BAB
31
Malam itu usai sahaja membaca Surah Al
Kahfi, Faris menelefon Adriana. Memang kebiasaan baginya membaca Surah Al Kahfi
pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Teringat Faris pada sepotong hadis daripada
al-Baihaqi dan al-Hakim yang bermaksud:
“Sesiapa
yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang
menerangi antara dua Jumaat”
Faris mencapai gajet yang berwarna hitam di
atas meja. Dia mula mendail nombor telefon isteri kesayangannya.
“Assalamu’alaikum
abang…” sapa Adriana di hujung sana, sengaja dilunakkan suaranya. Khas untuk
pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul, iaitu suaminya sendiri.
“Wa’alaikumsalam,
sayang sihat?” balas Faris ceria.
Adriana sudah tersenyum lebar mendengar
suara suaminya. Moodnya semakin ceria, indahnya cinta yang Allah titipkan pada
setiap hambaNya, bertambah indah jika cinta itu pada yang berhak.
“Alhamdulillah
sihat.. abang? Dah makan?” soal Adriana.
“Alhamdulillah
abang sihat juga. Cuma tulah demam rindu dekat isteri kesayangan abang ni.
Abang dah makan dah tadi. Riana esok abang ambik ya? Esok Riana balik kan?”
tanya Faris, sunnguh dia rindu isteri solehahnya.
Adriana melangkah kaki menuju ke katil,
esok birthday Faris dan dia sudah mempunyai rancangannya sendiri untuk meraikan
hari lahir suaminya.
“Esok??
Hurmmm, tengoklah dulu. Riana banyak kerja” sengaja Adriana ingin menguji
suaminya.
Faris mula kecewa, tetapi dia ditabahkan
hatinya untuk memahami situasi yang kebiasaannya dihadapi sebagai seorang
pelajar yang kadangkala sibuk dengan tugasan kerana dia juga pernah memegang
status pelajar.
“Ok,
abang faham” balas Faris lemah.
Adriana di hujung sana mula berasa serba
salah. Tidak sampai hati pula mahu mengecewakan suaminya. Adriana mula mencari
idea untuk menghiburkan suaminya, tidak betah jika Faris hanya bersikap dingin
dengannya.
“Abang…
esok kita jumpa nak?” pujuk Adriana, sengaja dilembutkan lagi suaranya.
Mood Faris mula kembali ceria, terhibur
mendengar suara isterinya. Memang Adriana pandai memujuk. Hebatnya ujian
bahagia yang Allah kurniakan kepada dia dan Adriana. Moga ujian bahagia ini
semakin mendekatkan diri mereka dengan Pencipta mereka sendiri.
“Esok??
Insha Allah boleh je” balas Faris.
“Abang,
solat kat masjid tadi?” tanya Adriana, sudah menjadi kebiasaan bagi suaminya
untuk berjemaah di masjid. Mungkin sudah dididik sejak kecil oleh bapa
mertuanya.
“Alhamdulillah,
ha’ah.. tapi abang solat maghrib je. Abang solat isyak kat rumah je. Riana
boleh bacakan abang hadis?” pinta Faris perlahan. Dia cuba menerapkan suasana
Islam dalam rumah tangganya, ingin membina baitul muslim yang mampu melahirkan
ulama’ Islam seterusnya melahirkan pejuang-pejuang Islam, insha Allah..
“Tapi
sebelum tu, Riana nak dengar abang mengaji boleh? Irah kata abang selalu jadi
imam kat rumah, surah apa yang selalu abang baca? Riana nak dengar boleh??”
“Surah
As Sajadah, nak dengar eh?. Khas untuk isteri solehah abang ni”
“Ha’ah”
balas Adriana ringkas.
Faris mula mengalunkan kalam cinta Ilahi,
suaranya merdu mengalunkan bingkisan cinta Ilahi itu. Subhanallah indahnya
bingkisan cintaMu. Adriana khusyuk menghayati bait-bait kalamullah tersebut,
seolah-olah mengalir aura yang luar biasa dalam segenap nadinya.
“Lama
kita tak berhalaqoh kan sayang?” soal Faris, rindu dengan suasana halaqah atau
usrah. Dia memang membudayakan dan mempraktiskan suasana halaqah dan usrah
dalam rumah tangganya.
“Ha’ah.
Rindu dengan suasana halaqah. Rindu nak bertadarus, tazkirah” ujar Adriana
meluahkan rasa.
“Ye
ke? Alhamdulillah.. errr ke rindu dengan abang?” usik Faris. memang hobi
terbarunya mengusik Adriana dan dia rasa seronok dengan hobi terbarunya itu.
Hehe..
“Rindu
abang?? Errrr.. rindu jugak” bisik Adriana perlahan.
Faris mula mengukir senyuman di hujung
sana. Macam mana eh muka isterinya saat ini? Mesti sudah kemerahan menahan
malu. Argghhh, rindunya dengan isteri sendiri.
“Abang
pun rindu dekat Riana. Em, boleh abang dengar Riana bacakan hadis untuk abang?”
“Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah
harta kekayaan.” Abang huraikan maksud hadis ya?”
Faris mula menghuraikan maksud
hadis tersebut disertakan sekali contoh dan situasi masa kini.
“Riana, esok kita jumpa kan? Riana nak jumpa pukul
berapa?” tanya Faris
“Insha Allah.. lepas abang solat Jumaat boleh?” cadang
Adrian. Sebenarnya esok dia akan pulang ke Melaka bersama Faris, sengaja dia
ingin membuat kejutan untuk suaminya. Dia memang ingin meraikan hari lahir
suaminya.
“Ok, insha Allah.. kalau Riana nak ikut abang balik lagi
best” pujuk Faris tidak mahu mengalah.
“Riana tak janji tau nak ikut abang balik, assignment
Riana banyak” ujar Adriana, sengaja diperlahankan suara, berpura-pura sedih
sedangkan bibirnya sudah mengukir senyuman.
“Ok sayang… nanti abang call lagi ya? Jaga diri, jaga
iman ya sayang” sempat Faris menitipkan nasihat untuk isterinya.
“Insha Allah, sayang abang.. assalamu’alaikum” dibisikkan
pula kata cinta untuk Faris.
“Wa’alaikumsalam, sayang Riana jugaa” ujar Faris sambil
memutuskan talian.
Moga esok masih terus memberi
sinar bahagia buat mereka. Moga ikatan cinta ini menuju cinta Ilahi, menuju syurga
Ilahi.. insha Allah..
**
Usai sahaja Solat Jumaat petang itu,
Faris terus memandu keretanya menuju kolej kediaman Adriana. Mereka sudah
berjanji untuk bertemu sebelum dia pulang ke Melaka. Dari jauh lagi kelihatan
isterinya sedang membelek-belek kertas di tangan. Dia tersenyum sendiri apabila
teringatkan telatah Adriana. Kadang-kala sikap isterinya sukar dijangka,
adakalanya Adriana bersikap keanak-anakan tetapi adakalanya Adriana bersikap
matang dari usianya.
Faris
tidak menyangka bahawa dia bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Jarak umur
mereka yang agak jauh juga kadangkala membuatkan dia seakan tidak percaya
dengan takdir jodoh yang Ilahi sudah menetapkan jodoh mereka di Luh Mahfuz
lagi.
Faris
memberhentikan keretanya di parkir lot yang disediakan. Perlahan-lahan dia
berjalan ke arah isterinya, sengaja mahu membuat kejutan untuk isterinya yang
sedang ralit memengang sesuatu di tangan sampaikan kehadirannya tidak disedari
oleh gadis itu.
Adriana
membelek kad di tangannya. Dia ingin memberi kad itu kepada Faris. hari ini
ulangtahun kelahiran suaminya. Otaknya ligat memikirkan bagaimana cara untuk
dia memberikan hadiah itu kepada Faris. dia bukannya seorang yang berjiwa romantis
yang tahu bagaimana mahu meraikan hari lahir insan tersayang dengan suasana romantis.
Bercinta pun dia tidak pernah dahulu. Alahaiii…
Kad
itu pun hasil idea dari Iman, beku otaknya mahu mengarang ayat yang bunga-bunga
di atas kad yang terhias indah itu. Beberapa kali juga kertas kosong yang
menjadi medium untuk dia melakar coret-coret indah untuk suaminya di buang ke
dalam tong sampah. Seakan ada sahaja yang tidak kena dengan ayat-ayat itu.
Abang....
Jika abang cari
kecantikan dalam diri Riana, abang akan kecewa.. sebab Riana xcantik,
Jika abang cari kebaikan dalam diri Riana, abang akan sedih.. sebab Riana tak baik,
Jika abang cari kesempurnaan dalam diri Riana, abang akan berputus asa.. sebab Riana tak sempurna..
Jika abang cari kebaikan dalam diri Riana, abang akan sedih.. sebab Riana tak baik,
Jika abang cari kesempurnaan dalam diri Riana, abang akan berputus asa.. sebab Riana tak sempurna..
Yang ada hanyalah
lopak-lopak kekurangan dalam diri Riana...
Tapi...
Apa yang boleh Riana janjikan dengan abang adalah :
"Riana akan berusaha menjadi isteri solehah untuk suami 'sesoleh' abang, kita sama-sama menuju redha Illahi, sama2 menuju cinta Illahi"
Tapi...
Apa yang boleh Riana janjikan dengan abang adalah :
"Riana akan berusaha menjadi isteri solehah untuk suami 'sesoleh' abang, kita sama-sama menuju redha Illahi, sama2 menuju cinta Illahi"
Tapi ketahuilah
tiada saat yang lebih bahagia selain menjadi suri dalam hidupmu.. Abang adalah
pemilik cinta Riana selepas Allah dan Rasulullah, insha Allah..
Lovely,
Adriana Qistina
Akhir sekali ayat itu sahaja yang mampu
terlakar di atas kad. Itu yang susah kalau otak science dipaksa menulis ayat
jiwang. Dia seorang pelajar sains bukannya seorang pelajar sastera yang mampu
menutur bait-bait indah. Dia akur dengan kelemahannya yang satu itu.
Sedang Adriana
ralit memengang kertas di tangan, bahunya ditepuk perlahan. Habis tercampak kad
yang dipegangnya tadi, mahu luruh rasanya jantung dia
saat itu.
“Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw
wasubhanallahhi bukratau waasila” latah Adriana.
Hah, kan dah
keluar bacaan doa iftitah. Dia pun tidak tahu sejak bila dia mula pandai
melatah. Astaghfirullahal a’zim. Mungkin dia selalu menyakat Kak Tashanya yang
selalu melatah bacaan dalam solat tersebut. Tapi lagi ok dari dia melatah benda
yang bukan-bukan kan?
Faris tersenyum kecil melihat telatah Adriana. Haishh, dah pandai melatah rupanya isteri kesayangannya itu.
Faris tersenyum kecil melihat telatah Adriana. Haishh, dah pandai melatah rupanya isteri kesayangannya itu.
“Eh, apa ni?” tanya Faris apabila
terperasankan kad yang dicampak Adriana tadi.
Adriana
cepat-cepat mengambil kad tersebut. Mintak-mintak lah Faris tak perasan.
“Eh, tak penting pun” dalih Adriana. Dimasukkan
kad tersebut ke dalam beg tangannya.
“Owhh, ok-ok. Kita nak dating kat mana
ni? Betul Riana tak nak ikut abang balik Melaka?” ajak Faris lagi.
“Kalau Riana ikut abang balik Melaka,
Abang nak kasi Riana apa?” sakat Adriana sambil tersenyum kecil.
“Kalau Riana ikut abang balik, Riana
dapat kasih sayang abang 24 hours, sweet tak. Hehe” Faris tayang wajah ‘cute’.
Muka Adriana
sudah mula panas, hah.. kan dia yang kena balik. Taubat dia mahu mengusik Faris
lagi.
“Riana nak ikut abang balik eh? Kecil tapak
tangan, seluas kawasan UiTM ni abang tadahkan” makin giat Faris menyakat.
“Erm, bolehlah” ucap Adriana
malu-malu.
Faris sudah
tergelak kecil melihat telatah Adriana. Teringat dia pada sepotong ayat Al
Quran yang bermaksud:
“Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir”
Dan sepotong
hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Apabila
seorang hamba Allah berkahwin, maka telah sempurna separuh daripada agama. Maka
hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang berbaki"
“Mana beg Riana? Abang masukkan dalam kereta” pinta Faris.
Adriana menghulurkan begnya kepada Faris. dia hanya
menundukkan kepalanya. Malu tak habis lagi ni. Huhu…
“Riana
malu lagi ke?” tanya Faris selamba.
“Err,
tak lah” jawab Adriana berani. Dihadiahkan senyuman yang paling manis untuk
suaminya. Khas untuk Faris.
“Sebab
Riana temankan abang balik Melaka minggu ni, abang hadiahkan Riana lagu ni, nak
tak?” tanya Faris.
“Lagu
apa?” tanya Adriana kembali.
Faris mula menyanyikan lagu Nur Kasih dari kumpulan In
Team. Penuh semangat dia menyanyikan lagu itu untuk Adriana.
Bagaikan permata
di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)
Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)
Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya
Lama tunggu ni..tq..
ReplyDeletetrime kasih..sy suke kandungan kad tu, mntk share boleh writer?
ReplyDeleteHudapis : thanks awk sudi bace SE :) nt klu smpat nisa taip lg yaa.. tp sori sbb tak sempat nak edit..
ReplyDeletehusna: silakan awak :) sama2
best...lama tggu juga...cpt smbung yea.-wawa
ReplyDeletebest lama dah tunggu ... hadith2 perkataan yg indah belaka.. sejuk hati membacanya .. terima kasih :)
ReplyDeleteBest sgt...
ReplyDeleteNk lgi.....
novel niee sweet sgt............ <3
ReplyDeletehrp2 dpt suami cam faris..aminn