Friday, 10 May 2013

Penghijrahan Cinta 7


BAB 7

“Jatuh cinta? Dengan siapa? Sejak bila??” bertubi-tubi soalan yang terpancul dari bibir Hafiz. Sungguh dia terperanjat.

Wafiq meraup belakang rambutnya kasar. Dia sendiri keliru. Dia sendiri buntu.

“Err..” jawabnya gugup. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab kesemua solan Hafiz sebentar tadi.

“Dengan siapa? Sejak bila?” ulang Hafiz lagi. Dia inginkan jawapan.

“Humaira..” hanya itu yang terluah.

Hafiz mengerutkan dahinya, memproses jawapan yang diterima.

“Humaira mana??” soalnya lagi.

Hafiz merenung wajah Wafiq lama. Mana dia tak terkejut jika teman yang selama ini ambil tak kisah tentang perempuan tiba-tiba jatuh cinta. Tak ada angin tak ada ribut, taufan jauh sekali. Haishh.

“Humaira...” bicara Wafiq tergantung lagi.

Dia sendiri kelu nak menerangkan tentang Humaira. Dia sendiri bukanlah kenal sangat tentang Humaira. Tapi dia yakin tentang perasaannya kini. Ya dia jatuh cinta dengan Humaira dari sisi lain, sisi yang bukan di hadapannya ketika berjumpa.

Dia teringat coretan gadis itu yang dibacanya dahulu. Ya, dia jatuh cinta dengan luahan si pemilik diari. Dia ingin kenal lebih rapat dengan si empunya diri. Masih terbayang-bayang di mindanya tentang luahan gadis itu.

Aku hanya wanita biasa, yang dahulunya jauh dari Ilahi.
Tapi aku nekad berubah, mengejar cinta Sang Ilahi,
Walau jauh di sudut hati, kadangkala aku rebah :'(
Benarlah jalan mujahadah tak selalunya mudah,
Tapi mana mungkin aku menyerah,
Kerana aku tahu ganjarannya pasti indah.
Ohh Tuhan peluklah aku dengan maghfirah-Mu,
Pandanglah aku dengan rahmat-Mu,
Didiklah aku dengan kasih sayang-Mu.

Jika ada cinta manusia yang hadir dalam hidupku selepas ini,
Biarlah cinta itu menuju Ilahi,
Bukan hanya untuk duniawi,
Tapi untuk mendapat kasih sayang Ilahi.
Wahai Adam yang ku nanti,
Aku tak mahu kau melamarku hanya untuk kepuasan dirimu,
Tapi lamarlah aku untuk menjadi sayap perjuangan agamamu.

“Haishh kau ni, Humaira mana ni? Budak engine jugak?” teka Hafiz sedikit geram. Sejak bila pula Wafiq jadi kaku? Jadi bisu? Haih.

Wafiq hanya tayang wajah tak bersalah. Dia sendiri sukar nak explain tentang Humaira.

Tiba-tiba akalnya mencerna idea. Yeahh.

“Humaira yang langgar aku dulu. Yang rambut aku basah waktu balik kelas tu. Kau ingat lagi tak?” soal Wafiq serius.

“Yang kau kata nama dia comot tu? Yang kau balik marah-marah tu? Tapi macam mana...” Hafiz sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hari tu gaduh macam singa dengan harimau, macam mana pulak boleh fall in love ni?

Wafiq sudah tergelak kecil. Comot? Haih jujur sangatlah Wafiq ni. Lurus macam highway, highway pun sekarang dah tak lurus.

“Kenapa kau gelak?” masam wajah Hafiz.

“Nama dia bukan comot..”

“Tak kisahlah pasal nama tu, tapi macam mana kau boleh suka kat dia?” Hafiz menyoal pelik.

Wafiq telan air liur, kesat. Haishh patut ke dia terus terang? Patut ke dia jujur tentang macam mana dia boleh tertarik dengan Humaira.

“Emm, cinta tu kan buta? Datang tanpa diduga..” jawapan itu yang terlontar. Ya, jawapan paling selamat.

Hafiz hanya tersenyum, dalam diam dia mengiakan jawapan yang diberi. Mungkin betul kata Wafiq. Cinta itu datang tanpa diduga.

“So, apa plan lepas ni?” soal Hafiz prihatin.

“Risik akhlak dia dan kalau puas hati khitbah” ringkas jawapan yang terkeluar dari bibirnya.

Wafiq tersenyum sendiri, mula memasang impian. Tapi tak lama senyumnya menguntum. Tiba-tiba dia jadi takut jika dirinya ditolak.

“Good planning. Perempuan umpama angin” Hafiz mula berbicara.

“Umpama angin?” tanya Wafiq.

Hafiz tersenyum, sebelum dia membalas.

“Ya, umpama angin. Kadangkala dia seperti angin lembut membuat kita terlena, ada masa seperti angin ribut, menggugat kesabaran kita dan kadangkala seperti taufan yang boleh memusnahkan kita”

Wafiq hanya tersenyum kelat. Ya, wanita umpama angin.

“Mendalam perumpamaan kau tu” ujar Wafiq.

Hafiz hanya tersenyum, dia menumbuk perlahan bahu Wafiq.

“Dah decide nak mintak tolong muslimah yang mana untuk jadi orang tengah?” soal Hafiz prihatin.

Hafiz tumpang gembira jika Wafiq serius untuk mendirikan rumah tangga. Benda baik, haruslah gembira kan?

“Belum lagi” balas Wafiq perlahan. Kepalanya ditunduk mengadap lantai. Sungguh dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kerana dia tahu bukan mudah untuk Humaira menerimanya.

“Nak aku tolong?” tanya Hafiz menghulurkan bantuan.

Terus tegak kepala Wafiq. Dia memandang wajah Hafiz yang sedang tersenyum itu.

“Err, boleh ke?” tanyanya teragak-agak.

“Insya-Allah boleh..”

“Kau nak mintak tolong muslimah yang mana untuk jadi orang tengah?” tanya Wafiq ingin tahu.

“Liyana, kau kenal?”

“Liyana yang Exco Dakwah bahagian muslimat tu?” soal Wafiq inginkan kepastian.

“Ha'ah, kenapa?” tanya Hafiz.

“Err, seganlah aku nanti” jawab Wafiq jujur.

Hafiz menggeleng kepalanya perlahan. Laahhh nak segan apanya guna cara baik kan? Bukannya bawak anak dara orang ke hulu ke hilir, ish..

“Nak segan apanyaa? Kau guna cara terhormat, risik guna orang tengah yang solehah” jujur Hafiz menjawab.

Dalam diam Wafiq mengiakan jawapan Hafiz, tapi satu saja yang dia paling risau sekarang adalah penerimaan Humaira.

“Aku takut kena reject” beritahu Wafiq jujur. Yelah mana Humaira nak terima dia kalau jumpa je mereka bagai anjing dengan kucing. Huhu..

“Allah, think positivelah bro. Doa banyak-banyak, hati dia milik Allah” nasihat Hafiz sambil memeluk bahu sahabatnya, menyalurkan kekuatan.

“Insya-Allah, mohon doa. Lebih-lebih lagi orang yang soleh macam kau ni” ujar Wafiq tersenyum.

“Insya-Allah aku doakan untuk kawan aku ni” balas Hafiz.

Wafiq hanya tersenyum, ya moga dipermudahkan.

Hafiz bangkit lalu menepuk perlahan bahunya, keningnya diangkat nakal.

Wafiq ikut bangun menuju ke meja belajar. Ya, ada sesuatu di mindanya yang ingin dicoretkan di atas kertas. Ada sesuatu khas untuk si mawar agama.


MAWAR AGAMA YANG TERPELIHARA


Duhai mawar agama,
Kau cantik tercipta,
Kecantikkanmu hanya untuk yang berhak memiliki,
Bukan untuk sebarang lelaki ajnabi,
Tapi untuk dia sang suami.

Duhai mawar agama,
Tinggikanlah maruahmu,
Sungguh dirimu tak ternilai harganya,
Jadilah kau bunga yang mekar demi agama,
Berjuang menyumbang untuk agama.

Duhai mawar agama,
Mekarlah kau di taman Ilahi,
Bentenglah dirimu dengan iman dan malu di hati,
Agar kau menjadi srikandi,
Kebanggan ummah dan Ilahi.

Duhai mawar agama,
Jadilah kebanggaan ummi dan abi,
Yang menyalurkan cintanya untuk Ilahi,
Yang menjadikan Rasul ikutan peribadi,
Yang menjadikan al-Quran panduan diri.

Duhai mawar agama,
Kau srikandi,
Kau bakal isteri,
Kau bakal ummi,
Bentuklah dirimu dengan agama Ilahi.


Malam itu, Humaira keluar bersama Kak Liyana dan Syuhada. Masing-masing mencuri masa untuk menguatkan lagi ukhuwwah Islamiyyah antara mereka. Mencari ruang dan peluang untuk berkongsi cerita dan masalah bersama.

Mereka bersetuju untuk berjumpa di cafe, mudah bagi muslimah seperti mereka bertemu dalam suasana yang ramai orang seperti, mengelakkan fitnah.

“Humaira ada masalah? murung je akak tengok” tanya Liyana prihatin. Dia terkesan riak kurang ceria wajah itu sejak mereka di Pusat Islam lagi.

“Humaira sharelah dengan kitorang..” ujar Syuhada pula.

“Ada barang Humaira hilang” jawabnya jujur.

“Hilang? Barang apa? Tak buat report?” soal Liyana ambil berat.

“Kalau report pun orang takkan layan kak” balas Humaira lemah. Siapalah yang nak concern sangat kalau buat report tentang diari hilang? Huhu..

“Ishh, takkanlah orang tak layan kalau kau buat report barang hilang” jawab Syuhada pelik.

“Diari hilang, mestilah diorang tak layan” ujar Humaira.

“Ya Allah, ingatkan apa yang hilang tadi..” jawab Liyana dan Syuhada serentak. Masing-masing hanya menggeleng kepala. Humaira, Humaira..

“Dah cari betul-betul?” tanya Liyana lagi.

“Dah tapi tak jumpa” jawab Humaira sedih. Air matanya mula bertakung, mahu tak sedih buku tu dah macam teman akrabnya.

“Ada tercicir kat mana-mana tak” teka Syuhada pula.

“Akak pun rasa macam tu” sampuk Liyana pula.

“Tulahh, Humaira tak tahu nak cari kat mana lagi..” air mata yang mula mengalir dikesat. Haishh makin sensitif pula dia ni. Haih.

“Last Humaira pegang buku tu bila?” tanya Liyana.

Humaira mula mengangkat wajah, mindanya mula mencerna bila kali terakhir dia memengang buku itu. Puas dikerah mindanya untuk mengingat tapi gagal.

“Humaira lupa bilaa..” jawabnya sedih. Sungguh dia tak ingat!

“Takpelah, kalau ada rezeki Humaira, Humaira akan jumpa balik buku tu. Tapi kalau Allah takdirkan Humaira tak jumpa buku tu, Humaira kena sangka baik dengan Allah” nasihat Liyana lembut.

“Betul, kau kena sangka baik dengan Allah” sokong Syuhada pula. Dia mengenggam erat tangan Humaira.

“Sangka baik?” tanya Humaira, meminta penjelasan.

Liyana dan Syuhada saling berpandangan dan tersenyum.

“Ha'ah, sangka baik dengan ujian yang Allah beri. Fikir positif, Allah aturkan semua ni pasti bersebab. Yakinlah ada hikmah yang tersembunyi” jawab Liyana.

Dia memengang erat bahu Humaira. Menghadiahkan senyuman yang paling manis buat sahabat yang sedang berduka. Yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian ini.

“Dan jangan lupa ambil ibrah dari kesilapan ni, lepas ni kena lebih peka mengurus barang sendiri” sambung Syuhada pula. Dia juga menghadiahkan senyuman untuk Humaira.

“Thanks akak, Syu. Alhamdulillah beruntungnya punya sahabat yang sentiasa memberi kekuatan dan bersangka baik” ujar Humaira, hatinya lega sedikit. Dia mula tersenyum

Dia mula menerima jika Allah takdirkan diari itu bukan miliknya lagi. Ya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

“Hah, macam tulah kan comel kalau Humaira senyum” usik Liyana menambahkan 'rencah kemanisan' dalam ukhuwwah.

Humaira sudah tertunduk malu. Allah, beruntungnya dia dikelilingi insan-insan yang solehah. Yang sentiasa mengingatkan diri tentang Ilahi.

“Nak minum tak? Aku belikan..” Syuhada menghulurkan bantuan pula.

“Err..” jawab Humaira sedikit kaku.

“Takpe, aku belikan kau air tembikai. Kak Liyana air milo eh?” Syuhada sudah memberi kata putus lantas gadis itu bangkit menuju ke kedai yang menjual air minuman.

Humaira dan Liyana hanya memandang langkah Syuhada yang berlalu pergi.

Jauh di sudut cafe, wajah Wafiq sudah berubah apabila dia ternampak kelibat Humaira di meja hujung sana. Tak sangka setelah beberapa hari tak berjumpa akhirnya dia berjumpa dengan gadis itu. Dia yakin dengan hatinya saat dia melihat Humaira.

Dia jatuh cinta dengan Humaira bukanlah kerana wajah manis gadis itu, tetapi kerana hati gadis itu. Semangat hijrah dalam diri si pemilik nama Damia Humaira itu.

“Bro, kau kenapa?” soal Hafiz pelik, dia menepuk perlahan belakang temannya itu. Nampak terkasima temannya sebentar tadi.

“Err, tulah Humaira..” bisik Wafiq perlahan.

“Mana?? Ramai kot muslimat kat sini” soal Hafiz.

“Meja hujung sana, yang pakai tudung hijau” balas Wafiq, segera dialihkan pandangan dari memandang gadis itu. Dia jadi segan sendiri. Mujahid, harus jaga pandangan!

“Manis..” komen Hafiz ringkas.

“Tapi aku jatuh cinta bukan kerana rupanya, tapi pada hati dan semangat hijrahnya” balas Wafiq.

Hafiz hanya tersenyum, moga kau bahagia sahabat!

1 comment:

  1. Assalam . mohon keizinan boleh ? Boleh tak ana ambil kata-kata daripada blog ni ? Kata-kata untuk memotivasikan diri , sebab blog ni banyak sgt ilmu2 , jdi rsa rugi laa . Tapi tak ada niat utk mncroboh privasi pmilik blog ni . Hya utk smpnan sndri dan brkongsi ayt AQ , hadis dan nsiht2dgn mukminh yg laen . tolong HALALkan ilmu yg ana peroleh drpd enti . Semoga Allah memberkti ushmu dlm berdkwah mlalui pnulisn ini. teruskan usaha .BitTaufik wanNajah .Assalamualaikum w.b.t.

    ReplyDelete