.
'Assalamualaikum Adriana,
saya Faris. Boleh saya jumpa awak? We need to discuss about us'
-Faris-
'Waalaikumsalam sir, bila
sir nak bincang?' -Adriana-
'Esok boleh? Awak ajaklah
kawan awak teman. Takut nanti jadi fitnah pulak' -Faris-
Adriana garu kepalanya yang
tidak gatal, aduisshh.. Nak ajak siapa, Iman? Alamatnya terkejut
beruklah temannya nanti. Nak taknak terpaksalah dia ajak Iman.
'Insha Allah sir, nak jumpa
kat mana? Pukul berapa?' -Adriana-
'Mugkin luar universiti,
nanti saya ambik awak' -Faris-
'Eh, sir. Tak payah ambik
saya, nanti saya drive sendiri' -Adriana-
'Ok, esok saya mesej tempat.
Assalamualaikum' -Faris-
Terpaksalah Adriana
menelefon temannya pada malam itu. Dijelaskan segala-galanya pada
Iman.
**
Petang itu, Adriana, Iman
dan Faris bertemu di taman rekreasi. Faris yang memilih taman itu,
katanya lebih santai.
“Adriana, awak setuju
dengan cadangan papa awak?” soal Faris. Matanya memandang tasik di
hadapannya.
“Eh, sir macam mana? Sir
setuju? Saya masih belajar lagi, sir tak kisah dapat isteri yang
masih belajar?” soal Adriana, soalan Faris dibiarkan sepi. Matanya
memerhatikan Iman yang duduk agak jauh dari mereka berdua. Tak mahu
menganggu katanya.
“Insha Allah, saya
setuju. Saya yakin dengan petunjuk Allah, awak macam mana?” balas
Faris. Dia masih mengharapkan jawapan positif yang bakal lahir dari
mulut gadis di hadapannya. Tak sanggup mahu mengecewakan harapan
orang tua mereka.
Adriana menundukkan
wajahnya. Sungguh dia tak sangka, Faris sanggup menerimanya. “Sudah
menjadi tanggungjawab saya untuk membahagiakan orang tua. Redha Allah
terletak pada redha ibu bapa” ujar Adriana berkias, mana mungkin
dia mahu memberitahu Faris, saya sudi kahwin dengan awak. Arghh,
sikap pemalunya memang berada pada tahap yang sangat tinggi. Berkias
adalah cara terbaik untuk meluahkan keputusannya.
“Alhamdulillah, semoga
Allah redha dengan keputusan kita. Tapi saya ada syarat, nanti lepas
kahwin saya bagitahu ya? One more thing, jangan panggil saya sir
waktu luar kelas, awak kan Mrs. Faris to be” usik Faris. Dia suka
melihat wajah Adriana ketika malu.
“Syarat apa?” soal
Adriana. Haiilahh Mr. Faris kenapalah nak syarat berbagai-bagai ni,
ingat cerita korea ke?
“Lepas kahwin nanti saya
bagitahu ye awak? Dah jom balik, kesian tengok kawan awak tu” jawab
Faris sambil matanya mengerling ke arah Iman.
p/s : nak tahu syarat Faris? bace next en3 k? yang pentg bukan syarat tido bkn sbilik.. dorang tido sbilik nt, ni syarat lain:D hihi :) saya akn cuba cari kelainan sikit dr nvel yg da ade kat psrn, doa2 kn lah eh? :'D thanks for reading, sy thu en3 kali ni mgarut. ni pun tak edit lagi, nanti sy edit semula :D
x sgka plak student sndiri bkl isteri nti..cmne la ble da kwin nti..
ReplyDeletealahai... comel je diorg ni..hehe
ReplyDeleteYA ALLAH, so cute.....
ReplyDeleteSokong 100% kalau kahwin time study sbb
Berkahwin awal tenangkan jiwa....
macam saya....form4 2013 dah nikah....