BAB 8
Adriana merenung kosong mug
di hadapannya. Hari ini kelasnya bermula pada pukul 10 pagi,
sempatlah dia bersarapan pagi. Pagi-pagi macam ni rasa sunyi pula
kalau dengar lagu pun best juga, roomatenya awal-awal lagi sudah ke
kelas. Lantas diambilnya telefon di atas meja belajar, belum sempat
jarinya menekan music player, telefon sudah berdering minta diangkat.
Tertera nama si pemanggil di skrin telefon.
“Assalamualaikum mama.
Mama sihat?” soalnya memulakan bicara. Matanya mengerling jam di
sisi katil, baru jam 9 pagi. Kira-kira dia ada sejam lagi sebelum
kuliahnya jam 10 pagi nanti.
“Waalaikumsalam sayang,
mama sihat. Qistina sihat? Kelas pukul berapa pagi ni?” soal Puan
Aishah. Sengaja dia menelefon puterinya pagi itu, mahu menyampaikan
hasrat suaminya.
“Qistina sihat ma, kelas
pukul 10 jap lagi. Papa dah pergi kerja? Mama dah breakfast belum?
Masak apa pagi ni?” soal Adriana. Rasa rindu mula menyapa walaupun
baru beberapa hari tidak berjumpa. Memang dia anak manja.
“Papa dah pergi kerja
dah, mama masak bihun goreng je pagi ni sayang. Sebenarnya mama ada
hal nak bincang dengan Qistina ni sayang. Qistina balik ya minggu ni”
pinta Puan Aishah, tidak manis pula jika dibincangkan hal ini dalam
telefon.
Adriana mengambil kalendar
kecil di atas meja belajar. Rasanya minggu ini dia ada program, macam
mana mahu pulang. “Mama, Qistina rasa minggu ni tak bolehlah ma,
minggu ni Qistina ada mini projek. Hal apa ma? Mama cakap jelah kat
telefon. Takpe Qistina faham” ujarnya sambil meletakkan kembali
kalendar kecil itu di atas meja. Tanggannya mencapai pula mug yang
berisi air milo tadi. Diteguknya perlahan minuman tersebut.
“Tapi Qistina jangan
terkejut ye sayang, papa kamu dah cari jodoh untuk kamu. Orangnya
kerja pensyarah, baik budaknya” jawab Puan Aishah.
Tersedak Adriana, habis
tersembur keluar air yang diminumnya tadi. Habis terkena kalendar
kecil yang berada di atas meja. Nasib baik dia keseorangan dalam
bilik ni, kalau tak mahunya digelakkan Kak Husna, iaitu roomatenya.
“Apa ma?? Jodoh untuk Qistina???” soalnya tidak percaya. Arghh
dia masih belum bersedia hendak mendirikan rumahtangga, harapan dan
cita-citanya bagaimana? Serabut kepalanya saat ini. Aqil macam mana
pulak, aduish. Tak sangka papa betul-betul cari jodoh untuk dia.
“Ye sayang, kan hari tu
kamu cakap kamu setuju kalau nak dijodohkan dengan sesapa asalkan
bukan dengan Haikal. Papa dah carikan jodoh untuk kamu” hurai Puan
Aishah, hatinya berdoa agar anaknya terima sahaja keputusan yang
dibuat suaminya. Walaupun Adriana nampak sahaja lembut tapi
kadangkala anaknya memberontak juga dalam diam.
“Tapi ma, Qistina tak
ready lagilah, lagipun Qistina muda lagilah ma. Diploma pun tak habis
lagi ni, mama tolong pujuk papa ye ma? Qistina tak mahu kahwin lagi
sekarang, please ma..” rayu Adriana, sungguh dia belum bersedia
untuk melangkah sejauh itu.
“Qistina sayangg, jangan
macam ni. Kesian kat papa nak, kamu jangan tolak mentah-mentah dulu.
Fikir elok-elok, buat istikharah dulu ye sayang” pujuk Puan Aishah
lembut, yakin hati anaknya tidaklah sekeras mana.
“Tapi ma... Kalau sebab
papa nak kahwinkan Qistina sebab takut Qistina tinggal sorang-sorang
kat Malaysia ni, Qistina rase tak patutlah ma, insha Allah Qistina
boleh jaga diri” jawab Adriana, masih tidak mahu mengalah. Memang
tak dapat dibayangkan jika dia berkahwin seawal usia ini, family
arragement pulak tu, tak sanggup waooo.. Dah macam drama korea takpun
cerita Nur Kasih.
“Jangan macam ni sayang,
istikharah dulu ye? Nanti mama telefon lagi. Jaga diri,
assalamualaikum” ucap Puan Aishah sebelum memutuskan talian.
“Waalaikumsalam” jawab
Adriana perlahan. Kusut kepalanya memikirkan masalah yang baru
timbul.
Jam di tangan dikerlingnya
sekali lagi, hampir jam 9.30 pagi. Dia harus bersiap-siap untuuk ke
kuliah. Habislah dia jika terlewat tak sanggup nak dengar Iman
membebel. Lantas mukanya disapukan sedikit bedak, dicalit sedikit lip
balm agar wajahnya tidak kelihatan pucat. Memang dia kurang bermekap,
kadangkala wajahnya hanya ditepek bedak johnson baby sahaja. Rimas
dengan wajah yang bermekap tebal saban hari. Diambilnya pula tudung
yang tersangkut lau disarungnya ke kepala. Dah siap, sambil tersenyum
di hadapan cermin, tapi lama kelamaan senyumannya mati sendiri.
Teringat masalah yang baru timbul.
“Haish Adriana, jangan
fikir pasal tu. Fokus nak pergi kuliah” marahnya sendiri. Lastas
dicapainya beg kuliah sebelum kakinya melangkah ke muka pintu.
**
“Riana, guna ethyl
benzene lah bukannya methyl benzene. Kau ni kenapa? Ok tak?” soal
Iman pelik. Tak pernah-pernah kawnnya itu hilang fokus semasa kelas,
dalam makmal pulak tu. Selalunya Adrianalah yang paling bersemangat
melakukan eksperimen.
“Hah, ye ke?? Bukan aku
kasi kau ehtyl benzene ke? Eh, aku ok jelah” jawab Adriana sambil
tanggannya lincah memasukkan ehtyl benzene ke dalam beaker.
“Betul ni? Tak nak share
apa-apa dengan aku” soal Iman lagi.
Adriana memusingkan
badannya menghadap Iman “Aku ok lah, jangan risau. Eh tolong
ambikkan aku test tube” jawab Adriana sambil tersenyum. “Fokus
Adriana, fokus...” ujarnya sendiri.
Akhirnya makmal kimia
selama dua jam itu tamat juga. Memang sepanjang masa makmal tadi,
Adriana hilang fokus. Otaknya ligat mencari penyelesaian untuk
masalah barunya itu. Sampaikan Iman sendiri perasan yang dirinya
seolah-olah menyimpan masalah sendirian. Fikirannya memang
betul-betul bercelaru. Teringat kembali peristiwa di dalam makmal
tadi. Beberapa kali juga Iman terpaksa menegurnya kerana dia
seakan-akan berada dalam dunianya sendiri. Hampir sahaja bahan radas
di makmal itu pecah akibat perbuatannya tadi, mujur Iman menegurnya.
“Riana, be careful.
Beaker kat sebelah kau tu” ujar Iman mengingatkannya, hampir sahaja
tangannya ingin melangar bahan radas tersebut. Kucar-kacir makmal tu
dibuatnya. Dengan salah materialnya lagi, dengan nak pecahkan bahan
radas lagi.
Hendak diluahkan kepada
Iman, tetapi dia tidak tahu bagaimana cara ingin diluahkan masalah
itu, mungkin belum tibanya lagi. Apa yang penting, dia mahu cepat
kuliahnya tamat hari ini, otaknya memang tak boleh lagi berfungsi
hari ini. Kelasnya selepas ini akan bermula jam 2 petang, ada lagi
dua jam sebelum kelasnya bermula petang nanti. Dia ingin ke library
untuk menenangkan fikiran. Arghh orang lain nak ke library untuk
study tapi dia? Untuk menenangkan fikiran, baginya tempat sesunyi
perpustakaan mampu memberi ketenangan. Iman awal-awal lagi sudah
meminta diri, katanya ada hal dengan persatuan.
Dalam asyik otaknya
menerawang jauh, dia terlanggar seseorang di hadapan perpustakaan.
Sah otaknya tak berapa nak betul sekarang. Sampaikan orang pun nak
dilanggarnya. Nasib baik hanya terlanggar sikit, kalau tak mahunya
jatuh tersungkur depan orang ramai ni. Tempat public kot.
“Eh, sorry tak sengaja”
ujarnya perlahan sambil mendongakkan kepala mahu melihat si empunya
badan.
“Oh, takpe. Tapi lain
kali jalan pandang depan ye” balas suara dihadapannya. Aik macam
kenal je suara ni.
Alamak, dia terlanggar
pensyarah sendiri lah. Aduish, kan dah jadi satu hal lagi Adriana.
Hanya perkataan maaf mampu diucapkan. Patutlah macam kenal je suara,
sekali pensyarah sendiri daa..
“Eh, sir. Sorry.
Betul-betul tak sengaja. Insha Allah lain kali saya jalan guna mata”
ujar Adriana, sekali lagi memohon maaf, malu jangan cakaplah. Memang
tebal wajahnya saat ini lebih-lebih lagi apabila ada mata-mata yang
mula memerhati.
“Salah ayat awak tu,
bukan jalan guna mata tapi jalan pandang depan, eh jangan lupa tengok
kiri kanan sekali. Kita jalan guna kaki bukan mata” usik Faris
sambil tersenyum.
“Err.. Baik sir”
speechless terus Adriana. Hah, kan dah kena sekali. Dengan pensyarah
sendiri pulak tu.
“Adriana, boleh awak
tolong saya sekejap? Tolong hantarkan tutorial yang saya dah fotostat
kat dalam library ke bilik saya. Awak tunggu sini kejap, saya ambil
tutorial kat dalam” pinta Faris, belum sempat pun Adriana ingin
membuka mulut, pensyarahnya sudah melangkah ke arah pintu library.
Mungkin mahu mengambil tutorial yang dimaksudkannya tadi.
Dia melangkah ke kerusi di
hadapan perpustakaan, mahu rehat sebentar. Tidak sampai pun dua
minit, dilihatnya pensyarahnya melangkah ke arahnya sambil tangan
penuh dengan kertas-kertas. Amboi banyaknya kertas, mana larat dia
nak angkut semua kertas ni pergi bagunan pentadbiran. Bukannya dekat
bangunan fakulti dan pentadbiran.
“Hah, ni dia kertas
tutorial you all. Tolong hantar kat bilik saya ye?” pinta Faris,
tangannya mula membahagi dua kertas-kertas tersebut. Satu bahagian
diserahkan kepada Adriana, satu bahagian lagi diambilnya.
“Eh, tunggu apa lagi?
Jomlah. Anyway thanks tolong saya” ujar Faris pelik, dilihatnya
gadis itu masih blur seolah-olah tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Hah? Ok sir” lantas
kaki dihayun mengikut langkah kaki pensyarahnya. Biar betul Mr. Faris
ni, takkan nak jalan sekali dengan dia. Segan kot, nanti tak
pasal-pasal timbul gosip baru, dahlah masalah lama tak selesai lagi.
“Adriana, kenapa awak
jalan lambat sangat ni? Takut eh? Saya tak makan awaklah” jawab
Faris sengaja menyakat pelajarnya itu. Suka pula dia melihat wajah
kemerahan gadis itu. Mungkin hobi terbarunya menyakat Adriana
agaknya.
Lantas kakinya dihayun
sepantas mungkin, mahu menyaingi langkah pensyarahnya. Lantaklah
orang nak gosip apa, mulut orang.
“Adriana, awak tinggal
kat Alor Gajah jugak ke? Kenapa tak pernah nampak awak pun sebelum
ni?” tanya Faris memulakan bicara. Memang sudah lama dia ingin
bertanyakan gadis itu tentang hal ini.
“Haah sir, sir pun
tinggal sana ke? Alor Gajah tu besarlah sir, probability nak
terserempak dengan sir memang payah” jawab Adriana jujur.
“Betul jugak eh cakap
awak tu, dulu awak sekolah kat mane? Mana tahu satu sekolah dengan
adik saya” tanya Faris ramah, berkemungkinan adiknya, Furqan satu
sekolah dengan Adriana. Adiknya yang seorang itu memang tidak mahu
bersekolah asrama. Kalau nak diikutkan universiti di Pulau Pinang itu
dulu pun adiknya tidak mahu pergi. Langsung tidak mahu berenggang
dengan keluarga. Setelah dipujuk dan dinasihat, barulah adiknya akur
melanjutkan pelajaran nun jauh di utara.
“Saya sekolah kat SMK
Talib Karim sir, eh adik sir sekolah kat mana?” soal Adriana pula,
tak sangka Mr. Faris ni peramah juga orangnya.
“Adik saya pun sekolah
sana. Awak kenal tak Furqan? Alah orangnya tinggi-tinggi, pakai
cermin mata. Puti sikit dari saya” ujar Faris. Terbayang susuk
tubuh dan wajah adiknya yang seorang itu.
Furqan, Furqan mana eh,
takkanlah Furqan Al Hakeem yang dikenalinya itu adik pensyarah muda
ini, rupa mereka tak seiras langsung. “Kalau Furqan Al Hakeem saya
kenal lah sir, dia ketua pengawas kat sekolah saya dulu” jawab
Adriana.
“Hah, Furqan yang tu lah
adik saya. Tak sangka rupanya awak ni kawan adik saya” ujar Faris
sambil tangannya menekan butang lif.
“Kalau Furqan yang itu
saya kenal lah sir. Tak sangka pulak dia adik sir” ujar Adriana,
memang dia tak sangka Furqan adik pensyarahnya. Kecil betul dunia ni.
Setibanya di hadapan bilik
pensyarah muda itu, dia melangkah masuk ke dalam bilik pensyarahnya,
lantas diletakkan kertas tutorial tadi atas meja. Sempat pula
ditelitinya bilik pensyarahnya, kemas dan terdapat sehelai sejadah
diletakkan di sebelah meja.
“Thanks Adriana” ujar
Faris, tangannya lincah menyusun kertas-kertas di atas mejanya.
“Welcome, sir. Saya
mintak diri dulu” ujar Adriana sambil melangkah keluar dari bilik
pensyarahnya.
p/s : act tak siap ag bab 8 ni, tgn dah gatal na post kat blog.. maaf kalau ade typo, xsmpat na edit lagi, mata sudah mengantuk :D akn ade smbgnnya nt, tggu reaksi Faris pula ye :)
---> meh lah like page suami ekspress :D teringin nak kenal-kenal gn readers SE ni :D
http://www.facebook.com/NovelSuamiEkspress
---> meh lah like page suami ekspress :D teringin nak kenal-kenal gn readers SE ni :D
http://www.facebook.com/NovelSuamiEkspress
mmg ok jln cite dia... tp terlalu pendek sgt en3 kali nie... tp bgus ekspress gler upload... huhu... keep it up..
ReplyDeleteyunie: act tak abes ag bab ni, hihi :D ade smbgnnya nt, xedit ag pon.. sila abaikan typo, hehe :) thanks awak, coz sudi bace n tgglkn komen.. sy risau gak xde owg komen, tkut syok sendri tulis novel, huhuh :'(
ReplyDeleteeh, best la .. jln crite ringan . =)
ReplyDeletenaurah : eh, thanks awak :D sudi bace n komen.. insha Allah malam nt, akn ade sambungan bab 8, doa2 kn lah eh? :D tggu reaksi Faris, hihihi :)
ReplyDeletehaha...bestla..,sambungla lgi cik writer,,,huhu
ReplyDeleten3 pndek pun tetap menyengat..keep itu up kak fieyta an nisa :)
ReplyDelete