BAB
4
Humaira
pulang semula ke universiti petang Ahad itu. Tidak puas rasanya
menghabiskan dua hari bersama keluarga di kampung. Pelbagai cerita
dan pengalaman yang dikongsi oleh ibunya. Sungguh tabahnya ibunya
membesarkan mereka tiga beradik.
Maghrib
itu, Humaira singgah sebentar di Pusat Islam, rindu rasanya dengan
suasana rumah Allah itu, rindu dengan sahabat-sahabat yang sama-sama
berjuang di jalan Allah ini. Dia mengatur langkah menuju ke Pusat
Islam.
Usai
sahaja solat maghrib mereka, disambung pula tazkirah dan usrah
sehingga masuk solat isyak. Memang masa yang sesingkat itu
dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Orang kata, dunia di tangan dan
akhirat di hati. Masa-masa seperti itulah yang digunakan mereka untuk
ukhrawi jika sepanjang hari sibuk dengan kuliah dan tutorial.
Habis
sahaja solat isyak berjemaah mereka, Humaira mengambil masa berehat
di luar Pusat Islam. Sungguh dia lebih senang begitu. Memandang
langit malam mampu memberinya ketenangan, seolah-olah terapi untuknya
menghilangkan tekanan hidup.
“Humaira,
tak balik lagi?” soal Liyana apabila dilihatnya Humaira sedang
ralit merenung langit malam di luar Pusat Islam.
“Ohh
tak lagi kak, kejap lagi. Humaira nak tengok langit kejap” Humaira
menjawab, senyuman dilemparkan.
Humaira
masih ralit memandang langit malam, ya dia memang gemar memandang
langit malam. Terasa tenang melihat langit yang terbentang luas
berserta bintang yang berkelipan. Subhanallah, cantik sungguh!
“Hati-hati,
jangan balik lewat sangat. Akak balik dulu ya?” ujar Liyana meminta
diri. Mereka bersalaman sebelum berpisah.
“Insya-Allah
kak, akak pun jaga diri. Jatuh bangun sendiri” Humaira tersengih,
dia memandang langkah Liyana yang semakin menjauh pergi.
Humaira
mengeluarkan diari kecil miliknya, diari yang di dalamnya mencatatkan
kisah hidupnya. Lama dia termenung sebelum membuka diari itu.
“Kau
tak balik lagi?” tegur satu suara yang lain pula sebelum dia sempat
menulis diari itu. Cepat-cepat dia menutup kembali diari miliknya.
Yang pasti suara itu bukan milik Syuhada atau Kak Liyana, suara itu
garau.
Humaira
mengangkat kepala, haishh ramai pulak yang menegurnya malam ini.
Mamat mana pulak yang menegurnya malam ni?
“Ehhh...”
Humaira jadi terkedu sendiri melihat gerangan yang menegurnya tadi,
errr mamat poyo ni?
Humaira
memerhati tingkah Wafiq malam ni, hanya ringkas pemakaian pemuda itu.
Ringkas berbaju melayu berwarna biru. Simple tapi sedap mata
memandang. Jujur kalau tak kerana perangai Wafiq yang sombong ni,
mungkin dia akan jatuh cinta dengan pemuda itu.
'Isshh,
kenapa aku puji mamat poyo ni pulak?' desis hati Humaira, dia
mengetuk perlahan kepalanya. Dah tak betul agaknya kepalanya saat
ini.
“Hah,
tak puas kau ketuk kepala aku hari tu, sekarang kau nak ketuk kepala
kau pulak?” sinis soalan yang terkeluar. Mulut lelaki itu mana
pernah menuturkan kata-kata yang baik untuknya. Huh.
Humaira
sudah mencebik, hah kan betul. Wafiq kalau tak bukak mulut je nampak
baik, kalau dia dah start membebel, ermmm memang tak nampak comel
langsung.
“Suka
hati akulah nak ketuk kepala aku sendiri. Bukan aku kena pinjam
tangan kau pun untuk ketuk kepala aku” ejek Humaira geram.
“So
funny, haha.. memang hobi kau ketuk kepala eh?” tawa sinis
terlontar dari bibir Wafiq.
Humaira
merengus geram. Harap muka je handsome tapi perangai hampeh. Ehh
silap mulut dia tu yang macam longkang.
“Kau
nak apa lagi? Nak kena ketuk kepala lagi?” perli Humaira, haishhh
kenapalah dia asyik bertemu dengan mamat sombong tak cukup akal ni?
Huhu.. Apa tak cukup besar ke universiti ni? Mana dia pergi mesti
bertembung dengan mamat cakap lepas ni. Sadis betul!
“Yang
kau tak balik lagi kenapa?” soal Wafiq, soalan lain pula yang
dilontarkan. Dah macam pak guard pula lagaknya.
“Yang
kau sibuk kenapa?” bidas Humaira. Suka hati dialah nak balik bila.
Baru pukul sembilan lebih kot. Yang mamat ni nak sibuk kenapa? Apa
Pusat Islam ni dia yang punya ke?
“Kau
tu perempuan...” meleret bicara Wafiq seolah-olah menyindirnya.
“Memanglah
aku perempuan, ishh kau ni takde kerja lain eh??” dingin nada
Humaira, rimas dengan sikap Wafiq.
“Emmm..”
bicara Wafiq mati di situ.
Dia
memerhatikan Humaira di hadapannya. Gadis yang pelik baginya. Dia
juga hairan dengan sikapnya, dia bukanlah jenis yang suka cari gaduh
dengan orang tetapi dengan Humaira ada saja tingkahnya yang terlepas
laku. Hemm..
Humaira
jadi tidak selesa sendiri. Dia lantas mengangkat punggungnya, mahu
pulang ke kolej. Geram dengan Wafiq, baru nak berehat tapi datang
pula mamat poyo ni. Haishh memang menganggu ketenangan orang betul!
Apa best sangat ke kalau jumpa asyik-asyik nak gaduh? Sangat tak best
okayy! Hidup ni bukan untuk kumpul musuh.
Laju
langkah Humaira meninggalkan Wafiq yang terpinga-pinga. Daripada dia
menambah dosa gaduh dengan mamat tak cukup akal ni ada lagi baik
kalau dia buat kerja yang berfaedah. Kalau dah berjumpa dengan Wafiq
memang mulutnya automatik akan laju dari akal. Ada saja perkataan
yang kurang sopan terkeluar, kalau tak di bibir, dalam hati pun dia
sempat mengutuk Wafiq. Tak ke namanya mengumpul dosa? Dosa yang lepas
pun tak habis lagi ni oii. Huhu..
Wafiq
hanya memandang langkah laju Humaira yang tiba-tiba bangun dan
matanya dialihkan pula ke kerusi yang diduduki Humaira sebentar tadi.
Tiba-tiba matanya terpandang buku tebal yang berwarna pink itu.
Kakinya
diatur untuk mengambil buku tersebut.
“Buku
siapa ni?” soalnya sendiri.
Pantas
dia menyelak muka surat pertama. Rasa ingin tahu tentang pemilik buku
yang seakan-akan diari itu.
“Damia
Humaira Sulaiman...” ujarnya perlahan menyebut nama si pemilik
diari. Kemas tulisan tangan milik si empunya diari.
Wafiq
mengeluh perlahan, separuh hatinya mahu mengambil diari itu manakala
separuh lagi hatinya mahu membiarkan diari saja itu di atas bangku.
“Emm,
ambil sajalah diari ni. Kalau jumpa minah tu, nanti aku pulang
semula” ujar Wafiq sendirian. Seakan-akan ada kuasa yang
menyuruhnya mengambil diari itu. Walaupun dia sedar dia telah
menceroboh hak privasi orang lain tetapi hatinya keras mengatakan dia
harus 'menyimpan' diari itu. Mungkin ada sesuatu yang menarik tentang
diari itu.
Dalam
perjalanan pulang ke biliknya, Wafiq senyum sendirian. Agak-agak
kalau dia baca diari Humaira boleh tak?
Humaira
melepaskan lelah seketika di meja belajar. Kadang kala dia terfikir
mengapa hidupnya sering diuji, diuji dengan kisah silam yang
meninggalkan duka paling dalam di hatinya, diuji lagi dengan
kehilangan abah tersayang dan kini muncul pula Wafiq yang seakan-akan
mencabar kesabaran dirinya. Ahh hidup ini pasti tidak terlepas dari
ujian bukan? Ujian tanda Allah peduli, ujian tanda Allah sayang.
Dia
masih ingat pesanan naqibah usrahnya, kata naqibahnya tidak beriman
seseorang itu selagi dia tak diuji. Nah, sekarang dia diuji. Sama ada
dia tersungkur jauh dari Ilahi dengan menyalahkan takdir atau dia
semakin dekat dengan Ilahi dan menganggap ujian ini sebagai platform
untuk meningkatkan keimanan di hati.
Hidup
ini pilihan sama ada dia mahu bersangka baik dengan Ilahi atau
bersangka buruk dengan ujian yang diberi. Terpulang pada diri sama
ada mahu sentiasa optimis atau bersangka buruk. Ya, terpulang..
Dia
mula menanggalkan tudung di kepala. Hijab yang membezakan seorang
muslimah itu dengan wanita agama lain. Dahulu, dia juga tidak
bertudung. Menyangka Allah terlalu kejam untuk kaum Hawa, menyangka
Allah terlalu menyekat kebebasan wanita. Tapi itu dahulu, sebelum dia
kenal agama Islam itu indah. Ada asbab mengapa Allah menyuruh wanita
itu menutup auratnya. Ya, ada sebab dan alasannya sendiri. Dahulu dia
juga dalam diam memprotes Islam itu sendiri, baginya Islam terlampau
ekstrem dalam menyekat kebebasan wanita. Dia rasa tidak adil mengapa
wanita banyak pula larangannya sedangkan kaum Adam bebas menentukan
hidup mereka sendiri. Tapi itu fikrahnya sebelum dia merasa manisnya
Islam.
Alhamdulillah,
hidayah Allah datang menyapa dan dia masih dalam proses hijrahnya.
Allah mengangkat martabat kaum wanita, sebab itulah maruah wanita
sangat dijaga dalam Islam. Maruah wanita umpama barang yang sangat
berharga, harus dilindung, dijaga dan disimpan untuk yang berhak
memiliki. Ibarat barang yang kamu sayang, harus dijaga dan disimpan
di tempat yang selamat bukan?
Humaira
mula melangkah ke muka pintu, roomatenya Nadhira masih belum pulang
dari kelas malamnya. Saat dia baru hendak masuk ke dalam bilik air,
dia disapa Aina iaitu teman serumahnya. Kolej penginapan
universitinya ibarat sebuah apartment yang mengandungi tiga buah
bilik bagi sesebuah rumah. Dan Aina adalah housematenya yang tinggal
berhadapan dengan bilik dia dan Nadhira.
“Kak
Humaira sinilah” sapa Aina yang muda setahun darinya.
Laju
kaki Humaira melencong ke arah Aina, dah orang panggil kena datanglah
kan? Mana tahu nak kasi makan free ke, nak kasi duit belanja free
ke.. hehe..
“Eh,
kenapa Aina” ujar Humaira tersengih.
“Akak,
mehlah duduk sini kejap” ajak Aina sambil menepuk-nepuk katilnya.
Mengajak Humaira duduk disampingnya.
Humaira
hanya mengikut arahan Nadhira, dah orang ajak duduk kan? Mestilah nak
duduk takkan nak berdiri depan pintu bilik ni pulak, huhu..
“Akak,
semalam kan....”
“Semalam
apa??” potong Humaira tidak sabar, mimik muka Aina yang suspens
juga menambah rasa tidak sabar di hatinya.
Bahu
Humaira ditepuk perlahan, ishh.. Tak menyempat betul Cik Kak sorang
nih!
“Takdelah
semalam fakulti Aina ada buat meeting untuk yang AJK tertinggi, lepas
tu kan...” kali ini Aina pula sengaja mengantung bicaranya. Suka
melihat Humaira panasaran.
“Lepas
tuu??” Humaira mengangkat sebelah keningnya ingin tahu.
“Lepas
tu kan, ada abang senior ni. Kalau tak silap Aina dia ambil chemical
engineering. Dia ada tanya pasal Kak Humaira..” bicara Aina
terhenti lagi, sengaja dia ingin melihat respon Humaira.
“Pasal
akak, tapi kenapa?” minda Humaira sudah mula bekerja keras mencerna
siapa dan mengapa pemuda itu bertanyakan tentang dia. Rasanya dia tak
kenal sangat budak-budak engineering dekat universitinya melainkan...
err takkan mamat poyo tu pulak. Sangat mustahil ok!
“Dia
nak nombor akak” balas Aina terus terang. Memang itu jugalah yang
diminta oleh seniornya semalam. Mungkin pemuda itu ada hati dengan
Humaira. Humaira walaupun seorang yang sangat low profile tapi tak
dinafikan gadis itu punya peminat yang tersendiri. Cuma Humaira saja
yang malas melayan.
“Habis
tu, Aina kasi??” bulat sudah mata gadis itu.
Aina
hanya tergelak kecil melihat wajah terperanjat Humaira. Comel!
“Gelak
pulak dia, Aina kasi ke??” tanya Humaira lagi. Geram juga melihat
Aina yang sedang mentertawakannya. Haishh..
Makin
kuat pula tawa Aina, mestilah dia tak beri nombor Humaira sesuka
hatinya. Dia tahu perangai Humaira yang satu itu. Pantang ada lelaki
yang mendekat pasti beribu langkah Humaira menjauh.
“Haipppp,
budak ni” lantas laju saja tangan Humaira menepuk peha Aina. Hah,
kan dah kena.
“Mestilah
Aina tak bagi, tapi frust jugaklah muka abang tu. Dia pandang Aina
macam nak telan je. Haha”
“Errr,
Aina kenal dengan dia?” tanya Humaira ingin tahu, manalah tahu kan
senior Humaira tu mamat poyo kurang akal tu. Yelah mana tahu mamat tu
nak balas dendam kan?
“Kenal,
dia Naib Timbalan Pengerusi fakulti kitorang. Tapi abang tu baiklah
kak. Tak rasa rugi ke?” usik Aina, saja menduga hati Humaira. Dia
sendiri hairan dengan sikap Humaira yang menjauh apabila ada pemuda
yang ingin mendekati gadis itu.
Rugi??
Humaira menelan liur. Kesat, perit.. Dia tidak akan menperjudikan
nasibnya lagi di tangan lelaki. Cukuplah sekali, cukuplah peristiwa
hitam itu. Dia tak sanggup mengecewakan ibunya lagi.
Humaira
menggeleng kesal. Bukan dia tak sudi jauh sekali dia anti dengan
lelaki. Tapi masanya belum tiba lagi dan dia mahu lelaki yang
menawarkan cinta dengan cara yang halal. Bukan dengan mengajaknya
mendekati lorong zina! Biarlah orang mengatakan dia terlalu prejudis
tentang cinta. Biarlah.. hati dia Allah yang tahu..
“Akak..
ok tak?” tanya Aina mematikan monolognya sendiri.
“Err,
akak ok je.. Akak nak masuk bilik dululah Aina” ujar Humaira
meminta diri. Sungguh kenangan lalu bertaut kembali dalam memorinya.
Aduh, kenangan itu juga yang menghimpit hidupnya. Allah..
Aina
hanya memandang langkah longlai Humaira. Dia tahu Humaira punya
rahsianya sendiri, yang tak mungkin akan dikongsi bersama. Dia nampak
wajah gadis itu jelas berubah sebentar tadi. Mungkin Humaira inginkan
ruang sendiri.
Air
mata Humaira menitis lagi. Menangisi kesilapan silam yang tak mungkin
padam dari memorinya. Kenangan yang seakan mengejar dirinya. Argghhh
kalaulah ada button delete dalam hidupnya, kan mudah? Buang dan padam
saja kenangan lalu. Tapi mana mungkin...
Dia
kembali ke bilik, terus melangkah longlai ke katil. Menyebamkan
mukanya di bantal dan menangis semahu-mahunya.
“Allah,
aku lemah. Bantulah aku Ya Rabb, jangan biar diri ini terus mengenang
kisah pahit itu. Aku tak mampu...” tangisnya mendayu...
No comments:
Post a Comment